THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Friday, May 28, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 2


Kereta Mini Cooper berwarna merah jambu itu menyusuri keluar dari lebuhraya masuk ke Rawang.Baik Shahir mahupun gadis di sebelahnya,hanya terdiam bisu.Kedengaran sayup-sayup lagu Adam Lambert, ‘Whattaya Want From Me’ dari corong speaker radio.

“Ayang sihat?”Bunyinya macam soalan bodoh tetapi Shahir cuba memecahkan kesunyian yang menjanggalkannya.

“Tak mahu ayang..sekarang Dira,”Jawab Adira pendek.

“Ooo..kenapa pulak ek abang tak boleh panggil adik abang,ayang?”

Soalan Shahir disambut dengan brek mengejut dari Adira.Bunyi tayar mencengkam jalan tar membingitkan telinga Shahir.Hilang semangat Shahir apabila tindakan Adira itu disambut dengan bunyi hon memanjang dari lori di belakang.

“Boleh tak abang jangan pura-pura buat baik?”Wajah Adira kemerah-merahan.Walaupun lontaran suaranya masih lembut tetapi ada nada merajuk,marah dan geram yang bercampur-aduk.

“Apa maksud ayang?”

“Abang dah lupa janji abang?Kenapa surat dan emel Dira abang tak pernah balas?Abang pekak ke?Stop calling me ayang.Dira bukan budak-budak lagi.”

Shahir mengeluh perlahan.Dia dah agak Adira akan marah dengan sikapnya yang membisu selama 8 tahun ini.Adik kecil yang selalu dikendongnya kini sudah begitu sensitif sekali.Mahu tak mahu Shahir harus akui akan kesalahannya.

“Okay..abang salah..maafkan abang,”

“Senang nak cakap maaf.Kenapa?Abang tak sayang daddy?Mummy?Atau Dira?”

“Abang saya keluarga kita.Abang tengah pening dan keliru..entahlah..ayang,abang minta maaf sangat-sangat,”

“Lagi-lagi ayang..cukuplah daddy sorang melekat panggil ayang,”

“Kenapa abang tak boleh panggil ayang?”

“Sebab..sebab..Di..Dira dah..dah 17 tahun..,”Adira kelihatan teragak-agak untuk memberi jawapan.Mukanya semakin kemerah-merahan.

“Okay..okay..kalau abang panggil Dira,abang akan dimaafkan?”

“Mungkin,”

“Baiklah Cik Adira..abang minta maaf sangat-sangat..ampunkan kami penghuni gua..ampunkan kami penghuni gua,”Sengaja Shahir masih mengusik adiknya.

“Banyaklah abang punya penghuni gua.Okay,tapi 2 jam pertama ni,Dira memang masih marah sangat kat abang,”Kelopak matanya mulai berkaca sedikit.

“Dah,nak menangis pulak?Janganlah macam ni.Tak comel la adik abang kalau menangis,”Shahir cuba memujuk Adira.

Adira mengesat air matanya.Tanpa berkata apa dia memasukkan gear dan meneruskan perjalanan.Shahir hanya menggeleng-gelengkan kepala.Matilah,tak sampai pun sehari dia dah berhadapan dengan rajuk Adira yang tak berkesudahan.

“Baru abang teringat,abang terlupa tukarkan duit la.Nanti kita singgah money changer kejap ye?”Shahir mengeluarkan dompetnya dan mengira-ngira wang di dalamnya.Sepintas jelingan,Adira terpandangkan gambar seorang wanita bersama Shahir.

“Siapa tu?Girlfriend abang ke?”

“Mana?Ini?”Shahir menuding jarinya ke arah Adira.Tersengih-sengih.

“Dalam wallet abang la,”

“Oh..lebih kuranglah,”

“Abang suka perempuan tua ye?”

“Kenapa?Dia nampak lebih tua daripada abang?”

“Abang tak jawap soalan Dira,”

“Abang memang tak kisah,nenek pun abang boleh suka.Perempuan muda boleh kahwin lelaki tua,takkanlah abang tak boleh kahwin perempuan yang lebih tua,”

“Jadi,abang tak suka perempuan muda la ye?”

“Eh,abang ada cakap ke?Tapi fikir-fikir balik,abang gerun juga kalau dapat girlfriend muda.Tambah-tambah yang perangai macam Dira..kuat merajuk,”Shahir tersenyum nakal.

“Ye lah,kahwinlah dengan perempuan tua,boleh dia jaga abang macam emak jaga anak kan?”Adira masih mengomel.Tidak berpuas hati.

“Alah,comelnya berleter.Siapa-siapa pun tak apa.Bagi abang cukuplah orang tu memahami dan menerima abang seadanya.Kalau dia comel macam Dira,bonuslah untuk abang,”

“Ye lah,tak kuasa nak melayan abang,”

Adira terus memandu tanpa mempedulikan Shahir.Shahir memandang wajah gadis di sebelahnya.Rasanya rindu selama 8 tahun itu sudah mula diubati.Anehnya,perasaan rindu itu berlainan saat dia menatap Adira sekarang.Ya,dia rindu ayang yang sentiasa dikendongnya dan budak comel dengan gigi rongak sebatang di hadapan.Keletah lucunya.Sekarang rasa itu sedikit berbeza.Mungkin kerana ayang sudah menjadi Adira.Yang masih ada sifat kuat merajuk tetapi masih lemah lembut.

******

Kepulangan Shahir disambut dengan kenduri doa selamat yang agak meriah.Kenyang juga orang kampung dengan 3 ekor lembu dan 200 ekor ayam.Datuk Maulana memang merupakan politikus yang dihormati di situ.ADUN yang sentiasa menjaga nasib penduduk setempat.Orang kampung bersedia bila-bila masa untuk bergotong-royong menyempurnakan majlis itu.Jadi tak hairanlah jika kepulangan Shahir disambut seperti majlis perkahwinan.

Tak cukup dengan kompang dan silat,acara berzanji juga turut diadakan.Selepas 8 tahun,penduduk di Kampung Setia mungkin merindui kelunakan suara Shahir berzanji.Mujurlah walaupun 8 tahun tinggal di New Zealand,Shahir tidak pernah lupa asal usul dan agamanya.Dia mungkin sedikit nakal,tetapi nakalnyamasih diterima akal.

Adira tidak dapat menafikan kemerduan suara abangnya ketika berzanji dan mengaji Al-Quran.Bukan sahaja tampan malahan baik hati dan penyayang.Dia dapat melihat betapa gembiranya mummy dan daddy dengan kepulangan Shahir.

“Assalammualaikum minah,senyum apa?”

“Waalaikumussalam.Mak ai..ustazah!”

Adira ketawa kecil melihat sahabat baiknya Nad yang bertudung litup.

Walaupun Nad kelihatan sedikit macho tetapi Adira tahu sahabatnya itu layaknya dalam hati ada taman.Tendang bola macam Messi tapi kalau depan lelaki pujaan ayu habis.

“Banyak cikadak la kau punya ustazah.Eh ini abang tiri kau ek?Hensem siut,”

“Hah,puji-pujian lebih nampak.Kau nak jadi kakak ipar aku ke?”

“Ish,aku puji je hensem.Kau kan tau taste aku..aku kan suka..”

“Yang jambu-jambu..”Nad dan Adira berkata serentak.Kedua-dua mereka ketawa kecil.Reaksi mereka itu meyebabkan Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepala.Jari telunjuknya diangkat tanda diam.Adira dan Nad menganggukkan kepala sambil tersipu-sipu malu.

“Psst..babe..esok kau nak part time lagi tak?”

“Perlahan sikit la,kalau mummy dan daddy aku tau,mati aku..”Adira berbisik sambil menarik Nad ke belakang.

“Okay..sorry..sorry.Nanti ada annual dinner satu company ni..aku lupa la namanya..tapi diorang nak raikan director baru.Babe,nak waitress lebih,”

“Aku nak jugak.Daddy pun dah bebel nak matikan kad kredit aku.Tapi kalau dia tau aku buat part time,mau kena lempang dek Datuk Maulana,”

“Alah..macam biasa le..kau cakaplah kau tidur rumah aku.Lagipun weekend je kau buat part time kan?”

“Aku takutlahhhh..tapi aku nak..tapi kalau daddy tahu..”

“Apa yang daddy tahu?”

Suara Shahir mengejutkan Adira dan Nad yang tekun membincang misi rahsia mereka.Terkesima sekejap bebudak berdua itu sebelum muncul idea tak bernas si Nad.

“Bukan daddy Adira,tapi daddy Nad..Adira pun panggil daddy Nad,daddy jugak.Hai,Abang Shahir..saya Nad.kawan Adira,”Nad tersengih sambil melambaikan tangan.Adira menjeling ke arah Nad.(Eh,lebih-lebih pulak dia..)

Shahir cuba menyimpulkan ayat yang dituturkan Nad.Banyak la pulak frasa daddy.Berkerut dahinya.Tidak mengerti.

“Okay,hai..tapi abang tak faham,”

“Apa kata abang pergi kat depan,biar kitaorang settle masalah algebra kitaorang kat sini.Okay abang..tata..”

Adira berusaha menolak Shahir ke hadapan untuk mengelakkan rahsia mereka diketahui umum.Selepas pasti Shahir sudah jauh dari mereka,Adira memandang tepat ke mata Nad.

“Nad,apapun kita YM karang-karang,”

Nafasnya ditarik lega.Nasib baik.

*****

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Adira masih belum dapat melelapkan mata.Sesekali terdengar bunyi lolongan anjing.

Dia bingkas bangun dan mengambil patung Barbie yang dihadiahkan Shahir.Kuku jarinya digigit.Terukir senyuman keanak-anakan di bibirnya.Rambut patung itu dibelai-belainya.(Hai,abang..dalam banyak-banyak benda ini yang diberi..)

Patung itu diletakkan di sisi notebook berwarna merah jambu.(Hem..comel jugak!)

Notebook Apple itu dibuka.Tertera laman blog AWEK B-BOT di skrin monitor 14 inci itu.Adira mula menekan papan kekunci.

Dear B-bot,

Tak tahu kenapa,tapi rasa gembira sangat sebab abang dah pulang.Katanya hanya sekejap,tapi aku harap abang pulang selama-lamanya.Lucu rasanya bila abang hadiahkan mini Giselle buat aku.Abang ingat aku masih kecil?

Sama ada abang dah nyanyuk atau abang terperangkap dengan masa lalu.

Bencinya tengok girlfriend abang(bwek!).Abang patut mendapat girlfriend yang lebih baik daripada perempuan tu.

Apapun sayang abang..

XoXo

Awek B-Bot

Notebook Apple yang dinamakan B-Bot itu ditutup rapat.Patung Giselle itu dipeluknya.Walaupun tertidur tetapi wajahnya tetap manis dan ceria.

*****

Shahir memandang pokok mangga yang masih setia di halaman rumahnya.Di bawah pokok itulah dia selalu menemani Adira menunggu bas sekolah.Sememangnya itu tugas wajibnya memandangkan dia bersekolah sesi petang.Pokok itu jugalah yang menyebabkannya patah kaki dek tersalah pijak kayu yang reput.Menangis Adira kerana dialah yang beriya-iya meminta abangnya memetik buah mangga.

“Hai,menung jauh nampak,”

“Daddy,”Shahir mencium tangan Datuk Maulana. “Tak de lah,teringat macam-macam kenangan dengan pokok mangga tu,”

“Abang masih ingat kami semua,Alhamdulillah,”

“Daddy,apa-apa pun daddy tetap ayah kandung abang,”

“Ya..sama la daddy dengan arwah mama abang pun.Apapun yang terjadi,dia tetap pernah hadir dalam hati daddy,”

“Daddy,mama dah maafkan daddy dan abang pasti daddy pun begitu juga kan?”

Datuk Maulana tersenyum.Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

“Kini perhatian daddy untuk mummy,ayang dan abang.Mungkin daddy dan mummy tak ada rezeki untuk mendapat anak.Syukurlah ada abang dan ayang.Daddy cukup sayang ayang sepertimana daddy sayangkan abang.Ayang lebih daripada seorang anak buat daddy.Daddy harap abang jangan lukai lagi hati ayang.Sayang ayang macam mana abang sayang adik abang sendiri,”

Shahir hanya membisu mendengar kata-kata daddy yang panjang lebar.

“Abang tahu tak ayang marah sangat bila abang tak pedulikan dia selama ini.Kadang-kadang daddy perasan dia macam memberontak di sebalik sifat lemah lembut dia tu,”

“Ye ke daddy?”

“Dia belum lagi menimbulkan masalah yang besar tapi daddy risau jugak.Abang boleh tengok-tengokkan dia kan?”

“Insya Allah daddy,sepanjang abang kat sini abang akan tengokkan ayang,”

Shahir mengerutkan dahinya.Betulkah Adira dah mula memberontak?Benarlah ayang dah jauh berubah.Kerisauan jelas terpancar di mata Shahir.

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)