THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Thursday, November 25, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 21

“Farish pergi mengaji Al-Quran dulu mak,”

Budak lelaki berusia 12 tahun itu segera mencapai songkok lusuh dan lampu suluh.Sudah menjadi kebiasaannya selepas Isyak dia akan segera ke surau berdekatan untuk mengaji Al-Quran bersama Ustaz Hassan.

“Nanti terus pulang Farish.Ada tetamu nak jumpa,”

“Tetamu?Siapa mak?”

“Adalah,”Wanita yang dipanggil emak itu kelihatan masih muda dan bergetah.Baru berusia 29 tahun.Ketika dia melahirkan Farish dia baru berusia 18 tahun.Farish tidak tahu siapa ayahnya.Kata nenek ayahnya seorang nelayan.Dia hilang di laut ketika usianya baru setahun.Keluarga mereka susah.Gambar ayahnya pun tiada buat bekalan kenangan.Nenek yang tinggal bersebelahan rumahnya suruh Farish lupakan saja ayahnya.Emaknya pula tidak memberi apa-apa tindakbalas.Selalu juga dia melihat emaknya menangis.Mungkin emaknya merindukan ayahnya.

Paling dia tidak tahan apabila pemuda-pemuda di kampung ini suka mengganggu emaknya.Bukan saja pemuda malahan pakcik tua pun.Angin satu badan dia dibuatnya.

Langkahnya di atur ke surau Kampung Ketapang.Melalui kawasan kubur lama laju saja langkahnya.Dia cuma ingin cepat sampai ke surau.

Malam ini dia akan habiskan juzuk 30.Ustaz Hassan pun berjanji akan mengadakan majlis khatam Al-Quran buatnya.Jadi memang semangat sikit malam ini.

Sessi mengaji Al-Quran dengan Ustaz Hassan memang tidak menentu.Kalau ada yang tergagap-gagap memang berlanjutan ke dua atau tiga jam jawabnya.Selesai mengaji sudah tergagap-gagap hendak menghafal huruf-huruf ihfa’ hakiki dan idzhar halqi pula.Bagi Farish,memang tiada masalah.Yang lain-lain memang trouble maker.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam baru selesai.Dia memang ingin segera pulang ke rumah tetapi kawan-kawannya beriya-iya mengajaknya menonton gusti di gerai kopi Pak Abu.Diumpannya pula perlawanan antara Ultimate Warrior dan Hulk Hogan.Mana tahan.Dua orang penggusti yang memang terkenal pada era 90-an.Tanduk setan tumbuh juga di kepalanya.Tersengih-sengih dia mengikut rakan-rakannya.Di rumahnya mana ada televisyen.

Sampai di gerai Pak Abu.Semuanya sudah bising-bising sambil menumbuk meja.Maklumlah esok hari Ahad.Tak ada yang sekolah mahupun bekerja.

Farish cuba menyelit di antara lelaki-lelaki dewasa itu sebelum kolar bajunya dicekak.

“Kau buat apa kat sini?”

Man Gasing memandangnya dengan perasaan yang jaki.Seminggu yang lalu Man Gasing cuba mengganggu emaknya di perhentian bas.Apa lagi dibalingnya batu tepat kena kepala lelaki kacang hantu itu.Kena enam jahitan.Padan muka.

“Saya tengok wrestling,”Jawabnya tenang.

“Kau pergi baliklah.Tadi aku nampak ada jantan masuk rumah kau!”

Seraya lelaki itu menolaknya jatuh ke tanah.Orang ramai yang berada di situ terdiam seketika.Namun penangan Ultimate Warrior dan Hulk Hogan melebihi segalanya.Masing-masing malas nak masuk campur.Semua orang tahu Man Gasing tergila-gilakan emak si Farish.Farish pula memang cukup menyampah jika orang mengganggu ibunya.Mereka semua menganggap masalah enteng.

“Apa Abang Man cakap ni?”

“Kau kan sayang emak kau.Dahi aku pun berjahit kau kerjakan.Kalau betul kau anak jantan,kau pergilah tengok apa yang mak kau buat.Kau ingat emak kau baik sangat?”

Farish mengetap bibirnya.Air matanya mengalir kerana geram dan marah.Segera dia berlari pantas pulang ke rumah.Dia memang pantang orang suka hati membuat cerita mengenai emaknya.

Sampai di rumah dia terdiam.Selipar asing dan bersaiz besar di hadapan anak tangga menyebabkan degupan jantungnya semakin rancak.Itu bukan seliparnya.Jauh sekali selipar emak atau nenek.Parang yang berada di tepi tangga diambilnya.

Langkahnya di atur perlahan.Daun pintu ditolaknya berhati-hati.Ruang tamu gelap.Peluh dingin mula mengalir di dahinya.Cuma bilik emaknya yang bercahaya.Dia menapak dengan berhati-hati merapati pintu kamar ibunya.

Belum sempat dia mendekati kamar emaknya.Pintu sudah terkuak.Seorang lelaki yang cuma berkain pelikat terkejut melihatnya.Lelaki itu cuba tersenyum sebelum..

Libasan parang hinggap di lehernya.Darahnya memancut ke wajah Farish.Dia betul-betul bermandikan darah.Jeritan emaknya memenuhi ruang rumah seiring dengan lelaki itu menggelupur kesakitan.Terdiam.Menggelupur sekali lagi.Tidak bernyawa.

“Farish!Itu ayah kau!”

Ayah?Selepas kejadian itu baru dia tahu ayahnya dipenjarakan kerana tuduhan mengedar dadah.Ayahnya tidak bersalah,semuanya dirancang oleh rakan niaganya yang tamak.Kerana malu,neneknya yang memang tidak menyukai ayahnya menyuruh emaknya pulang semula ke kampung.Apatah lagi keluarga mereka sudah bankrupt.Selepas kes dibuka semula.Ternyata ayahnya tidak bersalah.Ayah sudah pun dibebaskan seminggu yang lalu dan sering berjumpa emaknya di luar secara senyap-senyap kerana bimbang ditahu nenek.Malam ini baru ayahnya pulang untuk menemuinya dan memohon restu neneknya.Mana dia tahu.Dia fikir lelaki itu sialan berhidung belang yang membuat onar dengan emaknya.Darah mudanya melebihi akal warasnya ketika dia melibas parang tajam itu tepat ke leher ayahnya sendiri.

Bermulalah episod lukanya di Henry Gurney.Lebih malang,emaknya enggan menerimanya.

*****

Datin Ainul menghampiri suaminya.Dipicit-picit bahu Datuk Maulana.Terukir senyuman manis di bibirnya.

“Kenapa awak gembira sangat?”

“Mestilah mummy gembira sebab daddy sedia memaafkan abang dan ayang,”

Datuk Maulana memandang sayu isterinya.

Bagaimana daddy tak akan memaafkan mereka?Mereka pengarang jantung hati daddy.Marah daddy cuma seketika.Mana mungkin daddy menyisihkan abang dan ayang dalam hati daddy.Lagipun penghalangnya cuma ego daddy.

Daddy kecewa kerana abang melarikan ayang.Daddy malu kerana tidak tahu bila abang dan ayang saling mempunyai perasaan.Daddy malu kerana skandal seperti ini berlaku di dalam rumah daddy sendiri.Itu sahaja.

Penghujungnya?Apapun yang berlaku.Daddy tetap sayangkan abang dan ayang.Melalui Daus,daddy dapat tahu kesusahan abang dan ayang.

Semasa abang ditikam,daddy masih bertahan.Ketika abang dan ayang berkahwin pun,daddy cekalkan hati tetapi daddy tetap membawa restu melalui mummy.Remuk hati daddy melihat rumah sewa abang dan ayang.Daddy mungkin silap kerana mengarahkan semua kontak untuk tidak menerima abang bekerja sehinggakan akhirnya abang ke Thailand.Namun berita terkini daripada Daus tidak memungkinkan daddy menidakkan abang dan ayang lagi.Terutamanya ayang.

“Daddy sudah memaafkan abang dan ayang?Bagaimana mummy?”

“Mummy?”

“Mummy sudah lupa dia?Anak mummy cuma ayang dan abang?”

“Mummy cuma ada ayang dan abang,”

Jawapannya tenang tetapi tegas.Datin Ainul memandang serius ke arah Datuk Maulana.

*****

“Comelnya baju baby color pink ni?”

“Nak beli juga?”Daus menunjukkan kedua belah tangannya yang penuh dengan beg kertas berisi pakaian bayi.

“Sorry lah Abang Daus.Dah menyusahkan Abang Daus dah,”

Adira tersenyum malu sambil tertunduk.

“Tak ada hal lah.Cuma abang risau takut plane terhempas kea pa sebab banyak sangat baju baby ni.Tapi tak ada hal lah,hem..dah bagitau Abang Shahir?”

“Baju kat sini comel-comel sangat Abang Daus.Pasal Abang Shahir,hmm..belum lagi.Tak sempat nak beritahu.Asal nak cakap Abang Shahir asyik merapu bersajak.Buang tabiat betul!”

Daus tersenyum memandang wajah Adira yang berseri-seri.Pagi sebelum mereka ke hospital berjumpa Shahir,gelabah juga dia apabila Adira tiba-tiba muntah ketika sarapan pagi.Manalah tahu keracunan makanan atau disantau bomoh Siam.Itu saja yang bermain di dalam fikirannya.Doktor Farish yang turut menemani mereka pagi itu segera membawa Adira ke klinik berdekatan.Mujurlah ada doktor psikologi itu.Kalau tidak,hilang punca juga Daus.

Rupa-rupanya Adira bakal menjadi ibu.Cepatnya.Yang penting,patutlah kuat cemburu.Daus tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepala.

“Abang Daus ni kenapa tersenyum sorang-sorang?”

“Abang tak boleh ingatlah bila Dira cerita Dira cemburukan Heliza,”

“Mestilah cemburu.Heliza tu cantik dan asyik bercakap pasal Abang Shahir.Shahir tu pandai bersajak..suka bunga lavender..suka sajak ‘Kekasih’..haish!”

“Cemburulah lebih-lebih nanti baby dalam perut Dira tu kuat cemburu macam ibu dia,”

“Baru seminggu.Dia tak tahu apa-apa lagi,”

“Ye la tu,”Daus tersenyum memandang Adira.Gadis yang mencuri hatinya.Sehingga kini hati itu masih belum dikembalikan.

“Terima kasih Abang Daus,”Adira memegang bahu Daus.Terukir senyuman ikhlas di bibirnya.

“Untuk?”

“Untuk sentiasa menyokong dan bersama Dira dalam apa jua keadaan.Untuk daddy yang sudi menerima kami kembali.Abang Daus kan yang beritahu daddy tentang Dira?”

“Dira,”

Daus meletakkan beg-beg kertas yang dipegangnya ke bawah.Tangan kanannya diletakkan di atas kepala Adira.Tangan kirinya ke dadanya sendiri.

“Abang dah janji yang abang akan jaga Adira setakat yang abang mampu.Abang kan guardian angel Dira.I’m flying without wings,”

Air mata jernih mengalir di pipi Adira.Terharu dengan kata-kata Daus.Walaupun ucapan itu acapkali didengar daripada bibir Daus tapi kali ini menyentuh emosinya.Mungkin penangan menjadi seorang ibu.

“Abang Daus.Dira sentiasakan Abang Daus bertemu jodoh dengan wanita yang paling terbaik kerana Abang Daus lelaki paling budiman pernah Dira kenal,”

“InsyaAllah,”Daus mengeluh perlahan.Dia cuba untuk tersenyum.”Wah,besarnya Hello Kitty tu!Jom kita beli!Baby Dira lelaki ke perempuan?”

“Ish mana Dira tahu.Mana boleh scan lagi,”

“Tak boleh scan ke?Mana abang tahu.Ini bukan bidang abang,”

“Bidang abang komunikasi dan cellphone,”

“Hah..tahu tak pe,”

“Dan Bibah,”

“Nanti anak Bibah abang hadiahkan untuk baby Dira,”

Kedua mereka saling mengusik antara satu sama lain.Adira cukup selamat berada di sisi Daus.Benarlah Daus dewa pelindungnya..sama ada bersayap ataupun tanpa sayap.

*****

“Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam.Eh,doktor!”

Shahir mengangkat tangannya sambil tersengih.Diintai-intainya belakang Doktor Farish jika Adira turut datang.Tetapi hampa.

“Cari siapa?”

“Tak de lah.Tengok mana misi gemuk tu,”Shahir tersenyum nakal.Cuba melindungi perasaan rindunya yang amat mendalam terhadap isterinya.Ye lah,semalam pun jumpa sekejap saja.

“Isteri you keluar shopping dengan Daus,”

“Oh..o..ok,”(Relaks Shahir.Keluar shopping je..bukan keluar clubbing)

“Tadi I tanya doctor,katanya you dah boleh keluar.Ini yang I datang nak pick up you,”

“Oh ye ke?Nasib baik saya dah siap packing.Macam ahli nujum dah saya ni.Cuma baju belum tukar.Kejap ye,”

“Eh,it’s okay.Duduklah kejap.Kita sembang-sembang,”

“Okay.Kenapa doctor?Heliza ada masalah?”Berkerut dahi Shahir.Kerisauan.

“Heliza okay.Ada masalah sikit-sikit tapi Insya Allah I rasa nanti dia okay,”

“Alhamdulillah.Saya risau juga.Ye lah,Pak Man dah tanggungjawabkan saya untuk pulihkan dia.Saya pun layan saja.Layan sampai cemburu pula isteri saya..hehe..”

“You pun berhak cemburu,”

Doktor Farish bangun daripada kerusi dan menuju ke tingkap.Panorama kesibukan kota Bangkok di waktu pagi mewarnai bingkai kaca itu.

Shahir sedikit cuak mendengar kata-kata Doktor Farish.(Aku berhak cemburu).

“Apa maksud doktor?”

“You percayakan Daus?”

Doktor Farish masih membelakanginya ketika soalan itu dilontarkan.

“Saya tak faham,”

“Minta maaf,”Doktor Farish memalingkan tubuhnya.Memandang Shahir dengan kerutan di dahi.Kelihatan risau. “I minta maaf kalau apa yang I bakal cakap ni akan menyebabkan you kurang selesa,”

“Tak ada apalah doctor.Terus terang saja dengan saya,”

“I’m sorry to say this...tapi I tengok Daus dan isteri you rapat sangat,”

“Oh..diorang memang rapat pun..”

“I tahu kisah you dan Daus.You berdua best friend yang kemudiannya renggang kerana Adira.Apatah lagi apabila Adira sepatutnya bertunang dengan Daus dan you melarikan dia.Kan?”

“Pak Man yang ceritakan?Alah doktor,ini kisah lama,”

“I bukan nak mengadu domba,tapi..sepanjang I lihat,mereka memang mesra,”

“Apa ni doktor?Saya tak mahu syak apa-apa pasal isteri saya dan Daus,”

“Daus selalu ke rumah sewa awak di Alor Setar semasa awak di Bangkok,”

“Mana doktor tahu?”Shahir kelihatan agak tegang.

“Daus sendiri yang ceritakan pada I dan I tak tahu kenapa,”

“Saya percaya Adira,”

“Dia bagitahu you yang dia pregnant?”

“Dia pregnant?”

“Ye..you tak tahu?Daus yang bagitau I”

Shahir terdiam.Kuping telinganya terasa panas.Membara.

“You baru saja kahwin dengan dia.Selepas 3 hari you datang ke Bangkok.Anak siapa?”

Shahir pantas menarik tali leher Doktor Farish.Wajahnya kemerah-merahan menahan marah.Tangannya menggenggam buku limanya.Hampir sejengkal mengenai wajah doktor muda itu.Dengan perasaan amarah dia melepaskan leher lelaki itu.

“I minta maaf kalau buat you marah.Tapi I cuma kesian kat you.I tunggu you di luar,”Doktor Farish membetulkan tali lehernya sebelum berlalu pergi.Wajahn ya selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Shahir masih membatu di situ.Genggaman tangannya masih belum terbuka.Menggigil.Darahnya menyirap sehingga ke kepala.

Adira mengandung?Benarkah?Kenapa dia tak beritahu aku?Kenapa beritahu Daus?Apa motif Daus memberitahu Doktor Farish?Anak siapa?Ya Allah,mungkinkah?Anak siapa?Anak aku?Anak Daus?Anak siapa?

Pertanyaan itu bermain-main di mindanya seperti racun yang membarahkan akal warasnya.Kemarahan dan api cemburu mula memenuhi setiap urat sarafnya.Daus pergi ke rumah sewanya semasa ketiadaannya.Daus juga yang beriya-iya membawa Adira ke Bangkok untuk berjumpa dengannya.Apa yang kelam kabutnya?Apa yang ingin disegerakan?Orang lain yang makan nangka,aku yang terkena getahnya?

Di luar wad,Doktor Farish membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.Cermin matanya juga dikenakan kemas semula terletak di atas di hidungnya.Bunyi deringan nada Iphone 4gs segera disambutnya.

“Bagaimana doktor muda?”

“Semuanya berjalan lancar,”

Tutt.Panggilan itu dimatikannya.

(Cakap banyak pula orang tua ni!Aku juga yang kena bersihkan ‘sampah sarap’ daripada niat tak gunanya.Sial!)

Telefon Iphone itu dimasukkan semula ke dalam saku kanannya.Diseluknya saku kiri seluar Prada berwarna putih itu.Telefon lusuh Shahir itu dihidupkan.Jari-jemarinya pantas menekan sesuatu di pad kekunci.Tetapan waktu Nokia 3310 itu diubah.

(Mujurlah aku ada telefon dia.Sebentar lagi telefon ini akan dikembalikan kepada tuannya yang sebenar.)

*****

Jam di dinding menunjukkan jam 6 petang.Heliza terbangun apabila bunyi gelas pecah menangkap gegendang telinganya.Rupanya kucing kesayangannya yang melanggar gelas yang di letak di atas rak kecil di sebelah ranjangnya.

“Tiger,kenapa nakal sangat ni?”

Kucing jantan itu dipeluknya erat.Kucing berwarna kelabu kehitaman berbelang-belang itu mengiau manja.

Matanya menangkap kelipan merah yang menyala-nyala di sel BlackBerry.Pesanan mesej ringkas.Dibukanya.(Shahir?)

Eja,saya sudah sembuh.Tak sabar berlatih sajak untuk Malam Puisi.Rasanya saya tak sabar untuk berjumpa awak lebih daripada isteri saya.Kenapa ya?

Heliza tergamam.Hatinya berbelah bahagi.Sebelah gembira.Sebelah lagi sedih.Mengapa pula dia harus sedih?Semulajadi perasaan sedih itu hadir di dalam dirinya.Bukankah dia patut gembira menerima mesej seperti ini daripada Shahir?

Tangannya mengusap-usap kepala Tiger.Kucing itu memejamkan mata sambil mengiau manja.

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)