THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Friday, December 24, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 22

Pintu kamar penthouse itu ditolak kasar.Tersentak Adira dibuatnya.Jantungnya berdegup kencang.Namun perasaan takut itu segera terhenti apabila dilihatnya Shahir berdiri di muka pintu.Lantas senyuman manis terukir di wajahnya.Sayangnya senyuman itu tak terbalas,suami kesayangannya itu meluru masuk dengan wajah masam mencuka.Beg yang digalasnya dilempar di hujung katil.Jaket kulit berwarna hitam itu juga dilemparnya.

“Kenapa Ayang tak jemput abang di wad?”

Adira memegang tangan suaminya sambil merenung manja.

“Ayang letihlah abang,maaf sangat,”

Sengaja dirahsiakan hal membeli-belah untuk bayi di dalam kandungannya.Dia dan Daus akan mengadakan parti kejutan secara kecilan untuk Shahir tengahari esok.Biar tergamam muka suaminya apabila mengetahui dia bakal menjadi seorang bapa.

“Oh..letih?”Terukir senyuman sinis di bibir Shahir.Pegangan tangan Adira dilonggarkannya.Rahang pipinya bergerak-gerak menahan rasa marah.Cuba menahan gejolak amarah dan cemburu yang menguasai hatinya.Curiga apatah lagi.

(Kenapa ayang perlu merahsiakan soal dia keluar bersama Daus?Apa yang mereka berdua cuba sembunyikan?Apa mungkin benar kata Doktor Farish?Mereka berdua mempunyai hubungan sulit dan ayang mengandung?Mengandung anak siapa?Daus?)

“Apa yang abang fikirkan tu?Sampai berkerut dahi,”

Adira cuba memeluk suaminya dari arah belakang tetapi Shahir bergerak ke hadapan seolah-olah mengelakkan diri daripadanya.

Adira sedikit tersinggung melihat gelagat Shahir.Selalunya dia yang lebih-lebih manja dan mengada-ngada.Takkanlah suaminya itu marah benar kerana tidak dijemputnya dari hospital?

“Abang kenapa?Ayang minta maaf sangat kalau abang marah sebab ayang tak jemput abang di hospital,”

“Siapalah abang kan?”

“Abang ni..takkan merajuk kot.Semalam kan ayang melawat abang di hospital?”

“Ayang memang suka berjauhan dari abang kan?”

“Apa yang abang merepek ni?Ayang sentiasa rindukan abang semasa di Thailand.Kalau tak,ayang takkan turun cari abang di Bangkok.”

Shahir memandang tajam mata isterinya.

“Habis tu,kenapa tak jemput abang?Apa yang ayang sibukkan?”

“Abang...kan ayang cakap ayang letih.Okay,ayang minta maaf sangat-sangat dengan abang.Abang hukumlah ayang apa pun,ayang terima.Ayang janji,”Adira mengangkat sebelah tangannya seperti bersumpah.Senyuman manis masih terukir di wajahnya walaupun si suami kelihatan dingin.

“Okay..ayang jawap jujur soalan abang,”

“Okay..baik..apakah soalan itu suamiku sayang?”

Shahir terdiam seketika.Wajahnya kelihatan tegang.Tangannya sejuk.Bukan kerana pendingin hawa tetapi kerana salju yang membeku di setiap ruang jiwanya.

“Ayang hamil?”

Adira ketawa kecil mendengar kata-kata suaminya.Nampaknya rancangannya untuk membuat kejutan kepada Shahir tidak menjadi.Suaminya terlebih dahulu mengetahui soal itu.Shahir terpinga-pinga melihat gelagat Adira yang galak ketawa mendengar soalan serius daripadanya.

“Macam mana abang boleh tahu ni?Alamak!”

“Jadi,betullah ayang hamil?”Telinga Shahir kemerah-merahan.

“Memanglah..ayang ingat..”

“Gugur kandungan tu!”

Jeritan Shahir hampir meragut jantung Adira.Tersentak.Seiring dengan itu air mata berkocak di kelopak matanya.Belum pernah Shahir menjerkahnya seperti ini.

“Apa abang cakap ni?”

“Abang cakap gugurkan!”Mata Shahir kemerahan seperti dirasuk hantu.Urat dilehernya juga jelas kelihatan.

“Abang!”Jeritan Adira bergetar.Sebak menguasai dadanya.

“Aku cakap gugur!Aku tak mahu anak tu!Aku tak tahu anak siapa!”

“Abang!Apa yang abang cakap?Abang jangan jadi gila!”Air mata tanpa henti bercucuran mengalir dipipinya.Hatinya seolah dirobek apabila Shahir mempersoalkan kesetiaannya.Meletakkan dirinya sehina itu.

“Aku tak nak!Gugurkan!”

Shahir pantas mengambil jaket yang dilemparnya tadi dan keluar dari kamar itu.Pintu dihempasnya kuat seiring dengan perasaan marahnya.

Adira tersentak.Dalam keadaan menggigil dia terjelepuk lemah di bucu katil.Menangis tersedu-sedan.Bahunya terhenjut-henjut diiringi dengan air mata yang mengalir tiada hentinya.

(Sampai hati abang mempertikaikan maruah diri ayang..abang dah lupa janji kita?Ayang tidak pernah lupa..setiap malam ayang menatap tiga bintang di langit.Mengutus salam rindu semasa ketiadaan abang.Kerana rindu itu juga ayang datang ke Bangkok mencari abang.Abang mempertikaikan zuriat abang sendiri?Cahaya kasih kita berdua yang Allah anugerahkan untuk kita sama-sama menjaganya kelak.Abang pinta ayang mengambil nyawa yang belum sempurna nafasnya?Begitu mudahnya abang merendahkan harga diri ayang setelah apa yang kita lalui bersama.Sampai hati abang...)

*****

“Bodoh!Bodoh!”

Seiring dengan jeritan itu Shahir menumbuk cermin kereta Mercedes itu sehinga retak.Betapa kuatnya tumbukan itu menunjukkan betapa hebat rasa marahnya.Buku limanya melecet namun kesakitan di hatinya lebih terasa.Dia tidak pernah rasa semarah itu seumur hidupnya.Dia memandang cermin yang retak itu seperti hatinya sendiri.Hancur dan berkecai.

Doktor Farish hanya membiarkan cermin keretanya retak dikerjakan Shahir.Mulutnya mengepit sebatang rokok Winston yang hujungnya membara dan asap nikotin itu keluar melalui lubang hidungnya.Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat Shahir yang berdiri kaku.Diambilnya bandage di dalam kotak first aid dan diberikan kepada pemuda itu.Tiada tindakbalas.Bandage itu dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakai Shahir.

“You ni kenapa?You call I,I datang dan you tumbuk cermin kereta I sampai pecah,”

“Betul cakap doktor..dia hamil..”

“Siapa?Adira?”Doktor Farish menghembuskan asap rokok.Berkepulan awan kecil berbentuk huruf O di udara.

“Ya..kami baru saja menikah.Saya tinggalkannya selepas 3 hari untuk ke Bangkok.Saya keliru..dan..marah...”Shahir mengetap bibirnya.Geram.

“Jangan tanggung biawak hidup,”

Shahir mencekak kolar baju Doktor Farish.Hidungnya kembang kempis menahan rasa marah.

“You boleh marah I.Tapi satu yang I nak cakap..fikir secara logik,jangan jadi lelaki dayus,”

Doktor Farish menolak genggaman tangan Shahir.Putung rokok yang dihisapnya dibaling ke bawah.Bara di putung rokok masih membara seperti baranya di hati Shahir.

“I tak akan suruh you gantikan cermin kereta I yang pecah.I nak you fikir baik-baik.Good luck,”Doktor Farish tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan.Sepantas kilat Mercedes itu meninggalkan Shahir seorang diri memandang dari bawah kamar penthouse yang masih lampunya menyala.

Pasti Adira sedang menunggu kepulangannya.Sejak petang tadi selepas pergaduhan besar antara mereka berdua,dia menghabiskan masa di luar sebelum mengambil keputusan untuk menghubungi Doktor Farish.Dia betul-betul terluka dengan tindakan Adira menyembunyikan banyak hal membabitkan Daus.Soal kehamilannya pun nak dirahsiakan.

(Kenapa ayang buat abang macam ni?Kalau betul itu anak abang kenapa ayang perlu merahsiakan yang ayang keluar bersama Daus?Ayang tidak menjemput abang di hospital kerana ayang keluar bersama Daus.Kenapa tidak berterus-terang sahaja yang ayang keluar dengan Daus.Mengapa perlu dirahsiakan?Apakah ada rahsia di dalam rahsia?Apakah ayang menggunakan kasih sayang abang untuk melindungi perbuatan curang ayang?Tergamaknya ayang ingin mempergunakan abang untuk menanggung zuriat yang hasilnya daripada dosa dan pengkhianatan.Patutlah ayang kelam-kabut ke Bangkok bersama Daus untuk bertemu abang.Rupanya ada udang di sebalik batu. Begitu mudahnya ayang merendahkan harga diri abang setelah apa yang kita lalui bersama.Sampai hati ayang...)

*****

Dek kerana kerana keletihan menunggu kepulangan suaminya,Adira tertidur di sofa.Dia terjaga apabila merasa pinggangnya tidak selesa.Dia sedikit cuak melihat keadaan kamar yang gelap dan cuma disirami cahaya suram daripada kamar mandi.Seingatnya lampu tidak dipadamkan semasa dia ketiduran dalam tangisan.Matanya terasa melekat dan sempit untuk dibuka kerana bengkak akibat menangis keterlaluan.Perasaan cuaknya segera hilang apabila dilihatnya Shahir sedang tidur di atas katil.

Dia segera bingkas bangun merapati suaminya.Lelaki itu masih lengkap berpakaian sepertimana dia keluar dalam keadaan marah petang tadi.Masih ada sebak di dada Adira.Dia cuba menahan tangisannya agar tidak berbunyi dan mengejutkan Shahir.

Dalam keadaan sendu yang ditahan dia menanggalkan stokin yang dipakai suaminya.Stokin itu dilipat kemas dan diletakkannya ketepi.Diambilnya selimut menutupi separuh tubuh suaminya.Mengesat air matanya dan perlahan-lahan mengucup dahi suaminya yang dikasihi.Mata Adira tertumpu kepada buku lima Shahir yang melecet.Hiba di dadanya semakin tidak tertanggung.Sudah tentu Shahir melepaskan geram kepada sesuatu sehingga buku limanya melecet.Digosoknya perlahan-lahan buku lima yang melecet itu.(Kesian abang..)

Bahu Adira terhenjut-henjut cuba menahan tangisan.Dia berbaring mengiring sambil kepalanya diletakkan di hujung kaki suaminya.Kerana syurga seorang isteri itu di bawah telapak kaki suaminya dan dia ingin ke syurga hanya bersama suaminya.

Shahir tidur nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku.Kepenatan membawa perasaan amarah.Adira masih tersedu-sedan di hujung kakinya.

(Ayang tak tahu apa salah ayang..tapi kalau bagi abang,ayang bersalah..ayang dengan rendah diri meletakkan diri ayang di hujung kaki abang memohon ampun dan maaf..kerana abang sajalah syurga di hati ayang..)

*****

Shahir memandang cawan kecil berisi teh cina yang baru dituang pembantu Filipina Datuk Noorman.Matanya memandang cawan itu tapi fikirannya menembus jauh ke mana-mana.

Bangun pagi tadi,hatinya tersentuh melihat Adira tidur di atas kakinya.Rasa bersalah pula melihat isterinya dalam keadaan begitu.Tetapi apabila memikirkan Adira hamil,perasaan bersalah itu pudar sedikit demi sedikit.Perasaan curiga meluap-luap menguasai hati dan mindanya.Namun separuh lagi hatinya masih mencintai isterinya.Cinta yang mungkin membutakan hatinya.Cinta yang mungkin membuatkannya tidak kisah sekalipun anak yang dikandung itu bukan anaknya.

Perlahan-lahan kakinya ditarik agar tidak mengejutkan isterinya.Sehingga dia selesai menyiapkan dirinya,Adira masih belum tersedar.Hampir 20 minit dia duduk di atas sofa memandang isterinya.

Adik tirinya yang mencuri hatinya.Tuhan sahaja yang tahu betapa kasih sayangnya utuh hanya untuk Adira.Segala onak dan duri ditempuhi demi isterinya.Dia sanggup menjadi apa sahaja demi Adira.Spiderman di hati Mary Jane mahupun abang yang mencintai ayang dengan tulus hatinya.Sama ada epal merah atau hijau semuanya hanya untuk isterinya.

Masa itu dia sedar.Apapun yang dilakukan Adira dia tetap akan memaafkan isterinya.Kondisinya cuma satu,demi kasih sayang mereka biarlah Daus jauh dari hidup mereka.Diambilnya sekeping nota dan sebatang tinta hitam.Coretan ikhlas hatinya.

Isteri abang yang dicintai,

Abang minta maaf jika abang keterlaluan semalam.Abang keliru.Banyak soalan yang belum terungkai.Abang ingin berbicara dengan tenang dengan ayang,tetapi abang tak tergamak mengejutkan ayang.Pagi ini abang harus ke rumah Datuk Noorman seperti biasa.Balik nanti kita keluar,okay?Tapi satu sahaja abang minta,ayang jangan keluar lagi dengan Daus.Jangan tanya abang kenapa.Buat masa ini cukuplah abang katakan bahawa ini permintaan seorang suami.Jangan lukakan hati abang dan berjanji ayang tidak akan keluar dengan Daus dan menunggu kepulangan abang.

Semua orang pernah buat salah tetapi abang tetap sayang ayang..

Dia menyelimuti isterinya dan meletakkan nota itu di atas selimut berwarna putih itu.Dikucup dahi Adira sebelum keluar dari kamar itu.Ada rasa hiba di dadanya sebelum melangkah pergi.

“Apa yang awak menungkan tu?”

Wajah Heliza muncul di hadapannya sambil tersenyum.Shahir membalas senyuman itu sambil menyuakan cawan teh kecil itu kepada gadis di hadapannya.

“Tak ada apa.Minum,”

Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya.Wajahnya tampak berseri dan kemerahan.Matanya yang bulat tidak mengerdip memandang Shahir.

“Ya Ija?Saya tersalah butang baju ke?”Shahir membelek-belek butang bajunya.Takut-takut tersalah butangkan baju kemejanya.

“Tak adalah,”Heliza ketawa kecil sambil mengambil sekuntum bunga lavender dan diberikan kepada Shahir. “Untuk awak,”

“Untuk saya?Wah,kenapa ni?Ada hari istimewa ke?Terima kasih,”

“Tak ada hari istimewa,Cuma terima kasih untuk SMS semalam,”

“SMS?Bila pula saya SMS awak ni?”Shahir ketawa kecil.

“Awak..awak tak ada SMS saya?Tapi..”Wajah yang ceria tadi segera bertukar suram.(Kenapa dengan Shahir ni?Dia yang SMS,dia tanya kita balik..apa ni?)

“Hmm?”Shahir sedikit kaget melihat wajah Heliza yang kelihatan murung kembali. “Err..err..saya terlupa kot..saya ada SMS rasanya..makan ubat lebih,kadang-kadang saya dah lupa.”

Risau pula Shahir melihat perubahan di wajah Heliza.Entah SMS apa yang diceritakan Heliza dia pun tak tahu.Tapi diiyakan sahaja agar tidak menimbulkan masalah kepada gadis itu.

“Awak memang suka macam ni,”

“Okay..okay..mana sajak yang awak karangkan untuk Malam Puisi Islam tu?”

“Ini”Heliza menghulurkan sebuah buku nota kepada Shahir.

“Kerana Aku Bukan Khadijah Tetapi Aishah?Hmm..tajuk pun dah menarik..saya baca ye?”

Cinta ini setanggi Firdausi

Menjunjung kekasih wangian syurgawi

Sesuci laungan cinta tatkala dinihari

Memanggil aku dan kamu menuju abadi

Ku ingin menjadi humairah menghuni di hati

Sang kekasih berbudi pekerti

Bagaimanakah mungkin aku mencuri hati

Sedangkan Khadijah masih kau cintai

Ku cuma ingin melukis pelangi

Menumpang kasih tidak bertepi

Si merah delima mengharap simpati

Juga mencurah rasa uhibbu yang suci

Di bawah lindungi rahmat kaabah Ilahi..

“Kerana awak yang saya sayangi,”Heliza melafazkan bisikan itu perlahan.Matanya terpejam dan bibirnya mengukir senyuman.

Shahir terdiam.Puisi itu cuma metafora.Abstrak daripada Heliza.Setiap bait-bait puisi itu buatnya.Gadis di hadapannya itu ternyata sudah jatuh cinta kepadanya.Dia cuma insan biasa,dia tidak sesuci atau semulia mana.Heliza tidak sepatutnya memandangnya sebagai kekasih yang baik.Aqso barangkali.Dia cuma bersama gadis itu kerana tugasnya.Dia tidak mencintai Heliza.Gadis itu memang baik.Tapi dia bukan untuk gadis itu.Heliza berhak mendapat lelaki yang lebih baik untuk mengganti tempat Aqso.Bukan dirinya,suami orang.

Suami orang..Adira..

Shahir bingkas bangun berlari meninggalkan Heliza yang kelihatan keliru melihat Shahir berlari pantas selepas membaca puisi itu.

Datuk Noorman sekadar memandang jauh dari tingkat satu.Paip yang dihisapnya semakin disedutnya.Dia cuma menunggu masa.

*****

Adira memicit kepalanya yang sakit.Pagi tadi dia terkejut mendengar bunyi loceng.Sepantas kilat selimut yang menyelimutinya diterbalikkan.Rupanya Doktor Farish menyampaikan amanat Daus untuk bersarapan dengannya.Mulanya mahu saja dimarahkannya Daus kerana parti kejutan itu sepatutnya berlangsung waktu tengahari.Itupun tak pasti apa yang nak dikejutkan lagi.

Shahir meninggalkannya begitu sahaja pagi tadi.Tiada langsung ucapan atau sekurang-kurangnya coretan nota.Melihat bagasi suaminya masih ada,Adira berasa sedikit lega.Sekurang-kurangnya dia tahu Shahir tidak meninggalkannya langsung.Suaminya itu barangkali masih marah atau ke rumah Datuk Noorman.

Entah apa yang dimarahkan Shahir.Belum pernah Shahir memarahinya sedemikian rupa.Sakit juga hatinya apabila dituduh wanita murahan sebegitu.Tetapi dia kenal Shahir,pasti ada yang sesiapa yang meracuni fikiran suaminya.(Takkanlah Abang Daus?)

“Abang Daus ada bagitau Abang Shahir?”

“Bagitau pasal apa?”

“Pasal DIra pregnant,”

“Haish...Dira ingat abang ni kaki gossip macam Kak Nam.Kan Dira cakap nak buat suprise party,”

“Suprise party apanya,Abang Shahir hangin satu badan je,”

“Hangin satu badan?Dia buat apa kat Dira?”Daus memandang tepat ke mata Adira.Adira sekadar tersenyum.(Dira tahu Abang Daus dewa pelindung Dira.Tapi,suami Dira tetap suami Dira.Baik,buruk,wangi,busuk..dialah suami Dira.Confidential Dira..)

“Tak de apalah Abang Daus,tiba-tiba sahaja Abang Daus ajak breakfast nih,”

“Apa pulak abang ajak,Dira yang ajak abang kan?”

“Apa pulak,Doktor Farish cakap abang yang ajak,”

“Kelakar la konon Dira ni,Doktor Farish cakap kat abang,Dira yang ajak,”

Keduanya terdiam seketika.Saling berpandangan.Namun keduanya kembali menjamah puding roti berwarna-warni seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kerana mereka tidak pernah mempunyai niat jahat kepada orang lain maka mereka merasakan tidak perlu berprasangka kepada orang lain.

Doktor Farish cuma memandang Daus dan Adira yang asyik bersarapan di kaki lima hotel dari kamar penthouse itu.Jika segalanya berjalan dengan lancar,pukul 2 petang nanti kamar ini sudah pasti kosong.Doktor Farish memandang ruang luas penthouse yang disewa khas Datuk Noorman untuk Shahir dan Adira.

(Orang tua ini sanggup mengaburkan segala pandangan dengan menyewa penthouse dan layanan first class untuk isteri malang Shahir)

Ketika melangkah pergi,sehelai kertas nota di bawah kerusi mencuri pandangannya.Doktor Farish membongkokkan badannya cuba mengambil nota itu.Sekali imbas dibacanya nota itu sebelum dilipatkannya semula dan dimasukkan ke dalam saku seluarnya.(Nasib baik).

******

Shahir kelam-kabut membayar tambang tut tut kepada lelaki berbangsa Cina Thai itu.Lariannya diatur pantas sebelum dia terhenti di hadapan gerai menjual bunga segar.Diambilnya sekuntum bunga lavender segar dan diberikan kepada florist wanita itu.Sekuntum?Hanya itu yang mampu dibelinya buat sementara ini.

“How much?”

“Hundred baht,”

“Okay..okay hurry up..this is for my wife,”

Kelam kabut florist itu menyiapkan wrapper buatnya.Shahir pantas mengambil bunga itu setelah selesai.

“Thank you,here hundred baht..khap kun krab,”

Langkahnya dipanjangkan lagi.Tidak sabar rasanya bertemu Adira.Gila betul dia menerima kerja menjaga Heliza.Bertambah gila dirinya apabila membiarkan Heliza jatuh cinta kepadanya.Anehnya,semua itu menyedarkannya betapa dia mencintai isterinya.

Dia tidak patut mencurigai Adira.Sudahlah dia meninggalkan isterinya berseorang diri di Malaysia,dia tega pula menuduh isterinya curang padanya.Kasihan Adira kerana bersusah-payah mencarinya di Bangkok.Dia mencintai Adira tulus dan ikhlas.Itu isterinya.Satu-satunya wanita yang menjadi ratu hatinya.

(Abang cuma sayang ayang..cuma ayang..hanya..)

Langkah Shahir terhenti apabila melihat Adira bersarapan bersama Daus.Kedua-duanya pula saling ketawa seperti dunia hanya milik mereka berdua.Bunga lavender yang dipegangnya dilepaskannya.Sepatunya memijak bunga itu menuju ke arah Adira dan Daus.

Adira yang menyedari kehadiran suaminya lantas bangun dan memeluk suaminya.Namun tangan Shahir kaku tidak bergerak.Adira dapat merasakan kedinginan suaminya.Hatinya mula berdebar-debar.

“Abang masih marah ayang?”

“Kan abang dah bagitau jangan keluar dengan Daus,”

Mendengar namanya disebut,Daus bangun merapati pasangan suami isteri itu.Wajahnya cuak melihat situasi tegang antara Shahir dan Adira.(Kenapa pulak ni?)

“Apa yang abang cakap ni?Ayang tak faham.Abang..”Air mata wanita itu mengalir lagi.

“Kenapa ayang mainkan hati dan perasaan abang?”

“Abang..ayang tak faham..betul,ayang tak faham kenapa abang marah sangat pada ayang?”

Shahir cuma memandang sepi.Dia tidak mahu lagi terpedaya dengan air mata wanita yang mempermainkan kasih sayangnya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Dia pasti dengan nawaitunya.

“Ayang..abang ceraikan ayang..talak satu..”

Perlahan-lahan Shahir melepaskan pelukan isterinya yang longlai mendengar kalimah talak yang dilafazkannya.Dia melangkah pergi meninggalkan Adira tanpa sepatah kata.Biarlah kali terakhir mereka bertemu nanti di mahkamah syariah.

“Abang..abang..jangan tinggalkan ayang..”Adira yang lemah disambut Daus yang juga tergamam dengan tindakan drastik Shahir.

“Abang Daus...apa...salah..Dira?”

Adira menangis tersedu-sedu.Daus tidak mampu menjawab pertanyaan Adira.Dia juga sebak melihat keadaan Adira.

Bagi Shahir,itu keputusan muktamad.Baginya Adira telah menduakannya.Yang pasti,itulah zahirnya yang dia nampak.

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendamTapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan..

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)