THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Friday, March 25, 2011

Menjelang ABPBH 2010:Tok Ketua Dan Simbol OD Nyew

Tok Ketua yang prihatin kepada anak buah lepas nampak mesej Kak Sue.So mana2 anak buah yang nak minta luluskan titi rumah yang runtuh,nak letak jalan tar,minta baja subsidi,minta belanja sirap bandung..sila guna password OD untuk kelulusan beliau..:p...pentingnye,ari tu dah pangkah nama Tok Ketua ngan Opah Ketua..tunggu aje la keputusan pilihanraya ABPBH 2010 nanti ye,InsyaAllah..

Wednesday, March 23, 2011

Kerana Kampung Ini Cerita Kita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih orang kampung yang masih setia bersama menyokong Shahir dan Adira serta menjalin ukhuwah sesama kita.

Sejak awal penubuhan Shahiratics pada 8 April 2010 lagi,ada suara yang bertanya:Mengapa perlu menyokong Shahir dan Adira?Sedangkan Juara AF tetap SATU.Begitu juga untuk ABPBH 2010,bukankah Bintang Popular cuma SATU?Sayang a.k.a SHAYANG,itu saja jawapan yg tepat.Sayang seperti adik bagi yang lebih tua dan sayang seperti abang dan kakak bagi yg lebih muda,atau sayang seperti anak2 sendiri.Senang cakap,apabila 2 orang adik kita memasuki pertandingan,apakah kita akan menyokong salah seorang?Bukankah kita akan menyokong kedua2nya dan bersyukur jika salah seorang mendapat tempat?Mengapa perlu sayang Shahir dan Adira,bukannya Shahir atau Adira kenal setiap orang Shahiratics pun..anehnya,tanyalah setiap Shahiratics,kerana sayangkan Shahir dan Adira maka terjalin ukhuwah di antara penduduk kampung.Jika benar-benar niat menjalin ukhuwah di antara Shahiratics,percayalah,perasaan sayang antara satu sama lain memekar di hati walaupun berbeza usia,latar belakang dan personaliti.

Jatuh,naik turun Shahira,sama2 menjunjung.Jika ada yang pincang ditegur secara baik dan bukannya menambah jatuh lagi kerana kita cuma manusia biasa yang serba tidak sempurna.Saling bergantung antara satu sama lain.

Atas dasar kasih sayanglah,admins hanya admins,tiada presiden atau ketua.Ketua hanyalah Tok Ketua dan Opah Ketua(assistant kata org kg).Admins hanyalah sebahagian adik beradik Shahiratics.Sama ada antara mereka ini pioneer,kakak yang kami cari,mak tumpang Yayang,pandarazi,overdose atau apa sahaja panggilan hakikatnya tetap SATU.Sama ada admins atau bukan admins tetap WAHID.Muafakat di Kampung Fenink Lalat.Satu komuniti yang berkongsi idea tentang hiburan,kehidupan,ilmiah dan sebahagiannya.

Jika ada yang cuba memporak-perandakan ukhuwah yang dijalin ini atas niat peribadi maka semoga kita semua sama2 dilindungi dengan hasutan min al jin'nati wan nas.Kita cuma menjalin ukhuwah sesama kita.Mungkin pernah ada perbezaan pendapat,sedangkan lidah lagi tergigit.Tapi setiap kali ada yang panas kita sejukkan.Yang sudah sejuk kita saljukan lagi.:)

Shahir dan Adira,tabah menjunjung bersama kalian.Doa seorang ibu,bapa,kakak,abang,adik dan sahabat Shahiratics semoga kalian dilindungi Allah SWT selalu.Sesungguhnya Allah yang Maha Berhak menjatuhkan ujian.Kita cuma manusia biasa yang kadang-kadang terlupa kepadaNya saat riang tawa menguasai diri.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-’Ankabut[29]:2-3)

InsyaAllah semoga antara kita semua akan terus saling ingat-mengingati dan sayang-menyayangi.Yang buruk dari kami admins dan yang baik semua dariNya.

Tiada yang lebih indah daripada mengukir senyuman tanpa perlu berkata apa-apa..=)

Tuesday, March 15, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 30

Lelaki itu cuba bangun walaupun keadaannya lemah.Diraba-raba dahinya ada darah kering yang bertompok di situ.Benjol di dahinya sebesar telur burung puyuh.Pandangan matanya agak kabur.Digosok-gosok matanya.Tiada perubahan.Tong sampah di hadapannya nampak tidak jelas.

Barangkali dia pernah memakai cermin mata?Ya,barangkali.Kepalanya berdenyut-denyut seperti lepas diketuk dengan kayu baseball rasanya.Jalannya terhuyung-hayang di tengah-tengah lorong gelap Haji Taib.Beberapa orang lelaki gelandangan memandangnya dengan seribu pertanyaan.Siapa pula lelaki baru ini?

Maknyah-maknyah yang mencuba nasib di situ tersenyum memandangnya.Walaupun dia cedera tapi melihat busana Versace yang dipakainya sudah pasti pada mereka lelaki ini duit berkepuk di saku seluarnya.Seorang lelaki yang kurang siuman tidak mempedulikannya dan asyik mengorek tong sampah jika ada lebihan makanan yang masih bisa dimakan.Itulah kehidupan malam di sebalik neon lampu yang megah bercahaya.

Dia cuba mengingat semula kenapa dia boleh berada di sini.Kosong.Paling aneh,dia tidak ingat namanya sendiri.Siapa dia?(Ya Allah,aku ini siapa?)

Di seluk saku seluarnya cuba mencari dompet namun hampa.Tiada.Diraba-rabanya pula saku kemejanya.Ada benda yang keras.Sekeping kertas.Dia membuka lipatan nota itu dan dibacanya.Dahinya berkerut-kerut.(Abang?Ayang?Daus?Siapa mereka ini?)

Kepalanya semakin berdenyut.Bibirnya diketap menahan keperitan.Ligat mindanya memikirkan sesuatu.(Ayang...Ayang..aku harus beri nota ini untuk Ayang!)

Hanya itu ingatannya yang paling jelas.Dia harus memberi nota yang dibacanya itu kepada seseorang bernama Ayang.

“Mana Ayang?Aku nak cari Ayang!”Dia menerkam ke arah maknyah-maknyah di hadapannya.Mereja bertempiaran lari apabila dia menerpa seperti orang hilang akal.Dia beralih pula kepada lelaki kurang siuman di hujung sana.Mencekak kolar baju lelaki itu.

“Mana Ayang?Aku nak cari Ayang?Mana?Mana?”

“Ayang!Ayang!Orang gila!Tepilah!”

Lelaki kurang siuman itu menolaknya sehingga terjatuh.Dia meneruskan kerjanya mengorek tong sampah mencari sisa-sisa makanan.

Lelaki itu memicit belakang kepalanya.Rasanya semakin berdenyut.Seperti hendak pecah dan meletup.Dia seperti hendak menangis kerana memikirkan kenapa dia perlu mencari Ayang.Masalahnya,siapa Ayang?Kenapa hanya nama itu yang muncul dalam ingatannya?

“Arghhhhhhhhh!”

Jeritannya bergema memenuhi lorong gelap itu.

***

Shahir tersenyum melihat Yaya yang comel berpakaian baju kurung dengan rambut diikat tocang dua.(Sangat comel anak papa!).

Hari ini Hari Puisi Kanak-Kanak di Tabika Sri Megah.Seperti dijanjikan dia meluangkan masanya demi puteri tunggal kesayangannya.Yaya tersenyum girang sebaik sahaja melihat wajah Shahir.

“Papa!”

Anak comel itu terus berlari mendapatkannya.Gelagat Yaya menarik perhatian guru tabikanya,Cikgu Rianti.Guru muda itu menghampiri Shahir yang mendukung Yaya.

“Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam,”

“Saya Cikgu Rianti.Inilah papa Shahira yang selalu diceritakan ya?”Guru muda berdarah kacukan Belanda-Acheh itu tersenyum kepadanya.

“Ya.cikgu?”Shahir mengerutkan dahinya sedikit kebingungan mendengar kata-kata guru itu.

“Tak,Shahira selalu ceritakan kisah papanya kepada saya.Maafkan saya,tapi banyak dia ceritakan pasal encik sejak encik kembali ke Malaysia,”

“Iye?”Shahir memandang Yaya memohon kepastian.

“Betullah papa,masa Yaya jumpa papa di LCCT lagi Yaya dah beritahu Cikgu Rianti uncle tu mesti papa Yaya sebab nama dia Shahir.Tapi cikgu cakap banyak orang nama Shahir.Yang penting tanya mama.Mama pula marah bila Yaya sebut pasal papa.Tapi,Yaya tahu papa ni memang papa Yaya,”Mulut Yaya becok berbicara.

“Shahira ni budak cerdik.Tapi...,”Wanita muda itu terdiam sejenak sebelum tersenyum sambil menyambung ayatnya yang belum bernoktah. “Shahira boleh join kawan-kawan di belakang pentas?Cikgu ada hal sikit nak sembang dengan papa Shahira,”

“Okay,cikgu.I love you papa,”Yaya mengucup pipi Shahir sebelum turun dari dukungan papanya.Dia berlari-lari sambil melambai-lambai tangan kepada Shahir.Shahir membalas lambaian itu dengan seribu senyuman dan pelbagai perasaan yang tak dapat dirungkaikan dengan kata-kata.

“Err,ada apa cikgu?”

“Maafkan saya,encik.Ini soal Shahira.Kadang-kadang saya dapati Shahira ada sedikit masalah kemurungan.Bila ditanya dan disoal katanya dia susah hati pasal mama dan papanya,”

“Hem?”Dahinya berkerut kerisauan.Kenapa pula dengan puteri tunggalnya itu?

“Minta maaf,saya tak berniat nak menyentuh soal rumahtangga encik.Saya..Cuma rasa Shahira memerlukan perhatian kedua orang tuanya.Sebenarnya,saya cuba berapa kali menghubungi Puan Adira untuk berjumpa tetapi belum kesampaian lagi pertemuan kami.Jadi,saya ceritakan hal ini kepada encik dulu,”

“Teruk sangatkah keadaan anak saya?”

“Masih terkawal.Cuma adakalanya dia memberontak tidak mahu membuat latihan atau kadang-kadang dia tidak mahu makan sarapan yang pihak tabika sediakan.Sedangkan saya tahu,dia seorang budak yang cerdik.Sayangnya,kalau masa depannya memungkinkan seribu kemungkinan jika dia merasakan dirinya diabaikan mama dan papanya,”

Shahir terdiam.Apa yang mampu dilakukannya jika Adira sendiri keras kepala dan degil?Tidak mampu memaafkannya walaupun sejuta kali ucapan maaf itu dituturkannya?Dia mungkin kejam di Bangkok,tapi baginya dia tetap menerima Adira dan Yaya sekalipun Yaya bukan anaknya.Tambahlah lagi,Yaya memang anaknya.Dia menerima Heliza kerana simpati tetapi Adira menerima Iwan kerana kekosongan hati.Dia tidak kisah soal Adira dan Iwan,asalkan Adira menerimanya kembali.Masalahnya,Adira sudah menoktahkan kata-katanya.Tidak!Tidak!Tidak!Itu sahaja yang Adira tahu.

“Encik?”

“Aha?”Shahir tersentak daripada lamunannya.

“Tak pe lah encik,sebagai guru saya cuma menyampaikan apa yang sepatut disampaikan.Encik bolehlah mengambil tempat di dalam dewan.Shahira akan menyampaikan sajak yang dia cipta sendiri.Encik pasti bangga dengannya,”

“Oh,dia cipta sendiri?”Shahir tersenyum.Nampaknya Yaya mengikuti jejaknya yang meminati bidang literasi dan linguistik.

“Ya,encik.Saya undur diri dulu.Silalah ke dewan,”Guru muda berwajah manis itu berlalu pergi meninggalkan Shahir.

Ketika Shahir melangkah kaki menuju ke dewan.Langkahnya terhenti apabila melihat Adira hadir bersama Iwan dari kejauhan.Demi Tuhan cantik nian bekas isterinya itu berjubah dan berjilbab.Terasa sejuk di hati mantan sang suami.Nafasnya dilepas penuh lelah.

(Kalaulah abang bisa mengubah kisah semalam..)

***

Ibu bapa dan para pendidik anak-anak kecil Tabika Sri Megah sudah memenuhi ruang dewan.Wakil kenamaan bersama jemputan-jemputan khas yang lain juga sudah memenuhi ruang VIP di hadapan pentas.

Yaya cuba mencuri pandangan di sebalik tirai pentas.Cuba mencari di mana papa dan mamanya.Pandangannya merayau-rayau.Agak cemas.Namun senyuman comelnya segera terukir apabila melihat papanya di barisan kedua sebelah kanan.Dia cuba pula mencari mamanya.Mamanya berada di barisan yang sama dengan papanya di sebelah kiri bersama Uncle Iwan.Yaya mengeluh kecil.Apa nak buat?Dia sendiri menjemput Uncle Iwan semasa di rumah datuk tempoh hari.

Dia duduk menongkat dagu dengan minda yang melayang.Suara pengacara memberi ucapan langsung tidak didengarinya.Dia lebih memikirkan soal mama dan papanya.Kan lebih molek jika mama dan papa datang bersama-sama?Seperti keluarga bahagia sepertimana mereka di zoo tempoh hari?Di mana mama dan papa saling mengusik dan bergurau senda?Tapi bisakah dia menikmati semula situasi itu?

“Tanpa melengahkan masa lagi,saya mempersilakan Adik Shahira binti Ahmad Shahir mendeklamasikan sajaknya.Dipersilakan,”

Yaya tersentak apabila mendengar namanya dipanggil.Cikgu Rianti mencuitnya supaya menuju ke pentas.Air liurnya ditelan.Gugup.

Perlahan-lahan dia menaiki pentas.Ada perasaan gementar dan gemuruh.Dari jauh Shahir menunjukkan ibu jarinya sambil tersenyum.Memberi semangat buat anaknya.Adira pula menepuk-nepuk kecil tangannya dengan wajah seorang ibu yang bangga akan anaknya.Yaya melambai-lambai kepada mama dan papanya dengan wajah yang tampak takut.

Sampai di tengah pentas,dia menghampiri mikrofon yang pada imaginasi kanak-kanaknya seperti ular ahli sihir yang mahu menelannya.Menakutkan.Mindanya terus menangkap kisah tongkat Nabi Musa A.S yang bertukar menjadi ular besar ketika berlawan dengan ahli sihir.Kisah yang sering diceritakan Cikgu Rianti lewat waktu segang di tabika itu.Mindanya cuba dikosong.Tiada ular cuma mikrofon.

“Assalammualaikum.Err..nama saya Shahira binti Ahmad Shahir.Nama mama saya Adira..dan nama papa saya Shahir..tu papa saya yang handsome tu,”

Yaya menunjukkan ibu jarinya ke arah Shahir.Reaksi comelnya mendapat sambutan ketawa daripada penonton.Shahir menggeleng-gelengkan kepalanya.Tersipu-sipu dia dibuatnya.Adira pula terkejut mendengar kata-kata Yaya tentang Shahir.Nampaknya Yaya sudah tahu Shahir itu bapa kandungnya.Dia memandang ke arah Iwan.Kekasihnya itu tidak memberi sebarang reaksi.

“Opps,sorry..dan mama saya yang cantik.Tu!”

Sekali lagi penonton gamat dengan ketawa melihat telatah Yaya.Shahir menjengah Adira di hujung sana.Dia tersenyum.Adira cuba membalas senyuman Shahir walaupun agak tawar.Iwan di sebelahnya hanya mendiamkan diri.Masih menunjukkan tiada sebarang reaksi.Hakikatnya,di dalam hati ada rasa panas yang membara.

“Sajak ini saya tujukan buat mama dan papa saya..bismillahirrahmanirrahim..”

Yaya menarik nafanya dan melepaskan perlahan-lahan.Dia berdehem kecil sebelum melontarkan suaranya yang comel.

Mama,

Mama itu matahari Yaya,

Panas memberi kesegaran,

Garang apabila Yaya nakal,

Memberi cahaya buat Yaya,

Setiap pagi membangunkan Yaya dengan sinaran kasih sayang

Ucapan hello dan ciuman di pipi

Mamalah matahari Yaya

Yaya melambai-lambai ke arah mamanya.Adira membalas lambaian itu.Wajahnya jelas mengandung rasa bangga dan sejuta perasaan terharu dikagumi sang anak sedemikian rupa.Yaya memandang pula papanya,melambai-lambai tangannya.Shahir membalas lambaian itu dengan senyumannya yang manis.

Papa

Papa itu bulan Yaya

Bulat tapi comel

Hadir pada waktu malam

Menemani mimpi Yaya

Memeluk Yaya sewaktu Yaya takut

Melindungi Yaya kala kecemasan

Papalah bulan Yaya

Yaya menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembuskannya.Terdengar bunyi hembusan nafasnya melalui mikrofon.Hadirin di dalam dewan bagaikan terpesona dan menanti dengan tidak sabar bait-bait puisi luahan hati si kecil yang menyentuh hati mereka.

Papa dan mama,

Papa itu bulan dan mama itu matahari

Kenapa siang dan malam Yaya tidak lengkap?

Bukankah bulan memerlukan matahari?

Bukankah matahari memerlukan bulan?

Jika bulan dan matahari saling melengkapi

Pastinya tiga bintang lurus di langit akan terus bersinar

Yaya terdiam.Bibirnya mencebik menahan sebak.Shahir memandang anaknya dengan perasaan bersalah dan air matanya mengalir tanpa disedari.Adira pula cuba mengeraskan hatinya.Dia berusaha menahan kesedihan di dalam hatinya dengan bertopengkan wajah batu bagaikan mempunyai hati yang kering.Hakikatnya,dia sendiri sedih dan pilu mendengar rintihan Yaya.

“Kerana..kerana tiga bintang itu..adalah...papa..mama...dan Yaya,”

Yaya menunduk hormat sebelum berlalu pergi dari pentas itu.Semua hadirin di dalam dewan itu terdiam.Mungkin kerana terkejut mendengar sajak demikian rupa bisa dicipta anak sekecil itu.Mungkin juga terdiam kerana tersentuh dengan bait-bait sajak itu.Perlahan-lahan tepukan berbunyi sebelum semakin bergema dan semakin kuat memenuhi setiap ruang dewan itu.Malah beberapa orang penonton bangun sambil menepuk tangan mereka.

Shahir mengesat air matanya yang tidak mampu berhenti.Luahan Yaya di dalam sajaknya adalah luahan jujur yang merobek hati seorang bapa.Shahir sedar,betapa kejamnya dia kerana pernah mementingkan keegoaannya berbanding kebahagiaan anaknya.

Adira keluar dari dewan itu sambil dituruti oleh Iwan di belakangnya.Wajahnya tidak mempunyai sebarang rasa tetapi ada genangan air mata yang berkaca.

Di belakang pentas,Yaya menangis sambil menggigit telinga si patung beruang hitam.Gigit supaya raungannya tidak kedengaran.Cikgu Rianti menghampirinya dan memeluk anak kecil itu.Begitulah keadaanya apabila ibu dan bapa lebih mementingkan diri mereka sendiri berbanding kebahagiaan zuriat anugerah Allah SWT.

(Bukankah besar amanah Allah itu maka tanggungjawab ibu dan bapa lah yang mencorak masa depan anak sama ada Islam,Majusi,Nasrani atau Yahudi?)

Cikgu Rianti menggeleng-gelengkan kepalanya.

***

Shahir memandang sekeliling pejabatnya.Memandang buat kali terakhir.Surat perletakan jawatannya diletakkan kemas di atas meja.Lebih enak dia meletakkan jawatannya setelah apa yang berlaku di antaranya dan Heliza.

Ya,dia bersyukur kerana dikutip Datuk Noorman semasa dia kehilangan punca ketika melarikan diri bersama Adira.Bermula dari membantu Heliza dia diangkat sehingga antara pemegang saham syarikat selain Datuk Noorman dan Heliza.Kini,dia cuma mengambil aset hakmiliknya.Malahan bukan untuknya semata-mata,untuk Yaya.Dia tidak mahu menjadi anjing tersepit yang menggigit orang yang membantunya.Biarlah dia meletak jawatan.

Tiket penerbangan malam ke Christchurch disimpannya kemas ke dalam saku jaketnya.Esok malam dia akan kembali semula ke Christchurch.Kembali ke rumah lama mama di Burwood.Agenda terakhirnya bersemuka dengan Iwan.Dia tekad.

“Encik Shahir,Encik Iwan sudah sampai,”

Suara setiausahanya berkumandang melalui interkom.

“Baik.Suruh dia masuk,”

Shahir duduk di atas sofa menanti kehadiran Iwan dengan tenang.Dia tersenyum sebaik sahaja lelaki saingannya itu masuk ke dalam pejabat.Wajah Iwan agak cuak.Yalah,dia sendiri tak tahu mengapa Shahir mahu berjumpa dengannya.Apa niat lelaki itu?Mindanya bersedia bila-bila masa untuk menggerakkan fizikalnya jika lelaki itu mahu bergaduh dengannya.

“Kau dah breakfast?”

Iwan hampir bersedia untuk menumbuk apabila Shahir memajukan tangannya ke hadapan.Niatnya itu terbantut apabila lelaki itu cuma ingin berjabat tangan dengannya.Tangan itu disambut dan digoncangnya.

“Sudah.Aku direct to the point je,kenapa kau nak jumpa aku?”

“Kalau ya pun,duduklah dulu,”

Iwan menghela nafasnya dan duduk di sofa hadapan Shahir.Shahir tersenyum.Dia meletakkan sebuah fail di hadapan Iwan.

“Ini adalah fail yang mengandungi insurans dan tabung pengajian untuk Yaya yang boleh diambil pada usianya 18 tahun.Ada juga aset aku yang dipindah hak milik atas nama Adira dan Yaya.Aku harap kau dapat berikan pada Dira dan Yaya,”

“Kenapa kau tak bagi sendiri?”

“Masa tak mengizinkan.Adira banyak berdolak-dalik untuk berjumpa.Aku akan pulang ke Christchurch malam esok..pulang..pulang untuk selama-lamanya,”

“Maksud kau?”

“Tiada maksud apa,cuma..aku berharap kau dapat menjadi suami yang baik dan paling penting ayah yang bertanggungjawab untuk Yaya,”

“Oh..,”Iwan tergamam.Dia masih tidak percaya dengan apa yang dituturkan Shahir.(Bermakna?Dia melepaskan Adira untuk aku?)

“Yaya memerlukan kasih sayang mama dan papanya.Aku sudah lama terpadam dalam hati Adira.Sukar untuk aku sentiasa di samping Yaya sebagai papanya.Kau memang sudah menjadi pilihan Adira.Selepas berkahwin nanti,kau juga akan menjadi papa Yaya,”

“Tapi Shahir,kau tetap ayah kandung dia.Jadi aku rasa tak perlulah kau nak balik ke New Zealand semula,”

“Dengan adanya aku,sukar untuk Yaya terima kau sebagai papanya.Kan?”Shahir tersenyum memandang Iwan.Wajahnya tenang.Sebaliknya membuat Iwan rasa bersalah dengan ketenangan itu.Terasa dirinya begitu hina dengan kemuliaan lelaki itu.

“Tapi..,”

“Tak ada tapinya.Soal Adira pula,kau perlu bersabar sebab dia mungkin manja tapi tak romantik.Keras kepala tetapi hati dia baik.Banyak kau perlu tahu jika kau ingin menemaninya sepanjang hayat,”

Iwan terdiam sekadar mendengar.

“Contohnya,sukar nak dengar dia panggil kau sayang.Mungkin kau dipanggil Spiderman atau Kent boyfriend si Barbie.Dia memang kuat merajuk terutama dengan orang yang dia sayang.Jangan lukakan hati dia,sebab dia akan ingat kelukaan itu selama-lamanya,”

Shahir tersenyum lagi.Terlalu banyak ingin diceritakan soal Adira kepada Iwan.Harapannya moga Iwan dapat memahami bekas isterinya itu.

“Kalau epal,dia lebih suka makan epal hijau yang masam daripada epal merah.Jadi,kau jangan belikan dia epal merah.Belikan epal hijau mesti dia suka.Hem,dia memang peramah.Sebagai lelaki,kau tentu tercabar dengan sikap mudah mesra dia.Tapi percayalah,jika dia sayang kau,kau saja yang dia sayang dan janganlah kau persoal kesetiaan dia,”

“Lagi satu,dia memang suka buat lawak kasar.Kalau dia panggil kau monyet,anggaplah dia panggil kau Johnny Depp.Dia memang begitu dengan orang yang rapat dengannya.”

Shahir ketawa kecil.Cuba melindungi perasaannya yang sebak.

“Akhir sekali,jangan abaikan dia.Walaupun sesaat,walaupun niat kau untuk membantu orang lain,jangan sampai abaikan dia.Sebab..kau juga akan mudah..kehilangan dia,”

“Kenapa?Kenapa kau buat semua ini?”Iwan bertanya bagi mematikan kehairanannya dengan tingkah laku Shahir yang aneh baginya.

“Kenapa?Bukankah kebahagiaan orang yang kita cintai lebih penting daripada kebahagiaan kita sendiri?Aku telah banyak melukakan hatinya dan menitiskan air matanya.Tiada apa yang lebih membahagiakan aku daripada melihat Adira bahagia.Melihat juga Yaya bahagia.Kebahagiaan itu ada pada kau,bakal suami Adira dan papa baru Yaya..aku dah cukup bahagia melihat kebahagiaan mereka..,”Suara Shahir tersekat-sekat tapi bibirnya masih tidak lekang dengan kuntum senyuman.

Iwan hanya terdiam.Shahir menepuk bahu Iwan dan berjabat tangan dengan lelaki itu sebelum melangkah keluar dari pejabatnya meninggalkan Iwan yang terkaku bersama fail yang dipegangnya.

Kalau mampu ku belah awan,sudah lama awan itu terbahagi dua jika itu yang bisa memberikanmu kegembiraan.Namun yang ku mampu hanya membelah hatiku sendiri.Biarku terluka dan berdarah asal kau mampu lagi tersenyum di atas kepingan hatiku yang terbelah dua itu.

***

Datuk Noorman meletakkan kot baldu kebiruan itu di atas sofa sebaik sahaja memasuki rumah banglo mewah Heliza.Hatinya puas apabila Jalak memberitahu Doktor Farish tidak ingat apa-apa langsung ketika tersedar daripada pengsan.Setelah mencampakkannya di tengah longgokan sampah,Si Jalak yang setia cuma memerhati gerak-geri lelaki itu di tengah-tengah lorong gelap Haji Taib.Bersedia jika doktor muda itu teringat akan namanya sendiri.Tapi,ternyata gelap.Semuanya beres,Doktor Farish tidak bisa mengingat namanya sendiri.Di dalam bagasi yang dijinjingnya disimpan dompet dan telefon bimbit lelaki malang itu.Pasti selamat.

(Pedulikan!Siapa yang memula angkara dulu?Aku atau dia?Dia!)

Sampai ke kamar Heliza.Datuk Noorman terkejut apabila mendapati anak gadisnya mengemas pakaian dan almari di dalam bilik itu.Kosong!

“Kenapa ni Eja,abah baru saja sampai,”

“Eja nak balik ke Bangkok,”Heliza mengemas pakaian tanpa memandang ke arahnya.

“Bukankah Eja akan berkahwin dengan Shahir di KL?”

“Tidak!Eja takkan kahwin dengan dia!”

Suara Heliza yang meninggi mengejutkan Datuk Noorman.Heliza meletakkan pakaian yang dilipatnya ke atas katil.Dia berasa bersalah kerana meninggikan suara kepada bapanya.

“Sorry,abah.Eja..Eja takkan kahwin dengan Shahir.Muktamad.Maafkan Eja,okay?”

“Tapi kenapa?Bukankah Eja sukakan Shahir sama seperti Aqso?”

“Abah,dia bukan Abang Aqso.Jauh berbeza walaupun rupa seiras.Abang Aqso cintakan Eja.Dia cintakan Adira,abah.Tolonglah faham,”

“Oh,jadi ini pasal jandanya ye?”

“Abah,sudahlah abah.Eja pun dah sihat.Eja dah tak menurut lagi kata hati seperti dulu.Biarlah dia,abah.Kalau abah sayangkan Eja,kita balik ke Bangkok.Okay,abah?”

Datuk Noorman terdiam sesaat.Dia tersenyum memandang wajah anaknya.

“Okay,abah ikut cakap Eja.Tapi,abah baru nak jumpa Doktor Farish,nanti petang abah datang balik,okay?”Datuk Noorman mengusap kepala anak kesayangannya.Dia segera keluar dari kamar itu sehingga terlupa bagasi kecil yang dijinjingnya tadi.Langkahnya di atur pantas keluar rumah.Heliza tidak menaruh apa-apa syak dengan sikap abahnya yang kelam-kabut.

Bunyi nada deringan ‘Speak Softly Love’ dari bagasi Datuk Noorman menarik perhatian Heliza.Terukir riak kehairanan di wajahnya.(Bukankah itu bunyi nada deringan telefon Doktor Farish?)

Sifat ingin tahunya menyebabkan Heliza membuka bagasi abahnya.Dia terkejut apabila mendapati telefon bimbit dan dompet Doktor Farish berada dalam bagasi abahnya.Panggilan telefon dari nombor yang tidak diketahui itu ditolaknya.Telefon bimbit itu dimatikannya.Fikirannya kusut,kenapa dompet dan telefon bimbit Doktor Farish boleh berada di dalam bagasi abahnya?Bukankah tadi abahnya memberitahu dia baru hendak berjumpa Doktor Farish?

Apa yang abahnya sudah lakukan kepada Doktor Farish?Ke mana sebenarnya abahnya pergi?

Heliza berlari pantas menuruni anak tangga.Malangnya,kereta Datuk Noorman sudah tidak kelihatan.Heliza masih keliru dan gementar.(Apa yang sudah berlaku?)

Datuk Noorman memandu keretanya dengan pantas.Di dalam jaket baldunya,dia menggenggam sepucuk pistol magnum yang berpeluru penuh.Tidak rugi dia meminta Jalak menyiasat alamat rumah Adira sebelum ini.Ada juga gunanya!

(Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!)

***

Shahir leka memandang panorama senja di kota Kuala Lumpur dari tingkap kondominiumya.Bumi Malaysia ini akan ditinggalkannya esok malam.Meninggalkan jauh kenangan pahit dan hanya kenangan manis yang akan dibawanya ke Burwood,Christchurch.

Wajah Yaya yang menghiasi skrin telefonnya mencuit hatinya.Dia teringat sajak yang dideklamasikan Yaya tempoh hari.Sebak hatinya melihat Yaya merayu dan menagih kasih sayang kedua-dua mama dan papanya.Demi kebahagiaan Yaya dan Adira,dia tekad menyerahkan kedua orang yang amat disayanginya kepada Iwan.

Gila jika dia mengatakan dia tidak sayang Yaya dan Adira.Namun semakin dia menghampiri Adira,semakin dia ditolak.Apa yang dilakukannya cuma menambah luka di hati Yaya.Yaya sudah pasti sedih melihat dia dan Adira asyik bertelingkah.

Shahir menongkatkan dagunya di atas lututnya.Dia menangis tersedu-sedu.Bahunya terhenjut-henjut.Kerana cinta dan keluarga,lelaki gagah ini menangis lagi.

(Ya Allah!Berikanlah hamba-Mu kekuatan dalam menempuhi ujian-Mu ini.Sesungguhnya aku bersabar dalam menerima dugaan-Mu.Aku pasrah jika ini hukuman yang diberikan kerana aku pernah menderhaka terhadap bapa dan ibu tiriku.Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.Maka,inilah balasan yang ku terima.Mungkin kekuatanku tidak sehebat Yunus di dalam perut ikan nun tetapi bantulah aku..Ya Allah..sesungguhnya aku cuma hamba-Mu yang lemah.Selemah tanah yang terkandung di jasadku..)

Shahir masih menangis.Air mata itu ingin dititiskan sepuas-puasnya di bumi Malaysia buat terakhir kalinya.Bunyi mesej pesanan ringkas dari telefon bimbitnya mencuri pendengarannya.Dia membuka pesanan ringkas itu.Dari Yaya!

Papa,Yaya rindu papa sangat-sangat.Ambil Yaya pergi makan McD..please..

Shahir mengesat air matanya.Dia cuba untuk tersenyum.Biarlah dia menunaikan permintaan Yaya buat kali terakhir.Selepas ini,dia tidak mampu lagi bergegas menemui Yaya tiap kali Yaya menghantar sms.

***

Yaya segera menyembunyikan telefon bimbit mamanya di belakang apabila Adira tiba-tiba muncul di ruang tamu.

“Ada apa di belakang Yaya?”

“Tak de apa,tak de apa..”Yaya menggelengkan kepalanya.Ketakutan.

“Jangan tipu,”Adira segera menarik tangan Yaya dan mengambil telefon bimbitnya yang digenggam erat anaknya.

“Yaya tak sms siapa pun..,”

Adira menjegilkan matanya menyebabkan Yaya tergamam.Dia memeriksa peti pesanan dihantar.Mesej kepada Shahir itu menyebabkan hatinya bara dan panas.

“Kenapa Yaya hantar sms macam ini kepada Uncle Shahir?”

“Dia bukan Uncle Shahir!Dia papa Yaya!”Yaya menjerit.

“Ya!Dia memang papa Yaya!Papa Yaya yang tak guna satu sen pun!”Adira meninggikan suaranya kembali kepada Yaya.

“Mama tak baik!Mama suka marah papa!”

“Oh,nak sangat papa awak?Pergi keluar cari papa!”Adira menarik tangan Yaya.Namun Yaya membatukan dirinya.Anak kecil itu mula menangis diperlakukan demikian. “Menangis lagi!Mama pening dengan Yaya!Yaya nakal!Yaya suka buat mama marah!”

Adira mula memukul dan mencubit tangan Yaya.Dia rasa geram dan dikhianati apabila Yaya mula melebihkan Shahir dan menyayangi bapa kandungnya itu.Dicubitnya dari tangan sampai ke kaki.Punggung anak kecil itu dipukul dengan telapak tangannya.Semakin kuat Yaya menangis.

“Mama,sakit..kenapa mama pukul Yaya?Apa salah Yaya?Yaya cuma sayang papa sama macam Yaya sayang mama..salahkah Yaya sayang papa?Yaya tak pernah ada papa..,”Yaya meraung sambil menggosok matanya yang dipenuhi air mata.

Adira berhenti mencubit dan memukul Yaya.Dia terduduk di atas sofa dan menangis.Menangis kerana geram dan pada masa yang sama menyesal kerana memukul anaknya.Akhirnya,dia yang meraung kesedihan.

Dihampirinya Yaya dan dipeluk anak kesayangannya itu.Adira meraba-raba kesan merah di lengan putih Yaya akibat cubitannya.Kasihan anaknya,tak pasal-pasal Yaya menjadi tempatnya melepaskan geram kerana Shahir.Dia memaki-maki dirinya sendiri kerana menafikan naluri keibuannya semasa memukul Yaya tadi.

“Maafkan mama,sayang.Mama janji tak akan cubit dan pukul Yaya lagi bila Yaya sebut pasal papa.Maafkan mama,mama sayang Yaya,”Adira mengucup pipi dan dahi Yaya bertalu-talu.Yaya mula memperlahankan tangisannya.

“Yaya tak salah.Yang salah mama dan papa.Mama dan papa yang bersalah.Okay,sayang?”Adira memeluk anaknya dengan erat.Air matanya membasahi bahu Yaya.

Yaya memang tidak bersalah.Dia cuma anak kecil yang merindui belaian papanya.Walaupun sebaik mana Iwan,sudah pasti naluri seorang anak lebih dekat dengan bapa kandungnya.Adira tahu Shahir cuba untuk berbaik dengannya.Tetapi trauma 5 tahun ditinggalkan bekas suaminya memberi kesan yang amat mendalam kepada Adira.Kejamkah dia menolak kebahagiaan Yaya kerana sakit hatinya?

“Sudah?Habis drama?”

Suara seorang lelaki mengejutkan Adira dan Yaya.Adira tergamam melihat Datuk Noorman berdiri di hadapan mereka sambil mengacukan sepucuk pistol.

Lelaki itu sudah lama tidak ditemuinya dan tiba-tiba hadir di dalam rumahnya dalam keadaan yang luarbiasa.Adira memeluk kuat Yaya yang ketakutan.

“Pak Man?”

“Ya,Pak Man.Kenapa Dira?Kenapa kembali dalam hidup Shahir?”Tangan lelaki tua itu menggeletar menahan marah.

“Ya Allah,Pak Man.Bawa bertenang.Saya tak tahu..,”

“Dira tak tahu?Shahir tinggalkan Heliza demi Dira?Kenapa?Jawab kenapa?”

“Pak Man,tolonglah..saya tahu Pak Man lelaki yang baik.Ada anak saya,Pak Man.Kalau Pak Man nak tembak,Pak Man tembaklah saya,”Adira merayu.Dia gugup.Bimbang jika pistol itu menghala ke arah Yaya.

“Kenapa?Kenapa Heliza tak berhak untuk bahagia?Kenapa Dira?”Datuk Noorman mula menyoalnya seperti orang yang hilang akal.

“Pak Man,bawa bersabar..”

“Sabar!Sabar!Aku dah cukup bersabar!Aku bunuh juga kau!”

Belum sempat Datuk Noorman menarik picu pistolnya,Shahir yang baru datang segera merebut pistol itu dari Datuk Noorman.Pergelutan di antara keduanya mencemaskan Adira.Bimbang jika hujung pistol itu meletup.Pergelutan itu berakhir dengan bunyi dentuman yang amat kuat.

Shahir memegang dadanya yang berlumuran darah.Dia berasa sesak nafas sebelum rebah ke bawah.Datuk Noorman tergamam.Dia tidak sangka dia benar-benar menarik picu pistol itu ke dada Shahir.Pistol itu dilepaskan ke lantai.

“Papa!”

Yaya berlari menghampiri papanya.Dia memeluk Shahir yang mengusap lembut wajahnya.Nafasnya tercungap-cungap.Namun masih cuba untuk tersenyum.

“Papa,Papa jangan mati...Yaya sayang papa..papa,”Yaya menangis sambil meraung.Adira lemah menghampiri sekujur tubuh Shahir yang lemah.

“Ayang..abang rasa sejuk sangat..Allahuakbar..,”Shahir memejamkan matanya.Adira menangis dan cuba mengejutkan Shahir.

“Ya Allah,Abang!”

Jeritan Adira tidak didengari Datuk Noorman yang terpaku duduk di atas lantai.Dia cuma terbayangkan wajah kesal Heliza di atas perbuatannya.Orang ramai sudah menyerbu rumah Adira.Dua orang daripada mereka men gawasi lelaki tua yang membisu itu.Siren polis dan ambulans sayup-sayup kedengaran.

Adira dan Yaya masih meratapi jasad yang lemah di hadapan mereka.Mata Shahir masih terpejam.Nafasnya naik turun.Semakin lemah dan lemah.Dia dapat melihat wajah arwah mamanya tersenyum kepadanya.Dia tidak pasti sama ada dia bermimpi atau memang benar dia sudah bertemu arwah mamanya di alam istimewa.

***

“Ya Allah tak sangka sampai begini jadinya,”

Ema menggelengkan kepalanya dan beristighfar beberapa kali.

“Tu lah.I pun terkejut bila Datuk Maulana call Shahir ditembak.Ya Allah,moga keadaan dia tidak parah.Katanya peluru itu hamper sangat dengan jantungnya,”

Daus mengusap wajahnya berkali-kali.Dia memandang ke arah isterinya yang kelihatan risau.Damak di belakang hanya mendiamkan diri seolah-olah memahami apa yang berlaku.

Ketika melalui Jalan Abdullah Hukum,Daus secara tiba-tiba menekan brek secara mengejut.Ema terkejut lantas berpaling ke arah suaminya dengan perasaan marah.

“Abang ni kenapa?Nasib baik Damak pakai safe belt,”

“Itu,”

Hanya satu perkataan terpacul daripada mulut Daus.Jari telunjuknya menuding kea rah hadapan.Mata Ema mengikuti arah yang ditunjuk itu.

“Siapa tu?”

Seorang lelaki berada betul-betul di hadapan kereta mereka.Berdiri kaku memandang mereka berdua dengan pandangan yang keliru.Dahinya berlumuran darah kering dengan pakaian mewah yang compang-camping.Hon kereta di belakang mula berbunyi.

“Doktor Farish,”Daus segera keluar dari keretanya dan mendapatkan lelaki itu.“Doktor Farish?Kenapa doktor jadi begini?”

“Doktor?”Lelaki itu kebingungan.Dia lantas menggoncang bahu Daus.“Kau kenal Ayang?Aku kena beri surat ini kepada Ayang!Cepat!”

“Ayang?Adira?”

“Bukan Adira,Ayang!Kau kenal tak?Aku kena bagi surat ini pada dia!”Doktor Farish menunjukkan sekeping nota yang sudah renyuk digenggamnya.

“Ya,ya,saya kenal dia.Mari masuk kereta saya,”Daus mengambil nota itu dan menarik lelaki itu masuk ke dalam keretanya.Bunyi hon dari kereta-kereta di belakang mereka saling bersahut-sahutan.Hampir menimbulkan kesesakan jalan raya.Daus segera memandu keretanya menuju ke Hospital Pantai.

Shahir ditembak oleh Datuk Noorman.Doktor Farish pula hilang ingatan.Daus menghela nafasnya.Dijelingnya nota di saku kemejanya.Sedikit tak banyak,pasti nota ini dapat menerangkan kenapa semua ini boleh berlaku.

***

Suasana di luar bilik pembedahan Hospital Pantai muram dan sugul.Di satu sudut Datuk Maulana kelihatan tabah membaca Surah Yassin dengan ditemani isterinya,Datin Ainul.Adira pula kelihatan lemah dan tidak berdaya sambil memeluk Yaya.

Iwan berdiri di sudut paling jauh daripada keluarga itu.Memeluk tubuhnya sambil memandang siling yang tidak bernyawa.Dia teringatkan pertemuan dengan Shahir.Shahir menyerahkan tanggungjawab kepadanya seolah-olah dia tahu apa yang bakal terjadi.Bagaikan dia tahu musibah yang bakal menimpanya pada hari ini.Bukan kerana ingin pulang ke Christchurch tetapi lelaki itu tahu bahawa jika takdirnya sudah sampai.Berdasarkan perbualan dengan Doktor Jagdeep Singh yang bertanggungjawab terhadap pembedahan ini.Kejayaan pembedahan amat tipis.

Jika berjaya pun Shahir akan mengalami konkusi sama ada koma atau lumpuh separuh badan.Hanya keajaiban dari Yang Maha Esa bisa memberikan kejayaan sembuh seperti sediakala.

Dia bukannya lelaki yang kejam.Dia juga mendoakan lelaki itu kembali bernafas seperti sediakala.Mampu tersenyum di hadapan Yaya sehingga anak itu membesar.Melihat Yaya graduasi atau menjadi wali perkahwinan anak gadisnya.Iwan berdoa semoga Tuhan mendengar pemohonannya.

Daus,Ema dan Damak baru memasuki ruang legar di luar wad pembedahan.Ema dan Damak menghampiri Datin Ainul.Daus menghampiri Adira.Tak sanggup rasanya dia memberikan nota itu kepada Adira.Tetapi dia tega demi menghapuskan dendam Adira kepada Shahir.

“Untuk Dira.Nota Shahir semasa di Bangkok,”Ringkas Daus berkata sebelum mendukung Yaya dan menuruti isteri dan anaknya menuju kepada Datuk Maulana dan Datin Ainul.

Adira yang kelihatan serabut membuka lipatan nota itu.Kenapa pula nota ini timbul dalam saat-saat genting sebegini?Matanya yang membengkak akibat menangis belum lagi surut.Ini dia perlu pula membaca nota Shahir yang tidak pernah diketahuinya.

Adira membaca setiap baris ayat yang tertera dengan perasaan yang luluh.Perasaan sebak menguasai kembali hatinya.Patutlah Shahir benar-benar membencinya ketika itu.Sudah tentu Shahir merasakan dia memilih Daus berbanding suaminya.Surat itu dikeronyok.Adira menangis tersedu-sedu.

“Ya Allah,demi Allah Dira tidak tahu kewujudan surat abang...jika Dira tahu,tentu Dira akan setia menunggu kepulangan abang waktu itu.Ya Allah,berikan umur yang panjang buat Abang Shahir,Dira berjanji akan menebus semua kesilapan masa silam..Ya Allah..”

Ratapan Adira menyentuh hati Iwan.Ketika itu dia menyedari siapa dirinya di dalam hati Adira.Mungkin sekadar persinggahan.Mungkin sekadar ujian di antara hubungan Adira dan Shahir.Dia berlalu perlahan-lahan.Melangkah keluar dari situ.Didongaknya langit yang gelap.Tiada langsung cahaya bulan.Mungkin malam ini akan hujan.Jika hujan,biar hujan itu menemani sepinya.

(Semoga kau selamat demi Adira dan Yaya..)

***

Lokap yang gelap itu memberi sejuta rasa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata buat Datuk Noorman.Dia pasrah di bawa polis untuk soal siasat.Dia redha ditahan tanpa jaminan.Malahan dia tak lari pun ketika orang ramai mula memenuhi rumah Adira.

Dia cuma seorang bapa yang terlalu mengasihi anaknya.Dia sudah berjanji dengan arwah isterinya untuk menjaga Heliza sehingga nafas terakhir.Kebahagiaan Heliza melebihi kebahagiaannya sendiri.Orang kata kasihnya ibu membawa ke syurga,kasihnya ayah semasa berada.

Dia tidak mampu menjadikan telapak kakinya sebagai haruman syurga buat Heliza.Selagi hayat dikandung badan,dia cuma mahu memastikan Heliza berhak mendapat apa yang dia dapat.

Hasutan syaitan menguasai niat sucinya.Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia tergamak memukul Doktor Farish dan ingin membunuh Adira.Akhirnya dia terperangkap dalam kekhilafannya sendiri apabila menembak Shahir.Bukan mangsa buruannya.

“Abah,”

Suara lembut Heliza kedengaran di luar lokap.Seorang lelaki menemani anak gadisnya.Datuk Noorman tidak menjawab.Dia berasa malu dengan perbuatannya sendiri.Dia cuma memandang tembok konkrit yang kukuh di hadapannya.

“Abah,Eja sentiasa ada dengan abah.Ini Tuan Haji Kamarul,dia yang akan cuba membela kes abah jika kes ini ke mahkamah..abah,dengar tak?Eja tak akan pulang ke Bangkok.Eja akan menjaga kebajikan abah.Abah?”

Heliza berasa sebak apabila Datuk Noorman tidak memandangnya.

“Eja tahu abah lakukan semua ini..demi Eja..”Suaranya tersekat-sekat.“Apapun yang berlaku,abah tetap abah Eja...Eja tetap sayang..abah,”

Heliza mengesat air matanya sebelum berlalu pergi.Pilu hatinya melihat keadaan Datuk Noorman.

Datuk Noorman pula cuma mampu menangis di dalam hati.Pemergiaan Heliza langsung tidak dipedulikannya.

(Abah memang bersalah Eja..biarlah abah dihukum..maafkan abah..maafkan abah..)

***

Adira mengelap wajah Shahir dengan kain yang dibasahkan.Kemudian,dia mencukur jambang yang memenuhi pipi lelaki itu dengan berhati-hati.

Sudah tiga bulan bekas suaminya itu koma selepas pembedahan membuang peluru itu berjaya.Matanya terbuka tetapi jasadnya tidak bergerak.Jantungnya berdegup namun bibirnya tidak berbicara.Selesai mencukur,dia mengelap kembali pipi lelaki itu.Dibersihkannya sehingga puas hati.

Adira tersenyum manis buat Shahir walaupun lelaki itu tidak bisa membalas senyumannya. “Assalammualaikum,abang.Pagi ini daddy dan mummy pulang sekejap ke Beruas.Lusa mereka datang balik.Ayang dah hantar Yaya ke tabika.Hari ini Yaya ada persembahan nasyid di hadapan Menteri Pelajaran Malaysia.Abang bangga kan?Ayang tolong anggukkan untuk abang,okay?”

Adira mengangguk kepalanya. Diambilnya akhbar tempatan yang terletak di atas almari kecil sebelah katil.

“Okay,berita hari ini.Hem,mahkamah mengesahkan kes cubaan membunuh oleh Datuk Noorman terhadap..,”Adira terdiam seketika.Dia teringat kata-kata Doktor Jagdeep Singh supaya memastikan apa yang didengar Shahir biarlah berita yang menggembirakan.Bilang doktor,walaupun koma,kemungkinan besar Shahir masih bisa mendengar.

“Kita tutup akhbar hari ini,amat tak best.Abang tahu tak?Doktor Farish rupa-rupanya abang kandung Ayang?Jadi,Ayang sudah memanggilnya Abang Long.Kesian Abang Long,sampai sekarang dia tak mampu ingat dirinya tapi dia ingat Ayang.Cuma dia tak tahu Ayang ni adik dia.Mummy hari-hari pergi tengok Abang Long di wad psikiatri.Abang Long okay,Cuma kadangkala dia suka mencederakan diri sendiri apabila dia rasa tension mengenai siapa dirinya.Kesian kan?”

Adira memandang Shahir.Meninjau-ninjau jika ada sebarang pergerakan.Namun,hampa.

“Iwan.Iwan tak jadi kahwin dengan Ayang.Dia kata dia nak jumpa kawan lama di L.A.Kata Iwan,mungkin jodohnya di sana.Kalau tak dapat jumpa kawan lamanya,dia mungkin berkahwin dengan minah salleh.Kurang asam betul kan?Sesiapa pun jodohnya,semoga Iwan sentiasa sejahtera kan abang?Lama tak dengar cerita Nad,itulah kawan lama yang Iwan cari.Baru-baru ini dia hantar e-mel.Ada gambar baru Nad dengan tunang dia,mat salleh hensem.Sangat ironik,tak sampai hati Ayang nak beritahu Iwan.Macam-macam kan?”

Dia meneleku dagunya di hadapan Shahir.Otaknya ligat berfikir,entah apa lagi mahu diceritakan kepada lelaki itu.Dia cuba menggembirakan Shahir dengan cerita yang menarik.

“Kak Ema mengandung anak kedua.Harap sangat supaya dapat anak perempuan kan,abang?Barulah sepasang anak Abang Daus dan Kak Ema.Damak pun tentu seronok kalau dapat adik perempuan kan?Kan?”

Rambut lelaki itu diusapnya perlahan.Wajahnya yang ceria tadi bertukar kemuraman.Dia hamper putus asa dengan keadaan Shahir.

“Abang,sudah 3 bulan abang.Kembalilah kepada kami.Ayang dan Yaya sangat memerlukan abang..Ayang minta maaf jika melukakan hati abang.Setiap kali solat,tidak henti Ayang memohon kepada Allah semoga menyedarkan abang semula dari mimpi abang yang panjang..,”

Adira bermain-main dengan ibu jari lelaki itu.Tiada pergerakan.Dadanya bersarang dengan sejuta kesedihan dan kehibaan sejak Shahir koma.Dia gembira kerana Shahir masih hidup,namun,tamakkah dia kerana ingin melihat Shahir bangun dan mengusiknya dengan lawak yang sengal seperti dahulu?Memberinya sepenuh perhatian dan kasih sayang.Berpakat dengan Yaya untuk mengenakannya.Dia rindu akan lelaki itu.Bukannya mayat hidup yang kaku di atas ranjang.

“Abang,Ayang sangat merindui abang.Rindu dengan kata-kata romantis abang tentang tiga bintang lurus di langit.Abang ingat tak sajak Yaya?Kan Yaya kata tiga bintang itu abang,Ayang dan Yaya.Tiga bintang yang menunjuk arah kiblat.Abang ingat tak?”

Shahir tidak mampu menjawab pertanyaan Adira.Hatinya semakin sebak.

“Abang..Ayang berjanji dengan bersaksikan la ilaha ilallah dan Muhammad rasulullah,jika abang berusaha untuk kembali kepada Ayang dan Yaya...kita bina semula keluarga kita yang runtuh dahulu.Ya Allah,sesungguhnya sejak dulu lagi hanya abang yang bertakhta dalam hati Ayang.Ayang tak pernah bencikan abang.Itu hanya ucapan bibir,bukannya luahan hati.Hati Ayang cuma sakit tapi Ayang terlalu cintakan abang..betul..sumpah..bangunlah,abang..,”

Adira menekup wajahnya dengan kedua telapak tangannya.Dia menangis tersedu-sedan melihat Shahir yang tidak memberi sebarang tindakbalas.Matanya yang terbuka terus memandang ke siling.Entah apa yang dicarinya,sedangkan Adira berada di sebelahnya.

Air mata yang mengalir dari mata Adira membasahi tangannya dan menitis di atas jari jemari Shahir.Titisan demi titisan.Wajahnya masih ditekup menahan rasa hiba.

Air mata itu menitis lagi.Mungkinkah panasnya air mata kasih sayang Adira mencairkan jari jemari Shahir yang beku selama ini.Seperti mengangkat syahadah,jari telunjuk Shahir bergerak naik ke atas.Kelopak matanya yang selama ini hanya terbuka mula berkedip-kedip..

“Ayang..,”

Adira tersentak mendengar suara lemah Shahir.Dia terpaku melihat Shahir mengedipkan matanya.Malah,menoleh ke arahnya.Sesungguhnya inilah yang dinamakan kuasa Allah,lelaki yang sebentar tadi diam terbujur kaku seperti jasad tidak bernyawa kini sudah memandang ke arahnya.

“Abang..,”Adira memanggil namanya sambil cuba tersenyum di sebalik juraian air mata yang kian mengalir.

Perlahan-lahan Shahir mengukirkan senyuman setelah bangun dari lena yang panjang.Bagi Adira,balasan senyuman Shahir sudah cukup sempurna.Adira menangis lagi tetapi bukan air mata kesedihan tetapi kegembiraan.

Benarlah,jika sudah tertulis di Luh Mahfuz,tulang rusuk kiri yang hilang itu akan tetap kembali jua kepada tuannya.Sekalipun tercampak dari awanan ke bumi,bukankah Adam tercipta untuk Hawa?Biarpun badai bergelora memisahkan dua hati ini.Jika itu sudah suratannya,sejuta mata pedang pun tidak mampu menghalang.Cerita antara Shahir dan Adira sudah memang kehendak-Nya.

Seluruh hati ini

Ku serah buatmu segala

Setiap lafazku benarku rasa

Bukan cerita di dalam lagu

Benar aku pernah

Menyakitimu walau ku terluka

Sedangkan kau tetap selalu berada

Di sisi menemani oh diriku

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu

Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta

Untuk diriku yang selalu mendustai

Perasaan yang sedang ku rasa

Sungguh aku kesali

Biarkan dirimu separuh mati

Sedangkan ku tahu semua sendiri

Kau teruskan jua walau disakiti

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu

Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta

Untuk diriku yang selalu mendustai

Perasaan yang sedang ku rasa

Setiap kali aku cuba menjauh

Lebih dekat kau hadir

Biarku undur kau terus setia

Setulus kasih yang kau berikan

Maafkanlah semua keterlanjuranku kepadamu

Tak bisa ku membuang semua yang kau cipta

Untuk diriku yang selalu mendustai

Perasaan yang sedang ku rasa

Monday, March 7, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 29

Doktor Farish dapat merasakan degupan jantungnya masih kencang walaupun sudah lama dia sampai ke Kuala Lumpur.Cermin matanya disisip ke dalam saku kemeja Marc Jacobs yang basah lencun dibasahi keringat dingin.Bukan kerana panas mentari tetapi dibasahi salju kegelisahan.

Begitu kecilnya dunia,rupa-rupa nya wanita yang dia khianati adalah adik kandungnya sendiri!Doktor Farish menyapu-nyapu wajahnya sambil bibirnya menggeletar beristighfar.Dia membuka dompetnya.Sekeping nota yang sudah usang dan kekuningan masih tersimpan rapi di dalam dompetnya.Nota Shahir kepada Adira semasa di Bangkok lima tahun yang lepas.Nota yang disimpannya kemas sebagai rahsia sehingga ke kubur.Bait-bait nota itu dibacanya kembali dengan seribu rasa kekesalan.

Isteri abang yang dicintai,

Abang minta maaf jika abang keterlaluan semalam.Abang keliru.Banyak soalan yang belum terungkai.Abang ingin berbicara dengan tenang dengan ayang,tetapi abang tak tergamak mengejutkan ayang.Pagi ini abang harus ke rumah Datuk Noorman seperti biasa.Balik nanti kita keluar,okay?Tapi satu sahaja abang minta,ayang jangan keluar lagi dengan Daus.Jangan tanya abang kenapa.Buat masa ini cukuplah abang katakan bahawa ini permintaan seorang suami.Jangan lukakan hati abang dan berjanji ayang tidak akan keluar dengan Daus dan menunggu kepulangan abang.

Semua orang pernah buat salah tetapi abang tetap sayang ayang..

Perlukah dia memberitahu Adira tentang nota ini?Nota yang membuat Shahir fikir dirinya dicurangi Adira.Sedangkan Adira tidak tahu apa-apa tentang nota ini.Jika adiknya membaca nota ini,wanita itu sudah pasti tidak keluar bersama Daus.Keluar kerana helahnya juga.

“Ya Allah!”

Doktor Farish menghantuk-hantukkan kepalanya ke stereng kereta.Bunyi hon berpanjangan mengejutkan orang ramai di tempat letak kereta Bangsar Village.Ada yang menggeleng-gelengkan kepala dan ada juga yang saling berbisik perkataan gila.

Doktor Farish menyandar tubuhnya yang lemah ke kerusi.Tangannya diletakkan ke dahi.Keluhan demi keluhan keluar seiring dengan air mata kekesalan.

(Aku memang lelaki tak guna!Bukan sahaja pembunuh bapa kandung sendiri malahan menghancurkan hidup adik kandung sendiri juga!Sial!)

Bunyi nada deringan ‘Speak Softly Love’ dari filem Godfather mengejutkan Doktor Farish.Tertera nama Datuk Noorman pada skrin telefon bimbitnya.

“Hello,”

“Hello,doktor.Petang nanti I sampai ke Kuala Lumpur,”

“Oh..ya kah?”

“Kenapa dengan you?Lemah saja suara,”

“Err..emm..I nak..nak jumpa Datuk nanti,”

“Okay,ada hal penting?”

“Terlalu penting,”

“Okay.Sampai di KLIA I akan terus ke clubhouse dulu sebelum ke rumah Eja.You boleh jumpa I di clubhouse.Mungkin you boleh asahkan golf handicap you yang dah lama bertakuk kat 5?”Suara Datuk Noorman yang galak ketawa menambahkan serabut di dalam otak Doktor Farish.

“Okay Datuk,kita jumpa di clubhouse.Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam,”

Doktor Farish memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut-denyut.Dia mengambil kotak kecil berisi aspirin di dalam dashboard.Tablet itu ditelannya dengan seteguk air mineral.

(Ya Allah,bukankah lebih baik aku terus menjadi banjingan di Henry Gurney daripada menjadi seorang doktor yang terhormat tetapi tetap seorang banjingan?)

*****

“Hai,dari semalam I nampak you risau,kenapa Heliza?”

Farina tersenyum manis memandang Heliza yang sudi menemaninya menikmati sarapan pagi di Old Town.

“Oh,tak de apanya.I risaukan tunang I.Dari semalam I call masih tak dapat-dapat.Semalam I ingat nak singgah jenguk dia.Tapi dah lewat malam,”

“Okay,may be tunang you busy kot?Sebab tu dia matikan telefon.Macam husband I,Fahrin.Kadang-kadang I geram,asal buat kerja matikan telefon.Tapi sekurang-kurangnya dia tak main perempuan.Thank God!”

Farina dan Heliza ketawa kecil serentak.

“Masalahnya,Shahir bukan macam tu..,”

“Apa?Shahir?”Farina tersenyum sinis sambil membulatkan mata.

“Aha..tunang I nama Shahir.Kenapa you?”

“Okay,I tau banyak orang nama Shahir.Tapi kalau tunang you namanya Shahir bin Datuk Maulana..oh..my..God..oh,my God!”

“Yes,oh my God!Memang Shahir bin Datuk Maulana.Kenapa?”Heliza tak pasti sama ada dia perlu menjerit keriangan atau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

“Apa?Man,what a small world..Shahir tunang you?Habis tu macam mana dengan Adira?Sorry kalau pertanyaan I menyingggung perasaan you,”

Heliza terkesima sebentar mendengar pertanyaan rakan kongsinya mengenai Adira.

“Sebelum I jawab,macam mana you tahu segalanya mengenai Shahir?”

“Oh,dear..I ni ex-girlfriend dia.Kami hampir-hampir nak bertunang sebelum dia melarikan diri dengan adik tirinya tu.I ingat dia dah kahwin dengan Adira,”Selamba Farina berbicara tanpa mempedulikan perasaan Heliza yang kerisauan.

“Ye,dah kahwin dan dah bercerai.Cuma baru-baru ni dia bertemu semula dengan Adira,”

“Now that’s scary!Apa yang I tahu Shahir memang terlalu cintakan Adira.You better hati-hati.I bukan nak singgung perasaan you tapi I belajar daripada pengalaman,”

“Takkanlah diorang nak rujuk balik?Diorang dah bercerai 5 tahun yang lalu.Bercerai kerana Adira ada lelaki lain.Tak silap I,Daus nama lelaki tu,”

“Adira dan Daus?Tak mungkin,”

Geram Heliza mendengar ungkapan demi ungkapan berbisa yang keluar dari mulut Farina.Sakit hatinya tetapi dia tetap gentar.Bagaimana jika kata-kata Farina itu ada benarnya?Shahir tak mungkin dapat melupakan jandanya?

*****

Shahir bangun huyang-hayang dari sofa untuk membuka langsir.Matanya terpejam-pejam apabila wajahnya disimbahi cahaya matahari.Badannya masih panas tetapi tidak sepanas semalam.Alat kawalan mudah Astro itu diambil dan ditekan.Siaran ulangan yang menyaksikan Manchester United dibelasah Liverpool menambah sakit hatinya.Cepat-cepat dialih siaran.

Cartoon Network.Tersengih-sengih dia melayan Ben 10 sebelum merebahkan semula badannya ke sofa.Belum sampai seminit dia berbaring,loceng rumahnya berbunyi.

(Huh!Siapakah itu?Adira kot..ngeh,ngeh.Konon benci,tak nak berjumpa dan bla bla.Perempuan,macam kerak nasi kalau diletak air cair.Panggil sayang pun dah terbakar.Kita bako!Kita bako!)

Shahir berlari anak menuju ke muka pintu.Walaupun demamnya belum kebah,tapi semangatnya macam lebah memikirkan Adira hadir di muka pintu.Sepantas kilat tombol berbulat itu dipulas.Tersenyum hingga ke telinga.

“Yuhuuu ay..ay..aya..aya..ay..eh..eh..Eja?”(Nasib baik aku tak tersebut lancar Ayang!)

“Kenapa awak gagap?”Heliza memandangnya dari atas ke bawah.

“Demam..tu pasal ga..gap.Masuklah,”

Heliza meletakkan tangannya ke dahi Shahir.Dahinya berkerut kerisauan.

“Eh,panas ni.Ke klinik jom!”

“Semalam lagi panas,hari ni okay sikit.Adira dah letakkan basahan di dahi semalam,”

“Adira?Adira datang sini?”Heliza membulatkan matanya.

“Saya sebut nama Adira ke?”Shahir tersengih.

“Ada Adira lain?”

“Okay,jangan marah.Memang semalam Adira datang.Dia hantar saya balik lepas kami balik dari kampung,”

“Oh,Adira pun ada di kampung?Patutlah awak matikan telefon,”

“Saya?Saya matikan telefon?Ya Allah,bateri saya kong agaknya.Saya lupa nak cas,”Shahir menyeluk saku seluarnya.Mengeluarkan telefon bimbitnya.Memang kong tahap king kong.Skrin gelap.

“Pokoknya,awak jumpa Adira,”Heliza mula menekan suaranya.Keras.

“Apa yang pokok,daun,lidi semua ni.Okay,saya memang jumpa Adira.Ada Iwan dan ada Yaya.Yang penting ada mummy dan daddy saya,”

“Bukan,yang penting ada Adira di sini.Semalam,Adira ada kat sini.Berdua-duaan dengan awak.Janda awak ada dengan awak,saya tak tahu apa yang awak berdua buat!”

“Hei,awak jangan pandang Adira semurah itu!”

“Jangan hei hei saya!Awak sendiri memandang dia hina ketika bersama Daus kan?Awak lupa apa fikiran awak kepada dia semasa di Bangkok?”

Shahir terdiam.Kepalanya berdenyut.Suhu badannya suam-suam panas.Pagi-pagi lagi Heliza sudah mengajaknya bertekak.Kata-kata pedas Heliza itu memang betul.Dia memang tolol ketika di Bangkok.Menganggap Adira begitu murah sedangkan Yaya anak kandungnya sendiri.

“Ketika tu..saya..saya silap.Yaya..Yaya anak kandung saya dan Adira..,”

“Tahniah!Awak memang bodoh,Shahir.Awak bersama saya kerana apa?”Air mata bergenang di mata Heliza.Geram.

Shahir tidak menjawab.Dia hanya menundukkan kepalanya.

“Saya pun bodoh kerana jatuh hati pada awak kerana paras rupa.Rupa seiras Abang Aqso.Hakikatnya,Abang Aqso takkan meragui cinta dan kesetiaan saya sepertimana awak meragui cinta dan kesetiaan Adira.Awak tahu tak awak bodoh?”

“Hah?”Shahir tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Heliza.Dia hanya mampu menerima sahaja tanpa membalas tiap penyataan.

“Saya tak nak berkahwin dengan lelaki bodoh,”Heliza menanggalkan cincin di jari manisnya ke bawah lantai.

“Eja..saya..,”

“Keputusan saya muktamad!”

Dengan genangan air mata,Heliza meninggalkan Shahir berdiri kaku di tepi pintu.Dia berlari-lari pantas ke pintu lif.Sebaik sahaja pintu lif ditutup.Gadis itu meraung sekuat-kuatnya.

Demi Tuhan,dia begitu menyayangi Shahir.Lelaki itu berjaya membuka ruang cintanya yang tertutup demi Aqso.Namun,tiada gunanya dia mencintai lelaki yang tidak mampu mencintai kembali sehebat cinta Aqso.Jika Shahir benar-benar menyintainya sudah pasti lelaki itu mengejarnya dan bukannya berdiri kaku di situ memandang cincin pertunangan mereka yang berpusing-pusing di lantai marmar.

Tangannya menggeletar menyeluk tas tangannya.Mengeluarkan ubat penenang jiwa.

(Eja,jangan biarkan kekalutan menguasai jiwa nan kacau lagi.Kau harus tabah,kau harus tabah...kau harus tabah..)

Lif itu turun dengan pantasnya sehingga ke tingkat bawah.

*****

Daus menghirup secawan teh panas yang disediakan Adira dengan berhati-hati.Takut melecur lidahnya.Diperhatinya sekeliling taman mini di halaman rumah Adira.(Rajin juga makcik ni menyapu halaman rumah.Bersih!)

“Nasib baik Dira ada hari ni,kebetulan kan?”Adira melabuhkan punggungnya di atas kerusi setelah selesai menyiram pokok bunga.

“Abang saja lalu sini lepas hantar Damak ke tadika.Tengok ada kereta Dira.Saja datang jenguk,ambil cuti kenapa ni?”

“Cuti rehat.Letihlah semalam balik Perak.Lepas tu hantar mamat tu balik rumah,”

“Mamat mana?Iwan?”

“Bukan,Abang Shahir,”

“Eh,sampai ke sini dah dia?”Daus tersenyum sinis.

“Selalu ke sini Abang Daus.Gila talak!”Adira menjuih bibirnya.

“Ye ke dia seorang gila talak?Habis yang Dira ke rumahnya?Tak gila talak?”

“Abang Daus jangan macam-macam.Dira hantar dia balik sebab dia pengsan depan rumah Dira.Sebelum polis yang angkut dia,Dira hantarkanlah,”

“Okay..okay..abang minta maaf.Dia pengsan kenapa pula?Mengada-ngada betul duda awak tu ye?”

“Demam.Memang panas pun badannya,”

“Jangan-jangan dia demam sebab abang belasah dia cukup-cukup hari tu,”

“Oh,Abang Daus yang pukul dia?Padan muka!”

“Dia pun sempat juga pukul abang balik.Kira fair and square la.So?”

“So?”

“So Dira tak nak rujuk dengan dia balik?”

“Please!Gelilah dengar,”

“Entahlah,kalau lima tahun lepas masa kat mahkamah syariah tu memang abang rasa menyampah tengok muka Shahir.Beria-ria kebahagiaan dalam perpisahan mohon bercerai.Tapi,sekarang abang tengok..dia macam bersungguh-sungguh mahu kembali kepada Adira,”

“Biasalah Abang Daus,bila kita kehilangan sesuatu barulah kita akan menghargai,”

“Dan tolong dengar nasihat guardian angel nombor dua Dira nih,jangan pula mempermainkan perasaan orang lain semata-mata untuk membalas dendam pada orang yang kita sayang,”

“Maksud Abang Daus?”

“Fikir-fikirkanlah,”Daus mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke kepalanya sendiri.

Yaya yang baru bangun menghampiri mereka berdua.Dia mencium pipi Daus sambil duduk di atas ribaannya.

“Yaya ni pun tak pergi tadika ye?”Daus menyoal Yaya yang asyik menghirup teh dari cawannya.

“Tak Uncle Daus,mama cakap hari ni public holiday,”

“Pandailah mama awak tu kan?Macam Menteri Pelajaran pulak dia,”

Adira hanya ketawa kecil mendengar sindiran Daus.

“Mama,mama,mama,mama,petang ni kita pergi zoo,”Yaya cuba bermanja-manja dengan Adira sambil tersenyum nakal.

“Okay,no hal sayang,”Adira mencuit pipi anaknya.

“Eloklah tu,mama tak pergi kerja,anak tak pergi tadika..petang pergi zoo.Rosak!”Daus ketawa terbahak-bahak.Adira buat tak tahu lagi mendengar leteran Daus.Daus sekarang terlalu kebapaan.Macam pakcik yang suka membebel.

“Kita ajak Uncle Shahir,”

Ayat yang terpacul dari mulut Yaya membikin panas di hati Adira pagi-pagi ini.

“No way,”

“Yes,way!Yaya nak ajak Uncle Shahir!”

Yaya bingkas bangun dari ribaan Daus dan mencekak pinggangnya.

“Jangan cekak pinggang depan mama,”Adira memberi arahan.Tegas.

Yaya meluruskan tangannya.Mukanya kemerahan menahan marah.

“Yaya nak ajak Uncle Shahir,”

“Tak boleh!”

“Nak ajak!Nak ajak!Nak ajak!”

Yaya mula menghentak-hentak kakinya dan kemudian menggulingkan badannya ke atas tanah.Adira membulatkan matanya.Geram.(Eeeeee!Eeeeee!!!)

“Tengok Abang Daus,degil,”

“Aha,degil macam mamanya juga.Bawaklah Shahir tu,pergi zoo aje..bukannya berdating berdua yang Dira takut sangat,”

Adira mengeluh kecil.(Abang Daus ni pun satu,bukannya nak tolong!)

*****

Petang itu Shahir mengenakan baju panas tidak berlengan berwarna biru.Di dalamnya kemeja putih yang dilipat lengannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap panas dan sekejap sejuk.Yang pasti lebih baik berbanding sebelumnya.Demi Yaya dan Adira dia menggagahi dirinya untuk ke zoo petang itu.Menunggu kedatangan ibu dan anak di bawah pokok.Macam P.Ramlee dalam ‘Masam-Masam Manis’ pula rasanya.

Kasihan pula dia melihat Heliza menangis pagi tadi.Alang-alang Heliza yang terlebih dahulu memutuskan pertunangan,lebih baik dia diamkan diri.Bukan dia yang memutuskan pertunangan itu,Heliza sendiri.Yang pasti,kini soal Yaya dan Adira menjadi agenda yang lebih penting.

“Uncle Shahir!”

Yaya menjerit sambil berlari mendapatkan Shahir.Shahir terus mendukungnya.Nak dicium takut Yaya dijangkiti demamnya.

Adira menuruti dari belakang dengan langkah yang longlai.

“Hai,dari mana ni?”

“Pantai,”Jawab Adira acuh tak acuh.

Shahir mengerutkan dahinya.(Marah lagilah tu..)

“Cepat-cepat,Yaya nak tengok macam-macam binatang ni,”Yaya turun dari dukungan Shahir.Tangan kanannya memegang tangan kiri Shahir dan tangan kirinya memegang tangan kanan Adira.Membuai-buai tangan papa dan mamanya.Melompat-lompat kegirangan.

“Eee,macamlah awak tak pernah ke zoo sebelum ni,”Adira menjeling anak kesayangannya.(Memang overdose kalau dengan papanya!)

Sepanjang petang itu Shahir sabar melayan karenah Yaya yang tampak begitu manja dengannya.Sekejap nak dukung,sekejap nak duduk di bahu.Sekejap nak tengok badak air,sekejap nak tengok gajah.Shahir cuba memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada Yaya petang itu walaupun tidak mungkin dapat menebus masa lima tahun tanpanya.

“Wow,monyet!Uk..uk..ak..ak!”Yaya cuba meniru gaya monyet di hadapannya.Shahir hanya ketawa kecil melihat telatah anaknya.

“Yaya suka sangatlah monyet sebab muka Uncle Shahir macam monyet,”Selamba Adira berkata sambil menjeling Shahir di sebelahnya.

“Hah?Abang macam monyet?”

“Iyalah,hidung abang kan kembang?Sebijik macam monyet tu,”Adira cuba menahan tawanya sambil menunjuk kepada seekor monyet yang baginya persis hidung Shahir.

“Kiranya monyet tu handsome lah kan?Sebab tu monyet betina yang macam hidung Dira kat sebelah tu asyik main mata dengan monyet jantan tu,”

“Hidung Dira tak de macam monyet tu,okay?”Adira meninggikan suaranya.Marah.

“Macam ni lah,hidung Uncle Shahir dengan hidung mama sama aje.Kalau Uncle Shahir monyet,mama pun monyet,Yaya pun monyetlah,”

Shahir ketawa besar mendengar kata-kata Yaya.Adira mencubit perlahan pipi Yaya.(Mulut becok betul!)

“Sakitlah mama,mama nak aiskrim,please,please!”Yaya merayu sambil menggosok-gosok pipinya yang dicubit Adira.

“Eh,suruhlah Uncle Shahir kesayangan awak beli,”

“Abang kan monyet,monyet mana tahu beli aiskrim.Uk..uk..ak..ak!”Shahir meniru gaya monyet yang digayakan Yaya tadi.Yaya turut meniru gaya papanya.

“Bencilah!”Adira berlalu pergi meninggalkan kedua beranak itu untuk membeli aiskrim untuk Yaya.(Uk..uk..ak..ak!Belasah anak tekak kang!)

Shahir dan Yaya saling memberi tepukan ‘high five’.Yaya pantas mencium pipi Shahir.

“Yaya sayang papa,”

Shahir tersentak mendengar ungkapan papa dari mulut Yaya.(Apakah Adira sudah memberitahu Yaya bahawa dia bapa kandung Yaya?)

“Yaya panggil..papa?”

“Ya,Uncle Shahir papa Yaya kan?Mama bisik-bisik semalam.Mama ingat Yaya tidur.Tapi Yaya tidur-tidur ayam,”

“Mama bisik pasal papa?”

“Aha..mama cakap..mama sayang papa.Mama cakap papa pun sayang mama dan Yaya..tapi..tapi..,”Yaya mencebik.Dia mula menangis tersedu-sedan.

“Tapi kenapa sayang?”Shahir sebak melihat Yaya menangis.Dia mengelap perlahan-lahan air mata yang membasahi pipi anaknya.

“Mama takkan percaya papa..lagi..mama kata papa buat hati..mama..terluka.Yaya tak tau luka pasal pisau atau apa,tapi Yaya nak papa tinggal dengan mama dan Yaya..please,papa,”Yaya memeluk papanya.Dia meraung di dalam dakapan Shahir.Shahir mencium kepala anaknya bertalu-talu.

“Papa pun sayang Yaya.Papa sayang mama..,”Nada suara Shahir tersekat-sekat.Mujurlah orang tidak begitu ramai pada petang itu walaupun ada yang memandang kedua bapa dan anak itu dengan kehairanan.

“Dah,dah..jangan menangis,mama bawa aiskrim,ish!”

Bebelan Adira yang kedengaran dari jauh cepat-cepat membuatkan Shahir dan Yaya mengelap air mata mereka.Adira yang tidak menaruh sebarang syak menghampiri Yaya sambil menghulurkan aiskrim.

“Laa,sampai merah mata,kejap je mama pergi beli tadi kan?”Adira memujuk Yaya.Disapu-sapu rambut anaknya.

“Okay..emm..Yaya jangan sedih..uncle nyanyi untuk Yaya okay?”Shahir mendukung Yaya.

“Yaya nak dengar..nak dengar sangat-sangat..”

“Okay,uncle nyanyi ye..emm...andai hari esok..,”Shahir ketawa kecil untuk menyembunyi perasaan gementarnya. “Langit akan runtuh..emm lepas tu..”

Adira hanya memandang gelagat Shahir dan Yaya.Rasa terharu apabila melihat Shahir melayani karenah Yaya.Dia cuba melindungi perasaannya dengan menelan air liur berkali-kali.Pandangannya kepada Shahir tidak berkelip.

“Tabahlah menjunjung bersama..mu,”Shahir menunjukkan kepada Yaya. “Andai hari esok dunia gelora..takkan ku gemuruh selagi ku..ada kamu,”

Yaya menepuk-nepuk tangannya.Bukan hanya mama,dia juga cuba melindungi perasaan rindu kepada papa yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.Mama pasti bersedih jika mama tahu dia sudah tahu Uncle Shahir adalah papanya.Yaya tak mahu mama berkahwin dengan Uncle Iwan.Tapi,jika itu kebahagiaan mama?Tapi bagaimana dengan kebahagiaan papa?Jahat sangatkah papa?

Yaya tak tahu.Yaya tahu Yaya sangat sayang mama dan papa.

*****

Suasana di Emville Golf Resort itu sunyi pada waktu senja.Doktor Farish perlahan-lahan memasuki clubhouse yang didiami Datuk Noorman buat waktu santainya.

Dia mengampiri Datuk Noorman yang sedang asyik menggilap beberapa batang kayu golf.Tangannya dihulurkan kepada lelaki tua itu.

“Farish,my man.Sihat?”Datuk Noorman memeluk Doktor Farish sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

“Sihat sangat.Datuk?Macam mana flight dari Bangkok?”

“Alhamdulillah semua okay.Apa yang you nak cerita kat I?”

“Oh,ceritanya,emm..I..I..cuba untuk jumpa ibu kandung I,”Doktor Farish duduk di atas sofa berhadapan Datuk Noorman.Dia kelihatan gementar.Jarinya memusing-musing cincin yang dipakainya.

“Okay,so ibu you dah terima you?”Datuk Noorman menggilapkan sebatang kayu golf nombor lapan.

“Unfortunately..I cuma sempat ke rumahnya tanpa jumpa ibu I..tapi..”

“Tapi apa lagi?”

“Adira,”

“Okay,selesaikan dia,”

“Datuk!Dia adik I..I baru tahu,Adira adik I,”Doktor Farish tergagap-gagap.

“Okay,tahniah!Ada adik.So?”Datuk Noorman kelihatan dingin.

“I tak berniat nak ganggu hubungan Shahir dan Heliza.Tapi I rasa bersalah sangat kepada Adira.I rasa Adira berhak tahu pasal apa yang I buat,”

“Dan menjatuhkan nama I dan Heliza?Begitu?”

“Bukan.I janji I takkan babitkan nama Datuk dan Heliza.Ini hanya soal abang dan adik.I cuma akan membuka pekung di dada I saja.I janji!Please Datuk,”

“Okay,”

Jawapan pendek dari Datuk Noorman memeranjatkan Doktor Farish.Dia mendekatkan dirinya kepada lelaki yang asyik menggilap kayu golfnya.

“Betul Datuk?Terima kasih Datuk!Terima kasih sangat-sangat!”

Doktor Farish mengucup tangan Datuk Noorman bertalu-talu.Dia bangun dan bersedia untuk memberitahu Adira soal nota Shahir dan keburukannya sendiri.Semoga adiknya sudi memaafkannya.Yang pasti,dia harus membetulkan keadaan.Apapun yang bakal terjadi nanti tak perlu difikirkan dan harus ditolak ke tepi.

“Doktor Farish you tertinggal sesuatu,”

Suara Datuk Noorman mematikan langkahnya.Dipalingnya ke belakang.Lelaki itu berdiri sambil memegang kayu golf yang digilapnya tadi.

“I tertinggal apa?”

“Ingatan you!”

Satu pukulan kayu golf yang mengena kepalanya membuatkan Doktor Farish rebah mencium kaki Datuk Noorman.Pandangannya semakin kabur.Kemudiannya,gelap.

“Dasar anjing kurap!Aku kutip kau dari sampah sarap,ini balasan kau?Anjing!Tuih!”Datuk Noorman meludahi Doktor Farish yang pengsan dengan darah merah membasahi dahi dan wajahnya.

“Jalak!”

Seorang lelaki berbadan besar memasuki ruang tamu.

“Pastikan anjing ni tak boleh eja nama dia sendiri bila dia bangun nanti.Kalau dia masih mampu mengingat dua huruf pun,belasah dia lagi!Hei,aku tak nak dia mati!Faham?” Jalak mengangguk sambil mengheret tubuh lesu Doktor Farish.Datuk Noorman menggelengkan kepala.Nampaknya kayu golf itu harus digilap semula.

Thursday, March 3, 2011

UNDI ABPBH 2010 SEBELUM TERLAMBAT!

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

ATE NYE TEMAN NAK MAKLUM BAHAWA UNDIAN MELALUI SURAT KHABOR AKAN BERAKHIR PADA 17 MAC 2011 DAN UNDIAN SMS SEHINGGA 27 MAC 2011.MOH LER UNDI SHAHIRA KITA BHA!

NANTI DAH TUTUP UNDI TAK DE GUNENYER MENGHANTOR SURAT KE PEJABAT POS ATAU BERCANDA MESRA DENGAN SMS..(KESIMPULAN:NGANTOR DAN UNDI YE!)

CHE AMAD DAH BAGI SENYUMAN MANIS MASA ABPBH TOUR DI KUANTAN PARADE(27.2.2011)..MOH LER UNDI BELIAU :D
CIK SITI PUN DAH SENYUM KAT MIKE MASA ABPBH TOUR DI SACC MALL(20.2.2011)..APA LAGI..UNDI BHA!:D


Amboi teman ni dah seghupe peraih undi..:p

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)