THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Tuesday, September 20, 2011

Pesan Moyang

pesan moyang untuk cucu-cucu..doakan kesejahteraan dunia akhirat tok dan opah...doa tu satu perkara yang disukai Allah SWT.pesan moyang,jika orang sudah senang dengan kita,jangan takbur,jalan jangan mendongak ke langit..tunduk ke bawah kalau tak tersepak batu.pesan moyang cucu-cucu jangan ada berantakan..apa pun fahaman politik dan geng(bukan gangster..lu ayahanda ka,lu abg long ka..:p)..muafakat diutamakan.kadang2 apa yg jkkk kampung lakukan pasti ada sebabnya walaupun tak mampu memuaskan hati semua pihak..macam seorang guru kalau memukul mesti ada sebab.pesan moyang..muafakat dan ukhuwah itu penting..apabila kita hanya membuat andaian tanpa menjalinkan ukhuwah akan menimbulkan syak wasangka.pesan moyang kampung ini page komuniti dan bukannya page hiburan..maka kunci katanya di situ,komuniti adalah masyarakat.masyarakat kena berukhuwah jika tidak timbul persengketaan..
tidak salah memulakan ucapan salam terlebey dahulu..lebih afdhal..
pesan moyang..ingat moyang dalam doa kalian..aminn
siapa moyang?
(hehehe..)

Sunday, April 17, 2011

Tok dan Opah dalam BPop:Rencah Realiti


CREDIT:ZAIDI MOHAMD(BPOP BERITA MINGGU 17 APRIL 2011)

Shahir dipalit kontroversi


DUA artis ini lahir daripada pertandingan realiti popular, Akademi Fantasia (AF) musim kelapan. Malah, Shahir dan Adira meneruskan legasi bintang AF yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

ABPBH edisi ke-24 yang berlangsung 3 April lalu di Arena Of Stars, Genting Highlands, kejayaan kembali memihak kepada Shahir sebagai Artis Baru Lelaki Popular manakala Adira pula gagal menyinar kerana undian peminat lebih menyebelahi Ana Raffali untuk kategori Artis Baru Wanita Popular.

Ironinya, sewaktu tempoh pencalonan ABPBH 2010 berlangsung, laman sosial Facebook ABPBH 2010 turut dipenuhi komen peminat fanatik Shahir dan Adira yang kuat melobi mereka. Selain disokong kelab peminat masing-masing, kedua-duanya juga disokong Shahiratics (gabungan peminat fanatik Shahir dan Adira).

Selain itu, belumpun setahun usia pembabitan seni kedua-dua graduan AF8 ini, nama mereka turut terpalit dengan pelbagai kontroversi yang menyesakkan nafas. Bergelar anak seni, kontroversi dilihat sebagai satu resam yang harus ditempuhi sekuat hati.

Bagi Shahir, kejayaan pada ABPBH 2010 dilihat menjadi penebus maruah dan pembakar semangatnya untuk terus melakar jaya di persada seni. Akuinya, kejayaan itu sebagai satu kemanisan yang diraihnya sebagai anak seni serta berharap menjadi penanda aras kepada satu permulaan yang baik.

“Saya berterima kasih kepada Berita Harian yang menganjurkan acara ini. Sebagai orang baru, kategori ini akan menyaksikan wajah baru bersilih ganti menerimanya. Bagi saya, ia menjadi isyarat untuk saya berusaha keras lagi dalam mengukuhkan label nama saya pada masa mendatang.

“Kejayaan ini saya kongsi bersama peminat, pihak pengurusan, tenaga pengajar AF8 dan keluarga. Tak dilupakan syarikat KRU Studios yang banyak membantu saya. Menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry KRU, ia sedikit sebanyak menaikkan nama saya di persada seni,” kata Shahir.

Menyelak sisi peribadi, Shahir memang tak lekang dengan pelbagai kisah yang ternyata menguji dirinya sebagai manusia. Memiliki seraut wajah comel, jejaka yang bakal menginjak usia 23 tahun pada 5 September ini tidak lepas dengan gosip kononnya dibela dan ditaja seseorang selepas dilihat memandu kereta mewah.

Cerita paling panas yang memalit nama Shahir ialah ‘misteri’ kehilangannya sekitar hujung tahun lalu. Rentetan itu timbul pelbagai versi cerita apabila Shahir dikatakan sudah mula buat hal sesuka hati dengan tidak memenuhi undangan sesi fotografi dengan pihak media, sidang media dan konsert yang sudah dipersetujui awal.

Lebih keruh, syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ketika itu turut mengesahkan sukar untuk menghubungi Shahir. Bagaimanapun, jejaka bernama penuh Ahmad Shahir Zawawi ini pantas tampil mendedahkan perkara sebenar. Shahir menjelaskan pada mulanya dia bimbang sangat selepas disyaki mengidap penyakit kanser hati.

“Saya sudah pulih sepenuhnya dan ia memang tiada kaitan langsung dengan cakap-cakap orang kononnya saya terkena buatan orang. Selepas membuat rawatan susulan, asid dalam badan saya berlebihan disebabkan tidak menjaga pemakanan dan tertekan.

“Ketika itu, pernah juga terlintas di hati saya untuk berhenti menyanyi. Namun selepas difikirkan balik dan atas sokongan peminat yang tidak berbelah bagi, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri. Apa yang terjadi termasuk kontroversi banyak mematangkan saya,” katanya yang mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk bergelar anak seni.

Seperti kelaziman, pertandingan realiti AF yang bakal menerjah musim terakhir yakni kesembilan tahun ini cukup diingati dengan cara ‘kenen-mengenen’ cinta di kalangan peserta. Malah turut diwujudkan akronim nama peserta. Contohnya seperti hubungan Farah dan Adam atau akronimnya, Fadam menerusi AF musim kedua.

Turut terpalit sama ialah Shahir dan Adira. Akui Shahir, dia dan Adira tidak lebih daripada rakan seperjuangan. Bagi Shahir, ketika ini, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada pacuan kerjaya yang semakin menunjukkan graf peningkatan.

Gosip cinta itu memang tidak benar. Kami memang rapat. Dia (Adira) pun sudah macam pangkat adik saya. Di kalangan kami di AF8 sudah seperti adik beradik. Tapi Shahiratics memang suka kami bersama sekali gus bercinta. Bagaimanapun mereka sangat memahami dan tidak memaksa kami untuk bercinta,” katanya yang turut disokong Kelab Peminat Shahir (KPS).

Selain Adira, umum juga pastinya tahu, Shahir turut dikaitkan menjalinkan hubungan dengan janda paling sensasi, Rozita Che Wan. Tahun lalu, B*Pop pernah mengabadikan gambar mereka berdua untuk halaman depan. Hingga kini status hubungan mereka terus tinggal tanda tanya.

Menariknya ketika acara post party ABPBH 2010 berlangsung, kelibat Rozita turut kelihatan. Malah, Rozita juga dikatakan hadir memberi sokongan dengan duduk semeja bersama Shahir dan teman yang lain. Mereka juga tidak mengelak untuk bergambar bersama.

“Hubungan persahabatan kami masih seperti dulu. Saya bebas berkawan dan begitu juga dengan dia. Sama saja seperti orang lain. Saya berkawan dengan semua orang. Ada masa kami mengutus SMS. Rapat itu tidak semestinya kami menjalinkan cinta.

Pada 26 Mei ini, Shahir bakal muncul dengan filem seram dan thriller terbitan KRU Studios, Karak. Filem arahan Yusry Abdul Halim itu mengetengahkannya sebagai teraju utama selain turut dibintangi Shera Ayob, Along dan Kilafairy.

“Penggambaran dijalankan sejak Julai tahun lalu. Ia hanya menunggu tarikh tayangan saja. Saya hanya mencuri peluang yang diberikan. Tetapi nyanyian tetap menjadi keutamaan,” katanya yang pernah menjadi hos mengacarakan program Diariku...Shahir.

Adira belajar daripada kesilapan

BAGI Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi juga tidak lepas daripada kontroversi. Namun berbanding Shahir, apa dilaluinya tidaklah sebesar ‘rintangan’ yang pernah dilalui Shahir. Nama Adira pernah dikecam media, gara-gara sesuka hati membatalkan sesi fotografi pada saat akhir.

Terbaru, namanya terpalit lagi dengan kontroversi apabila didakwa mempunyai kekasih ‘pengkid’ dan bernafsu songsang. Bagaimanapun, Adira menafikan perkara terbabit sekeras-kerasnya dengan menegaskan dirinya masih suci dan belum pernah dinodai atau terlanjur dengan mana-mana lelaki mahupun pengkid yang diperkatakan.

Baru-baru ini, timbul pula cerita bahawa Adira dikatakan baru saja menjalani perubatan tradisional di Sabah dan Seremban apabila dirinya dikatakan terkena buatan orang. Atau, lebih tepat lagi kononnya Adira disihir individu yang sakit hati dengannya.

“Saya tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hal ini (terkena buatan orang). Cukup saya katakan saya sudah pulih dan sihat,” katanya yang menggayakan rekaan Hazwani Osman untuk permaidani merah dan Rizman Ruzaini (persembahan) pada malam kemuncak ABPBH 2010.

Tambah Adira, apa dilaluinya sebelum ini diukur sebagai pengajaran terbesar dalam hidupnya. Adira mengakui mula belajar daripada kesilapan. Kesimpulannya, Adira perlu lebih banyak menghargai masa, peminat, peluang dan apa yang dimilikinya kini kerana perjalanan seninya masih jauh.

“Saya tak akan mengulanginya lagi. Ia mungkin dianggap biasa pada kaca mata saya tetapi di mata orang lain, ia berbeza. Jadi saya kena ubah sikap itu dengan lebih peka dengan keadaan dan orang sekeliling. Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri,” katanya yang kini mengikuti kelas bahasa Melayu dan lakonan sejak Mac lalu.

Mengenai Shahir, Adira mengakui cukup selesa berkawan dengan jejaka kegilaan ramai itu. Akui Adira, Shahir sering dijadikannya sebagai tempat rujukan dan meminta nasihat. Selain Shahir, Adira pernah digosipkan intim dengan Iwan.

“Di AF8 lagi, Shahir memang rapat dengan saya. Dia sudah dianggap seperti abang kandung saya sendiri. Malah, saya juga rapat dengan Maulana, Daus dan Iwan. Soal cinta itu memang tiada langsung dekat Shahir. Saya hanya sayang kepadanya dan tak lebih daripada kawan,” katanya yang semakin dikenali dengan lagu Ilusi, single kedua yang turut dijadikan lagu tema drama Awan Dania musim ketiga.

Diaju soalan mengenai kekalahannya di tangan Ana Raffali, Adira melihat semua itu daripada sudut positif. Baginya, berada dalam kelompok lima popular sudah memadai dan apa yang lebih penting selain Shahiratics, Adira juga setia disokong Adira AF8 Fan Club.

Ana pun tak kurang hebatnya. Sudah tertulis rezekinya untuk menang. Saya tidak kecewa dan yakin peminat saya sudah berusaha sehabis baik untuk memastikan kejayaan saya hingga ke tahap ini,” katanya.

INFO: Shahir
NAMA SEBENAR: Ahmad Shahir Zawawi
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh, Perak
USIA: 23 tahun
BANGSA: Melayu
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PENCAPAIAN: Juara AF8, Ikon Belia Negeri Perak 2010
DUTA: Brand's Essence Chicken, Generasi Hebat.

INFO: Adira
NAMA SEBENAR: Siti Adira Suhaimi
TARIKH LAHIR: 19 September 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Ranau, Sabah
USIA: 20 tahun
BANGSA: Kadazan/Dusun
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penghargaan
Solekan: Zul Bastari (012-3812671)
Busana: Wanpa (019-6690717, 012-2386148)

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)