THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Monday, November 22, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 20

“Sleep sir!Sleep!”

“No!No!No!”

“Gaen!(Degil!)Please sir..go to sleep,”

Jururawat berbadan gempal itu menolak Shahir masuk ke dalam bilik.Ditepuk-tepuknya katil bercadar putih itu seperti ibu yang mengajar anak nakalnya tidur.Yok bobo yok!

“Sleep sir,”Terkedip-kedip mata si jururawat.

“Sleep..sleep..dia ingat aku sleeping beauty ke a pa?”(Ceh!)

“Thuuhr phuut a rai,suuhr?”(Apa encik cakap?)

“Nothing..khap khun khrab!(Terima kasih!)Good night!”Shahir tersenyum nakal sambil membeliakkan matanya.Dia mendengus sebaik sahaja bayang jururawat itu hilang.

(Tidur?Dah satu hari aku tidur..hmm..mana la perginya handphone aku ni?)

Shahir memeluk lututnya di atas katil.Sejak berkahwin dengan Adira rasanya sikapnya yang dingin semasa bujang berubah menjadi riang dan hyper seperti Chris Brown terlebih pil ecstasy.Anehnya sikap dinginnya beralih pula kepada isterinya.Masih dia ingat lagi betapa seriusnya Adira merajuk apabila dia bergurau untuk mengahwini gadis Thai.Mahu juga tak dilepaskannya ke Bangkok.(Huhu..)

“Abang harap ayang jaga diri ayang sepanjang abang di Bangkok nanti,”

“Jangan risau..ayang boleh jaga diri.Kan ada Kak Dib,anak tuan rumah kita,”

“Ye la..abang risau sebab abang mungkin pergi lama,”

“Ye ke?”

“Ye la..ingat kejap ke?”

“Kenapa lama?”

“Habis tu..bini muda abang di Thailand?”(Tadaaa!)

“Benci betul!”

Adira berlalu pergi meninggalkan Shahir yang terkejut melihat muka merah isterinya.Terpaksa dia berlari mengejar isterinya.

“Ayang..eh..”

Tangan yang dicapai itu meronta minta dilepaskan.

“Janganlah macam ni..”Shahir menarik Adira dan memalingkan bahu isterinya menghadapnya.Dicuit dagu isterinya mendongak sebelum dia terkesima melihat air mata yang bergenang di kelopak mata wanita yang dicintainya itu.

“Lorr..abang gurau je..”

“Benci tau gurau macam tu,”

“Takkanlah abang..”

“Abang..perempuan mana pun tak suka gurauan macam tu,”

“Abang minta maaf..tapi nakal-nakal abang,hanya ayang di hati abang.Mulut abang ni memang tak cover insurans,”Shahir menampar-nampar mulutnya sendiri.(Ish..ish..)

“Sakit hati ayang..”

“Abang minta maaf..,”Spontan dia mengucup dahi isterinya.Riak wajahnya kesal. “Abang janji hanya ayang seorang di hati abang..hanya Siti Adira seorang sahaja..I swear..”

“Abang mulalah tu nak buat kelakar..”

“I swear by the moon and the star and the sky and the airport and the airoplane..and the pilot..the steward..see?Abang tak sebut pun stewardess,”(Hehehe..)

“Benci laaaaa..”

“Tak nakkk..sayanggggg laaa..”

“Benci!”

“Sayang!”

“Benci giler abang nih!”

“Sayang giler ayang nih!”

Toink!Di cuit hidung mancung isterinya.Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Abang jaga diri okay?”

“Ye..abang jaga kehormatan diri abang,”Nakal Shahir memeluk tubuhnya sendiri.

“Abang!”(Eeeeee....)

“Okay..ayang pun sama..jaga diri..i love you,sayang..”

“I love you too,abang..”

“Sir!Sleep!”

Seraya jeritan si makcik jururawat itu lampu di kamarnya dipadamkan.Mahu sahaja Shahir kuntau kan jururawat siam itu.Ganggu betul orang mengimbas kenangan.

Dipeluknya bantal sambil matanya berkelip-kelip tidak mampu terlena.

(Abang hanya sayang ayang seorang sahaja...walaupun abang caring Heliza..walaupun abang pernah caring Farina.Abang caring je...caring ke abang?Ke tidak?)

Aku ini lelaki biasa...bisa keliru kerana naluriku.Yang pasti ku ingin lindungi sejuta wanita namun yang ku cinta hanya dikau seorang!

*****

Heliza memandang Adira dari atas hingga ke bawah.Cantik orangnya.Tubuhnya kecil dan Nampak masih muda remaja.Ya,baru berusia 17 tahun.Memang terlalu muda untuk menjadi isteri Shahir.Entah di mana dia mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan wanita ini.Mahu sahaja dia menjerit ketika wanita ini memperkenalkan dirinya sebagai isteri Shahir.Namun,mungkin wajah tenang wanita muda ini menyebabkan dia tenang dalam kekalutan.

Sebagai wanita biasa,dia memang cemburu akan Adira.Sedangkan Siti Aishah pun iri akan Khadijah,itukan isteri-isteri baginda Rasulullah.Inikan dia manusia biasa.Hamba Allah SWT yang serba kerdil dan lemah.Tuhan memang mengurniakan perasaan cemburu untuk wanita.Cuma terpulang pada akal bijaksananya untuk mengendalikan rasa cemburu itu supaya tidak menjadi api membara dek hasutan iblis.

Di dalam rumah,Datuk Noorman sesekali menjeling ke luar tingkap walaupun asyik berbual dengan Doktor Farish dan Daus.Mahu sahaja dia mencekik leher Doktor Farish kerana membawa Adira ke rumahnya.Tapi mana mungkin dia bisa bersikap demikian di hadapan tetamu-tetamunya.Biar mereka pulang nanti,Doktor Farish pasti ada penjelasan yang baik untuknya.

“Berapa lama Adira berkahwin dengan Shahir?”Spontan soalan tersebut keluar daripada mulut Heliza.Matanya membulat memohon penjelasan.

“Baru je..tak sampai sebulan.Terima kasih untuk Pak Man yang banyak membantu kami,”

“Ayah saya membantu?”

“Hmm..ye..perkahwinan kami tidak mendapat restu..kami... adik-beradik tiri berlainan ibu dan bapa..”Adira teragak-agak.Kurang selesa.

“Jadi apa halangannya?”

“Tiada halangan..Cuma..pandangan dan pendirian daddy..”

“Daddy Adira?”

“Secara biologinya daddy Shahir,”Adira tersenyum.

“Oh..banyak halangan ye..”

Suasana sepi seketika.Baik Adira mahupun Heliza kedua-duanya mati akal.Adira yang awalnya tidak sabar bertemu Heliza pun berasa aneh dengan kejanggalan di antara mereka berdua.Ketika mendengar cerita daripada Doktor Farish memang dia berasa simpati terhadap gadis di hadapannya ini.

Tapi kini?Entah kenapa terselit pula perasaan menyampah.Ya Allah!Dia berdoa cepat-cepat dipadamkan perasaan itu.Entah apa-apa yang dirasakannya.

“Shahir suka sajak kan?”

“Sajak?”(Hem..Abang Shahir suka sajak?Tak tahu pun!)

“Oh my God..Adira tak tahu?”

“Hmm..err..ta..tahu..”

“Saya tak percaya dia suka sajak..terutamanya sajak ‘Kekasih’..”

“Kekasih?”(Nanti perang besar you see!)

“Dia bisa menghafal lagi dan mendeklamasi bersama saya,”

(Bisa menghafal?Nanti kau tengok aku punya bisa!Kurang asam punya suami!)

“Saya tak sangka banyak yang Cik Heliza tahu pasal suami saya,”

“Lavender..katanya bunga kegemaran kan,”

(Ya..ah..my favourite..actually..)

“Adira okay?”

Adira memegang pipinya.Panas.Pasti mukanya kelihatan kemerah-merahan di hadapan perempuan berlagak bagus ini.Entahlah mengapa,tapi rasanya suhu badannya meningkat tinggi mendengar kata-kata Heliza mengenai Shahir.

“Maafkan saya..tapi sebenarnya saya rasa...Cik Adira beruntung mendapat..Shahir sebagai suami..”Heliza cuba tersenyum.Suaranya sedikit tersekat-sekat.

“Err..”(Alamak..). “Cik Heliza okay?”

“Saya..”Kepalanya mula berdenyut.Menangkap segala urat saraf otaknya.Seperti besi cair yang mendidih.

“Cik Heliza!”

Adira menjerit sebaik sahaja melihat Heliza terjelepok jatuh di tepi kolam.

*****

Cahaya mentari yang masuk di celah-celah tingkap memberikan silauan ke matanya.Selepas solat Subuh tadi kepalanya terasa berat dengan aspirin yang diberi jururawat lewat jam 3 pagi tadi.Terus sahaja kepalanya kembali tersembam ke bantal.

Rasa sekejap sahaja dia tidur sebelum sang suria mula gatal menyinarkan cahayanya.Di sebalik samar cahaya itu dia dapat melihat seraut wajah bidadari yang indah rupawan sedang tersenyum manis ke arahnya.(Amboi,cantiknya!Dalam syurga ke aku?)

Bila direnung-renung kembali,wajah itu saling tak tumpah wajah isterinya.Jika ini mimpi,inilah mimpi paling mempesonakan sepanjang dia di Bangkok.

(Terima kasih Tuhan untuk mimpi ini!)

“Ayang..ayang masuk dalam mimpi abang?Eeee..abang sukeeee..”

“Abang mimpi ye?”

(Eh..apasal dengar macam real ni?)

“Ayang?Ayang ke ni?Ke Heliza?”

Shahir menggosok-gosok matanya.Mamai.

“Heliza?Banyak abang punya Heliza!”

Satu cubitan hinggap di pergelangan tangannya yang baru sembuh.

(Adoihhhhhh!Ampunkan dosa hamba Allah ini!)

“Ayang?”Shahir masih tergamam.

“Ye..ayang!Amboi,abang..Heliza lah..kekasih lah..lavender!Abang ni memang tak guna!”

Pap!Satu penampar manja hinggap di bahunya pula.

“Adoi,sakitlah!Ni apa jumpa suami pukul-pukul ni?”

“Abang memang kan?Tak sampai seminggu pun,”

“Ya Allah..abang buat apa?”

“Abang dengan Heliza lah!”

“He..he..heliza..Allah,abang memang baik dengan Heliza,”

“Tengok tu!”

“Tapi,bukannya abang ada perasaan pada dia..this is my job..”

“Your job?Apa ni?”

“Abang rindulah kat Ayang..”

Shahir cuba memeluk Adira sebelum ditolak isterinya.

“Abang jangan ubah topik,”

“Alah..peluk sekejap pun tak boleh?”

“Abang!”

“Okay..okay..duduk sini..sebelah abang..”Shahir menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.Adira mendengus kecil sebelum duduk di sebelahnya.

“Pak Man minta tolong abang dalam memulihkan Heliza secara psikologi,”

“Kenapa abang?Kenapa tak Doktor Farish?”

“Sebab..secara kebetulan dan sememangnya kuasa besar Yang Maha Esa..wajah abang seiras dengan suami Heliza.Wajah ini yang membantu dia melupakan suaminya.Tapi percayalah abang tak ada sebarang hubungan perasaan dengan dia.Sumpah.”

Adira terdiam.Dia tidak pasti pula tentang itu.Tak sempat berbicara lanjut dengan Heliza sebelum gadis itu tiba-tiba pengsan di tepi kolam.

“Abang tak tipu?”

“Buat apa abang nak tipu?Come on lah..abang dah bikin banyak drama nak mengahwini ayang..takkanlah senang-senang abang nak lupa ayang?”

Adira tersenyum sambil memaut lengan suaminya.Kepalanya diletakkan ke bahu Shahir.

“Hmmm..harumnya bau rambut..Head and Shoulder..dandruff control..”Shahir tersenyum nakal sambil mencium rambut isterinya.

“Abang memang suka buat kelakar ye?Kalau dengan Heliza bukan main bersajak lagi,”Adira mencubit manja pipi suaminya.Geram sama.Cemburu pun ada.

“Okay..abang cipta satu sajak buat ayang..simple tapi manja..”

“Okay..ayang nak dengar?”

“Ayang buat abang gila bayang..semakin hari semakin sayang..tanpa ayang,abang melayang-layang..seperti malam rindukan siang..hanya ayang yang abang sayang..buah hati jantung kepayang..intan payung abang seorang.Comel tak sajak abang?”

“Comel sangat macam abang,”

“Abang tau abang memang comel,”

Shahir tersengih seperti kerang busuk sebelum disambut tawa manja Adira.Isteri kesayangannya itu memang kuat merajuk tapi senang dipujuk.

Ketawa Adira terhenti apabila mendengar pintu dikuak.

Daus berdiri di hadapan kedua mereka dengan wajah yang agak tegang.Walaupun dia cuba melupakan Adira dan sanggup bersusah payah membawa Adira berjumpa Shahir di Bangkok..tapi..hatinya masih membengkak menyaksikan karenah pasangan suami isteri itu.

“Aku..aku..aku bukan nak ganggu tapi..ni..”

BlackBerry Bold 9700 itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir memandang Daus semula dengan wajah yang cuak.

“Datuk nak cakap dengan kau..”

“Daddy?”

Kedua-dua Shahir dan Adira melontar soalan yang sama.

*****

Wajah Heliza yang pucat lesi itu ditatap dengan wajah yang sayu.Deja vu.Tidak mahu makan,minum dan hanya termenung sepanjang hari.

Datuk Noorman menyapu air mata yang mengalir di pipi anaknya .Bangun dalam keadaan yang lemah.Sebelum menutup pintu kamar anaknya dia memandang lagi si anak yang hanya terbaring kaku.Kecewa.

Di ruang tamu,Doktor Farish berdiri sambil kedua belah tangannya menyeluk saku.Datuk Noorman memandang wajah doktor muda itu dengan pandangan yang serius.

“Kenapa dengan you?Kenapa you bawa Adira ke rumah I?”

“You marah dengan I,Datuk?”

“Soalan apa tu Doktor Farish?”

Farish mengeluh kecil.

“Datuk,I believe this is just temporary shock..”

“Temporary?Anak I collapse tepi kolam semalam!”

“Yes I know,tapi kondisinya tidak seteruk dulu,”

“Hello doc..you yang cakap Shahir boleh membantu anak I,”

“Ya Datuk tapi saya tak member suggestion Shahir harus bercinta dengan Heliza.Can you see Datuk?Lepas dia kenal Shahir,dia sudah mula menerima hakikat kematian Aqso,”

“Sebab dia jatuh cinta dengan Shahir,”

“Saya tak boleh biarkan itu terjadi,”

“Kenapa?”

“Kita tak boleh mengorbankan kebahagiaan orang lain Datuk.Meruntuhkan rumahtangga orang.Itu dah melanggar etika dan moral proffesion saya,”

“Habis?Kebahagiaan anak I?Can’t you see she is suffering?”Datuk Noorman menjegilkan matanya.Membulat dan kemerahan.

“Datuk please..trust me..”

“Farish,”Datuk Noorman memandang Doktor Farish dari atas hingga ke bawah.Mulutnya didekatkan kepada lelaki itu.Persis berbisik.“Jangan lupa siapa yang mengutip you dari Henry Gurney..you..takkan jadi lelaki yang dihormati macam ni tanpa I..jangan lupa..asal usul you..okay?”

Farish terdiam mendengar kata-kata Datuk Noorman.Dia hanya mampu mengetap bibirnya.Datuk Noorman tersenyum sinis sebelum membuka pintu rumah banglonya.Tanpa sebarang bicara,Doktor Farish keluar dari situ.

“Farish,betulkan semula situasi.You tahu siapa you,”Suara Datuk Noorman tenang tetapi tegas.

Farish tidak menghentikan langkahnya.Wajahnya kemerah-merahan menahan amarah.

(Dia mengungkit asal-usul aku?Dia mahu aku kembali menjadi Farish budak samseng Henry Gurney yang membelasah siapa saja daripada budak kecil sampai orang tua?Yang akal iblisnya lebih daripada akal warasnya? )

Bukannya Datuk Noorman tak tahu kenapa dia dimasukkan ke Henry Gurney.Dia bukannya jahat sejahatnya sebelum dia masuk ke situ.Dia cuma menjadi kepala samseng selepas bercampur dengan budak-budak yang memang samseng.Hakikatnya sebelum ke situ,dia murid yang pintar dan mempunyai asas agama yang kukuh.Hasil didikan neneknya.Datuk Noorman juga yang menyelamatkannya dan memberi harapan dan semangat untuknya.Sehingga dia diampunkan Sultan dan keluar dari sekolah neraka itu lebih awal.Lelaki itu mendidiknya dan mengajarnya menjadi manusia yang berguna.Dan sekarang lelaki budiman itu mengungkit semula luka lama itu?Meminta hutang budi baiknya dibalas?

(Kini,demi kepentingannya sendiri dia mahu aku jadi Farish yang jahat?Farish yang membunuh ayahnya sendiri ketika usia 12 tahun?)

Jantungnya berdegup kencang.Dan lelaki itu cukup arif kenapa kejadian itu terjadi.

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)