THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Tuesday, August 31, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 18

Adira melepaskan pandangannya ke luar tingkap.Melihat awan yang memutih bergumpal-gumpal memenuhi ruang angkasa yang sedikit gelap.Dijenguknya ke bawah dia cuma melihat lautan meluas kebiru-biruan.Penerbangan Air Asia dari Pulau Pinang ke Bangkok mengambil masa lebih kurang sejam lebih.Dia mengeluh kecil,melepaskan lelahnya.Pandangannnya dialih ke arah Daus yang sudah pun terlelap.Ipod berwarna hijau masih digenggamnya.

Terima kasih.Terima kasih kerana masih sudi menjaga Dira walaupun Dira sudah menjadi milik Abang Shahir.Sentiasa menebarkan sayapnya seperti dewa pelindung yang memastikan dirinya sentiasa berteduh dalam cuaca yang selesa.Bukan sahaja semasa musim kemarau malahan ketika musim tengkujuh.Tatkala titis-titis air mata jatuh ke bumi,sang dewa itu sentiasa melindungi dirinya walaupun tidak mendapat balasan!

Kasihan Abang Daus.Lelaki seperti Abang Daus selayaknya mendapat wanita yang lebih baik daripada dirinya.Bukannya dia tidak menghargai Abang Daus,tetapi entah kenapa hati ini telah dicuri Abang Shahir semenjak dia belum kenal apa itu erti cinta.Seolah-olahnya sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa lelaki itu pasti menjadi suaminya.

Rindu abang!Demi Tuhan dia amat merindui suaminya.Apatah lagi pemergian itu walaupun tidak begitu lama namun mereka tidak berhubung selalu.Pantasnya cuma sekali!

Perkahwinan yang tidak sempat tiga hari pun.Belum puas dia menikmati saat-saat indah bersama orang yang tersayang,sang dewata raya yang menakluki hatinya itu sudah meninggalkannya demi masa depan mereka.Harapannya berbunga mekar agar Datuk Noorman mampu memberi jaminan hidup buat mereka.Apatah lagi setelah kedua mereka dibuang daddy.

Ada sebak dan beban yang berat membuai-buai di hati Adira tatkala terbayang wajah daddy.Wajah yang selama ini menjadi bayang menjadi pelindung pengganti ayah kandungnya.Nafasnya dikeluh perlahan.Wajah daddy bersilih ganti dengan wajah suaminya.

Memorinya menjauh saat dia menikmati keindahan terbenamnya sang suria di Pantai Murni.Sehari sebelum pemergian Shahir ke Bangkok.

Pasangan pengantin baru itu saling berpegangan tangan dengan menjinjing selipar masing-masing.Tersenyum malu makcik yang menjual keropok lekor melihat uda dan dara yang tampak cantik dan sepadan itu.Kedua-duanya seolah-olah hanyut di alam yang lain daripada insan lain.Sesekali Shahir berbisik manja kepada Adira.Bisikan itu disambut dengan tawa nakal Adira.Pak cik yang menjual buah-buahan itu tersenyum lebar apabila kedua pasangan sama sepadan itu berhenti di gerainya.

“Ayang nak buah apa?”

“Hmmm..”(Mengetuk dahi menggunakan jari telunjuknya.Berfikir)

“Durian?”

Sebiji buah durian diangkat Shahir sebelum segera diletakkannya semula kerana duri yang tajam itu melukai sedikit hujung ibu jarinya.Adira mencebik sebelum memegang ibu jari Shahir.

“Tengok?Kan dah luka?Abang ni..,”

Shahir pantas meletakkan jari telunjuknya ke bibir isterinya.Zip.Asyik membebel.

“Sikit je la..abang kan Spiderman,”

“Spiderman cap ayam!”

“Cap ayam ni lah yang ayang tergila-gila sangat.Hehe..”Shahir tersenyum nakal sambil mengangkat keningnya.

“Ek eleh..siapa yang larikan siapa?”

“Syy..syyyy..huhu apalah..”Shahir tersengih-sengih memandang pak cik penjual buah-buahan yang asyik memandang tingkah mereka berdua.“Ermm..ayang nak mangga?”

“Pun tak..,”

“Habis tu?”

“Epal!”Jerit Adira kegirangan seolahnya tak makan epal untuk setahun lagaknya.

“Epal?Nih epal Snow White?Snow White macam Iwan Chew?Haha!”Shahir masih menguji kesabaran isterinya.

Adira mengecilkan sebelah anak matanya.(Lawak poyo!)

“Alorh alorh shomel putih abang meow meow!Ye la,ye la epal.Epal hijau untuk abang dan epal merah untuk ayang,okay?”

“Hijau dan merah ye?O...okayyyy!”

Shahir menunjukkan buah epal yang dimaksudkan Adira.Lelaki tua itu tersengih sambil memasukkan dua biji epal berlainan warna ke dalam sebuah beg plastic.

“RM1.60,encik,”

“Ni duitnya pakcik,”Shahir menghulurkan dua not RM1 kepada lelaki tua itu.

“Terima kasih,nak.Nanti bakinya,”

“Sama-sama pakcik.Tak pe la pakcik,40 sen tu saya halalkan,”

“Terima kasih sekali lagi nak,”

Shahir tersenyum memandang lelaki tua itu sebelum menarik tangan isterinya mendekati arah persisiran pantai.

“Nak makan buah epal tapi tangan pegang selipar jepun,”Adira merengek manja sambil menunjukkan sepasang selipar berwarna merah jambu.

“Pegang ni,”Shahir menyuakan beg plastik yang berisi epal tadi kepada Adira.Dia mengambil selipar isterinya dan meletakkannya di atas pasir yang lebih tinggi sedikit bersama-sama seliparnya.Dia kembali kepada Adira sambil tersengih.

“Settle!Jum makan epal haha!”

Tangannya dikocak-kocak ke dalam air laut.Adira menjuih bibirnya memandang seliparnya dan Shahir.(Tak hilang ke nanti?)

“Tengok apa lagi?Bak buah epal hijau abang,”

“Abang ambil yang merah.Ayang nak yang hijau!”

“Hijau kan masam.Bagilah abang yang masam.Epal merah yang manis tu untuk ayang,”

“Ayang suka masam!”

Shahir memandang wajah isterinya dengan kehairanan.(Eh,suka masam?)

“Apa yang abang pandang?”

“Hehe..tak de apa.Nah,epal hijau!Bising je dia!”

“Marah ke?”

“Tak de..sayangggggggg,”(Cepuk juga kepala mau makin kurang inci nih!)

Kedua-duanya memandang ke arah mega yang semakin kuning kemerahan.Melihat mentari yang perlahan-lahan menundukkan wajahnya di sebalik tabir malam yang menyelimuti ruang angkasa.Melihat betapa hebat keajaiban Yang Maha Esa dalam menentukan siang dan malam mengikut masa tanpa terlewat dikit pun.

“Dan malam juga menjanjikan tiga bintang tanda kasih abang buat ayang,”

“Abang ni dah macam komunis,tak habis-habis tiga bintang,”

“Tengok tu,abang dah mood romantic,ayang pulak buat spoil,”

“Alorh alorh che mat parang tumpul,okey ayang ingat tiga bintang abang..abang..sayang..ayang..kan?”

“Kalau abang diberikan kesaktiaan,abang akan jadikan tiga bintang itu menjadi keronsang di dada ayang.Dekat dengan hati.Jadi,di mana abang berada pun,ayang akan kenang yang ayang hanya untuk abang dan abang hanya untuk ayang,”

“Abang jangan mudah janji.Karang mahu ditelan ombak tsunami,”

“Abang janji,kalau abang tak tunaikan janji tu..bukan sahaja tsunami.Abang sanggup ditelan bumi pun,”

Adira menghela nafasnya.Memandang lelaki yang tersemat di dalam hatinya sejak dia kecil lagi.Kerana jodoh itu sudah tertulis di Luh Mahfuz maka seribu rintangan dan halangan pun lelaki ini sudah pun menjadi suaminya.Abang tiriku sayang.Tapi bagaimana dengan hari esok?Apakah kebahagiaan bakal menjadi milik mereka?Kekal dan abadi?Benarlah percintaan itu buta dan perkahwinan pula satu perjudian.

Dalam dunia khayalannya,Shahir telah menjanjikan tiga bintang sebagai asas cinta mereka.Comelnya si suami apabila menjadikan dirinya Spiderman yang akan menjaga dirinya seperti Mary Jane.Dramanya mereka apabila Shahir mengheretnya pada majlis pertunangannya dan Daus.Kejamnya mereka berdua apabila tidak mempedulikan mummy dan daddy pada saat itu.Pekaknya telinga mereka apabila orang kampung berbisik-bisik pasangan adik-beradik tiri yang kemaruk cinta.Ya!Semuanya dilaluinya demi Shahir.Dia dewasa sebelum usianya demi lelaki itu..Abang Shahir,Abang Shahir dan hanya Abang Shahir.

“Ya,ayang percaya janji abang..,”Adira berbisik perlahan sambil menautkan jari kelingkingnya di jari kelingking suaminya.

“Sebab tu la abang sayang sangat..”

“Abang!”Adira menjegilkan matanya sambil menunjukkan satu arah.Mematikan kata-kata Shahir.Shahir memandang arah yang ditunjukkan isterinya.

“Selipar!”Gilirannya pula untuk menjerit sambil terlopong.

Selipar Adira telah hanyut ke tengah lautan.Dilambung ombak tanpa mereka sedari.Yang terselamat cuma selipar Shahir.Adira membebel-bebel sambil menampar bahu Shahir.

“Tengok tu..jiwang sangat..habis selipar orang..”

“Bukan salah abang jiwang..salahkan ombak tu.Ombak jahat!”

“Abang buat kelakar poyo tak sudah-sudah..ayang..”

“Haip..haip..cium karang!”

Ugutan Shahir mematikan bebelan Adira.Mukanya kemerah-merahan mendengar kata-kata suaminya.(Agak-agak ah depan orang ramai)

“Cepat..meh naik belakang abang,”Ujar Shahir dengan wajah tidak bersalah sambil memakai seliparnya.

“Tak mau!”

“Haip..meh sini,”Tanpa mempedulikan orang ramai Shahir menarik tangan Adira dan selamba mengendungnya di belakang.

Adira menjuihkan bibirnya.Rasa mahu saja ditunjal dahi suaminya.Tetapi...sayang..:)....

Hujan renyai yang mula turun mempercepatkan langkah Shahir.Keduanya langsung tidak berbicara.Hanya ada rasa cinta membara dan degupan jantung yang berdenyut pantas...

“Dira tak tidur?”

Pertanyaan Daus mematikan lamunan Adira.Dia tidak membalas sebarang kata.Cuma menggeleng sambil tersenyum.

“Tidurlah.Sekejap je,nanti kita akan sampai ke Bangkok dan bertemu Abang Shahir.Okay?”Daus memujuk lembut.Adira sekadar mengangguk sebelum memalingkan semula wajahnya ke arah tingkap.

Daus menarik nafasnya perlahan.Memandang sayu wanita yang menguasai hatinya.Walaupun cintanya tidak pernah berbalas.Dia tetap ingin menjaga Adira.Selagi dia mampu.Bunyi mesej blackberry messenger menarik perhatiannya.Senyuman terukir di bibirnya apabila membaca mesej ringkas daripada teman yang dikasihinya.

Ema:

Thank for last night...

********

“Bodoh!Bebal!”

“Excuse me..mind your language Mr.Ryan!”

Ema pantas mematikan Storm apabila gangguan BBM daripada kawan-kawannya mengganggu pemikiran kekasihnya yang sedang menikmati makan malam bersamanya.Ekslusif tanpa sesiapa pun di KL Tower.

Ryan Pengiran Hidup Prasetya.Anak seorang pewaris minyak petroleum yang terkenal dari negara Brunei.Orangnya kecil tetapi tampan.Barangkali kerana mama nya kacukan Acheh-Belanda.

“What?Memang dah nampak sangat..you dah abaikan I untuk kawan-kawan designer you yang tak intelek dan IQ cuma 0 point!”

“Cuba bawa bertenang.What’s your problem?”

“My problem is you,Ema!You tak hargai I.Eventhough I ni boyfriend you tapi you dah lebihkan diorang.Including that stupid Daus!”

“Daus tak bodoh okay?He is also CEO macam you!”

“Ya..in communication..bukannya business marketing yang besar macam I.You patut bersyukur boyfriend you taiko dalam industry petroleum,”

“So childish la Ryan.Sudahlah,”

Ema cuba melangkah pergi meninggalkan restoran mewah berputar itu.Malu dan geram saling bersilih-ganti di dalam hatinya.Pelayan-pelayan yang berada di situ hanya mampu menundukkan wajah masing-masing.Ryan melemparkan garfu yang dipegangnya ke lantai sebelum menuruti langkah Ema.

Belum sempat gadis itu menekan butang lif.Tangan yang kasar itu menggenggam erat lengannya.

“Sakitlah!”

“Oh..you sakit?Hati I?I datang daripada Sri Begawan untuk you.You pula sibuk melayan BBM kawan-kawan you?Hati I tak sakit?”

“Ryan..I geram perangai you yang suka angin di depan orang ramai.Okay..I hanya ada you..you tak puas hati lagi?Sakitlah..”

“You tak de I..you masih ada kawan-kawan you..you pentingkan kawan-kawan you!”

Sekali tolakan menyebabkan Ema jatuh di hadapan pintu.Sebaik pintu lif terbuka,seorang lelaki yang berdiri di dalam lif itu memandang situasi yang berlaku itu dengan pandangan yang amarah sebelum pantas mencekak leher baju Ryan.

“Apa masalah kau bro?”

“Kau jangan masuk campur Daus,”

“Kau nak aku belasah kau kat sini?”

“Kau fikir kau punya belasah saja?”

“Sudah!”Ema menarik tangan Daus sambil menekan-nekan butang lif.

Daus masih memandang wajah Ryan dengan hembusan nafasnya yang bertiup kencang.Seluruh aliran darah di dalam tubuhnya mengalir dengan hangat dan pantas.

Sebaik sahaja pintu lif dibuka,Ema menarik Daus masuk ke dalam lif.Ryan hanya memandang kedua mereka dengan jelingan matanya yang tajam.

“Kau buat hal lagi!Aku report polis!”Jeritan Daus jelas kedengaran sebelum pintu lif tertutup.Ryan membetul-betulkan rambutnya dengan wajahnya yang masam.

Di dalam lif,Daus memandang lebam di lengan Ema dengan seribu kekesalan.Kenapalah dia terlewat sedikit?

Ema cuba melindungi lengannya dengan pashmina berwarna merah.

“Kenapa you datang?”

“Kenapa you baik balik dengan dia?”

“I’m asking you first..”

“You dah baik balik dengan Ryan.Mestilah I risau,”

“Siapa bagitau you?”

“Your mum..”

“Okay...you pergi rumah I kenapa?”

“Esok..esok..I nak ke Bangkok..”

“Emm..untuk?”

“I temankan Adira cari Shahir..”

“Okay..good luck..”Ema tersenyum tawar sebelum pantas keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.

“Apa masalah you baik balik dengan ex-boyfriend you yang kaki baran tu?You nak cari penyakit ye Ema?”

“Apa masalah you pulak?”

“I concern pasal you..”

“Daus..cukup..stop it..”Ema membetulkan pernafasannya.Cuba memandang Daus dengan wajah yang tenang. “Tak payah pretending yang you ni Superman.Concern dengan semua orang.Pasal Adira yang sememangnya bukan tanggungjawab you pun!And also pasal I..I pun nobody untuk you..okay?”

“Siapa cakap you nobody untuk I?”

“Stop..I say shut up..please..at least I tahu Ryan sayangkan I seorang walaupun dia kaki baran atau jealous atau domestic violence..or whatever yang you labelkan dia.Okay Daus..”

“Ema..”

“Don’t follow me Daus..”

Langkah Daus terhenti.Dia sekadar memandang dengan anak matanya sehingga Ema hilang daripada pandangan matanya.Berdiri teguh di situ.Kalaulah Ema tahu betapa risau hatinya.Keluhan nafas kecil dilepaskan.

*******

Shahir cuba mengambil gelas kosong di atas kabinet sebelah katilnya.Malangnya,tangannya belum kuat lagi untuk mencapai gelas itu.Dia cuba menelan air liurnya.Kering.

“Haus?”

Heliza yang baru sampai menuangkan segelas air sambil menyuakannya kepada Shahir.Shahir cuba sedaya-upaya mengangkat tangan kanannya.Tapi tak bisa.Terkebil-kebil matanya menahan perasaan segan.

“Maaf ye..saya suapkan..”

Heliza tersenyum sambil membantu Shahir untuk minum air kosong itu.Walaupun serba salah Shahir menerima layanan mesra daripada anak gadis Pak Man itu.(Lega dahagaaaa..)

“Awak bawa apa tu?”

“Oh ini..”Heliza mengeluarkan sejambak bunga daripada plastik berwarna hitam. “Lavender biru..bunga kegemaran saya dan Aqso,”

“Aik..macam..”(Adira).Kata-kata Shahir terhenti.Dia hanya tersenyum.

“Macam?Macam apa?”

“Macam apa?”

“Tadi kan awak cakap..macam..macam apa?”Heliza bersuara manja dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.Lavender biru itu diletakkan ke dalam pasu bunga.

“Saya..saya..saya memang suka melaut..tak ada apalah.Oh..awak dah okay?”

“Okay..Alhamdulillah..okay la sikit..”

“Bagus.Alhamdulillah.Saya yang tak okay ni..”

“Saya minta maaf lagi sekali pasal hari tu,”

“Tak pe,doktor cakap lagi 3 hari okay lah,”Shahir tersenyum sambil cuba menggerak-gerakkan tangan kanannya yang lemah.

“Bukan sahaja rupa..perangai pun lebih kurang..”

“Siapa?Saya dan Aqso?”

“Ya.Macam awak.Kelakar.”

“Saya baru tahu yang saya ni kelakar rupanya.Melayu itu orang yang bijaksana.Nakalnya bersulam jenaka..budi bahasanya tidak terkira..”

“Melayu!Sajak Usman Awang!Oh..my..God..awak pun minat Tongkat Warrant?”

“Okay..amatlah janggal.So weird.Awak jangan cakap Aqso awak pun minat Allahyarham Usman Awang.Saya dah takutttt..”

“Ya..Aqso memang minat sajak Usman Awang.Setiap malam dia akan deklamasikan buat saya.Sampai saya dah boleh hafal,”

“Iye?Pasti Aqso deklamasikan sajak ‘Kekasih’ untuk awak kan?”

Heliza mengambil kerusi dan duduk di sebelah Shahir.Wajahnya menunjukkan perasaan ceria dan penuh minat.“Awak pun minat sajak ‘Kekasih’?Boleh deklamasikan?”

“Ya..pastinya..hmmm..akan ku pintal buih-buih menjadi tali mengikatmu..”

“Akan ku anyam gelombang-gelombang menjadi ranjang tidurmu..”Heliza membalas bait puisi itu sambil menunjukkan katil hospital.

“Bagus,katil saya tidur ni ya?”

“Hehehe..”

“Akan ku tenun awan-gemawan menjadi selendang menundungi rambutmu..tu selendang yang awak pakai..”

“Kelakarlah awak,Shahir..”

“Akan ku jahit bayu gunung menjadi baju pakaian malam mu!Akan ku petik bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu!”

“Akan ku rebahkan mentari menjadi laut malam mu..”

“Menghirup sakar madu mu..marvellous..first time saya dapat partner boleh berpuisi bersama,”Shahir tersenyum riang.Kalaulah Adira pun bisa berkongsi minat yang sama sepertinya,Tentu lebih indah.Balik-balik dia akan di cop jiwang karat oleh isterinya.

“Terima kasih kerana mengingatkan saya akan memori indah tentang Aqso..”

“Awak mengingatkan saya tentang sesuatu..awak..seperti bait-bait dalam Gadis Di Kuburan..”

“Hemm?”

“Awaklah..Gadis Di Kuburan”

“Maksud awak sajak Usman Awang?”

“Ya...persis awak..”

Heliza terdiam.Hatinya sayu mendengar kata-kata Shahir.Gadis di kuburan.Dan lelaki bijak di hadapannya menenangkan hatinya.Dia terlalu mencintai Aqso.Rasanya dia tidak mahu langsung mengkhianati cinta Aqso.

Nisan condong tegak bertaburan

Gadis menangis kehibaan

Tidak ada padang perjuangan

Pahlawan gugur tergelimpang..

Lari gadis menyembam ke tanah

Diiringi sendu menggoncang bahu

Tenang pahlawan di peluk bumi

Senyum terakhir tenang tersembunyi..

Kenangan lama bermain di hati

Pelukan dan kucupan kasih

Tidak ada garisan tepi

Kata dipadu....janji dikunci.....

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN UTK SHAHIRATICS

SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN MEMBERI LEBIH MAKNA BUAT KITA SEMUA DAN TERUTAMANYA UNTUK OUR SHAHIRA. SEMOGA SHAHIR DAN ADIRA AKAN TERUS MAJU DAN BERJAYA DALAM KARIER. SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA.

Pesanan Penaja : Jangan Ponteng Puasa! haha

Friday, August 6, 2010

PROGRAM YOK SAHUR

SESI PERTAMA


Tarikh: 13 Ogos 2010 (Jumaat)

Masa: 11.30 malam hingga 4.30 pagi

Lokasi: Rumah Silaturahim Nurul Qana’ah, Taman Batu, Batu Caves

Artis: Farawahida, Izwan Pilus, Nabil, Irma Hasmie, Mawi, Ekin, Maulana, ADIRA, Stacy, Akim, Black, Tomok, Fazli Zainal, Siti Nurdiana, Zoey, Ernie, Azwan Ali, Wana, Amylea, Sabhi Saddi, Ema, Nashrin, Fiq Mentor, Altimet, DJ Faz dan Azrul Raja Lawak.


SESI KETIGA

Tarikh: 27 Ogos 2010 (Jumaat)

Masa: 11.30 malam hingga 4.30 pagi

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Artis: Dato’ Siti Nurhaliza, Aril, SHAHIR, Saerah, Saida, Farid Kamil, Fabolous Cat, Mila, Aizat, Isma, Zul, Heliza, Shila OIAM, Faizal Tahir, Nine Coco, Farish Aziz, Mas Mohaini, Putri Mardiana, Ain, Daus Intan Ladyana, Kamal Adli, Wana, Nashrin, Fiq Mentor, DJ Faz, Altimet dan Anum.

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)