Gadis itu memandang ke arah wajah yang dirinduinya dengan sepenuh jiwa.Sesekali titisan air mata yang membasahi pipinya berlinangan.
Shahir hanya mampu melayan karenah si cantik di hadapannya dengan hati yang serba salah.Keliru sudah pasti.
“Abang Aqso,abang janji takkan tinggalkan Ija lagi,”
“Aaa..err..,”Lidahnya kelu untuk meneruskan kata.
“Kenapa abang tinggalkan Ija?Kenapa?”
Tiba-tiba gadis itu memukul lengannya bertalu-talu.Shahir sedikit kaget.Menahan dirinya daripada terus dipukul.Itu yang mampu dilakukannya.Doktor Farish segera mendapatkan gadis itu yang mula bertindak agresif.
“Heliza,awak dah janji awak akan tak marah Aqso kan?”
“Tapi dia dah tipu.Dia tinggalkan Ija,isteri dia sendiri!Dia tipu!”
Tindakan yang semakin agresif itu disambut dengan pegangan tangan dan kaki daripada Datuk Noorman dan Doktor Farish.Shahir semakin runsing.(Isteri?).
Satu suntikan daripada Doktor Farish di lengan Heliza menyebabkan gadis itu longlai.Matanya hampir terpejam.Tangannya dihulurkan lemah kepada Shahir.Bingkai gambar yang selama ini erat dipegangnya jatuh ke lantai.Akhirnya,dia lemah longlai dalam pangkuan Datuk Noorman.Lelaki itu langsung tidak berbicara ketika mengangkat anak gadisnya keluar dari kantor itu.Doktor Farish mengesat peluh dingin yang membasahi dahinya.Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum memandang Shahir yang sudah kelihatan pucat lesi.
Bingkai gambar yang terjatuh itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir tergamam melihat gambar sepasang pengantin berbaju putih sedondon di hadapannya.Wajah pengantin lelaki itu hampir seiras wajahnya.Sama tapi tak serupa.Hatinya berdegup kencang.Masalah apa pula kali ini?Apa punca sebenar Heliza bersikap begitu dengan suaminya yang bernama Aqso?Kenapa dia pula disangka Aqso sekalipun mereka seiras.
“Itu Heliza,anak perempuan tunggal Datuk Noorman.Salah seorang pemegang saham dalam syarikat ini.Bakal mewarisi harta ayahnya,”
Doktor Farish menunjukkan pula wajah lelaki di sebelah pengantin perempuan.Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk bingkai gambar itu.
“Ini Aqso,suami kepada Heliza.Mereka baru je melangsungkan akad nikah sebelum berlaku satu tragedi,”
“Tragedi?”
Kerutan di dahi Shahir menunjukkan satu tanda tanya yang membingungkannya.Doktor Farish Cuma tersenyum.
******
Pancaran flash kamera bertalu-talu menyinari wajah kedua pengantin baru yang baru melafazkan akad di masjid yang tersergam indah itu.Sanak saudara dan rakan taulan memenuhi perkarangan masjid.
“Okay,terima kasih kawan-kawan yang sudi menyibukkan diri pada hari ini,”Gurauan Aqso disambut dengan cubitan manja Heliza.
Datuk Noorman hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah menantunya yang gila-gila.Itulah Ahmad Aqso yang dikenalinya sejak kecil lagi.Anak kepada pembantu rumahnya,arwah Mak Siti.Tapi kasih sayangnya kepada Aqso tidak berbelah bahagi.Apa yang Heliza dapat,Aqso juga akan dapat.Apatah lagi dia tiada anak lelaki.Selepas kematian isteri tercinta ketika melahirkan Heliza,tiada wanita yang mampu menambat hatinya lagi.
Aqso dan Heliza membesar bersama.Mendapat pendidikan yang sama rata.Betapa sucinya perhubungan itu apabila mereka menginjak remaja hanya Heliza yang bertakhta di hati Aqso dan hanya seraut wajah tulus yang menerangi jiwa Heliza..Aqso!
“Okay,Pak Din sila keluar,”
Terpinga-pinga pemandu kereta itu apabila Aqso menjemputnya keluar daripada kereta.Datuk Noorman dan Heliza saling berpandangan.Tetamu yang memenuhi perkarangan masjid juga tertanya-tanya.Apa masalah pula?
“Okay semua!Saya nak bawa isteri saya naik kereta yang saya drive sendiri.Tata!”
Hadirin yang hadir hanya tersenyum sipu melihat kenakalan pengantin lelaki.Aqso menunduk hormat kepada gadis yang sangat dicintainya.Mempersilakan isteri kesayangannya yang baru saja diijab kabulkannya masuk ke dalam kereta.
Heliza hanya mampu tersipu malu tatkala Aqso berlari-lari anak sambil melambaikan tangannya kepada tetamu.Wajahnya kelihatan ceria dengan senyuman yang manis.
Datuk Noorman hanya memandang sayu melihat kereta itu meninggalkan perkarangan masjid.Bukannya ke mana pun,destinasi yang dituju tetap tempat yang sama.Ke hotel yang sama untuk meraikan majlis resepsi.Entah kenapa hatinya berdebar-debar.Nalurinya sebagai seorang bapa mengatakan bakal berlaku sesuatu yang tidak enak.Tetapi dia segera beristighfar.Mohon itu semua mainan fikirannya.
Aqso memandu kereta Lamborghini berwarna merah itu dengan laju.Heliza mencubit lagi lengannya.
“Aduh,kenapa ni?Lebam-lebam abang nanti,”
“Kenapa abang suka buat kerja gila?”
“Abang memang suka buat kerja gila.Tapi dalam banyak-banyak kerja gila abang,berkahwin dengan Ija yang paling gila sekali,”
“Amboi,menyesal lah ni!”
“Tak..bukan menyesal..paling gila kerana abang terlalu gilakan Ija,”
Heliza menggelengkan kepalanya.Tali pinggang keselamatan ditariknya dan dipakai.Aqso hanya tersenyum manja.Direnungnya wajah ayu itu dengan tatapan yang penuh rasa cinta.
“Abang!”
Heliza separuh menjerit apabila kereta itu ke tengah dan hampir melanggar kereta lain yang datang dari arah hadapan.Aqso cepat-cepat memusing stering sebelum terbabas.
“Nasib baik..”
“Nasib baik?Yang abang tak tengok depan siapa suruh?”
“Buat apa abang nak tengok depan kalau isteri abang yang cantik manis ni ada kat sebelah?”
“Abang jangan mengada,”
Jari telunjuknya pantas mencucuk mata suaminya yang nakal mengenyit.Aqso mengaduh kecil sambil menggosok-gosok matanya.Dia mengeluh perlahan.Dipandangnya sayu wajah isterinya yang cantik berbusana pengantin serba putih.
“Ija..”
“Ehem?”
“Katalah abang yang pergi dulu..”
“Apa yang abang merepek ni?”
“Bukan.Jodoh dan ajal kan di tangan Tuhan,”
“Ija tak mahu dengar,apa yang abang merepek ni?”
“Ija..sayang,dengar apa yang abang nak cakap,”
“Hem,apa?”Heliza memandang wajah suaminya dengan perasaan malas.Entah apa masalah Aqso membangkitkan soal ajal pada hari perkahwinan.Langsung tak berkaitan.
“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik daripada abang,boleh?”
“Ya Allah abang ni..kita baru dijabkan,abang.Kenapa?Abang ada yang lain ek?”
“Abang hanya ada Ija seorang.Sampai mati abang hanya sayang Ija seorang,”
“Abang kenapa?Abang nak tinggalkan Ija?”
“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”
“Abang janji?”
“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”Aqso tersenyum nakal sambil menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin perak perkahwinan mereka.
Heliza menggelengkan kepalanya.Tak habis-habis dengan usikan nakalnya.Sejak kecil lagi Heliza mengenali Aqso,dia sendiri tidak pasti bila waktunya Aqso serius.Bunyi decitan tayar mengejutkan keduanya.
Sebuah lori trailer dari arah berlawananan menuju dengan pantas seolah-olah seperti sedang berlumba.Diikuti bunyi hon bertalu-talu dan ditamatkan dengan dentuman yang paling kuat bagai letupan bom.Kejadian berlaku sesaat cuma namun kesannya amat memilukan.
Kaca berderai memenuhi ruang jalan.Orang ramai kaget melihat pengantin baru yang longlai dan terkulai layu.Heliza dapat merasakan cecair pekat mengalir di dahinya.Matanya membulat saat terpadang cincin perak Aqso di hadapan matanya yang masih tersarung di jari manisnya.Cuma jari manisnya sahaja.Tanpa suaminya.
“Abanggggg!!!”
Jeritan sayu wanita itu mengundang hiba mata yang memandang.Heliza cuma mampu menjerit.Nafasnya turun naik menahan hiba.Dia cuba mampu melihat tubuh layu Aqso diangkat oleh orang ramai yang membantu mereka.Pemandu lori trailer yang ketakutan itu menepuk dahinya sambil terjelepuk lemah.Beberapa orang lelaki mengelilinginya.Salah seorang daripada mereka kelihatannya seperti ingin membelasah lelaki itu sebelum dihalang yang lain.Lelaki yang mengusung tubuh Aqso itu memandang kepada Heliza sambil menggelengkan kepala.
“Abang Aqso,abang..jangan tinggalkan Ija..abang...abang!!”
Cincin perak yang tersarung di jari manis itu masih di hadapan matanya.
“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”
“Abang janji?”
“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”
******
Doktor Farish memandu keretanya menuju ke rumah Datuk Noorman.Trafik di sekitar kota Bangkok sesak dengan kenderaan orang ramai yang baru pulang setelah selesai waktu pejabat.Shahir yang berada di sebelahnya hanya melepaskan pandangan jauh.Wajah Adira bermain-main di mindanya pada saat itu.Entah kenapa hati sang suami yang gundah memikirkan kehadiran Heliza yang mungkin menimbulkan curiga pada hati isterinya.
“Selepas kejadian tu,Heliza mengalami gangguan jiwa yang amat teruk.You bayangkan apa yang dia nampak.Nak naik kereta pun dia fobia kecuali diberikan pelali.Dia mengalami kemurungan yang amat teruk.Over depressed.Tiada lagi Heliza yang bubbly sebelum kejadian tu,”
Shahir mengelap dahinya yang dibasahi peluh walaupun pendingin hawa dibuka semaksima mungkin.
“Pertama kali Datuk jumpa you masa di R&R hari tu,dia sendiri terkejut melihat wajah you yang hampir seiras Aqso.Bila dia ceritakan pada I,I sendiri tak percaya sampailah hari I tengok muka you sendiri.”
Apa saja yang keluar daripada mulut Doktor Farish bagai angin lalu yang masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kirinya.
Ya.Dia simpati dengan nasib Heliza.Malangnya gadis secantik itu sudah kehilangan suami pada usia yang muda.Ya,dia akui sesiapa pun di tempat Heliza akan mengalamai perkara yang sama.Tetapi mengapa dia?Tuhan ingin menduganya memberikannya wajah seiras Aqso.Mungkin juga ini balasannya kerana menderhaka kepada daddy.Segalanya berkemungkinan.
“Shahir,you hanya perlu berada di sisi Heliza.I faham,I pun tak akan paksa you buat lebih daripada sekadar menemaninya.Biarlah dia pulih perlahan-lahan dan menerima hakikat,Aqso sudah tiada.Dia masih percaya Aqso masih hidup,”
“Tak bolehkah saya hadir dalam hidupnya sebagai saya sendiri?Kenapa saya perlu membiarkan dia menganggap saya sebagai Aqso?Suaminya?”
“Bagi dia masa.Tapi kalau Shahir tak nak bantu,kami tak boleh paksa,”
Kereta itu membelok masuk ke sebuah banglo yang tersergam indah.Binaannya ala istana maharaja siam dahulu kala.Semuanya serba kekuningan dan keemasan.
“Buat masa ni,kami tempatkan Heliza di sini,kami tak mahu ingatannya terhadap tragedi itu semakin memuncak jika dia masih di Malaysia.Masuklah,”
Kedua-dua lelaki itu membuka sepatu masing-masing.Datuk Noorman berada di ruang tamu cuba menyuapkan makanan untuk anak perempuan kesayangannya.Gadis itu langsung tidak mengendahkan ayahnya.Matanya lebam.Wajahnya pucat lesi.
“Makanlah sikit..kesian susah-susah ni ayah buat spaghetti favorite Ija?Atau Ija nak chocolate?”
Tangan lemah itu menolak sudu yang disuakan ayahnya.Berdeting bunyi sudu itu jatuh ke lantai.Datuk Noorman hanya mengeluh kecil.
Doktor Farish mencuit lengan Shahir.Shahir menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.Dia cuba mengukirkan senyuman sebelum menghampiri gadis itu.Sudu yang dibuang tadi dikutipnya.Mangkuk yang berisi spaghetti itu dihulurkan Datuk Noorman kepadanya.Lelaki itu bangun dan mempersilakan Shahir duduk menggantikan tempatnya.Shahir menunduk hormat kepada Pak Man sebelum melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
Shahir duduk berhadapan dengan Heliza.Dia memgambil sedikit untaian spaghetti itu sebelum disuakan kepada gadis di hadapannya.
“Emm..Ija..nak makan?”
“Kenapa abang tinggalkan Ija?”Heliza pantas bertanya dengan jelingan matanya yang tajam.
“Abang bukan tinggal Ija selama-lamanya.Abang tinggal sekejappppp je..”Shahir bersuara lembut.Cuba memujuk.
“Abang janji takkan tinggalkan Ija lagi?”Air mata jernih bergenangan di kelopak matanya.Wajahnya yang pucat tadi sudah kelihatan kemerahan.
“Abang...”Shahir terhenti seketika.Dia cuba untuk mengukir senyuman.“Abang janji..Ija makan ye?”
Suapan spaghetti yang diberi Shahir mendapat tindak balas yang baik daripada Heliza.Suapan demi suapan diberi Shahir seperti melayan anak kecil.Datuk Noorman menarik nafas lega.Air mata yang mengalir dikesatnya.Terharu melihat perubahan anak gadisnya.Doktor Farish tersenyum sambil menepuk bahu Datuk Noorman.Heliza memandang Shahir dengan mata yang tidak berkelip.Wajahnya itu dipandangnya dengan sejuta kerinduan.Bukan kepada Shahir tapi terhadap Aqso.Baginya pada saat itu jejaka kacak yang berada di hadapannya itu ialah Aqso.
Kerana Aqso telah berjanji untuk tidak meninggalkan Ija.
******
Hujan lebat yang menyimbahi bumi Alor Setar tidak berhenti sejak petang tadi.Adira menutup payung berwarna belang putih dan merah jambu itu.Diletakkannya di tepi tangga.Tangannya menyeluk saku baju hujannya.Telefon bimbit yang diberikan Pak Man di hospital tempoh hari ditenungnya dalam kegelapan.(Alahai,tak ada signal lagi!)
Langit gelap dengan awan yang hitam itu dipandangnya dengan keluh kesah.
(Macam mana nak tengok 3 bintang lurus di langit jika awan gelap?Macam mana abang nak sampaikan 3 perkataan ABANG CINTA AYANG?Aduhhhhhh...)
Adira memeluk tubuhnya sendiri.Menggigil kesejukan.Sengaja dia belum masuk ke dalam rumah lagi.Melayani titis hujan yang jatuh ke bumi bagai irama yang menyentuh jiwanya.Cuma sahutan katak yang memotong sedikit buaian jiwanya.
Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam.Dia baru saja selesai mendaftar kelas malam dengan ditemani Kak Dib,anak tuan rumah sewanya.Apapun yang berlaku,peperiksaan SPM harus diambil.Walaupun itu bererti dia terpaksa pulang ke Rawang untuk menduduki peperiksaan.
Risau juga dia memikirkan keadaan suaminya.Shahir hanya sempat menelefonnya ketika sampai di lapangan kapal terbang.Shahir sudah berjanji akan pulang pada hujung minggu ini.
Mujurlah ada Pak Man.Kalau tak ada Pak Man,tak tahu bagaimana nasib mereka.Adira tak kisah tinggal seorang diri.Kalau takut sangat,dia akan panggil Kak Dib.Selepas selesai SPM,dia akan mengikut Shahir ke Bangkok jika itu sememangnya tuntutan kerja suaminya.Mereka akan membina semula kehidupan baru perlahan-lahan.Memang terdesak pada mulanya,kereta Peugot pun sudah dijual Shahir untuk biaya dirinya buat sementara waktu.Lebih daripada cukup.Tapi tak perlulah membazir sampai nak beli rumah baru.
Yang penting,memohon kemaafan daddy.( Ayang rindu daddy..)
Kepalanya didongak lagi.Ruang angkasa masih gelap.Awan hitam lagi memintal-mintal.Tiada kelihatan 3 kejora lurus nun jauh di sana.Petir yang memancar mengejutkan Adira.Dadanya diurut-urut.Istighfar.
(Apa yang abang buat sekarang?Ayang rindu sangat..sangat..pada abang..)
Dia pasrah.Langkahnya menuju naik ke atas anak tangga.Masuk ke dalam rumah dan daun pintu dirapatkan.Dikunci.
Tidak jauh dari rumah itu,seorang lelaki memakai kot labuh dengan payung di tangan kanannya setia menanti sehingga Adira lenyap daripada pandangannya.Titis hujan yang terkena di bahunya tidak dipedulikan.Kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang hitam juga tidak terasa.
Cermin kereta Mercedes Benz berwarna hitam itu diturunkan.Pemandu keretanya menjengah sedikit kepalanya.
“Flight ke KL pukul 11 ada lagi,encik.Jomlah kita,esok Encik Daus ada meeting,”
Daus tidak menjawab.Dia memandang sayu ke arah rumah kayu dihadapannya.
Aku akan setia menemanimu seperti malam yang setia menemani siang biarpun tidak dapat bersua.Aku akan pasti melindungimu biar patah sayap namun masih bertongkat paruh.
Selamat malam,Adira...
0 comments:
Post a Comment