THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Thursday, May 27, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 1


Sesusuk tubuh tegap berjaket baldu hitam itu tertunduk sambil memandang skrin notebook Sony VAIO berwarna hitam.Ikon sampul surat itu berkelip-kelip.Nafasnya ditarik panjang membaca emel daripada daddy yang datangnya jauh dari Kuala Lumpur.

ABANG.PULANG.DADDY,MUMMY DAN AYANG SENTIASA MENANTI KEPULANGAN ABANG.

Ya,Christchurch sudah tiada sesiapa lagi.Minggu yang lalu mama yang dikasihinya sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Puan Marina Thompson Abdullah sudah lama menderita penyakit barah payu dara.Sudah 3 tahun dia bergelumang dengan ubat,kimoterapi dan hospital.Kini dia pasti mama sudah tenang di sana.Bersama dengan Dia Yang Maha Esa.Doa yang tidak putus darinya walaupun mama tidak pernah menjaganya dari kecil tetapi wanita itu tetap ibu kandungnya.

Dia dijaga oleh mama sejak berusia 16 tahun.Mama berusaha mendapatkan hak penjagaannya selepas bertungkus lumus turun naik mahkamah sejak dia berusia 3 tahun.Sebelum itu dia tinggal bersama daddy,mummy dan ayang.Emel dihadapannya menarik hatinya untuk pulang ke Malaysia.Rindu benar hatinya terhadap mereka bertiga terutamanya ayang.

Ya,Ayang.Dia sudah mengenali ayang sejak adik tirinya itu berusia 5 tahun.Ayang ialah anak kepada mummy daripada perkahwinan terdahulu sebelum bertemu daddy.Cinta janda dan duda yang membawa kepada ikatan perkahwinan yang tulus dan ikhlas.Dia menyayangi ayang seperti adiknya sendiri.Jika ayang dibuli di sekolah,dia yang akan datang memarahi budak lelaki nakal yang mengganggu adiknya yang comel.Malahan dia juga yang mengajar ayang menunggang basikal.Ikatan yang utuh terjalin walaupun mereka bukan saudara sekandung.

Ayang baru berusia 9 tahun ketika dia meninggalkan Malaysia untuk bersama mama ke New Zealand.Sukar juga ayang melepaskannya.Dirangkul kakinya seolah-olah tidak membenarkannya meninggalkan lapangan terbang.Drama sebabak itu memang meruntun hatinya sampai kini.

“Abang ikut mama,ayang tinggal dengan mummy dan daddy.Abang janji akan hubungi ayang,”Pujuknya lembut sambil mendukung adiknya.

Tapi anak kecil itu tidak henti-henti meraung dan meronta.Tangisannya tidak berhenti.Dengan langkah kaki yang berat dia melangkah pergi meninggalkan Malaysia.

Selepas itu,janji hanya tinggal janji.Dia tidak pernah menunaikan janjinya kepada ayang.Jika ada surat dilemparnya ke dalam tong sampah.Jika ada emel,tidak dibalasnya.Dia tekad untuk melupakan keluarga itu.

Hikmahnya,Tuhan memberikannya tanggungjawab untuk menjaga mama ketika sakit.Dialah yang menyuapkan mama walaupun mama sudah tidak lalu untuk makan lagi.Dia juga yang memandikan badan yang kurus itu.Semua dilakukannya ikhlas demi ibu yang membawanya ke dunia ini.Akhirnya derita wanita itu tamat di alam fana ini.Dia pasrah dan redha dengan apa yang berlaku.

Emel daripada daddy direnungnya lagi.Perlukah dia pulang ke Malaysia?Christchurch sudah tidak ada sesiapa lagi.Kecuali..

“Shahir,apa yang you menungkan,sayang?”

*****

Tiga tahun yang lepas.

Farina menitiskan air matanya membaca tajuk akhbar tabloid yang ternyata mengguriskan hatinya.

GOLD DIGGER:ILLEGAL WEALTH!

Baru sahaja arwah suaminya Tuan Syed Al-Fatah meninggal dunia,bukannya belas kasihan yang diterima tetapi cemuhan.Ya benar,suaminya berusia 70 tahun.Memang tidak dinafikan lelaki itu bukan sahaja bisa jadi bapanya malahan datuknya juga.Dia sendiri tidak menduga di tengah kegembiraan mereka meraikan hari jadi anak lelaki mereka,Syed Aliff.Suaminya jatuh rebah di tengah majlis.Walaupun pembantu peribadi suaminya segera memberikan pertolongan cemas namun ajal dan maut di tangan Allah.Dia Yang Maha Mengetahui di atas setiap kejadian.

“Maafkan saya,Tuan Syed dah tak ada,”

“Shahir..”Tanpa mempedulikan mata yang memandang dia memeluk lelaki muda di hadapannya.Menangis tersedu-sedan.

Selepas beberapa tahun berlalu,lelaki itu masih setia dengan syarikatnya.Perhubungan yang bermula daripada pekerja dan boss semakin berkembang sedikit demi sedikit.Semasa mama Shahir terlantar sakit,dia yang paling banyak membantu lelaki itu.Baik daripada segi moral atau material.

Farina begitu menyayangi Shahir.Hatinya tidak dapat membohongi rasa itu.Barangkali dia lebih menyayangi lelaki itu lebih daripada suaminya.Walaupun jarak usia mereka berbeza,cinta tidak pernah mengenal angka.

*****

“Kenapa dengan you ni?”

Farina tersenyum manja memandang Shahir yang asyik memandang gambar anak kecil di atas mejanya.

“Hmm,you rindukan adik you ya?”

“Entahlah,”Shahir cuba untuk tersenyum.Tetapi tawar. “Mungkin.”

“Nasib baik adik you,tapi I tetap sakit hati,”

“Sebab?”

“Dia cuma adik tiri you,”

“Sayang,”Shahir menggelengkan kepalanya.“You cemburukan budak kecik?”

“Sayang,masa you tinggalkan dia memanglah dia budak kecil sekarang berapa umur dia?17 atau 18?”

“17 tahun.Tak payahlah you cemburukan dia.Tak ada maknanya pun.”

“Okay,tutup topik.Apa yang you nak bagitau I?Tak boleh mesej dalam BBM?”

“Sayang,”Shahir merenung mata wanita di hadapannya.“I nak balik Malaysia,boleh?”

Farina terdiam.Dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat.Dia sebenarnya tiada larangan pun untuk membiarkan Shahir pulang ke Malaysia.Tapi entah kenapa ada satu rasa yang membuatkannya berat hati untuk melepaskan jejaka kesayangannya itu pulang ke Malaysia.

“Berapa lama you nak pulang ke Malaysia?”

“Tak lama,mungkin 2 hingga 3 minggu.Daddy dah banyak kali hantar emel kepada I.Serba salah juga I dibuatnya.Mungkin ada hikmah.”

“Maksud you?”

“Ye lah,bolehlah I ceritakan pasal you kat daddy dan mummy kan?”Shahir tersenyum nakal.Keningnya diangkat persis penyanyi Ziana Zain.

Usikan nakal lelaki itu bisa membuatkan hati Farina cair.Terukir senyuman manis di bibirnya.

“Okay,tapi lepas I settle projek hospital tu,I akan follow you ke sana,”

“Terima kasih,sayang,”Shahir mencuit pipi wanita di hadapannya.

Setakat itu sahaja yang dia mampu lakukan bersama Farina.Dia masih menghormati wanita itu sebagai isteri arwah majikannya.Malahan wanita itu juga kini menjadi majikannya.Dia pun tidak pasti semenjak bila perhubungan pekerja dan majikan berubah seperti sekarang.Dia pun tak tahu sama ada perasaan yang lahir dari dalam hatinya adalah cinta atau simpati.

Yang nyata wanita itu telah banyak membantunya.Dia juga seorang wanita yang baik.Sekalipun bukan rasa cinta,Shahir percaya lambat laun perasaan itu akan hadir juga kerana itulah lumrah Adam dan Hawa.

******

Shahir tidak dapat melelapkan mata sepanjang penerbangan dari Christchurch ke Kuala Lumpur.Sesekali sengaja dia mengganggu anak kecil yang duduk disebelahnya.Membebel budak mat salleh itu apabila hidungnya ditarik Shahir.Bila diperhatikan Shahir pura-pura tidur.Memang buang tebiat betul.Sudah berapa kali dia ditegur pramugari.

Rasa rindunya tidak dapat ditapis lagi.Kepada daddy,mummy dan ayang.Rindu yang selama ini cuba dilindungnya.

“Kenapa budak tu buli ayang?”Shahir mengendong ayang di belakangnya.Lutut gadis kecil itu berdarah kerana terjatuh akibat dibuli budak gemuk yang baru saja telinganya dijentik Shahir.

“Sebab ayang tak suka dia,dia marah,”

“Dia marah sebab ayang tak suka macam mana?Abang tak faham la,”

“Dia cakap ‘i love you’ tau abang,”

“Eii..tak malu kan dia?Kecik-kecik pun dah pandai ‘i love you’ kan?”

“Tu sebab ayang tak suka dia.Ayang jelir lidah kat dia,”

“Ayang jelir dia?Tak baik,nanti lidah kena potong.Kenapa ek ayang tak suka dia?Sebab dia gemuk ek?”Shahir cuba menduga akal adiknya.

“Taklah,ayang suka orang lain,”

“Ooo..adik abang dah ada pakwe ya,baru darjah tiga dah ada pakwe.Bahaya tu!”

“Mestilah.Pakwe ayang putih,hidung dia mancung..macam abang,”

“Iye macam abang?Mesti abang lagi handsome daripada dia kan?”Sengaja Shahir mengusik ayang.

“Abanglah pakwe ayang.Nanti ayang besar,ayang nak kahwin dengan abang,”Ayang tersengih memperlihatkan sebatang gigi depannya yang rongak.

“Iye?Jangan,bahaya!”Shahir sekadar ketawa mendengar ngomelan ayang.Budak kecil,apa sahaja boleh terkeluar dari mulutnya.

“Sir,do you want any drinks?”

Pertanyaan pramugari yang tinggi lampai itu mematikan lamunan Shahir.Shahir tersenyum memandang gadis cantik di hadapannya.

“No.Thank you,”

Matanya digosok-gosok.Barangkali dia rindu benar dengan halaman kampungnya.Dia ketawa sendirian mengingatkan lamunannya.Dalam banyak-banyak memorinya di Malaysia,kisah lucu ayang yang mahu kahwin dengannya yang timbul di fikirannya.Difikirkan balik semasa itu adik comelnya itu bukan sahaja mahu berkahwin dengannya malahan daddy pun terlibat sekali.Baginya,ayang sendiri tak faham apa yang diperkatakannya.Nakal.

Mujurlah petang tadi dia sempat membelikan patung Barbie edisi Giselle dari filem Enchanted untuk ayang.Dia tak tahu sama ada ayang akan marahkannya kerana tidak pernah membalas emel dan suratnya.Dia harap ayang tidak menganggapnya sebagai abang yang penipu kerana tidak pernah menunaikan janjinya.Fikirannya bercelaru ketika itu.

Lewat sebelum bertolak dia sempat menghantar emel kepada daddy memaklumkan dia akan pulang sekejap ke Malaysia.Kata daddy,ayang yang akan menjemputnya.

Hai,jika dulu dia yang mengajar ayang mengayuh basikal kini adik tirinya itu pula akan menjemputnya di lapangan terbang KLIA.Begitu cepat masa berlalu tanpa Shahir sedari.Dia pun tak pasti bagaimana rupa ayang sekarang.Gambar yang dikirimkan melalui surat dibuang tanpa dibuka.Emel langsung dipadam.Cuma selepas arwah mama meninggal dunia,barulah Shahir membaca emel yang dikirimi daddy.Ayang langsung tidak menghantar apa lagi kepadanya.Merajuk barangkali.

Memang dia tidak dapat membayangkan langsung wajah ayang sekarang.Yang pasti walaupun mereka bukan saudara kandung,ramai orang mengatakan mereka mempunyai hidung mancung yang serupa.

Sama tak serupa barangkali.Shahir tersenyum sendirian.

Bunyi beep dari BlackBerry menandakan masuknya mesej BlackBerry Messenger.Nampaknya Farina sudah mula merinduinya.

*****

Perasaan Shahir berdebar-debar sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.Bukat setakat nak muntah,pitam pun ada.Tiada berkaitan dengan masalah lain pun tetapi dirinya sendiri yang serba tidak kena.

Cermin mata hitam Marc Jacobs yang dipakainya sengaja digunakan untuk melindungi perasaannya yang tidak keruan.Seperti robot,dia cuma menolak troli dengan fikiran yang menerawang entah ke mana.

“Hai,laju nampak?”

Suara seorang gadis yang menegurnya mematikan langkah Shahir.Di hadapannya kelihatan seorang gadis remaja sedang tersenyum nakal kepadanya.Kulitnya putih bersih dengan sepasang mata kucing yang melirik manja.Rambut yang lembut dan lurus di paras bahu.Wajah yang comel itu dihiasi dengan hidung yang mancung miripnya.

“Ayang?”Tanya Shahir teragak-agak.

Gadis di hadapannya menjawab pertanyaannya dengan anggukan dan senyuman manis.

Shahir pasti ayang akan menyumpahnya apabila diberikan patung Barbie nanti.Sepatutnya dia membeli sepatu LV atau sepasang gaun Bottega Veneta.

Aduhai,adik abang sudah dewasa!

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)