Tingkap kereta Peugot berwarna perak itu diturunkan.Bintang-bintang berkerlipan seiring dengan lampu-lampu yang menghiasi badan Menara Berkembar Petronas.Farina memandang wajah pemuda tampan di sebelahnya seolah-olah melepas kerinduan yang tak henti noktahnya.Perjalanan jauh dari Christchurch langsung tidak memberi lelah kepadanya.Hatinya memang berat meninggalkan Alif bersama Datin LJ di sana,tetapi dia terpaksa juga datang segera ke Malaysia untuk meleraikan perjanjian yang sudah lama dimeterai oleh Shahir kepadanya.Ya,soal peribadi selain soal bisnes mereka di cawangan syarikatnya di Malaysia.
Segalanya telah dikorbankan demi lelaki yang dicintainya ini.Bukan sahaja wang ringgit malahan hatinya juga.Betapa dia terpaksa menolak lamaran lelaki-lelaki lain yang ingin menyuntingnya menjadi suri hidup walaupun status mereka bukan calang-calang orangnya.Status bukan ukuran baginya lagi,dia cuma mahu seorang lelaki yang mampu menjaganya dan melindunginya.
Sesekali Shahir memandangnya sambil tersenyum.Senyuman manis jejaka itu dibalasnya semula dengan rasa cinta yang membara.
“Hai,you asyik senyum kat I aje,nape?Dapat loteri?”
“Habis tu?You nak I jelir lidah?”Sengaja Shahir menjelirkan lidahnya.
“Buat kelakar,lama you tak contact I,you dah ada orang baru ye?”Farina mengenyitkan matanya.Cuba menduga apa yang tersirat di dalam hati Shahir.Shahir menarik nafasnya dan melepaskan.Dia tersenyum sambil meneruskan pemanduannya.
“You jangan risau,I tak akan pernah lupa janji I,”
“Sayang sekali..,”
“Apa yang sayang sekali?”Shahir mengerutkan dahinya.Tidak mengerti.
“Sayang sekali you tak jawab soalan I,”
“Oh,ye ke?Anyway thank for the house,”Shahir pintas mengubah topik yang ingin diperbesarkan oleh Farina.
“You are welcome.Cantik?”
“Tip top.First class.Buat apalah you nak bazir-bazirkan duit demi I,”
“Alah,bukan orang lain pun,my future husband jugak,”
Shahir melemparkan senyuman kepada Farina.Entah mengapa dia sendiri rasa bersalah terhadap wanita yang banyak menabur budi kepadanya selama ini.Wajah Adira tiba-tiba muncul di benak fikirannya.Wajah yang nakal tapi polos dan naif.Seraut wajah yang hanya mengenali hitam dan putih.Hakikatnya kehidupan ini ada pelbagai warna termasuk sebusuk kelabu dan seindah merah jambu.
“Kita nak ke mana ni sayang?”
“Kita ambil adik I dan maid di Bangsar dulu,lepas tu kita ke rumah daddy I di Rawang,”
“Adik you,yes I remember..Ayang nama dia kan?”
Shahir mengangguk sebelum membelok keretanya masuk ke halaman sebuah banglo dua setengah tingkat.Hon kereta dibunyikan dua kali.Cahaya lampu keretanya menerangi hadapan rumah itu.Sebaik sahaja sliding door dibuka,seorang gadis kecil molek muncul sambil memakai jaket jeans berwarna biru tua yang lebih besar daripada saiz badannya.
“Itu ayang?”
Persoalan Farina tidak dijawab Shahir.Farina hanya melihat gadis di hadapannya berdiri dengan muka separuh mengantuk.Dia cuba memberi senyuman yang ikhlas kepada gadis itu.Tetapi senyuman itu hanya dibalas dengan wajah yang tidak senang dengan kehadirannya.
******
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi,Datin Ainul sendiri tidak menyangka mereka akan menerima kedatangan tetamu istimewa yang datang daripada jauh.Kelam kabut dia dan Mbak Seena menyediakan juadah hatta pun untuk supper cuma.
Akhirnya dapat juga mereka menyambut kedatangan teman wanita Shahir yang selama ini hanya mereka dengar daripada omong-omongan sahaja.Datuk Maulana tidak kisahkan umur atau status gadis pilihan Shahir,cukuplah jika wanita ini bisa membahagiakan hati anak lelaki tunggalnya.Dia menerima kedatangan Farina dengan hati yang terbuka.
“Sorrylah Farina,Shahir tak mention pun Farina akan datang Malaysia hari ini..jadi,kami pun tak sedia apa yang special sangat,”Datin Ainul cuba beramah mesra ketika meletakkan hidangan di atas meja.
“It’s okay Datin,I dah mention awal,tapi may be dia busy kot,”Farina tersenyum sinis memandang Shahir di sebelahnya yang banyak tersenyum daripada bercakap.Di hujung sana,adik tiri kekasihnya duduk membisukan diri sambil memasamkan muka.Entah apa masalahnya,Farina pun tak tahu.Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang tadi dia cuba juga berbual dengan Adira,tetapi gadis itu persisnya layan tidak layan sahaja persoalannya.Bibirnya memuncung seolahnya tidak berpuas hati dengan kehadirannya.
“Dira ngantuklah,nak tidur!”Tiba-tiba Adira bersuara sambil bangun.
“Ayang,duduk,”Suara Datuk Maulana sedikit tegas ketika memberi arahan kepada anak gadisnya itu.Dia cukup tak gemar apabila Adira menunjukkan muka empat belas di hadapan tetamu.Apapun masalah peribadi sepatutnya diketepikan dan menghormati tetamu yang datang.
Adira menghempaskan punggungnya ke atas kerusi.Shahir hanya mencuri pandang melihat kelakuan Adira.Dia sendiri hakikatnya tidak selesa dengan situasi ini.
“Tak apalah,kalau Ayang mengantuk,Ayang tidurlah dulu,”Farina mengukir senyuman yang manis di bibirnya sambil memandang Adira.
“Tak apalah akak,Ayang rasa segar balik kot.Lagipun banyak soalan Ayang nak tanya akak,”Adira tersenyum sinis sambil memeluk tubuhnya sendiri.
Shahir memandang Adira dengan kerutan di dahinya.Adira tidak mempedulikan apa jenis wajah yang ingin dicorak abang tirinya,rasanya dia sudah banyak menyimpan rasa di dalam dada.Senang cerita,baik dia lepaskan sebelum dadanya sendiri meletup.
“Soalan?Okay,Ayang boleh tanya apa sahaja soalan kat akak,”
“Apa sahaja soalan?”
“Ya,apa sahaja soalan,”
Shahir mula berasa tidak sedap hati.Rasanya seperti sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.
“Akak kahwin semasa umur berapa?”
“Semasa akak 20 tahun,”
“Arwah suami akak tua kan?”
“Ya,”
“Ayang,”Datin Ainul membulatkan matanya kepada Adira.Tidak pernah dia mengajar Adira untuk sebiadap itu.Entah apa yang merasuk anak gadisnya malam ini.Semua soalan yang dikeluarkan tidak sewajarnya dituturkan.
“Tak pe Datin,Farina yang cakap Ayang boleh soalkan apa sahaja,”Farina tersenyum memandang Datin Ainul.Dia ingin melihat apa masalah sebenar gadis kecil di hadapannya ini.Apa permainan yang ingin budak kecil ini mainkan dengannya.
“Akak serius dengan Abang Shahir?”
“Ya,”
“Kenapa dulu akak pilih suami tua dan sekarang akak pilih bakal suami muda?Dah tukar selera?”
“Dira!”
Jeritan Shahir hampir menggugurkan jantung Adira.Datuk Maulana dan Datin Ainul juga tersentak dengan jeritan Shahir.Farina di sebelahnya hanya terkesima.
Kelopak mata Adira lantas digenangi air yang jernih.Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke dalam biliknya.Dia memang sayang akan Shahir tetapi dia juga benci apabila Shahir menengkingnya demi wanita lain.Shahir sudah menjatuhkan air mukanya dan maruahnya di hadapan orang lain.
Abang Shahir memang bodoh!Benci!Memualkan!
******
Cuaca masih gelap.Bulan pun masih ada tersenyum di angkasa.Bagaimanapun jalanraya masih dihuni banyak kenderaan,terutamanya yang keluar mencari rezeki pada awal-awal pagi.
Seawal jam 6 pagi,Adira membawa dirinya ke perhentian bas yang jaraknya 200 meter dari rumahnya.Kononnya dia hendak melarikan diri dari rumah tetapi sebenarnya dia hanya ingin menyorok di rumah Nad.Kenapalah dia bodoh sangat mudah dibuai perasaan dengan layanan mesra Shahir?Hakikatnya,abang tirinya itu tetap memilih janda kaya-raya yang banyak menanggungnya selama ini.Dia memang bodoh.Tapi abang tirinya lagi bodoh kerana tidak tahu menilai mana kaca dan permata.Bukannya bodoh tetapi dah tahap sengal dan lemau.
Bunyi enjin kereta ala kereta F1 menghentikan caci makinya terhadap Shahir.Melihat kereta R2 berwarna kuning itu,Adira sudah tahu siapa pemiliknya.Tapi hairannya buat apa di sini pada awal-awal pagi begini?
Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan,Daus turun dari kereta lalu duduk di sebelah Adira.Diperhatikannya beg besar yang digalas gadis kecil itu.Di tangan kanannya dijinjing beg kertas yang berisi tupperware dan botol air.Daus mengerdipkan matanya berkali-kali.
“Ada camping ke?Atau nak lari dari rumah?”
“Abang Daus boleh tak jangan sibuk,”Adira menghelakan nafasnya.
“Camping?Tak mungkin,sekarang ni cuti sekolah.Lari dari rumah?”Daus membulatkan matanya lantas menarik tangan Adira.“Jom balik rumah,Abang Daus hantar,”
“Abang Daus,jangan kecohlah!”Adira melepaskan pegangan tangan Daus.“Dira tak nak balik rumah,”
“Kenapa?”Daus duduk semula di sebelah gadis itu.Tangan kanannya diteleku di bawah dagunya.Memberi sepenuh perhatian.
“Dira benci abang!”
“Okay,Dira benci Abang Shahir.Kenapa ye?”
“Abang tengking Dira depan makwe dia yang konon bagus sangat tu.Benci betul!”Adira separuh menjerit dengan matanya yang mula berair.
“Jahat betul Abang Shahir kan?Tapi mesti ada sebab Abang Shahir tengking kat Dira,kan?”
“Abang Daus sokong abang atau Dira?”
“Abang Daus neutral.Okaylah,Abang Daus tak ada hak nak masuk campur soal Dira dan keluarga,Cuma Abang Daus nak tanya,Dira nak lari ke mana ni?”
“Dira bukan nak lari,Dira nak nyorok kat rumah Nad,”
“Alahai nak nyorok rumah Nad aje?Tak villain langsung,”Sengaja Daus mengusik hati Adira yang sedang membara.
“Habis tu takkan Dira nak lari rumah betul-betul?”
“Jom ikut Abang Daus jumpa Bibah,”
“Bibah?”
“Hah,Bibah ni awek Abang Daus.Dijamin Dira takkan menyampah dengan dia macam Dira menyampah kat awek Abang Shahir yang konon bagus tu.Jom,”
Daus menarik tangan Adira dan mempersilakan gadis itu masuk ke dalam keretanya.Daus hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Adira.Jari-jemarinya menekan SMS di dada Iphone.Nampaknya dia memerlukan bantuan seseorang untuk menyelesaikan masalah gadis remaja.
*****
Ladang kuda milik Tan Sri Ali tidaklah sebesar mana. Tapi cukuplah untuk membela 5 ekor kuda yang digunakan untuk riadah dan equestrian.Salah seekor kuda yang paling disayangi Daus ialah kuda betina berwarna putih dan diberi nama Bibah.
Bibah tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti sukan.Kuda yang baru berusia 2 tahun ini memang manja dengan Daus.Tanpa diduga bila-bila masa sahaja dia boleh menjilat pipi Daus.Selalunya Bibah agak liar untuk ditunggang oleh orang lain,tapi nampaknya Bibah mudah mesra dengan Adira.
“Comel jugak awek Abang Daus ni,macam Jessica Alba,”Gurau Adira sambil menyapu kepala Bibah.Kuda itu menghembus nafasnya kasar ke wajah Daus.Daus yang menuntun tali Bibah hanya tersenyum.
“Comel lagi Dira daripada Jessica Alba,”
Kata-kata Daus menyebabkan Adira tersipu.Adira menghela nafasnya.Menghirup udara segar pada waktu pagi.Telefon bimbitnya dimatikan.Dia tahu pasti daddy,mummy dan abang risau akan dirinya.Tapi dia sudah meminta Daus supaya menyembunyikannya sehingga petang,selepas hatinya lega barulah dia rela hati untuk pulang.
Hatinya masih panas.Masih terngiang-ngiang tengkingan Shahir di telinganya.Geram dan menyampah diperbudak-budakkan oleh abang tirinya.
Dari jauh Adira melihat seorang gadis memacu seekor kuda hitam dengan laju.Daus melambai-lambaikan tangan kepada gadis itu sebelum melepaskan pegangan tali Bibah.
“Borak-borak dengan Kak Ema,Abang Daus ada kerja sekejap.Tunggang baik-baik,”
Tanpa sempat Adira berkata apa,Daus sudah pun meninggalkannya bersama gadis yang dikenalkannya sebagai Kak Ema itu.Ema menghampirinya sambil mencapai tali Bibah.
“Pernah tunggang kuda sebelum ini?”
“Pernah.Sekali je,”
“Tak baik betul Daus ni,”Ema turun dari kudanya dan memegang kedua-dua tali kudanya dan Bibah.“Jatuh anak dara orang nanti,menjawab,”
“Err,kesian Kak Ema,saya turunlah juga,”
Ema membantu Adira turun dari Bibah.Tersengih-sengih Adira sambil mengucapkan terima kasih.Wajahnya tersipu malu.Segan beramah mesra dengan orang yang baru dikenalinya.
“Akak dengar cerita Adira nak lari dari rumah ya?”
“Uish tak adalah,Abang Daus buat cerita saja.”
“Ye ke?Ingat nak suruh lari bawa kuda tadi,”
Adira hanya tertunduk.Geram juga hatinya apabila masalahnya diceritakan Daus kepada orang lain.
“Adira malu ye?Sorry lah,sebenarnya Daus yang call akak minta temankan Adira,”
“Oh,ye ke?Akak girlfriend Abang Daus ke?”
“Kalau akak jadi girlfriend Abang Daus,terbalik ladang kudang ni,”Ema menyerahkan Bibah dan kuda hitam yang ditungganginya tadi kepada seorang pekerja lelaki berbaju serba putih.Pekerja lelaki itu tersengih-sengih memandang dua gadis cantik di hadapannya.
“Iye?Kenapa pula?”
“Kitaorang akan kahwin kalau tak ada siapa lagi kat muka bumi ni.”Ema tersenyum nakal.“Tak adalah,akak dan Abang Daus bff sahaja,”
“BFF?Mesti akak banyak tahu pasal Abang Daus kan?”
“Mestilah.Walaupun nampak cracko dan sengal macam tak cukup wayar,Abang Daus tu baik tau.Untung siapa yang Abang Daus nak,”
“Abang Daus nak siapa?”
“Adira kot,”Ema merenung tepat mata anak gadis di hadapannya.Gadis yang membikin sahabatnya sengih tak kira masa.Sekilas ikan di kolam sudah tahu jantan betinanya.Ini pula hati sahabat baiknya.
“Uish,tak de lah..saya ni SPM pun tak lepas lagi.Lainlah akak,”Wajah Adira kemerah-merahan.
“Malu ye?Ni sampai petanglah merajuk ni ye?”
“Alamak,akak punya soalan buat saya malulah,”
“Jom!”Ema memeluk bahu Adira.
“Jom pergi mana?”
“Pergi shopping!”
Daus hanya memerhati gelagat Ema dan Adira.Dia sendiri tak pasti apa yang dilakukannya betul atau salah.Tapi biarlah Adira menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia menghantar gadis itu pulang.Mujurlah Ema sudi menemani gadis itu.Segan pula jika dia seorang yang menemani Adira.Tak manis rasanya.Apapun yang bakal berlaku,risikonya,dia yang akan tanggung sendiri.
******
Loceng jam di dinding berdetik sebanyak 6 kali menunjukkan waktu sudah pukul 6 petang.Seperti yang dijanjikan Daus menghantar Adira pulang ke rumah setelah rajuknya mula reda.Dia memberanikan diri menghantar anak gadis itu ke tangan Datuk Maulana dan Datin Ainul seorang diri.Datuk Maulana dan Datin Ainul memandang tajam ke arah Adira yang hanya tertunduk membisu.Shahir berdiri di atas tangga sambil mencekak pinggangnya.Farina pula hanya terdiam di belakang Shahir.
“Saya harap Uncle dan Auntie tak marahkan Adira.Dia cuma ke stable kuda famili saya.Kawan saya Ema pun ada menemaninya di sana,”Daus cuba menerangkan situasi sebenar dan mempertahankan Adira.
“Ayang,naik atas,”Datin Ainul memberikan arahan kepada Adira.Lembut tetapi tegas.Adira tidak membantah arahan mummy nya.Dia berjalan lemah dan perlahan menuju ke arah tangga.Shahir hanya menjeling melihat gelagat Adira.(Tak habis-habis buat perangai..)
“Terima kasih Daus sebab menjaga Adira.Kami..”Belum sempat Datuk Maulana menghabiskan ayatnya,dia terhenti apabila melihat Shahir maju ke hadapan.Seisi rumah kaget apabila Shahir mencekak kolar baju Daus.
“Apa masalah kau?Kau kan boleh telefon aku!”
“Aku minta maaf tapi biarlah Adira tenangkan diri dulu.Dia bengang pun pasal kau,”Daus cuba melonggarkan pegangan Shahir tapi nampak kawan baiknya sudah dirasuk rasa amarah.
“Pasal aku?Kau jangan nak salahkan aku pulak!”
“Kau yang marahkan dia semalam.Itu yang dia merajuk,”
“Kau banyak bagi alasan la Daus!Apa-apa terjadi kepada Adira,aku cincang kau hidup-hidup!”
Mata Shahir memandang tajam ke arah Daus.Farina melihat kejadian yang berlaku di hadapannya sebagai satu muslihat yang belum berakhir.Adira yang melarikan diri apabila dimarahi abang tirinya.Shahir yang bagai naik hantu apabila Daus menyembunyikan adik tirinya.Apakah sebenarnya yang berlaku di antara abang dan adik ini?
Silangkata yang rasanya perlu dibongkarkan olehnya secepat mungkin.Rasa cemburu juga mula terdetik di hatinya.Siapa Adira di hati Shahir?
0 comments:
Post a Comment