THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Wednesday, January 26, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 26

Kereta sport Skyline yang baru keluar dari kediaman mewah 2 tingkat itu menarik perhatian Iwan.Rasanya dia pernah melihat wajah lelaki yang memandu kereta itu.Tidak banyak perubahan walaupun sudah 5 tahun tidak berjumpa.Apa pula motifnya kehadiran lelaki itu ke rumah Adira.Iwan mematikan enjin keretanya sebaik sahaja memasuki laman hijau dengan pepohonan buluh ala gaya aristokrat Jepun.

Bara.Ada api cemburu meluap-luap membakar hati dan jiwanya.(Apa masalah duda lapuk ni?Gila talak?).Dia mendengus kasar sambil menolak pintu rumah Adira.

Adira tersentak apabila pintu rumahnya terbuka tanpa salam atau bunyi loceng.Dia sudah agak Iwan kerana Iwan mempunyai kunci pendua untuk rumahnya.Tetapi petang ini gayanya sedikit luarbiasa.Wajahnya kelihatan kemerahan dan masam mencuka.(Kenapa pula?Dia yang tak jemput Yaya,dia pula yang naik angin..)

“Kenapa ex-husband you datang?Bila dia balik Malaysia?”Iwan serba tak kena.Berjalan tanpa henti.Punggungnya seolah terasa panas untuk duduk.

“Dia datang hantar Yaya dan I tak tahu bila dia balik Malaysia,”Jawab Adira bersahaja sambil menutup daun pintu yang terkuak luas ditolak Iwan tadi.

“Oh..jadi dia yang larikan Yaya,”

“Correction,dia yang selamatkan Yaya sebelum mana-mana manusia jahat boleh culik Yaya sekelip mata,”(Ya ampun,kenapa Iwan marah-marah?)

“Oh..my...God..so sekarang mamat tu dah jadi Spiderman you balik?Spidey,your friendly neighbourhood!”Iwan menunjukkan tiga jari seperti Spiderman menebarkan sarang labah-labahnya.

“Jangan jadi budak-budak la Iwan,it’s so annoying,”(Geram)

“Sekarang I dah jadi perkara yang annoying untuk you?Great!Cool!”

“I tak cakap pasal you,I cakap pasal you Spidey’s attitude..this!”Adira membulatkan matanya sambil meniru cara Iwan menunjukkan tiga jari Spiderman.Sinikal.

“Jadi?What?Dia dah tahu Yaya anak dia?”

“Shh..”Adira menggeleng-gelengkan kepala.Matanya meliar memandang ke atas,bimbang jika Yaya sudah selesai mandi dan mendengar kata-kata Iwan tadi.

“So bila you nak beritahu dia?Or may be you nak kembali pada dia?I’m glad!Bila?Bila?Bila?”Iwan tersenyum sinis sambil mencekak pinggangnya.

“Kenapa?You nak sangat I balik pada dia?”

“Itu yang ada dalam minda you kan?Spot on!I dah agak..I dah agak sangat-sangat!I cuma tempat you melepas rindu dan sepi.Bila duda you datang balik,you akan balik pada dia.Tahniah,so desperate!”

“Iwan!Mulut jangan becok!”

Adira rasa ingin saja menampar pipi Iwan.Biar hari ini dia mendapat anugerah penampar paling tegar.Mula-mula Shahir,kemudian Iwan.

“What?I salah?Memang betul kan?You nak balik pada mamat tu?”

“Iwan,sebelum I tampar you.You keluar,”Adira cuba menenangkan perasaan amarahnya.Pintu rumah itu dibuka kembali.Sudahlah sebelum ini dia menyampah melihat karenah loyar buruk Shahir dengan telur rebus,sekarang dia perlu melayan karenah angin satu badan Iwan pula.Cukup-cukuplah.

“I tak nak keluar,”

“Keluar,I rasa benci sangat tengok muka you sekarang,”

“See?Sekarang dah benci kan?”

“Mula-mula you lupa jemput Yaya dan sekarang you cuba nak tabur fitnah pasal I dengan Shahir.Annoying!”Adira sudah mula hilang kesabarannya.

“Cakap?You memang nak kembali pada Shahir kan?”

Iwan memegang tangan Adira.Kasar.

“Sakitlah,Iwan.Keluar sebelum Yaya nampak,”

“You tahu kan I sayang you?”

Rangkulan tangan itu semakin kuat.

“Lepaslah Iwan,sakit!”

“You jangan mimpi nak balik pada Shahir!”

Satu rentapan tangan yang kuat dari Iwan telah mematahkan gelang tangan jade yang dipakai Adira.Bunyi gemercing gelang yang patah itu berdesing bunyinya di atas lantai.

Iwan berlalu keluar dengan perasaan marah dan cemburu.Ada kesal di dalam hatinya kerana memperlakukan Adira sedemikian.Tetapi dia tidak mahu kehilangan Adira lagi di tangan Shahir.Cukuplah sekali dia tewas kepada Shahir.

Adira menggosok-gosok pergelangan tangannya yang sudah mulai lebam.Dia sendiri terkejut dengan tindakan Iwan.Namun dia tidak menyalahkan Iwan,jika dia menjadi Iwan pun dia akan menaruh syak wasangka sebegitu juga.

Mujurlah Yaya tidak ada menyaksikan kejadian tadi.Jika tidak,sudah tentu perihal Iwan akan diberitahu kepada datuk dan neneknya..

*****

Lokasi:Perak

Datuk Maulana menggosok-gosok senapang patah miliknya.Itulah hobinya semenjak meninggalkan dunia politik dan kemewahan.Menembak rusa untuk dibuat lauk atau menembak tupai dan keluang yang mengganggu dusun buah-buahannya.

Berbanding bermain golf sambil berbincang bisnes,hobi memburu ini lebih mendekatkan dirinya dengan alam dan Tuhan.Buruannya bukan untuk bermain-main tetapi untuk dibuat lauk-pauk.Apatah lagi selepas rentetan peristiwa pahit dalam hidupnya.Shahir melarikan Adira,nikah pun tidak berkenduri dan paling menjengkelkan hatinya Shahir boleh menceraikan Adira setelah mengandung.Rumah miliknya di Rawang dijual dan dia membeli hartanah baru di Pahang ini dengan azam baru untuk melupakan semua cerita yang tidak indah yang sudah tercatat dalam jurnal hidupnya.Hujung senapang itu dihala ke pokok kelapa di hadapan rumahnya.Sakit hatinya melihat tupai galak bermain di situ.(Bertuah punya anak!Kalaulah engkau tupai tu dah lama aku tembak!)

“Daddy,”

Suara lembut Datin Ainul memanggilnya untuk duduk di atas pangkin yang dibuat daripada kayu jati itu.Dia tersenyum merapati isterinya yang menyediakan dua cawan kopi untuk mereka berdua.

“Weekend ni Yaya datang ke sini,”

“Iye?Baguslah.Lama saya tak jumpa cucu kita,”

“Aha..tapi datangnya dengan Si Iwan kata ayang,”

“Huh,Iwan!”Datuk Maulana menghirup kopi yang panas itu.Lagi panas lagi sedap.“Memang ayang nak kahwin dengan budak tu?”

“Habis tu Iwan yang menjaga dia selama ni,”

“Tak guna betul abang!Kalaulah dia muncul depan daddy,mahu juga daddy tembak kaki abang tu,”

“Iye lah tu,silap haribulan daddy peluk cium dia.Macamlah saya tak tahu,”

“Mummy,walaupun abang tu darah daging daddy,salah tetap salah!Entah ke mana menghilangnya?Sia-sia saja kita berikan ilmu agama dan dunia yang seimbang.Ada juga bengkang bengkoknya si abang ni,”

“Bengkang tak bengkok,saya lupa nak beritahu tadi Haji Asmara telefon,katanya nak minta abang tembak kerbau Pak Udin yang naik sheikh,”

“Mummy ni sekarang baru nak beritahu,”Datuk Maulana segera bangun dari pangkin mencapai senapang patahnya.“Mummy bukannya tak tahu,daddy ni harapan orang kampung.Silap haribulan dilantik jadi ADUN,”

“Eh,minat politik lagi?”Sindir Datin Ainul sambil tersenyum.Suaminya tidak mempedulikan sindiran itu sebaliknya bergegas menaiki kereta Mercedes lamanya menuju ke hujung kampung.Apa nak buat,walaupun pencen daripada politik.Rindu itu masih ada.

Trut..trut..

Bunyi panggilan telefon di dalam rumah menarik pendengaran Datin Ainul.Segera dia bergegas masuk ke dalam rumah.(Haih,takkan Haji Asmara lagi kot?)

“Hello..assalammualaikum,”

Suaranya termengah-mengah ketika mengangkat panggilan telefon itu.Tiada balasan.

“Hello?”

Ktak!

Bunyi panggilan telefon diletak menyakitkan hati Datin Ainul.(Inilah budak-budak sekarang,menyalahkan teknologi!Orang guna telefon untuk bercakap,diaorang guna untuk mendengar.Lebih baik pakai earfon,dengar je lagu.Haih!)

Lokasi:Kuala Lumpur.

Doktor Farish duduk membantu di hujung kamarnya.Iphone yang dipegangnya tadi di campak ke atas katil.Susah-payah dia mendapatkan nombor telefon itu,akhir sekali tiada komunikasi.Lidahnya kelu sebaik sahaja mendengar suara itu.Rasa rindu dan bersalah yang bercampur baur.

Iyalah,apa pengenalan yang perlu dia pertuturkan?

(Assalammualaikum ibu..ingat lagi Farish?Pembunuh suami ibu?)

Mana mungkin.

******

Daus mengemaskan fail yang akan dibawa untuk pembentangan jalur lebar 4.5G di konvesyen telekomunikasi peringkat kebangsaan.Hatinya berdebar-debar juga bimbang jika usul yang dibawa syarikatnya menjadi bahan lelucon syarikat gergasi yang lain.Namun sebagai CEO yang paling muda dalam syarikat telekomunikasi di Malaysia,Daus pasrah.

“Encik Daus,ada guest nak jumpa Encik Daus,”

Suara setiausahanya di intercom sedikit cemas.

“Guest?Tak ada appointment kan?Saya tak nak.Saya nak pergi PWTC ni,”

“Tapi dia nak masuk juga..eh..encik..encik..”

Seraya dengan bunyi kekalutan itu kamar pejabat Daus dicerobohi seorang lelaki yang tersenyum nakal di hadapannya.Tangannya memegang sebatang kayu besbol.

“Encik Daus,maaf..saya dah halang..”

“Tak pe..tak pe..biarkan dia,”

Setiausahanya yang cemas tadi sekadar mengangguk sambil berlalu keluar.

“Aku ada satu tawaran menarik buat kau,”Lelaki itu tersenyum sambil mempamerkan matanya yang sinar dan bercahaya.Penuh keceriaan.

“Ye?Tengok situasi,betapa menariknya tawaran kau,”

“Ceritakan kebenaran dan rewardnya?Kau boleh belasah kereta kesayangan aku dengan kayu besbol ni dan kau boleh belasah aku juga,menarik?”

Daus tersenyum lebar.

******

“Satu lampu kereta ni untuk Datuk Maulana!”

Daus memukul lampu hadapan sebelah kanan.Pecah berderai dan berbunyi alarm membingit di belakang bangunan pencakar langit setinggi 10 tingkat itu.

Shahir hanya mampu membiarkan Daus berseronok dengan kereta Peugot miliknya.Walaupun tidak semewah mana,kereta itu tetap menjadi kesayangannya atas nilai sentimental yang tinggi.Lebih sayang daripada Skyline yang sentiasa dipandunya.Iyalah,dengan kereta itu dia melarikan Adira.Alangkah gembira hatinya apabila berjaya menemui semula di pusat lelongan kereta semalam.Kini kereta itu menjadi habuan Daus.

“Satu lagi lampu depan untuk Datin Ainul..mummy engkau!”

Bertaburan lagi kaca di atas jalan tar.

“Dua lampu belakang khas untuk Adira dan Yaya.Ambik!”Dua hentaman kayu besbol yang kuat memecahkan sekelip mata lampu belakang Peugot itu.

Daus mengeluh kuat sebelum membaling kayu besbol itu ke longkang.Dia tersenyum menghampiri Shahir yang pasrah menerima habuannya pula.

“Kau nak tahu kebenarannya ye Shahir?”

“Ya..aku nak tahu..pasal Yaya..”

“Oh..pasal Yaya.Kenapa sekarang?Kenapa tak dulu sebelum Yaya lahir kat dunia ni?”Daus menyindirnya sambil melipat lengan bajunya.Bersedia untuk membelasah.

“Kau tahu kan situasi aku dulu?Kaulah,kau rapat sangat dengan Dira,”

“Oh sebab aku rapat dengan Dira maka aku ni ayah Yaya la ye?”

“Come on la,kau yang selalu datang jenguk Dira di Alor Setar,”

“Oh,macam tu?Kebenaran pertama,kau bodoh!”

Satu tumbukan padu hinggap di dagu Shahir.Rasa mahu tercabut rahangnya.(Aku bukan suruh belasah sampai bengkak rahang!Ngok punye kawan!)

Shahir tidak membalas,dia cuma mahukan jawapan Daus.Diludahnya darah yang memenuhi mulutnya.Tersengih kembali.

“Kebenaran kedua,memang masa tu aku masih sayangkan Dira.Memang salah aku sayang isteri orang.Tapi aku belum tahap bahlul lagi sampai nak buat benda tak elok kat Dira!”

Penumbuk Daus hinggap pula di hidung Shahir.Rasanya patah juga hidungnya.Mengalir darah pekat keluar melalui hidung Shahir.Terhuyung hayang Shahir dibuatnya.

“Oi,aku tahulah hidung aku mancung,kau jeles tak agak tumbuk hidung aku.Habis tu yang kau syok bini orang tu?Aku layak tak nak tumbuk kau balik?”

Tanpa persetujuan Daus,penumbuk Shahir pula melekat di perut Daus.Kedua-dua mereka terjatuh di tepi longkang.Rebah di tepi longgokan sampah.

Daus menahan kesakitan perutnya yang senak ditumbuk Shahir.Dalam kesakitan itu kedua-duanya ketawa serentak.Daus mengambil tali lehernya dan mengelap darah yang mengalir di hidung Shahir.Ditolaknya kepala Shahir.

“Kau ni memang menyusahkan semua oranglah Shahir.Asal ada masalah,kau bukan nak selesaikan..kau lari daripada masalah!Tengok!Hidung dah bengkok macam bangla!Sakitlah perut aku,bodoh!”

“Kau je asyik belasah aku..aku nak jugak bagi,”Shahir tersengih menunjukkan giginya yang berdarah.

“Hei,dia sayang kau lagilah,”Daus menyiku lengannya.

“Siapa?”

“Janda kau lah.Takkan Lady Gaga kot,”

“Aku dah agak..,”

“Ceh,riak betul!”

“Betul..,”Shahir tersenyum memandang Daus yang memandangnya dengan wajah poyo.“Kalaulah masa tu aku betul-betul cium dia,mesti dia dah cair dengan Shahir.Kesian betul Dira,dia mati-mati ingat aku nak cium dia,”

“Oi,dia bukan bini kau lagi.Suka pulak engkau ye?Bila kau jumpa dia?”

“Sebab dia bukan bini aku la,aku cancel.Dua hari lepas..aku hantar Yaya balik rumah.Yaya?”

“Yaya?Yang pasti Yaya bukan anak aku,”Daus bangun sambil menepuk seluarnya yang kotor.Tali lehernya yang kotor dengan darah Shahir dibukanya.

“Bro..kau dah belasah kereta aku dengan muka handsome aku.Kau cakap nak beritahu kebenaran,apa ni?Dah nak blah pulak,”

“Ek?Iye ke?Aku tak cakap kan berapa kebenaran aku nak beritahu?Aku ada keje la..kau dah kotorkan suit Marc Jacobs aku,”Daus tersenyum sambil melambaikan tangan.Dia sedikit membongkok sambil tangannya menahan perut yang masih sakit.

Shahir mengeluh kecil.(Hampeh!Masih membebel pasal sut high fashion macam dulu lagi.Adeh..).Dagunya terasa seperti hilang.Kebas.

“Jap..kau ingat lagi mana stable kuda aku?”Daus bersuara tanpa memandang wajah Shahir.

“Aha..aku rasa aku ingat..kenapa?”

“Esok jam 5 petang Dira teman Yaya belajar tunggang Black Teddy,”

“Black Teddy?”

“Anak kuda jantan aku.Good luck!”Daus mencampak sekeping kad berwarna emas.Seperti kad keahlian.

Shahir hanya memerhati Daus berlalu pergi meninggalkannya seorang diri berbaring di tepi longgok sampah.Hidung patah,dagu sakit dan lampu kereta Peugot pecah.Shahir pun tidak tahu kenapa dia melakukan semua ini sedangkan dahulu dia yang menolak Adira dan kewujudan Yaya.Dipandangnya langit tinggi yang tidak berbumbung.Sesungguhnya hanya Dia Yang Tahu.

******

Adira tersenyum melihat Yaya menunggang Black Teddy sambil dipimpin oleh jurulatih ekuestrian,Johnny Lee.Sesekali Yaya melambaikan tangan kepada mamanya.Adira membalas kembali sambil member kucupan ‘flying kiss’ kepada anaknya.

Ladang kuda milik Daus ekslusif untuk keluarga dan rakan-rakan yang rapat.Memerlukan kad keahlian dan bukan orang sebarangan.Adira memang jarang menunggang kuda lagi sejak bekerja.Tetapi sudah tentu dia masih sayangkan Bibah.Bibah masih kuat dan digunakan untuk bermain polo dan ekuastrian.Bibah banyak berbakti untuk Daus ketika memasuki pertandingan ekuestrian amatur atau polo di-raja.Kadangkala Daus juga menunggang Jimmy,’suami’ si Bibah.

Daus memang membenarkannya untuk menaiki Bibah atau Jimmy,tetapi rasanya sejak Daus berkahwin dengan Emma,Adira lebih rapat dengan Emma daripada Daus.Mungkin kerana ‘sejarah’ antara mereka membuatkan Adira lebih senang menjarakkan diri daripada Daus.Apapun sebagai lelaki budiman,Daus tetap menunaikan janjinya untuk memberi anak Bibah untuknya.Secara automatik diserahkan kepada Yaya.Yaya pun bukan main lagi sayangnya dengan anak kuda hitam bernama Black Teddy itu.

“Tadaa!Teddy hitam!”

Adira terkejut melihat Shahir berdiri di sebelahnya dengan patung beruang besar berwarna hitam.Dudanya itu berkaca mata hitam dengan tampalan plaster di hidung dan di dagu.(Buruk betul,macam samseng Kampung Dusun!).

“Hei,ini kelab ekslusif.Members only,”

“Aha,member!”Shahir menayang-nayangkan kad keahlian yang diberi Daus kelmarin.

Adira mencebik bibirnya.(Ah,Abang Daus la ni!)

“Ni kenapa abang macam simen retak bertampal plaster?”

“Risau juga Dira kat abang ye?”

“Bukan risau,tanya.Buruk benar macam tak cukup sifat,”

“Nah,pegang!Cakap banyak,”Shahir menghulurkan anak patung beruang hitam itu kepada Adira.

“Dira bukan budak kecil lagi nak main beruang,”

“Hello,excuse me,abang beli ni untuk Yaya,bukan untuk Dira,”

“Tak payah!”

Adira mencampak beruang hitam yang diberi Shahir itu ke tanah.

“Nampak Yaya karang..tak baik Dira buang,abang memang belikan untuk Yaya,”

“Buat apa abang nak susah-susah?”

“Sebab abang sayang..”

“Tolonglah!Abang jangan nak mengada-ngada!”

“Abang sayang kat Yaya.Erk,kenapa Dira ni?”

“Yaya tak perlu kasih sayang abang,dia bukan anak abang,”

“Dira..abang minta maaf..abang..”

“Abang!Sudah!Yaya bukan anak abang okay?”Adira berlalu ke tengah padang.Pandangan matanya mengekori Yaya yang menghampirinya.Yaya turun daripada Black Teddy dengan bantuan Johnny Lee.Dia berlari gembira lantas memeluk Adira.Belum sampai sesaat dalam pelukan mamanya dia berlari ke arah Shahir dan terus memeluk Shahir.Berbulu mata Adira melihat perbuatan anak manjanya seorang.Sekarang sudah mula lebihkan papa dari mamanya.

“Wow,Black Teddy versi bear!”

Yaya mengambil anak patung beruang hitam yang dicampak Adira tadi.Sahaja Shahir tersengih menyeringai kepada Adira.Adira mengecilkan matanya.(Menyampah!)

“Uncle belikan untuk Yaya ye?”

“Aha,uncle belikan untuk Yaya,”

“Habis tu,kenapa ada kat tanah?”

“Entahlah,mama Yaya yang buang,”(Hamik!)

Adira membulatkan matanya kepada Shahir.(Ya ampun..eeeeee..)

“Apa?Mama buang?Mama,tak baik tau buang hadiah Yaya,”Yaya memandang Adira sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mama bukan buang tetapi terjatuh sebab uncle tolak mama,”(Bzzzzrrr!!:p..)

Shahir mengerutkan dahinya.(What?L.I.A.R..hidung panjang macam Pinocchio!)

“Apa?Uncle tolak mama?Tak baik tau uncle tolak mama?”Yaya menggeleng-gelengkan pula kepalanya kepada Shahir.

“Uncle tolak mama memang tak baik.Uncle tambah mama sama dengan Yaya,baik kan?”Shahir mengenyitkan matanya kepada Adira.(Uncle+mama=Yaya..hahahaha!)

Adira menggeleng-gelengkan kepalanya.(Gatal dan over betul tunang Heliza nih)

“Yaya tak faham..”Yaya menggaru-garu kepalanya sambil memeluk si ‘teddy’ hitam.Adira menghampiri Yaya dan Shahir.Dia pantas memegang tangan anaknya.

“Jom,Yaya..kita balik.Tak payah dilayan uncle tak betul ni,”

“Okay..err..mama,boleh uncle ikut pergi rumah datuk dan nenek tak weekend ni?”

Adira mencubit pipi Yaya.(Mulut becok betul..).

“Eh?Yaya jemput uncle ke?”Shahir sedikit terkejut.

“Aha,pagi Ahad pukul 9 kita bertolak..macam biasa..”Yaya tersenyum girang.Adira rasa mahu saja mencubit pipi Yaya buat kali kedua biar sampai merah.Sudahlah Iwan cemburukan Shahir,dia boleh pula mengajak Shahir bersama mereka ke rumah daddy.

“Mama tak pasti uncle berani atau tidak pergi ke rumah datuk dan nenek,kan?Kan,kan,kan,Uncle Shahir?”Adira tersenyum sinis.

Shahir tidak menjawab.Mulutnya terkumat-kamit seperti membebel tetapi tidak kedengaran.(Memanglah takut nak jumpa daddy balik..tapi..tapi..kita tengoklah macam mana.Perli orang pulak,masalah betul minah ni..)

“Dahlah Yaya,mama yakin uncle takkan pergi.Jom balik!”

Adira menarik tangan Yaya.Entah mengapa kaki itu tersalah langkah dia tersepak batu di hadapannya sebelum terjatuh ke dalam dakapan Shahir.Shahir yang menyambutnya tersenyum nakal.Serta-merta adrenalin di dalam sistem tubuhnya bergerak pantas.Walaupun menyampah gila dengan bekas suaminya tetapi dia sukar menafikan rasa kejutan elektrik itu.

“Aku menyambut,tiap kali engkau terjatuh..hai,rasa debar-debar pulak hati ni,hehe,”

“Diam!Lepaslah!”

Adira menolak Shahir dan menarik kembali tangan Yaya yang terlepas tadi.Mukanya kemerah-merahan menahan rasa malu.Yaya tersengih-sengih sambil melambai-lambai kepada Shahir.Shahir membalas kembali lambaian itu.

“Amboi,amboi..mama tadi bercinta dengan Uncle Shahir ye?”Yaya tersenyum lebar memandang mamanya.

“Diamlah,Yaya!”

Perbualan dua beranak itu semakin sayup kedengaran oleh Shahir.Terukir senyuman manis di bibir Shahir mendengar usikan Yaya terhadap Adira.

Pada masa ini hanya wajah Adira dan Yaya bermain di minda dan jiwanya.Dia seolahnya lupa kepada Heliza yang setia menemaninya sepanjang 5 tahun ini.Dia sendiri tidak tahu kenapa Adira dan Yaya mempunyai daya tarikan magnetik terhadap emosinya.Hatinya mengatakan Yaya anaknya.Tetapi mindanya dengan bukti-bukti yang dilihat di Bangkok mengelirukannya.Daus mati-mati menafikan Yaya itu anaknya.Bagaimana jika benar Yaya anaknya?Ya Tuhan,alangkah berdosanya dia kerana menidakkan hak Yaya dan Adira.Shahir duduk termanggu di tepi ladang kuda itu.Mungkin hanya daddy dan mummy yang mampu membantunya.

Ke rumah daddy?Bertemu daddy dan mummy?Mampukah dia?Dia sudah terlalu banyak melakukan dosa terhadap kedua orang tuanya.

(Ya Allah,jika jalan yang kupilih ini jalan kebenaran..Kau permudahkanlah urusanku.Sesungguhnya aku hanya HambaMu yang tidak berdaya dan buntu dalam kekeliruanku..)

Sunday, January 23, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 25

Shahir memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Walaupun pendingin hawa dipasang tahap maksima namun rasa sejuk langsung tak melekat di kulitnya.Mungkin cuaca panas yang mencecah 36 darjah celcius atau sememangnya ada yang tak kena dengan dirinya sendiri sejak pulang ke Malaysia.

Sepatutnya dia cuti hari ini.Tetapi dia berasa bosan terkurung di dalam rumah.Lebih baik dia mencari udara luar yang lebih menenangkan jiwa.Malangnya,cuaca tengah hari ini panas pula.

Perhubungannya dengan Heliza berjalan dengan lancar.Sekurang-kurangnya bagi dirinya semuanya lancar.Datuk Noorman masih berada di Bangkok.Khabarnya bulan hadapan baru bakal bapa mertuanya itu akan datang ke Malaysia.Cuma Doktor Farish yang masih setia menemani mereka.Kasihan pula dia melihat Doktor Farish yang masih setia berkhidmat untuk mereka demi kepentingan kesihatan tunangannya,Heliza.Sampaikan tiada masa untuk bersosial demi dirinya sendiri.

Bukannya dia tidak teringatkan daddy dan mummy tapi ada satu keegoan yang tersembunyi dalam dirinya.Keegoan yang bercampur dengan rasa bersalah.Perasaan itu mematikan hasratnya untuk mencari daddy dan mummy.Cuma kerinduan itu semakin membuak apabila dia bertemu semula dengan Adira di LCCT tempoh hari.Rindu untuk bertemu daddy,mummy dan..Adira?Entahlah,apakah perlu baginya untuk merindui bekas isterinya itu.

Dia akui ada getaran saat terpandang raut wajah yang semakin manis dan ayu itu.Iyalah,gadis itu pernah mencuri hatinya.Tetapi bila dia mengenangkan peristiwa pahit di Bangkok,semuanya musnah.Hatinya bagai dituris sembilu.Ngilu.

Sampai di sebuah perhentian bas.Shahir menekan brek mengejut.Dahinya berkerut melihat anak gadis comel yang duduk di bangku berwarna merah jambu itu.

“Yaya?”

Kenapa pula anak kecil ini bersendirian?

*****

Doktor Farish merenung gambar wanita berbaju kebaya dengan seorang budak lelaki.Gambar itu kelihatan lusuh kerana dilipat berkali-kali.Dia merenung jauh ke hadapan.Pandangannya melangkau ke destinasi yang tak pasti seolah-olah cuba mencari jawapan dan konklusi terhadap bebanan yang ditanggung ke dalam jiwanya.

“Doktor!”

Panggilan Heliza mematikan lamunannya.Gambar tadi dilipatkannya semula dan dimasukkan ke dalam dompet.Dia menguntumkan senyuman apabila Heliza duduk di hadapannya.Gadis itu kelihatan risau.

“Kenapa Eja?”

“Sepatutnya pagi ini Shahir off kan?”

“Saya tak pasti Eja,kenapa?”

“Entahlah..”

Ayat itu tergantung.Wajah Adira bermain di dalam fikiran Heliza.Sejak pertemuan semula Shahir dan Adira,jejaka itu sudah mula kurang memberi perhatian kepadanya.Berbeza dengan sebelum ini.Shahir ada sahaja masa untuknya.Tetapi sekarang?

“Kenapa Eja?Ada yang ingin diluahkan kepada saya?Jangan pendam,saya ada,”

“Shahir..”

“Kenapa Shahir?”

“Emm..dia tak beritahu doktor tentang Adira?”

“Adira?Tak pula.Kenapa?”

“Kami terserempak Adira semasa di LCCT,”

“Ye?Tak ada pula dia bagitahu saya,”Doktor Farish memberi sepenuh perhatian kepada Heliza.Sudah menjadi kebiasaannya menjadi pendengar yang setia.

“Budak perempuan tu..”

“Budak perempuan dengan Shahir tu?Ye?”

“Aha..itu anak Adira,”

“Oh..”

Doktor Farish mengurut-ngurut dagunya yang dihiasi janggut nipis.Sudah pasti dia terlepas pandang tentang kehadiran Adira semasa dia mengambil kereta di parkir.Kalau Shahir tahu anak itu memang anaknya,sudah pasti menimbulkan masalah yang besar.

“Sekarang..Shahir agak berubah..dia..,”

“Eja..saya ada..jangan risau..,”

“Entahlah doktor.Adira kan sudah melukai hati Shahir dengan perbuatan curangnya.Shahir pun tahu anak tu bukan anaknya,tapi saya masih risau..cinta bisa membutakan hati kan doktor?”

“Eja jangan fikirkan,jaga kesihatan dan emosi Eja.Saya tak mahu Eja kembali tertekan seperti dahulu.Saya dah janji dengan Datuk Noorman akan memastikan Eja dan Shahir akan bersama.Okay?”

Doktor Farish tersenyum.Cuba memujuk.

“Terima kasih doktor kerana menyedapkan hati saya.Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar.Saya harap sangat..,”

Suara Heliza tersekat.Ada sesuatu yang tersangkut di tengah-tengah tekaknya.Kerisauan akan kehilangan Shahir.Kehilangan buat kali kedua setelah kehilangan Aqso,suaminya.Begitu jerih payah dia melupakan Aqso,kini dia tidak rela untuk kehilangan Shahir pula.

Doktor Farish memandang Heliza dengan perasaan simpati.Dia sudah melihat bagaimana merananya Heliza melalui episod duka ketika kematian Aqso.Tidak sanggup dia membiarkan Heliza melalui episod yang sama lagi.

Dalam pada masa yang sama,dia juga ada soal peribadi yang perlu diselesaikan.Sudah lama dia tidak menjejak kaki di Malaysia.Kenangan silam itu menjelma semula.Apakah perlu dia mencari ibunya semula?Mahukah ibunya bertemu semula dengannya?Pembunuh ayahnya sendiri.Itu fahaman ibunya.

Terasa berat bebanan di jiwanya.

******

Suasana di taman permainan itu riuh dengan suara anak-anak kecil bermain buaian dan geluncur.Di hujung taman seorang lelaki dewasa dan seorang anak kecil naik turun menaiki jongkang jongket.Shahir tersenyum melihat calitan aiskrim coklat di pipi Yaya.Diambilnya sapu tangan dari dalam koceknya.Perlahan-lahan dia bangun dari papan jongkang jongket itu dan dibersihkan pipi Yaya.

“Uncle perangai macam Mama,”Yaya membebel sambil menolak tangan Shahir yang membersihkan pipinya.

“Uncle macam mama,kenapa?”

“Mama macam uncle la,tak boleh tengok langsung pipi Yaya comot dengan aiskrim.Nak dilapkan saja.Hiiii..”Yaya menyeringai menunjukkan giginya yang bertompok coklat.

“Cakap banyak.Jom!Uncle hantar pulang,”

“Tak nak!”Yaya membulatkan matanya merenung Shahir.

“Eh,kenapa pula?”

“Biar mama risau.Biar mama marah Uncle Iwan kerana lupa jemput Yaya dari tadika,”

(Huh,Uncle Iwan.Masih terbayang rupa Si Iwan dengan uniform sekolah sambil membonceng motosikal besar ala Awie Sembilu.Ingatkan dah lupakan Si Adira,rupanya ku tunggu jandamu..hampeh..)

“Mama memang sayang Uncle Iwan ye?”

“Mama kata dia akan kahwin dengan Uncle Iwan.Hemm..sayanglah kot..”Yaya memeluk tubuhnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Ek?Mama dengan Uncle Iwan nak kahwin?”

“Kenapa muka uncle macam tu?”

“Muka uncle macam mana?”

“Macam ni,”Yaya mengerutkan dahinya. “Muka macam mama nampak Yaya pakai lipstick dia hari tu.Macam naga,”

“Haha..muka mama macam naga ye?”

“Aha..macam uncle la juga.Uncle pun dah jadi muka naga tadi,”

(Eh,eh..ada juga nak kena jentik anak si Adira nih!)

“Tapi uncle naga kesayangan Yaya,”Yaya pantas mengucup pipi Shahir.Melekat lebihan aiskrim di pipi Shahir.

Shahir tersenyum melihat keletah Yaya.Disapunya rambut anak kecil itu.

“Betul uncle naga kesayangan Yaya?”

“Betul lah!”

“Jom,naik belakang uncle!Uncle bawak Yaya terbang!”Shahir membongkok badannya di hadapan Yaya.

“Yeah!Yeah!Naik dragon!”

Yaya pantas menaiki belakang Shahir.

“Okay,pakai tali pinggang keselamatan,”

“Okay uncle!”

“Topi keledar?”

“Check!”

“Sedia?”

“Sedia!”

“Okay!Terbang!”

Shahir berlari pantas mengelilingi taman permainan itu.Yaya ketawa mengekek setiap kali Shahir mengejar kanak-kanak lain yang turut berada di taman permainan itu.

Bagi Yaya,itu pengalaman pertamanya terbang bersama ‘naga’.Belum pernah permainan itu dimainkan olehnya.Mama sering menyogok dengan Dora The Explorer atau Wonder Pets.Uncle Iwan pula sekadar menyanyikan lagu ‘Humpty Dumpty’ setiap kali menghantar atau menjemputnya dari tadika.Rasanya permainan gila-gila seperti itu hanya pernah dilihat olehnya setiap kali Damak bermain dengan Uncle Daus.Dengan seorang papa.Seorang insan yang tidak pernah hadir di dalam hidupnya sebelum ini.

“Opps,naga kena tembak..dush,dush,dush!”

Shahir meniarap di atas padang hijau itu sambil memejamkan mata seolah-olah mati.Yaya mula risau.Dia bingkas bangun dari belakang Shahir dan menepuk-nepuk pipi Shahir.

“Uncle..bangun!”

Tiada tindak balas.

“Uncle..janganlah mati,bangun!”

Yaya menggoncang-goncang bahu Shahir.Masih tidak ada tindak balas.Dipandangnya orang sekelilingnya.Dia sudah mula rasa takut dan risau.Mukanya mencebik.Mula menangis.Ditampar-tamparnya lengan Shahir.

“Bangun..jangan mati..papa bangun..bangun..jangan tinggal Yaya,”

“Hah!”Shahir bingkas bangun dan menangkap Yaya yang menjerit terkejut.Dia ketawa mengekek apabila Shahir menggeletek perutnya.

“Okay..uncle..stop!Yaya kalah!”

Shahir tersenyum.Menyapu rumput yang melekat di rambut Yaya.

“Tadi Yaya panggil uncle..papa?”

“Aha..sorry uncle..”

“Kenapa?”

“Bila uncle berlakon mati tadi..Yaya rasa sedih.Yaya rasa macam papa Yaya yang mati.Kenapa Yaya rasa macam tu?”

“Entahlah..”Perasaan sebak hadir menguasai jiwa Shahir.Dia kematian kata-kata berhadapan dengan tiap baris perkataan yang dilafaz Yaya.Setiap keletah dan apa saja yang dilakukan Yaya semua menyentuh hatinya.

“Uncle..”

“Hem?”

Yaya menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata Shahir.

“Uncle jangan menangis.Yaya tahu uncle masih hidup,”

Shahir tersenyum manis.Dia memeluk anak kecil di hadapannya itu.Ada satu hubungan yang misteri yang mebuatkannya begitu sayang akan Yaya.Air mata lelaki itu mengalir juga di saat tangan kecil itu memeluknya kembali.

Pelukan itu dilepaskan.Diusap pipi anak kecil itu.

“Jom,uncle hantar Yaya balik,”

“Nanti,”

Jari kecil itu membetulkan rambut Shahir yang kusut.Dia mencekakkan pinggangnya.Kepalanya digelengkan.Sekali lagi jari kecil itu membetulkan rambut Shahir.Ditolak rambut itu ke belakang.

“Okay!Handsome!Nak jumpa mama mesti handsome!”Yaya menaikkan ibu jarinya.

“Okay!Jom,kita jumpa mama!”Shahir pantas mendukung Yaya.Sudah lewat petang,dia tidak mahu Adira membebel kepada Yaya kerana pulang lewat semata-mata keluar dengannya.

******

“Macam mana you boleh lupa Yaya?Mana tanggungjawab you?”

“I’m sorry sayang.PA I betul-betul lupa nak ingatkan.Tiba-tiba Datuk Zack datang mengejut nak adakan meeting pasal join venture filem tu..”

“I tak nak dengar pasal hal filem you.Ni pasal Yaya.Bakal anak you jugak!”

“I’m really sorry.Ni I tengah drive ke hulu hilir nak mencari Yaya,okay?”

“Yaya bukan anak kucing Iwan!”

Telefon bimbit itu dimatikan.Bateri juga dikeluarkan.Pusing kepalanya.Sampai hati Iwan terlupa menjemput Yaya dari tadika.Sudahlah tidak dimaklumkan kepadanya.Kalaulah dia tidak pulang awal hari ini dan pulang malam seperti biasa,sudah tentu malam nanti baru dia tahu Yaya hilang!

“I tak nak you risau,sebab tu I cuba cari Yaya dulu.I lewat setengah jam saja,tengok-tengok Yaya dah tak de!”

Senangnya Iwan meluahkan kata-kata.Yang hilang itu anak perempuannya.Pelbagai perkara bermain di minda Adira.Zaman sekarang jangankan anak perempuan,anak lelaki pun dikhuatiri keselamatannya.Ini Yaya.Anak perempuan tunggalnya.Satu-satu mahkota hatinya.

Lagi 10 minit,dia tekad untuk menghubungi pihak polis.Dia tidak peduli alasan berapa jam baru perlu dilaporkan.Ini soal keselamatan Yaya!

Sekejap berjalan dan sekejap duduk.Sudah seperti orang gila jadinya.Kunci kereta diambil.Dia tidak boleh mendiamkan diri.Dia harus mencari Yaya.Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka,dia terperanjat melihat Shahir berdiri di hadapan rumahnya sambil mendukung Yaya.Tangannya ke udara seperti hendak menekan loceng rumah.Shahir tersengih seperti kerang busuk di hadapannya.Entah kenapa telinga Adira terasa panas melihat senyuman Shahir.

Pang!

Satu penampar hinggap di pipi Shahir.Yaya menutupkan matanya dengan tangan.Shahir pula terasa pijar di pipinya.Adira terasa tapak tangannya pedih.

(Macam kena tulah raja pula menampar bekas suami!)

******

“Terima kasih,”

Shahir mengambil kain berbalut yang berisi telur rebus daripada Adira.Adira duduk di sofa paling hujung sambil memandang keluar tingkap.Shahir menuam pipinya sendiri.Yaya menghampirinya.Dipautnya lengan Shahir.

“Uncle nak Yaya tolong tuamkan?”

“Yaya!”Adira menjerit.Terkejut Shahir dan Yaya dibuatnya.Mata Adira membulat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.”Sini!”

Yaya menelan air liurnya.Perlahan-lahan dia melangkah longlai dan duduk di sebelah mamanya.Adira memeluk Yaya.Pandangannya dialih semula ke luar tingkap.

“Sorrylah kalau..Dira marah..abang bawa Yaya jalan..”

“Lepas tuam pipi tu abang letak atas meja.Abang boleh balik,”

“Bukan salah abang..,”

“Kalau abang nak makan telur rebus tu,abang boleh bawa balik,”

Shahir menjelir lidahnya.(Angin je!)

“Abang jangan ingat saya tak nampak lidah abang dekat cermin tingkap,”

Shahir menarik lidahnya kembali.(Alamak!)

“Kenapa Dira ni?Yang tinggalkan Yaya ni boyfriend Dira,Iwan.Abang yang selamatkan Yaya.Kalau abang yang tak jumpa Yaya?Agak-agak siapa nak jumpa Yaya?Sang Kancil?Upin dan Ipin?”

Yaya ketawa mengekek sebaik mendengar perkataan Upin dan Ipin.Adira mencuit lengan anaknya.(Amboi,suka pulak dia!)

“Yaya naik atas mandi dulu.Bye bye mama.Love you!”Yaya mengucup pipi mamanya.Dia tahu mama kalau marah,lebih baik jangan diganggu.

Yaya berlari menghampiri Shahir dan mengucup pipi Shahir.Semakin membulat mata Adira melihat telatah Yaya.

“Bye bye uncle,I love you too!”

“I love you 2,3,4,5,6,7,8,9 and 10!”Shahir membalas ciuman Yaya.Adira mendengus kecil.(Love you 2,3 konon..bapak dengan anak sama saja!Kaki bodek!)

Yaya berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke biliknya.Shahir memandang Adira yang masih dingin dan membeku di hujung sofa.Dia cuba menghampiri bekas isterinya.

“Cukup!Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi,”

Shahir merenung tajam.Geram.Diundurnya dua tapak ke belakang.Seperti perbualan telepati Shahir membulatkan matanya.(Puas hati?)

Adira memusingkan anak matanya.(Ikut sukalah!)

“Okay,abang cuma bawa Yaya jalan-jalan.Iwan yang tak menjemputnya.Salah abang ke kerana risaukan keselamatan Yaya?”

“Terima kasihlah sangat Encik Shahir!”Adira berpura-pura tersenyum.Wajahnya dimasamkam kembali sesaat kemudian. “Yaya tu anak Dira,bukan anak abang.So tak payahlah abang susah-susahkan diri.Okay?”

Shahir menyapu rambutnya ke belakang.Nafasnya dihela.

“Yaya tu anak abang kan?”

“Hello!Excuse me!Sejak bila?”Adira bangun mencekakkan pinggangnya.

“Abang dapat rasakan..,”

“Hei!Abang susah payah naik turun mahkamah kerana percaya anak yang Dira kandung bukan anak abang!Apa yang abang merepek ni?Rasakan apa?Instinct dari mana?”

“Habis tu?Anak siapa?Daus dah berkahwin dengan Ema!”

“Yang pasti bukan anak abang!”Adira melangkah ke hadapan menghampiri Shahir.Jari telunjuknya menuding-nuding muka Shahir. “Bukan anak Encik Shahir!”

“Betul?”

“Betullah!”

“Anda pasti?”

“Pastilah!Bukan anak Encik Shahir!”

Jari itu ditudingnya lagi.Shahir menggenggam tangan Adira.Adira tersentak apabila wajah Shahir menghampirinya.Hembusan nafas Shahir dapat dirasakan.Anehnya dia tidak bergerak apabila diperlakukan demikian.Berdiri pasrah menunggu apa sahaja yang bakal berlaku.Jantungnya berdegup kencang apabila Shahir semakin erat memegang tangannya.Matanya dipejamkan apabila wajah Shahir semakin menghampirinya.Pegangan tangan tadi dilepaskan perlahan-lahan.Redha.

“Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi..”

Bisikan Shahir membuatkan Adira membuka matanya.Sakit hatinya melihat Shahir tersengih menyeringai sambil memakan telur rebus yang digunakan untuk menuam pipi yang ditampar Adira tadi.

“Keluar!!!!!!!!”

Jeritan Adira memenuhi ruang tamu.

(Benci!Benci!)

Saturday, January 1, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 24

“Kenapa Yaya suka-suka sembang dengan stranger?Kan mama cakap never talk to stranger?”Muka Adira kemerah-merahan menahan marah.

“Tapi...tapi..”

“No tapi..tapi..kalau uncle tu bawa lari Yaya?Potong tangan Yaya?Jadikan Yaya beggar?”

“Uncle tu baik..”

“Uncle tu jahat,”

“Uncle tu yang bayarkan lavender mama,”

Adira pantas mengambil bunga lavender itu,lagaknya seperti hendak mematahkan bunga itu.

“Adira,don’t ever think to do that..especially depan anak you,”Ema akhirnya bersuara.Rimas pula dia melihat Shahira dimarahi mamanya.

Adira memejamkan matanya.Terduduk di atas kerusi.Cuba menenangkan fikirannya.Yaya perlahan-lahan menghampiri mamanya.Memeluk dan mencium pipi mamanya.Tangan kecilnya tak tepaut memeluk tubuh mamanya.

“Sorry mama if I hurt you.Walaupun uncle tu baik,Yaya sayang mama lagi.Sorry mama,”

Kasihan pula Adira melihat anaknya.Dia mengucup hidung anak tunggal kesayangannya sambil tersenyum.

“Sorry sayang..bukan salah Yaya,mama letih sangat.Kepala mama dah pusing-pusing,”

“Mama nak Yaya picit kepala mama?”

“No,it’s okay.Yaya pergi main dengan Damak kat luar okay?”

“Okay mama.I love you,”

“I love you too,sayang,”

“I love you three,four,five,six ,seven,eight,nine and ten,mama,”Bersungguh-sungguh Yaya memujuk mamanya.Dibilangnya jari jemari di tangan.Kesepuluh-sepuluh jarinya ditunjukkan di udara.

“Mama pun,”

“Mama,Yaya tak tipu..ka..ka..kalau tipu hidung Yaya panjang..macam..Pinochio,”Riak wajahnya kelihatan seperti hendak menangis.

“Ya,mama percaya Yaya,”

Dia mengucup kedua pipi anaknya.Yaya berjalan perlahan-lahan sambil mengheret patung Elmo yang dibelikan mamanya dari Medan.Lagaknya sedih sangat.Mengheret sebelah tangan Si Elmo.

“See,Dira dah patahkan hati dia,”

“Tak de lah,kak.I’m not mad at her,”

“You marahkan papa Yaya kan?”

“Dia bukan papa Yaya.Dia yang claim macam tu kan?”Adira membulatkan matanya.Tegang kembali.(Eeii..tolonglah!)

“Dan dalam mykid Yaya pun tertera nama Shahira binti Ahmad Shahir kan?Even kalau buat DNA,he is her papa.Apa masalah korang ni?”

“Dia tak pernah ambil tahu pun pasal Yaya.Dia ceraikan saya semasa Yaya belum membentuk apa-apa pun!Lepas tu dia menghilang tanpa khabar berita!I used to love him but now..I don’t think so.Akak jangan lupa apa yang dia buat pada Dira.Kalau tak ada Abang Daus dan akak,saya entah ke mana-mana,”

“Dah 5 tahun,Dira.Dira ingat coincidence apa bila Yaya sendiri bertemu Shahir?Don’t you think it’s a sign from Him?”

“It’s too late.As you said,dia dah ada tunang.Saya dah ada Iwan.Iwan yang ada semasa ketiadaan dia.Iwan yang ada masa saya susah nak besarkan Yaya.”

“And at the same time,you dah patahkan hati kawan baik you sendiri,”

“Akak don’t talk about moral here.Coz the most immoral one is him!”

Adira bingkas bangun meninggalkan Ema di ruang tamu.Ema menggelengkan kepalanya.Walaupun sudah berusia 22 tahun ternyata masih ada sifat degil dan kepala batu dalam hati Adira walaupun sedikit.

(Nasihat orang langsung tak nak didengar!)

******

(Abang Shahir memang tak guna!Benci sangat!Kalau nak hilang,kenapa tak hilang terus?Jangan lagi jejak kaki di Malaysia.Pergi berambus dan hidup di Bangkok!)

Separuh sasau dirinya apabila ditinggalkan Shahir.Atas dosa yang dia sendiri tak tahu.Shahir langsung tidak mahu mendengar apa-apa saja penjelasan daripadanya.Malahan tekad pula untuk membuat pengesahan lafaz talak di mahkamah.Segala rayuannya langsung tidak dipedulikan Shahir.Telefon dimatikan.Apatah lagi ingin berjumpa secara langsung.

Hancur hatinya apabila dituduh bayi dalam kandungannya bukannya datang daripada benih kasih sayang mereka.Dia pasrah.Redha apabila Shahir tegar untuk melepaskannya.

Ketika itu dia amat menyesal kerana mencintai abang tirinya.Menyesal mengikutnya lari semasa hari pertunangannya bersama Daus.Menyesal terpaksa menangguh peperiksaan SPM pada tahun berikutnya.Menyesal menderhakai mummy dan daddy.Menyesal terhegeh-hegeh mencarinya di Bangkok.Semuanya menjadi serba penyesalan.Paling menyesal merenung tiga bintang di langit.Kalaulah bintang-bintang itu bisa berbicara sudah pasti dijelirnya lidah kepadanya sambil menjerit bangang.

Betapa susah payahnya dia mengatur susun semula hidupnya.Mujurlah daddy dan mummy sudi menerimanya semula.Mujurlah ada Abang Daus yang sentiasa menjadi dewa pelindungnya.Dia amat bersyukur apabila Abang Daus mengahwini Kak Ema.Abang Daus sepatutnya berkahwin dengan wanita yang baik.Mujurlah Iwan Chew yang menemaninya sepanjang dia hamil 9 bulan itu.Kalau tidak,bisa meroyan jadinya dia.

“Kau ni janganlah minum coca cola bagai,kau kan pregnant,”

Iwan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Adira yang selamba meneguk air tin Coca Cola.

“Ikut suka akulah,kau sibuk kenapa?”

“Kau kena sayang baby dalam kandungan kau.Kau jangan macam ni,”

“Kau dan Nad macam mana?”

“Sejak belajar di oversea,Nad dan aku semakin renggang,”Iwan menggeleng-gelengkan kepalanya.Mengeluh kecil.

“Kau jangan cakap macam tu.Kawan baik aku sayangkan kau,”

“Entahlah Dira.Dia di UCLA,aku di USM.Memanglah ada YM,Facebook dan segala mak alah tapi tak sama macam dulu.Hari-hari aku pun dah banyak dengan kau,”

“Kau kesian sebab aku pregnant kan?”

“Tak guna betul Si Shahir tu!”

“Oit,yang kau kutuk tu bekas suami aku!”

“Kau sayang dia lagi?”

Adira terdiam.Memegang perutnya yang membuncit.(Aku pun tak tahu..aku benci sangat..tapi semakin aku benci,semakin aku sayangkan dia..)

“Dira,kau janji dengan aku satu,”

“Apa?”

“Kalau sampai anak kau lahir,Shahir tak peduli kau,kau kahwin dengan aku,”

“Kau ni bangang ke apa?Aku tak de masalah nak main-main masa serius macam ni,”

“Okay..okay..kalau sampai umur 30..eh,tak naklah tua sangat..kalau sampai 25 tahun,kau masih tak kahwin..aku sanggup kahwin dengan kau dan anak kau ni aku anggap macam anak aku sendiri,”

“Eeeii..kau ni kenapa?Tak habis-habis..aduh!Ya Allah,aduh!”

“Kau kenapa?”

Gelabah Iwan melihat Adira membongkok sambil mengerut dahi menahan kesakitan.Semakin gelabah apabila dia melihat air jernih mengalir di ke bawah tanah.

“Okay,that’s gross!Apa tu?Apa tu?Apa tu?Ya Allah,apa kejadahnya tu?”Gelabah tahap maksimum mamat seorang ni.

“Air ketumban pecahlah!Aduh,aku rasa nak terkeluar sangat dah ni,”

“Stop!Kau jangan!Nanti aku tahan teksi!Kau tahan!Jangan bagi dia keluar!Tahan!”

Jerit Iwan sambil berlari ke tepi jalan.

“Bodohlah kau!Kau ingat aku boleh postpone ke?Sakitnya!!!!Bodohlah Abang Shahir!!!Ini semua abang punya pasal!!”

Seiring dengan jeritan itu mujurlah ada teksi yang sudi berhenti.Adira tak dapat melupakan saat Iwan terpaksa menjadi bidan ekspress menyambut kelahiran Yaya di dalam teksi.Sebaik saja melihat darah dan tali pusat,Iwan terus pitam.Mujurlah kudratnya kuat untuk menyambut Yaya.Yaya memiliki mata seperti papanya,hidungnya pun mancung persis papanya.Baginya,semua yang ada pada Yaya mirip papanya.Tapi kalau ditanya orang lain ada juga yang kata Yaya miripnya.

Selepas kelahiran Yaya,dia dihantar belajar ke luar negeri.Yaya dijaga oleh mummy dan daddy.Di mana Shahir semasa itu?Iwan yang ada menemani Yaya semasa ketiadaannya.Sakit hatinya memikirkan Shahir tidak mempedulikan Yaya.Biarlah Shahir membencinya,tetapi Yaya adalah darah dagingnya sendiri.Tapi mengingatkan Shahir tidak mengakui kehadiran Yaya,dia tegar menjadi ibu tunggal.

Bila cinta kini tak lagi bermakna.Yang kurasa kini hanyalah nestapa.Ditinggalkan cinta masa lalu..

Dia sendiri tidak pasti bila dia mulai rapat dengan Iwan.Erti kata yang tepat lebih rapat daripada seorang sahabat.Pada masa yang sama,hubungannya dengan Nad juga mulai renggang.Nad sendiri menjauhkan diri.Jauh di Los Angeles.Langsung memutuskan hubungan dengannya.Sekurang-kurangnya Nad masih berhubung dengan Anum.Tapi bukankah dia lebih rapat dengan Nad semasa di bangku sekolah?Tiba-tiba sahaja Nad lebih rapat dengan Anum.Mungkin juga Nad dapat menghidu perubahan sikap Iwan yang lebih memberi perhatian kepadanya.Apakah itu salahnya?Dia tidak meminta Iwan mengambil berat akan dirinya.Iwan yang hadir secara sukarela.Iwan datang pada saat dia amat memerlukan sokongan seorang lelaki yang bukan daddy mahupun Abang Daus yang mengahwini Kak Ema.Dia memerlukan Shahir tapi Iwan yang ada.

Sama ada simpati atau benar-benar cinta.Apa yang dia tahu,cuma Iwan yang ada semasa dia kesepian,kesusahan dan pada saat dia mengharapkan Yaya dibelai papanya.Cuma Iwan...

******

“Hai,nasib baik,I ingat Yaya dah hilang,”

Daus mengeluh lega.Foto bingkai keluarganya dibetulkan.Tersenyum manis melihat wajah isteri dan anak lelaki kesayangannya.

“Okay,nanti balik I belikan Ipad untuk Damak.Ye sayang,I janji.Okay love you sayang,”

Telefon bimbit itu dimatikan.

(Shahir dah kembali?Berita baik.Berita yang amat baik!)

Daus menggengam buku limanya.

Mungkin Shahir perlukan buah tangan daripadanya setelah 5 tahun lamanya mereka tidak bertemu selepas kali terakhir dia menjadi saksi pengesahan lafaz cerai Shahir dan Adira.

Namun secara peribadi buatnya,ada juga hikmah.Kalau tidak mereka pulang awal dari Bangkok,mungkin dia akan kehilangan Ema.Pada saat itu dia tahu dia amat memerlukan Ema.

Daus menanggalkan sepatu Givenchy berwarna perak itu.Membaringkan badannya lelah di atas katil.Sampai di rumah tadi,ayahnya membebel kerana sanggup meninggalkan perniagaan demi menemani Adira di Bangkok.Dipekakkan saja telinganya.Kalau tidak dipekakkan,mungkin saja dia bisa lari dari rumah seperti Abang Shah.

Kasihan pula dirinya dengan Adira.Apa syaitan yang merasuk Shahir sehingga dia tergamak menceraikan Adira.Malah sahabatnya itu cuma mengirim sepucuk surat memohonnya hadir untuk pengesahan lafaz cerai di mahkamah.Kalau tak difikirkan Adira yang sedang hamil,mahu sahaja dia membelasah Shahir sampai lembik.

Kalau benar cintakan Adira,mengapa memperlakukannya sedemikian?Kalaulah dia yang memiliki Adira sudah pasti dia akan menjaga Adira sehabis baik.Digigit nyamuk pun tak dibenarkan.

Atau apakah dia merasakan demikian kerana Adira tidak dimilikinya?Apakah dia juga akan bertindak cemburu buta seperti Shahir jika mudah memiliki apa yang diingini?

Hatinya langsung teringatkan Ema.Rasanya cuma sekali Ema menghantar mesej kepadanya semasa di Bangkok.Walaupun badan berasa letih,dipaksanya juga bangun dan bersiap menuju ke Bukit Antarabangsa.

*****

Loceng ditekan.

Pintu masih tertutup.

Sekali lagi loceng ditekan.

Pintu diketuk.Tiada tindakbalas.

Dahinya mengerut kerisauan.Daus berasa tidak sedap hati.Dipandangnya kanan dan kiri.Mulanya mahu sahaja ditendangnya pintu kondominium itu.Tetapi dia mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu itu.Ternyata pilihan yang bijak kerana pintu itu tidak terkunci.

Pintu dibuka.Gelap.Hatinya berdebar-debar.Langkah diatur perlahan dan berhati-hati.

“E..Ema?”Suaranya tersekat-sekat.

Tangannya meraba-raba di dinding mencari suis lampu.Sebaik sahaja lampu dibuka,Daus terkejut melihat kaca bertaburan merata-rata tempat dan sofa yang tunggang terbalik.

“Ema?”

Masih belum terjawab panggilannya itu.Daus mengambil keputusan untuk masuk ke kamar gadis itu.Terpaksa.

Sebaik sahaja memasuki kamar Ema,jantungnya bagai berhenti apabila melihat Ema pengsan di lantai dengan muka yang bengkak dan darah pekat mengalir di hidung dan mulutnya.

“Ema!Ya Allah!”

Tanpa banyak bicara dikendongnya gadis itu keluar dari kondominium menuju ke hospital.

Hancur hati Daus apabila doktor memberitahunya gadis itu mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian usus dan buah pinggang akibat ditendang beberapa kali.Hidungnya juga patah dan akan melalui beberapa siri pembedahan plastik untuk membetulkan semula kedudukan tulang hidungnya.Otaknya juga mengalami gegaran akibat dihentak dengan senjata yang tumpul.

Akibatnya gadis itu koma hampir sebulan.Daus pasti apa yang berlaku pada Ema adalah angkara Ryan.Lelaki sialan itu lesap begitu saja.Dasar bacul!

“Kalau mengikut apa yang you ceritakan,ternyata teman lelaki kawan you mengalami masalah jiwa.Mungkin tanpa kawan you sedari,teman lelakinya menderita mental domestic violence,”Doktor Fahmi yang merawati Ema membetulkan cermin matanya.

“Ada manusia sampai sanggup tahap ni doktor?”

“Mereka yang menderita dv ini mungkin bermula secara kecil-kecilan.Pada mulanya sekadar cemburu buta,kemudian stalking dan akhirnya beginilah.Pesakit dv menjadi sebegini kerana perasaan sayang yang berlebihan,”

“Sayang sampai belasah dan koma?”

“Sayang kerana memikirkan si gadis itu hanya miliknya,”

“Tapi Ema memang kekasihnya pun,”

“Ya.Tapi mungkin juga kawan you ni mempunyai sahabat lain yang lebih rapat sama ada lelaki atau perempuan,”

“Dengan perempuan pun nak cemburu?”

“Ya.Tambahlah kalau lelaki seperti you,”

Doktor Fahmi menepuk bahu Daus sambil tersenyum.Doktor berwajah persis pemuda Korea itu keluar dari bilik ICU.Daus duduk di kerusi bersebelahan katil Ema.Perasaannya bercampur baur.Geram,marah dan sedih.

Geram pada jantan bapuk yang hanya tahu membuli perempuan seperti Ryan.Marah kerana dirinya tiada pada masa Ema dibelasah teruk sebegini.Sedih melihat keadaan Ema seperti mayat hidup.

Kenapa kasih sayang yang sepatutnya mendamaikan jiwa disaluti kesakitan dan kebencian.Dia tidak memiliki Adira tapi dia masih mampu menerima Adira seadanya.Ryan sudah memiliki Ema,tetapi tetap ragu dan curiga.Anehnya manusia.

Dipandangnya wajah Ema.Mata gadis itu separuh terbuka.Kata Doktor Fahmi,dia mungkin bisa mendengar kata-kata walaupun koma.

“You..I minta maaf,”Daus terdiam seketika.Menyapu lembut rambut gadis itu. “I tak ada masa you memerlukan I..I menyesal sangat..E..Ema..”

Suara Daus tersekat-sekat.Diambilnya tangan gadis itu dan dikucupnya.

“I berjanji..I akan menjaga you sepanjang hidup I.I takkan benarkan Ryan atau sesiapa saja menjentik you.I akan berada di sisi you..please Ema..wake up..a.s.a.p..”

Tangan gadis itu diletakkan ke pipinya.Dingin seperti salju.

“I akan benci you kalau you asyik tidur macam ni.You bukan sleeping beauty.You kan ganas dan lasak macam Princess Fiona.Kan dulu masa sekolah you selalu panggil I Shrek sebab selalu sendawa.I pulak panggil you Fiona sebab you suka belasah budak lelaki.Tapi..kenapa you biarkan Ryan belasah you?Mana Fiona I?”

Walaupun terhangguk-hangguk kerana mengantuk Daus masih setia bercerita supaya Ema tidak kesepian.Letih.

“Ema..wake up..macam mana Shrek boleh hidup tanpa Fiona..I sayang you..”

Walaupun berdengkuran selepas itu,dia pasti itulah ucapan paling ikhlas pernah dilafazkan buat Ema.

Kerana jodoh itu sudah tertulis di luh mahfuz,dia sendiri tidak menyangka akan jatuh cinta dan mengahwini Ema.Sangkanya dia akan terus sasau mengingati Adira.Tapi meleset.Ternyata baginya,menjadi suami Ema dan papa Damak lebih membahagiakan.

Lucky I’m in love with my best friend!

*****

“Awak,kalau berkembang bisnes tekstil ni bertambahlah cawangan syarikat abah.Tak adalah asyik tumpu architechture aje,”

“Ehem,”Shahir masih terfikirkan perihal Yaya.Rasanya apa yang dikatakan Heliza bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Dia dapat melihat dengan jelas mulut Heliza terkumat-kamit melafaz perkataan demi perkataan.Tapi bagaikan televisyen yang disenyapkan suara.

Kecilnya dunia.Rupanya Yaya itu anak Adira.Sudah pasti anak yang dikandung semasa dia melafazkan cerai ketika di Bangkok.Sepatutnya dia membenci anak yang tak pasti asal-usul keturunan itu.Tetapi entah kenapa dia semakin sayang akan Yaya apabila mengetahui Yaya anak Adira.

(Haish,apa yang aku rasa ni?)

“Awak betul tak?”

(Tapi comel betul budaknya,hehe.Bijak pula lagi.Takkan anak aku kot?Mungkin juga sebab aku pun kategori comel dan bijak.Tapi,takkanlah?)

“Awak,dengar tak?”

(Dengan topi color pink dia..alahai,comelnya dia!)

“Awak!”

“Ya?Sorry..awak panggil saya ke?”

“Awak,don’t tell me,”Heliza mencekak pinggangnya.Sedikit merajuk.

“Apa?Saya tak faham,”

“Don’t tell me awak teringatkan janda awak balik yang kita accidentally jumpa di LCCT tadi,”

“No lah awak..alamak,saya kena balik office.Nanti kita jumpa okay,”

Shahir segera keluar dari rumah agam di lereng bukit itu menuju ke arah keretanya.Tidak lama kemudian,enjin kereta dihidupkan sebelum berdesup meninggalkan halaman rumah.

Heliza sekadar memerhati melalui jendela.Kecil hatinya diperlakukan sebegitu oleh Shahir.Sudahlah dia melalui perjalanan yang jauh dari Medan,tunangannya itu menyambutnya dingin.Hati wanitanya memang cemburu ketika melihat Shahir dan Adira bertembung tadi.Walaupun cuma seketika,dia tidak dapat menidakkan perasaannya yang tidak selesa itu.

Apakah Shahir akan kembali kepada Adira?Soalan itu asyik bermain di dalam mindanya.

(Ya Allah,ampunkanlah dosaku.Kuatkanlah hatiku.Aku tidak mahu sebarang curiga merosakkan pertunanganku dengan Shahir.Jika benar dia milikku,ku mohon persenangkanlah perjalanan perhubungan kami menuju ikatan yang suci dan abadi..)

*****

Pagi itu seperti biasa,Yaya akan ke tadika sebelum Adira ke pejabat.

“Mama bila kita nak ke rumah atuk dan nenek?Yaya rindulah,”

“Nanti mama free kita pergi,”Adira tersenyum manis sambil menyisir rambut anak kesayangannya.

“Mama,hari ni Yaya pergi dengan Uncle Wan lagi?”

“Aha,kan hari-hari Yaya pergi dengan Uncle Wan?”

“Mama,Yaya nak pergi dengan mama,”

“Kan ofis mama arah lain,tadika Yaya sama arah dengan ofis Uncle Wan,”

“Mama,Uncle Wan tu comel kan?”

“Aha,comel macam Yaya,”

“Mama,Uncle Shahir tu pun comel kan?”

Adira menghentikan sisiran sikat di rambut Yaya.Direnungnya tajam melalui cermin berhadapan mereka.

“Don’t you promise me not to talk about stranger?”

“Uncle Shahir bukan stranger.Dia kawan Yaya.Memang dia stranger dengan mama.Tapi dia kawan Yaya.But still,Yaya sayang mama lebih!”Yaya tersenyum lebar mempamerkan susunan giginya yang putih bersih.

“Awak baru kenal dia berapa minit dan jangan ingat awak boleh bodek mama dengan senyum lebar macam Chibi Maruko tu,”Adira menggeleng-gelengkan kepala sambil menyangkut beg sekolah ke belakang Yaya.

“Tapi mama masih sayang senyum Chibi Maruko ni more than Uncle Wan,right?”

“Of course,I love you more,”Adira mengucup pipi Yaya.“You are my only daughter.My sunshine.My blue diamond in my heart,”

“Okay,Yaya rasa selasa sangat,”

“Oh my God sayang,selesa bukan selasa,”

Bunyi hon kereta di halaman rumah mematikan perbualan dua beranak itu.

“Uncle Wan dah datang,promise mama Yaya akan behave dengan Uncle Wan.Okay?”

“Err..o..okay..I..try to..bye bye mama!”Yaya pantas mencium pipi mamanya sebelum berlari keluar dari rumah.Adira sekadar melepas nafas lelah sambil tersenyum.Dia dulu pun nakal sebegitu dengan mummy.What goes around comes around.

“Good morning princess!”Iwan tersenyum sambil membuka pintu penumpang.

“Good morning uncle!”

Anak kecil itu melompat masuk ke dalam kereta.Belum pun sempat Iwan masuk semula ke dalam kereta,Yaya sudah mula merengek.

“Uncle,Yaya nak dengar lagu Anak Tupai!”

“Anak Tupai?Kan Yaya selalu dengar lagu Humpty Dumpty?”

“Tak nak!Last week cikgu ajar lagu Anak Tupai!I want Anak Tupai!”

“Okay..okay..don’t scream.Uncle tak de cd lagu tu,”

“Uncle nyanyilah!Don’t make me scream?Uncle tak nak dengar mama bebel uncle kan?”

(Wah,blackmail!Memang genetik Si Shahir lebihlah ni).Masih segar ingatan Iwan pada saat Shahir mengugutnya semasa dia masih di bangku sekolah dulu.Siap main cekik leher lagi.(Hampeh!)

“Okay,uncle nyanyi,”Iwan cuba tersenyum walaupun sedikit geram. “Ada sekor anak tupai,atah julai mokte..kudung ekor perut lapar..jalan cari makan..”

“Great uncle!One more time!”

Demi Adira,Iwan terpaksa menyanyi bait yang sama sepanjang perjalanan menuju ke tadika.Manalah dia tahu lirik penuh lagu Anak Tupai.

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)