THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Saturday, June 5, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 8

PHOTO CREDIT:ABDUL MA'MANG DAN JANNA

Suasana di tepi pantai Port Dicksons pada pagi sunyi seperti baru sahaja dilanggar burung garuda .Tiada ramai orang berpeleseran di situ kerana bukanlah hari minggu.Datin Ainul duduk di bawah pokok sambil ditemani Mbak Seena memerhati gelagat Shahir dan Adira yang menunggang basikal di tepi persisiran pantai.Sengaja dia ke sini menemani suaminya yang sibuk berkempen ke seluruh Malaysia.Selain itu dapat juga menenangkan fikiran.Apatah lagi cuti pertengahan sekolah sudah bermula.Boleh juga Adira melepaskan tension belajar.

Cuaca pagi itu dingin dan mencengkam sehingga ke tulang hitam.Sang suria pula baru saja menjenguk melebarkan senyuman cahayanya menerangi alam.Burung-burung camar kelihatan berterbangan tinggi sambil berbunyi riang seolah-olah meraikan hari baru yang indah.

Adira sengaja melanggar tayar belakang basikal abangnya.Mujurlah Shahir sempat megimbangi badannya.Dia sekadar tersenyum kecil sebelum berusaha mengejar Adira dan pantas menarik perlahan rambut adik tiri kesayangannya itu.

“Budak jahat!”Shahir menempelak Adira yang mengerut dahinya sambil membetulkan rambutnya.

“Jahat-jahat pun,adik kesayangan abang jugak kan?”

“Abang mana lagi ada adik lain,Dira seorang aje adik abang.Terpaksa la abang sayang.Yang busuk pun Dira,yang comel pun Dira.Semua pun boleh.”

“Bab comel terima,bab busuk..no,no,no,”Adira menggelengkan kepalanya. “Orang wangi la.Bau tak?Kita pakai The One tau?”

Adira menyuakan pergelangan tangannya ke hidung Shahir.Shahir menutup hidungnya.

“Tak bau D&G pun..bau bacing adalah!”

“Dengki la tu..,”Adira cuba menendang basikal Shahir tetapi Shahir pantas mengayuh basikalnya lebih laju ke hadapan sambil ketawa nakal.Adira cuba mengejar abang tirinya,tapi ombak yang menghempas tepian pantai itu hampir-hampir membuatkannya terjatuh.Shahir memperlahankan kayuhannya supaya Adira dapat menghampirinya.Sebaik sahaja Adira menghampirinya,senyuman manis pantas terukir di wajah jejaka kacak itu.

“Marah abang ke?Sorry ya,”

“Macam mana Dira nak marah abang?Abang kan abang kesayangan Dira,”Terserlah pipinya yang kemerah-merahan sebaik sahaja mengungkapkan kata-kata itu.Apatah lagi gadis comel itu memiliki kulit yang putih bersih.

Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Entah mengapa perasaannya sendiri rasa serba tidak kena dan Cuma mampu tersenyum sipu.

“Hemm..ingat tak abang ajar Dira kayuh basikal dulu?”

“Ingat..mesti ingat,”Adira menggosok-gosok hidungnya menahan perasaan malu yang hadir tanpa dipinta.

“Sekarang Dira dah pandai tunggang basikal sendiri,”

“Abang buat kelakar ya?Kereta pun Dira boleh bawak,tambah la basikal,”

“Dira bawak kereta?Abang boleh pandu kereta aje.Nak bawak tak larat,”

“Oh ye ke?”

“Abang tak suka Dira bawak kereta,”

“Sebab?”

“Sebab Dira tak de lesen.Abang pun hairan macam mana Daddy benarkan,”

“Sebab Daddy sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan abang,”

“Abang pula sayangkan Dira lebih daripada Daddy sayangkan Dira,”

“Betul?”

“Betul,”

Kedua-dua mata mereka saling bertautan.Tanpa sepatah ucapan terkeluar daripada bibir.Cuma mampu memandang dan seolahnya hanya kedua mereka yang memahami pandangan itu.

“Shahir!Dira!”

Jeritan seorang lelaki mematikan pandangan mata kedua-duanya.Dari jauh kelihatan Daus menunggang basikal dengan masih memakai suit Versace berwarna maroon.Walaupun memakai sepatu putih LV,kayuhannya laju menghampiri kedua adik-beradik tiri itu.

Shahir hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kepada Daus.Adira turut melambai-lambaikan tangannya.

“Tebaboom!”Brake tangan yang dilakukan secara mengejut membikin basikal yang ditunggangnya ternaik di bahagian tayar belakang.

“Macam mana kau tau kitaorang kat sini?”Shahir bertanya sambil tersengih.

“Aik,biasalah.Mana ada adik kau,mesti aku tau.Dira dah sihat?Ada rasa nak pengsan lagi?”

“Dira okay je Abang Daus.Sihat sangat-sangat,”

“Sedap dengar Dira panggil Abang Daus.Abang saja tak boleh?”

“Gatallah kau,”Shahir menyiku lengan Daus.Daus hanya ketawa kecil sambil melonggarkan tali leher yang dipakainya.

“Tak pe panggil Abang Daus pun dah okay kan?”Adira cuba menyenangkan hati Daus.

“Tak okay lah.Kenapa tak panggil abang saja macam Dira panggil kat Shahir?”

Shahir memandang ke arah Adira.Adik tirinya hanya tersenyum manis mendengar soalan sahabat baiknya.

“Sebab..sebab..sebab hanya abang saja yang boleh Dira panggil abang,”

“Rasanya ada peluang tak Abang Daus pun dipanggil abang saja?”Sengaja Daus menduga lagi hati gadis yang berada di hadapannya.

“Itu..biar masa dan Yang Atas menentukan,”

“Abang Daus dengar macam ada peluang saja,”Daus melirik nakal sambil ketawa kecil.Shahir yang berada di sebelahnya hanya tersenyum.

“Suatu hari nanti.Mana tahu kan?”Adira menjungkit bahunya sambil tersenyum manja.

“Hemm,Dira nampak tak pokok kelapa yang paling tinggi di hujung sana?”Daus menuding ibu jarinya jauh di hadapan.Matanya dikecilkan.

“A’ah,Dira nampak.Kenapa?”

“Sebab..,”Daus menaiki semula basikal berwarna merah dan putih itu.Gayanya seperti hendak berlumba. “Sebab kalau Abang Daus sampai dulu,lagi 3 tahun,Dira kena kahwin dengan Abang Daus.Cepat!”

“Takut!”Jerit Adira sambil terkocoh-kocoh mengejar basikal Daus yang sudah maju ke hadapan.Terkeluar sifat nakalnya yang cuba menendang basikal Daus.Tawa Daus memecah keheningan pantai pada pagi itu.

Shahir masih lagi berdiri di situ dengan wajahnya yang terukir senyuman.

Ku ingin berlari kepadamu..tapi kau semakin jauh dariku..ku tak fahami apa maksudmu..kau ada aku tapi bukan hatiku..

******

Dengan diiringi muzik Bad Romance daripada Lady Gaga,pentas runway di Hard Rock Cafe dihangatkan dengan model-model tinggi lampai yang memperagakan rekaan fesyen daripada pereka fesyen muda yang mula meniti nama di New York,Milan,Paris dan Tokyo.Tidak lama kemudian seorang gadis muda yang cantik dan elegant muncul di tengah pentas sambil diiringi model-model tadi dan meberikan ciuman dan lambaian dari jauh.Tepukan gemuruh berserta flash kamera bertalu-talu bercahaya ke arahnya.Menyambut kedatangan anak Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama di luar negara dalam bidang rekaan fesyen.

Rambutnya yang panjang melepasi bahu membuatkan sedikit mirip dengan pelakon Jepun,Inoue Mao.Dengan jaket dan skirt kulit ciptaannya sendiri,gadis cantik tadi turun ke bawah sambil bersalam-salaman dengan tetamu VVIP yang hadir.Wajahnya tak lekang dengan senyuman dan jauh daripada gelaran sombong walaupun statusnya bisa membenarkannya untuk jual mahal.

“Cantik kasut you,kasut Datuk Jimmy Choo?”Suara seorang lelaki yang menegurnya dari arah belakang menarik perhatian gadis itu.

“Mestilah.Bukan macam you yang tak pakai kasut buatan orang Malaysia,”

“Sempat perli I?You masih ingat I?”

“Mana boleh I lupa budak lelaki yang suka cium pipi I masa kecik-kecik dulu.Sudah tentu Ema masih ingat Daus,”

“Alamak,malunya!Okay,welcome home,my dear friend..Ema,”

Daus menghulurkan sejambak bunga mawar putih kepada Ema.Ema menyambut jambangan bunga itu dengan senyuman manis di pipinya.

Daus menarik tangan Ema untuk membawanya ke meja belakang.

“Sorry lady and gentleman,I nak pinjam kawan lama I sekejap,”Daus mengangkat tangannya cuba memohon maaf kepada tetamu yang hadir.

Daus menarik kerusi dan mempersilakan Ema duduk sebelum dia sendiri turut duduk berhadapan gadis itu.

“I dapat tahu you balik,I terpaksa rush guna helikopter syarikat,”

“Aik,you kat mana sebelum ini?Kutub Utara?”Sindir Ema.

“I kat Negeri Sembilan lah.You ingat I penguin ke?Tadi I pergi kacau kawan kejap,”

“Mengadalah you,Negeri Sembilan naik helikopter.Kacau kawan ke,kacau awek?Hem?”Ema mengenyit matanya.Nakal.

“Itu..bab itu..nanti I cerita lain kat you..hehe..”

“Ouch..I think someone is falling in love,right?”

“Apa ni?You asyik cerita pasal I je.You macam mana?Last time kita jumpa masa I nak futher study kat New Zealand kan?Pas tu kita memanjang YM je macam robot,”

“Kenapa ni Daus?You rindu kat I ye?”

“Babe,kita kongsi masalah daripada A sampai Z.Walaupun you bukan girlfriend I,tapi you satu-satunya kawan yang memahami I..you kenal I sejak zaman kita pakai lampin.Ema,sudah tentu you mempunyai tempat yang special dalam hati I,”Daus mebuka kot Versace yang dipakainya sambil tangan kanannya menepuk dadanya.

Ema hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Daus.Sudah pasti dia juga merindui teman lamanya itu.Satu ikatan persahabatan yang wujud di atas ikatan persahabatan ibu bapa mereka.Jika Daus suka mencium pipinya yang tembam semasa tadika,dari pihaknya pula dia suka memijak kasut Daus yang sentiasa putih bersih.Mereka rapat sehingga masuk sekolah menengah.Jika ada lelaki yang mempermainkan hatinya,Daus yang akan memujuknya dan akan bertumbuk dengan bekas teman lelakinya.Jika Daus pula dilukai,dia yang akan bersemuka dengan bekas kekasih Daus dan memberi leteran sebaik mungkin.Kadang-kadang boleh membawa kepada adegan tarik-menarik rambut.

Begitulah uniknya persahabatan mereka.Ema memang merindui saat-saat yang penuh kegilaan itu.Secara zahirnya,mereka terpisah apabila dia melanjutkan pelajaran dalam rekaan fesyen di New York dan Daus melanjutkan pelajarannya dalam bidang perniagaaan di New Zealand.Secara alam maya mereka masih berhubung tetapi sudah tentu tidak serapat dahulu.

Kini mereka bertemu semula.Ema sendiri tak pasti apakah mereka masih mampu segila-gila dulu atau bakal berlaku sesuatu yang tak dijangka dalam persahabatan mereka.

Segalanya masih kabur dan sukar untuk dijangka.

*****

Kebanyakkan pelajar Tingkatan 5 yang menghadiri kelas tambahan pada masa cuti sekolah sudah pulang sebaik sahaja selesai kelas.Bagaimanapun masih kelihatan kelibat 3 gadis duduk di atas bangku kantin sambil masing-masing menyelak buku dan nota.Tetapi jejaka yang menemani mereka kelihatan terangguk-angguk menahan mengantuk.

“Iwan,kau tidur kenapa?Nanti kita putus sudah!”

Jeritan Anum mengejutkan Iwan yang hampir bermimpi berjumpa Maya Karin.Iwan menyapu-nyapu mukanya yang masih mamai.Adira dan Nad yang berada di hadapan mereka hanya mampu ketawa kecil.

“Kau ni asyik ugut putus..putus..karang aku putus betul baru tau..,”bebel Iwan perlahan.Anum mencubit lengan jejaka di sebelahnya.

“Korang ni nak buat study group ke nak bercengkerama di bawah bulan purnama?”Soal Nad sambil memandang kedua-duanya.Ada bunga-bunga cemburu sedikit di wajahnya yang cuba tersenyum.

“Aku tak berapa suka study group ni Nad,aku lebih suka main futsal.Semalam aku tak puas hati betul group kau menang.Malulah kalah dengan perempuan,”

“Kalau kau nak main futsal tiap-tiap malam,kau kenalah study.Kalau kau nak aku bagi kau menang,kau mesti dapat result semua A,”

“Kau ingat aku ni Sheikh Muzaffar ke nak score semua A.Kau nak suruh aku jadi angkasawan dan kau jadi angkasawati?”

“Apa kebenda yang kau merepek ni Iwan?Aku hempuk juga dengan Kamus Dewan yang setebal kulit gajah ni kang,”

Anum sekadar memerhati pergaduhan kecil antara Nad dan Iwan.Nampak macam pergaduhan suami isteri pulak,sakit hati pula dia memandangnya.Adira yang khusyuk menyiapkan eseinya tidak mempedulikan suasana bising di sekelilingnya.

Bunyi mesej di telefon Blackberry Curve mengejutkan kosentrasinya.

Dah abis study group?Abang ada kat luar sekolah.Mbak Seena pun ada.Kita nak pergi satu tempat nih.

Adira pantas menyimpan buku nota dan pensil case ke dalam sling bag Power Puff Girls berwarna merah jambu.

“Korang sambunglah..aku balik dulu,”

Terkebil-kebil mata Nad melihat Adira tergopoh-gapah meninggalkannya bersama Iwan dan Anum.

Adira berlari sepantas atlit larian 100 meter menuju ke pagar sekolah.Hatinya berasa senang melihat Shahir menunggunya di hadapan kereta Peugot berwarna silver.Di bahagian belakang Mbak Seena tersengih-sengih sambil melambaikan tangan.

“Hemm..kita nak pergi mana,abang?”Adira melepaskan lelahnya yang penat memecut seperti tak cukup tanah.

“Kesian..sampai berpeluh adik abang.Kita pergi KL,”Shahir mengambil sling bag daripada Adira dan masuk ke dalam kereta.

“Buat apa tiba-tiba pergi KL?”

“Tengok rumah baru abang,”

“Rumah baru abang?Abang nak stay kat Malaysia Ke?Tapi nape KL?Nape tak kat sini aje?”

Jawapan Adira tidak dijawab Shahir.Sebaliknya dia cuma meminta Adira masuk ke dalam kereta.

******

Datin Linda menandatangani dokumen perjanjian yang melibatkan aset dan saham di cawangan syarikat architecture Megah Jaya Company di Malaysia.Farina yang berada di hadapannya turut menandatangani perjanjian baru itu.

“Farina,you sure dengan apa yang you buat?”

“Teramat-amat pasti,kenapa?”

“50 peratus daripada saham you,you berikan pada Shahir,I can’t say anymore,”

“I trust him,sebab tu I bagi dia pegang pengarah urusan di sana,”

“As a friend,your best friend,your partner..darling,just beware.I tak cakap Shahir tak baik.He’s really a good gentleman.Tapi I risau you,”

“LJ..doakan yang terbaik untuk I dan Shahir okay?”

Datin Linda Jasmine memandang sayu ke arah Farina.Perlahan-lahan dia mengangguk.Cuba memahami gejolak di hati wanita yang tabah di hadapannya.Cuba mengerti kasih sayang wanita itu terhadap lelaki yang bertakhta di hatinya.

Secara peribadi,dia kagum dengan ketabahan Farina menghadapi tohmahan dan kata-kata nista sesetengah masyarakat.Dalam pada masa yang sama,dia juga tidak begitu menyokong tindakan sahabatnya menaikkan posisi Shahir dalam syarikat daripada Pembantu Peribadi kepada Pengarah Urusan.Mulut orang pasti tidak akan berhenti daripada mengata yang negatif.Kerana yang buruk itu lebih seronok dibincangkan walaupun hakikatnya diri sendiri tidak sempurna mana.

******

Melewati lereng bukit kawasan Bangsar yang dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia membuatkan mata Shahir sedikit segar.Di sebelahnya,Adira sudah pun terlelap.Di belakangnya pula Mbak Seena tidak habis-habis menyanyikan lagu ‘Mencari Jodoh’ sampai rasanya Shahir sendiri boleh menghafal lirik lagu tersebut.

Sampai di sebuah banglo mewah dua setengah tingkat,Shahir menggerakkan Adira dan masuk ke dalam rumah itu.Adira mengeliat malas sebelum melangkah longlai masuk ke dalam rumah itu.Mbak Seena menuruti langkahnya di belakang.

“Wah,cantik gila rumah ni!Sayang gila girlfriend abang kat abang,”Adira menaikkan anak matanya ke atas.Persis menyindir.

“Bukan dia bagi la,ini pemberian syarikat sebab abang naik pangkat.Jom,kita mula mencuci!”Shahir menepuk bahu Adira sambil memberikannya mop.

“Abang ni membulilah,”Adira masih membebel.Tak puas hati.

“Jom,jom abang tolong,”Shahir mengambil mop yang lain sambil tangan kirinya memegang baldi berisi air.Mbak Seena sudah pun mula mencuci bahagian tingkat atas.

Di tingkat bawah,Shahir dan Adira bekerjasama mencuci lantai.Sesekali datang angin merapu,kedua-dua mereka menjadikan batang kayu mop itu sebagai pedang dan berlawan ala-ala Star Wars.Pada saat lain berterbangan buih daripada pencuci lantai jatuh ke atas hidung Adira.Shahir hanya ketawa kecil sambil mengesat dengan hujung jari kelingkingnya.Penat mencuci lantai,mereka mencuci pula tingkap dan menyusun sofa mengikut citarasa Adira.Mbak Seena yang sememangnya proffesional bab cuci-mencuci bisa mengemaskan seorang diri satu setengah tingkat tanpa bantuan sesiapa.

Shahir duduk tersandar di atas sofa.Terjelepuk keletihan.Adira juga menghempaskan badannya di sebelah abangnya.

“Terima kasih sebab tolong abang,”

“Bukan tolong,kena buli,”

“Eh,jangan macam tu..macam jahat sangat abang,”

“Abang tak jahatlah..abang baik,”Adira menguap sambil tangan kanannya menutup mulut.Tuhan sahaja yang tahu betapa mengantuknya dia pada saat itu.

“Wah,bangganya!”

“Abang..baik sangat..”Mata Adira sudah hampir terpejam.

Perlahan-lahan kepalanya jatuh ke atas bahu Shahir.Terlelap dengan bunyi dengkuran kecil kerana keletihan.Shahir terdiam seketika.Dia menarik nafasnya dalam-dalam.Shahir menahan lembut kepala Adira sambil meletakkan ke atas kusyen kecil sebagai ganti bahunya.

Jaket jeans Edwin yang dipakainya,ditanggal dan digunakan untuk menyelimuti Adira yang sudah nyenyak tidur dibuai mimpi indah.Shahir ingin menyentuh seraut wajah manis di hadapannya.Tapi tangannya membeku dan kaku di udara.Dia mengeluh kecil sebelum membawa dirinya keluar ke halaman rumah.Membawa sekeping hatinya yang hanya dia sendiri tahu betapa hebatnya rasa mengingkari rasa itu.Sedangkan ia ada.

Laguku mengubat hati..bersama alunan muzik ku sendiri..biarkan saja ia pergi..mebawa seribu pertanyaanku di hati..


(KREDIT LIRIK:LAGU 'BUKAN HATIKU'(MAULANA DAN AIN)

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)