THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Monday, March 7, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 29

Doktor Farish dapat merasakan degupan jantungnya masih kencang walaupun sudah lama dia sampai ke Kuala Lumpur.Cermin matanya disisip ke dalam saku kemeja Marc Jacobs yang basah lencun dibasahi keringat dingin.Bukan kerana panas mentari tetapi dibasahi salju kegelisahan.

Begitu kecilnya dunia,rupa-rupa nya wanita yang dia khianati adalah adik kandungnya sendiri!Doktor Farish menyapu-nyapu wajahnya sambil bibirnya menggeletar beristighfar.Dia membuka dompetnya.Sekeping nota yang sudah usang dan kekuningan masih tersimpan rapi di dalam dompetnya.Nota Shahir kepada Adira semasa di Bangkok lima tahun yang lepas.Nota yang disimpannya kemas sebagai rahsia sehingga ke kubur.Bait-bait nota itu dibacanya kembali dengan seribu rasa kekesalan.

Isteri abang yang dicintai,

Abang minta maaf jika abang keterlaluan semalam.Abang keliru.Banyak soalan yang belum terungkai.Abang ingin berbicara dengan tenang dengan ayang,tetapi abang tak tergamak mengejutkan ayang.Pagi ini abang harus ke rumah Datuk Noorman seperti biasa.Balik nanti kita keluar,okay?Tapi satu sahaja abang minta,ayang jangan keluar lagi dengan Daus.Jangan tanya abang kenapa.Buat masa ini cukuplah abang katakan bahawa ini permintaan seorang suami.Jangan lukakan hati abang dan berjanji ayang tidak akan keluar dengan Daus dan menunggu kepulangan abang.

Semua orang pernah buat salah tetapi abang tetap sayang ayang..

Perlukah dia memberitahu Adira tentang nota ini?Nota yang membuat Shahir fikir dirinya dicurangi Adira.Sedangkan Adira tidak tahu apa-apa tentang nota ini.Jika adiknya membaca nota ini,wanita itu sudah pasti tidak keluar bersama Daus.Keluar kerana helahnya juga.

“Ya Allah!”

Doktor Farish menghantuk-hantukkan kepalanya ke stereng kereta.Bunyi hon berpanjangan mengejutkan orang ramai di tempat letak kereta Bangsar Village.Ada yang menggeleng-gelengkan kepala dan ada juga yang saling berbisik perkataan gila.

Doktor Farish menyandar tubuhnya yang lemah ke kerusi.Tangannya diletakkan ke dahi.Keluhan demi keluhan keluar seiring dengan air mata kekesalan.

(Aku memang lelaki tak guna!Bukan sahaja pembunuh bapa kandung sendiri malahan menghancurkan hidup adik kandung sendiri juga!Sial!)

Bunyi nada deringan ‘Speak Softly Love’ dari filem Godfather mengejutkan Doktor Farish.Tertera nama Datuk Noorman pada skrin telefon bimbitnya.

“Hello,”

“Hello,doktor.Petang nanti I sampai ke Kuala Lumpur,”

“Oh..ya kah?”

“Kenapa dengan you?Lemah saja suara,”

“Err..emm..I nak..nak jumpa Datuk nanti,”

“Okay,ada hal penting?”

“Terlalu penting,”

“Okay.Sampai di KLIA I akan terus ke clubhouse dulu sebelum ke rumah Eja.You boleh jumpa I di clubhouse.Mungkin you boleh asahkan golf handicap you yang dah lama bertakuk kat 5?”Suara Datuk Noorman yang galak ketawa menambahkan serabut di dalam otak Doktor Farish.

“Okay Datuk,kita jumpa di clubhouse.Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam,”

Doktor Farish memicit-micit kepalanya yang semakin berdenyut-denyut.Dia mengambil kotak kecil berisi aspirin di dalam dashboard.Tablet itu ditelannya dengan seteguk air mineral.

(Ya Allah,bukankah lebih baik aku terus menjadi banjingan di Henry Gurney daripada menjadi seorang doktor yang terhormat tetapi tetap seorang banjingan?)

*****

“Hai,dari semalam I nampak you risau,kenapa Heliza?”

Farina tersenyum manis memandang Heliza yang sudi menemaninya menikmati sarapan pagi di Old Town.

“Oh,tak de apanya.I risaukan tunang I.Dari semalam I call masih tak dapat-dapat.Semalam I ingat nak singgah jenguk dia.Tapi dah lewat malam,”

“Okay,may be tunang you busy kot?Sebab tu dia matikan telefon.Macam husband I,Fahrin.Kadang-kadang I geram,asal buat kerja matikan telefon.Tapi sekurang-kurangnya dia tak main perempuan.Thank God!”

Farina dan Heliza ketawa kecil serentak.

“Masalahnya,Shahir bukan macam tu..,”

“Apa?Shahir?”Farina tersenyum sinis sambil membulatkan mata.

“Aha..tunang I nama Shahir.Kenapa you?”

“Okay,I tau banyak orang nama Shahir.Tapi kalau tunang you namanya Shahir bin Datuk Maulana..oh..my..God..oh,my God!”

“Yes,oh my God!Memang Shahir bin Datuk Maulana.Kenapa?”Heliza tak pasti sama ada dia perlu menjerit keriangan atau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

“Apa?Man,what a small world..Shahir tunang you?Habis tu macam mana dengan Adira?Sorry kalau pertanyaan I menyingggung perasaan you,”

Heliza terkesima sebentar mendengar pertanyaan rakan kongsinya mengenai Adira.

“Sebelum I jawab,macam mana you tahu segalanya mengenai Shahir?”

“Oh,dear..I ni ex-girlfriend dia.Kami hampir-hampir nak bertunang sebelum dia melarikan diri dengan adik tirinya tu.I ingat dia dah kahwin dengan Adira,”Selamba Farina berbicara tanpa mempedulikan perasaan Heliza yang kerisauan.

“Ye,dah kahwin dan dah bercerai.Cuma baru-baru ni dia bertemu semula dengan Adira,”

“Now that’s scary!Apa yang I tahu Shahir memang terlalu cintakan Adira.You better hati-hati.I bukan nak singgung perasaan you tapi I belajar daripada pengalaman,”

“Takkanlah diorang nak rujuk balik?Diorang dah bercerai 5 tahun yang lalu.Bercerai kerana Adira ada lelaki lain.Tak silap I,Daus nama lelaki tu,”

“Adira dan Daus?Tak mungkin,”

Geram Heliza mendengar ungkapan demi ungkapan berbisa yang keluar dari mulut Farina.Sakit hatinya tetapi dia tetap gentar.Bagaimana jika kata-kata Farina itu ada benarnya?Shahir tak mungkin dapat melupakan jandanya?

*****

Shahir bangun huyang-hayang dari sofa untuk membuka langsir.Matanya terpejam-pejam apabila wajahnya disimbahi cahaya matahari.Badannya masih panas tetapi tidak sepanas semalam.Alat kawalan mudah Astro itu diambil dan ditekan.Siaran ulangan yang menyaksikan Manchester United dibelasah Liverpool menambah sakit hatinya.Cepat-cepat dialih siaran.

Cartoon Network.Tersengih-sengih dia melayan Ben 10 sebelum merebahkan semula badannya ke sofa.Belum sampai seminit dia berbaring,loceng rumahnya berbunyi.

(Huh!Siapakah itu?Adira kot..ngeh,ngeh.Konon benci,tak nak berjumpa dan bla bla.Perempuan,macam kerak nasi kalau diletak air cair.Panggil sayang pun dah terbakar.Kita bako!Kita bako!)

Shahir berlari anak menuju ke muka pintu.Walaupun demamnya belum kebah,tapi semangatnya macam lebah memikirkan Adira hadir di muka pintu.Sepantas kilat tombol berbulat itu dipulas.Tersenyum hingga ke telinga.

“Yuhuuu ay..ay..aya..aya..ay..eh..eh..Eja?”(Nasib baik aku tak tersebut lancar Ayang!)

“Kenapa awak gagap?”Heliza memandangnya dari atas ke bawah.

“Demam..tu pasal ga..gap.Masuklah,”

Heliza meletakkan tangannya ke dahi Shahir.Dahinya berkerut kerisauan.

“Eh,panas ni.Ke klinik jom!”

“Semalam lagi panas,hari ni okay sikit.Adira dah letakkan basahan di dahi semalam,”

“Adira?Adira datang sini?”Heliza membulatkan matanya.

“Saya sebut nama Adira ke?”Shahir tersengih.

“Ada Adira lain?”

“Okay,jangan marah.Memang semalam Adira datang.Dia hantar saya balik lepas kami balik dari kampung,”

“Oh,Adira pun ada di kampung?Patutlah awak matikan telefon,”

“Saya?Saya matikan telefon?Ya Allah,bateri saya kong agaknya.Saya lupa nak cas,”Shahir menyeluk saku seluarnya.Mengeluarkan telefon bimbitnya.Memang kong tahap king kong.Skrin gelap.

“Pokoknya,awak jumpa Adira,”Heliza mula menekan suaranya.Keras.

“Apa yang pokok,daun,lidi semua ni.Okay,saya memang jumpa Adira.Ada Iwan dan ada Yaya.Yang penting ada mummy dan daddy saya,”

“Bukan,yang penting ada Adira di sini.Semalam,Adira ada kat sini.Berdua-duaan dengan awak.Janda awak ada dengan awak,saya tak tahu apa yang awak berdua buat!”

“Hei,awak jangan pandang Adira semurah itu!”

“Jangan hei hei saya!Awak sendiri memandang dia hina ketika bersama Daus kan?Awak lupa apa fikiran awak kepada dia semasa di Bangkok?”

Shahir terdiam.Kepalanya berdenyut.Suhu badannya suam-suam panas.Pagi-pagi lagi Heliza sudah mengajaknya bertekak.Kata-kata pedas Heliza itu memang betul.Dia memang tolol ketika di Bangkok.Menganggap Adira begitu murah sedangkan Yaya anak kandungnya sendiri.

“Ketika tu..saya..saya silap.Yaya..Yaya anak kandung saya dan Adira..,”

“Tahniah!Awak memang bodoh,Shahir.Awak bersama saya kerana apa?”Air mata bergenang di mata Heliza.Geram.

Shahir tidak menjawab.Dia hanya menundukkan kepalanya.

“Saya pun bodoh kerana jatuh hati pada awak kerana paras rupa.Rupa seiras Abang Aqso.Hakikatnya,Abang Aqso takkan meragui cinta dan kesetiaan saya sepertimana awak meragui cinta dan kesetiaan Adira.Awak tahu tak awak bodoh?”

“Hah?”Shahir tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Heliza.Dia hanya mampu menerima sahaja tanpa membalas tiap penyataan.

“Saya tak nak berkahwin dengan lelaki bodoh,”Heliza menanggalkan cincin di jari manisnya ke bawah lantai.

“Eja..saya..,”

“Keputusan saya muktamad!”

Dengan genangan air mata,Heliza meninggalkan Shahir berdiri kaku di tepi pintu.Dia berlari-lari pantas ke pintu lif.Sebaik sahaja pintu lif ditutup.Gadis itu meraung sekuat-kuatnya.

Demi Tuhan,dia begitu menyayangi Shahir.Lelaki itu berjaya membuka ruang cintanya yang tertutup demi Aqso.Namun,tiada gunanya dia mencintai lelaki yang tidak mampu mencintai kembali sehebat cinta Aqso.Jika Shahir benar-benar menyintainya sudah pasti lelaki itu mengejarnya dan bukannya berdiri kaku di situ memandang cincin pertunangan mereka yang berpusing-pusing di lantai marmar.

Tangannya menggeletar menyeluk tas tangannya.Mengeluarkan ubat penenang jiwa.

(Eja,jangan biarkan kekalutan menguasai jiwa nan kacau lagi.Kau harus tabah,kau harus tabah...kau harus tabah..)

Lif itu turun dengan pantasnya sehingga ke tingkat bawah.

*****

Daus menghirup secawan teh panas yang disediakan Adira dengan berhati-hati.Takut melecur lidahnya.Diperhatinya sekeliling taman mini di halaman rumah Adira.(Rajin juga makcik ni menyapu halaman rumah.Bersih!)

“Nasib baik Dira ada hari ni,kebetulan kan?”Adira melabuhkan punggungnya di atas kerusi setelah selesai menyiram pokok bunga.

“Abang saja lalu sini lepas hantar Damak ke tadika.Tengok ada kereta Dira.Saja datang jenguk,ambil cuti kenapa ni?”

“Cuti rehat.Letihlah semalam balik Perak.Lepas tu hantar mamat tu balik rumah,”

“Mamat mana?Iwan?”

“Bukan,Abang Shahir,”

“Eh,sampai ke sini dah dia?”Daus tersenyum sinis.

“Selalu ke sini Abang Daus.Gila talak!”Adira menjuih bibirnya.

“Ye ke dia seorang gila talak?Habis yang Dira ke rumahnya?Tak gila talak?”

“Abang Daus jangan macam-macam.Dira hantar dia balik sebab dia pengsan depan rumah Dira.Sebelum polis yang angkut dia,Dira hantarkanlah,”

“Okay..okay..abang minta maaf.Dia pengsan kenapa pula?Mengada-ngada betul duda awak tu ye?”

“Demam.Memang panas pun badannya,”

“Jangan-jangan dia demam sebab abang belasah dia cukup-cukup hari tu,”

“Oh,Abang Daus yang pukul dia?Padan muka!”

“Dia pun sempat juga pukul abang balik.Kira fair and square la.So?”

“So?”

“So Dira tak nak rujuk dengan dia balik?”

“Please!Gelilah dengar,”

“Entahlah,kalau lima tahun lepas masa kat mahkamah syariah tu memang abang rasa menyampah tengok muka Shahir.Beria-ria kebahagiaan dalam perpisahan mohon bercerai.Tapi,sekarang abang tengok..dia macam bersungguh-sungguh mahu kembali kepada Adira,”

“Biasalah Abang Daus,bila kita kehilangan sesuatu barulah kita akan menghargai,”

“Dan tolong dengar nasihat guardian angel nombor dua Dira nih,jangan pula mempermainkan perasaan orang lain semata-mata untuk membalas dendam pada orang yang kita sayang,”

“Maksud Abang Daus?”

“Fikir-fikirkanlah,”Daus mengetuk-ngetuk jari telunjuk ke kepalanya sendiri.

Yaya yang baru bangun menghampiri mereka berdua.Dia mencium pipi Daus sambil duduk di atas ribaannya.

“Yaya ni pun tak pergi tadika ye?”Daus menyoal Yaya yang asyik menghirup teh dari cawannya.

“Tak Uncle Daus,mama cakap hari ni public holiday,”

“Pandailah mama awak tu kan?Macam Menteri Pelajaran pulak dia,”

Adira hanya ketawa kecil mendengar sindiran Daus.

“Mama,mama,mama,mama,petang ni kita pergi zoo,”Yaya cuba bermanja-manja dengan Adira sambil tersenyum nakal.

“Okay,no hal sayang,”Adira mencuit pipi anaknya.

“Eloklah tu,mama tak pergi kerja,anak tak pergi tadika..petang pergi zoo.Rosak!”Daus ketawa terbahak-bahak.Adira buat tak tahu lagi mendengar leteran Daus.Daus sekarang terlalu kebapaan.Macam pakcik yang suka membebel.

“Kita ajak Uncle Shahir,”

Ayat yang terpacul dari mulut Yaya membikin panas di hati Adira pagi-pagi ini.

“No way,”

“Yes,way!Yaya nak ajak Uncle Shahir!”

Yaya bingkas bangun dari ribaan Daus dan mencekak pinggangnya.

“Jangan cekak pinggang depan mama,”Adira memberi arahan.Tegas.

Yaya meluruskan tangannya.Mukanya kemerahan menahan marah.

“Yaya nak ajak Uncle Shahir,”

“Tak boleh!”

“Nak ajak!Nak ajak!Nak ajak!”

Yaya mula menghentak-hentak kakinya dan kemudian menggulingkan badannya ke atas tanah.Adira membulatkan matanya.Geram.(Eeeeee!Eeeeee!!!)

“Tengok Abang Daus,degil,”

“Aha,degil macam mamanya juga.Bawaklah Shahir tu,pergi zoo aje..bukannya berdating berdua yang Dira takut sangat,”

Adira mengeluh kecil.(Abang Daus ni pun satu,bukannya nak tolong!)

*****

Petang itu Shahir mengenakan baju panas tidak berlengan berwarna biru.Di dalamnya kemeja putih yang dilipat lengannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap panas dan sekejap sejuk.Yang pasti lebih baik berbanding sebelumnya.Demi Yaya dan Adira dia menggagahi dirinya untuk ke zoo petang itu.Menunggu kedatangan ibu dan anak di bawah pokok.Macam P.Ramlee dalam ‘Masam-Masam Manis’ pula rasanya.

Kasihan pula dia melihat Heliza menangis pagi tadi.Alang-alang Heliza yang terlebih dahulu memutuskan pertunangan,lebih baik dia diamkan diri.Bukan dia yang memutuskan pertunangan itu,Heliza sendiri.Yang pasti,kini soal Yaya dan Adira menjadi agenda yang lebih penting.

“Uncle Shahir!”

Yaya menjerit sambil berlari mendapatkan Shahir.Shahir terus mendukungnya.Nak dicium takut Yaya dijangkiti demamnya.

Adira menuruti dari belakang dengan langkah yang longlai.

“Hai,dari mana ni?”

“Pantai,”Jawab Adira acuh tak acuh.

Shahir mengerutkan dahinya.(Marah lagilah tu..)

“Cepat-cepat,Yaya nak tengok macam-macam binatang ni,”Yaya turun dari dukungan Shahir.Tangan kanannya memegang tangan kiri Shahir dan tangan kirinya memegang tangan kanan Adira.Membuai-buai tangan papa dan mamanya.Melompat-lompat kegirangan.

“Eee,macamlah awak tak pernah ke zoo sebelum ni,”Adira menjeling anak kesayangannya.(Memang overdose kalau dengan papanya!)

Sepanjang petang itu Shahir sabar melayan karenah Yaya yang tampak begitu manja dengannya.Sekejap nak dukung,sekejap nak duduk di bahu.Sekejap nak tengok badak air,sekejap nak tengok gajah.Shahir cuba memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada Yaya petang itu walaupun tidak mungkin dapat menebus masa lima tahun tanpanya.

“Wow,monyet!Uk..uk..ak..ak!”Yaya cuba meniru gaya monyet di hadapannya.Shahir hanya ketawa kecil melihat telatah anaknya.

“Yaya suka sangatlah monyet sebab muka Uncle Shahir macam monyet,”Selamba Adira berkata sambil menjeling Shahir di sebelahnya.

“Hah?Abang macam monyet?”

“Iyalah,hidung abang kan kembang?Sebijik macam monyet tu,”Adira cuba menahan tawanya sambil menunjuk kepada seekor monyet yang baginya persis hidung Shahir.

“Kiranya monyet tu handsome lah kan?Sebab tu monyet betina yang macam hidung Dira kat sebelah tu asyik main mata dengan monyet jantan tu,”

“Hidung Dira tak de macam monyet tu,okay?”Adira meninggikan suaranya.Marah.

“Macam ni lah,hidung Uncle Shahir dengan hidung mama sama aje.Kalau Uncle Shahir monyet,mama pun monyet,Yaya pun monyetlah,”

Shahir ketawa besar mendengar kata-kata Yaya.Adira mencubit perlahan pipi Yaya.(Mulut becok betul!)

“Sakitlah mama,mama nak aiskrim,please,please!”Yaya merayu sambil menggosok-gosok pipinya yang dicubit Adira.

“Eh,suruhlah Uncle Shahir kesayangan awak beli,”

“Abang kan monyet,monyet mana tahu beli aiskrim.Uk..uk..ak..ak!”Shahir meniru gaya monyet yang digayakan Yaya tadi.Yaya turut meniru gaya papanya.

“Bencilah!”Adira berlalu pergi meninggalkan kedua beranak itu untuk membeli aiskrim untuk Yaya.(Uk..uk..ak..ak!Belasah anak tekak kang!)

Shahir dan Yaya saling memberi tepukan ‘high five’.Yaya pantas mencium pipi Shahir.

“Yaya sayang papa,”

Shahir tersentak mendengar ungkapan papa dari mulut Yaya.(Apakah Adira sudah memberitahu Yaya bahawa dia bapa kandung Yaya?)

“Yaya panggil..papa?”

“Ya,Uncle Shahir papa Yaya kan?Mama bisik-bisik semalam.Mama ingat Yaya tidur.Tapi Yaya tidur-tidur ayam,”

“Mama bisik pasal papa?”

“Aha..mama cakap..mama sayang papa.Mama cakap papa pun sayang mama dan Yaya..tapi..tapi..,”Yaya mencebik.Dia mula menangis tersedu-sedan.

“Tapi kenapa sayang?”Shahir sebak melihat Yaya menangis.Dia mengelap perlahan-lahan air mata yang membasahi pipi anaknya.

“Mama takkan percaya papa..lagi..mama kata papa buat hati..mama..terluka.Yaya tak tau luka pasal pisau atau apa,tapi Yaya nak papa tinggal dengan mama dan Yaya..please,papa,”Yaya memeluk papanya.Dia meraung di dalam dakapan Shahir.Shahir mencium kepala anaknya bertalu-talu.

“Papa pun sayang Yaya.Papa sayang mama..,”Nada suara Shahir tersekat-sekat.Mujurlah orang tidak begitu ramai pada petang itu walaupun ada yang memandang kedua bapa dan anak itu dengan kehairanan.

“Dah,dah..jangan menangis,mama bawa aiskrim,ish!”

Bebelan Adira yang kedengaran dari jauh cepat-cepat membuatkan Shahir dan Yaya mengelap air mata mereka.Adira yang tidak menaruh sebarang syak menghampiri Yaya sambil menghulurkan aiskrim.

“Laa,sampai merah mata,kejap je mama pergi beli tadi kan?”Adira memujuk Yaya.Disapu-sapu rambut anaknya.

“Okay..emm..Yaya jangan sedih..uncle nyanyi untuk Yaya okay?”Shahir mendukung Yaya.

“Yaya nak dengar..nak dengar sangat-sangat..”

“Okay,uncle nyanyi ye..emm...andai hari esok..,”Shahir ketawa kecil untuk menyembunyi perasaan gementarnya. “Langit akan runtuh..emm lepas tu..”

Adira hanya memandang gelagat Shahir dan Yaya.Rasa terharu apabila melihat Shahir melayani karenah Yaya.Dia cuba melindungi perasaannya dengan menelan air liur berkali-kali.Pandangannya kepada Shahir tidak berkelip.

“Tabahlah menjunjung bersama..mu,”Shahir menunjukkan kepada Yaya. “Andai hari esok dunia gelora..takkan ku gemuruh selagi ku..ada kamu,”

Yaya menepuk-nepuk tangannya.Bukan hanya mama,dia juga cuba melindungi perasaan rindu kepada papa yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.Mama pasti bersedih jika mama tahu dia sudah tahu Uncle Shahir adalah papanya.Yaya tak mahu mama berkahwin dengan Uncle Iwan.Tapi,jika itu kebahagiaan mama?Tapi bagaimana dengan kebahagiaan papa?Jahat sangatkah papa?

Yaya tak tahu.Yaya tahu Yaya sangat sayang mama dan papa.

*****

Suasana di Emville Golf Resort itu sunyi pada waktu senja.Doktor Farish perlahan-lahan memasuki clubhouse yang didiami Datuk Noorman buat waktu santainya.

Dia mengampiri Datuk Noorman yang sedang asyik menggilap beberapa batang kayu golf.Tangannya dihulurkan kepada lelaki tua itu.

“Farish,my man.Sihat?”Datuk Noorman memeluk Doktor Farish sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

“Sihat sangat.Datuk?Macam mana flight dari Bangkok?”

“Alhamdulillah semua okay.Apa yang you nak cerita kat I?”

“Oh,ceritanya,emm..I..I..cuba untuk jumpa ibu kandung I,”Doktor Farish duduk di atas sofa berhadapan Datuk Noorman.Dia kelihatan gementar.Jarinya memusing-musing cincin yang dipakainya.

“Okay,so ibu you dah terima you?”Datuk Noorman menggilapkan sebatang kayu golf nombor lapan.

“Unfortunately..I cuma sempat ke rumahnya tanpa jumpa ibu I..tapi..”

“Tapi apa lagi?”

“Adira,”

“Okay,selesaikan dia,”

“Datuk!Dia adik I..I baru tahu,Adira adik I,”Doktor Farish tergagap-gagap.

“Okay,tahniah!Ada adik.So?”Datuk Noorman kelihatan dingin.

“I tak berniat nak ganggu hubungan Shahir dan Heliza.Tapi I rasa bersalah sangat kepada Adira.I rasa Adira berhak tahu pasal apa yang I buat,”

“Dan menjatuhkan nama I dan Heliza?Begitu?”

“Bukan.I janji I takkan babitkan nama Datuk dan Heliza.Ini hanya soal abang dan adik.I cuma akan membuka pekung di dada I saja.I janji!Please Datuk,”

“Okay,”

Jawapan pendek dari Datuk Noorman memeranjatkan Doktor Farish.Dia mendekatkan dirinya kepada lelaki yang asyik menggilap kayu golfnya.

“Betul Datuk?Terima kasih Datuk!Terima kasih sangat-sangat!”

Doktor Farish mengucup tangan Datuk Noorman bertalu-talu.Dia bangun dan bersedia untuk memberitahu Adira soal nota Shahir dan keburukannya sendiri.Semoga adiknya sudi memaafkannya.Yang pasti,dia harus membetulkan keadaan.Apapun yang bakal terjadi nanti tak perlu difikirkan dan harus ditolak ke tepi.

“Doktor Farish you tertinggal sesuatu,”

Suara Datuk Noorman mematikan langkahnya.Dipalingnya ke belakang.Lelaki itu berdiri sambil memegang kayu golf yang digilapnya tadi.

“I tertinggal apa?”

“Ingatan you!”

Satu pukulan kayu golf yang mengena kepalanya membuatkan Doktor Farish rebah mencium kaki Datuk Noorman.Pandangannya semakin kabur.Kemudiannya,gelap.

“Dasar anjing kurap!Aku kutip kau dari sampah sarap,ini balasan kau?Anjing!Tuih!”Datuk Noorman meludahi Doktor Farish yang pengsan dengan darah merah membasahi dahi dan wajahnya.

“Jalak!”

Seorang lelaki berbadan besar memasuki ruang tamu.

“Pastikan anjing ni tak boleh eja nama dia sendiri bila dia bangun nanti.Kalau dia masih mampu mengingat dua huruf pun,belasah dia lagi!Hei,aku tak nak dia mati!Faham?” Jalak mengangguk sambil mengheret tubuh lesu Doktor Farish.Datuk Noorman menggelengkan kepala.Nampaknya kayu golf itu harus digilap semula.

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)