THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Friday, July 30, 2010

PLEASE VOTE LAGU KU ADA KAMU DAN KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN DI RADIO...THANKS!

~STICKY MODE~Terus ke link yg disediakan dan vote di laman web tersebut..:)

PILIHANMU ERA
Juga boleh guna cara SMS spt dibawah:
taip ERAPDE Lagu Pertama, Lagu Kedua dan hantarkan ke 32555
Contoh: ERAPDE Ku Ada Kamu, Kebahagiaan Dalam Perpisahan

CARTA 9DI9 ERA
Juga boleh guna cara SMS spt dibawah:
taip 9DI9 hantar ke 32555
Contoh: 9DI9 ku ada kamu ATAU 9DI9 kebahagiaan dalam perpisahan

CARTA HOT FM 30
boleh undi di ruangan bahagian tepi kanan. Sila daftar dahulu kpd yg belum mendaftar. Undi satu lagu sehari, tp disebabkan kita adalah shahiratics..bersilang hari la undi lagu shahira atau perlu ade dua akuan..:DDD


MENU MUZIK HOTFM TEN TEN TEN
boleh undi dibahagian bawah selepas senarai lagu...:)
Sila daftar dahulu kpd yg belum mendaftar. Undi satu lagu sehari, tp disebabkan kita adalah shahiratics..bersilang hari la undi lagu shahira atau perlu ade dua akuan..:DDD


UNTUK LAGU ADIRA - KU ADA KAMU, MASIH DLM CARTA PRELUDE. SILA TAIP PC H hntr ke 32776 UTK MENGUNDI. DAN UTK LAGU SHAHIR - KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN SUDAH MASUK CARTA, SILA TAIP CARTA C hantar KE 32776.

MUZIK-MUZIK TV3
PLEASA VOTE LAGU KU ADA KAMU. DIBENARKAN UNTUK UNDI SEBANYAK 20 KALI SEHARI. TP INGAT KENA DAFTAR DULU OKAY. INI LINK >>>> UNDI LAGU DI MUZIK-MUZIK


Friday, July 23, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 17

Heliza memandang wajah yang dirinduinya tanpa mata yang berkelip.Rindu hatinya kepada Aqso,hanya Tuhan yang tahu.Heliza tak mengerti apa yang berlaku terhadap dirinya.Setiap malam dia mimpikan jeritan Aqso.Darah mengalir bagaikan air sungai melemaskan suaminya.Terkapai-kapai dan lama kelamaan Aqso hilang daripada pandangan matanya.Ketika itu juga suaranya hilang entah ghaib ke mana.Dia cuba menjerit nama suaminya tetapi nada suaranya tidak mampu melepasi kerongkongnya pun.Yang mampu dititiskan cuma air mata berdarah.

Mimpi ngeri itu saban malam menghantuinya sejak dia terdampar koma selama seminggu di hospital.Mimpi itu diakhiri dengan racau dan jeritannya serta ditamatkan dengan ubat penenang.Bayangan Aqso tanpa nyawa masih bermain di mindanya.Aqso yang terkulai layu dengan baju melayu,sampin dan tengkolok yang masih kemas dipakainya.Cincin perak di jari manis suaminya menjadi loket rantai yang dikalungnya setiap waktu.Cincin itu kemas digenggamnya.

Abang Aqso sudah tiada.Abang Aqso sudah berada di alam lain menemani duka laranya.Abang Aqso yang dicintainya sudah meninggalkannya seorang diri di dunia fana ini.Abang Aqso memberikannya status pengantin berdarah!

Ya Allah,siapa lelaki di hadapannya ini?

“Kau bukan Aqso!”

Jeritan Heliza mengejutkan seisi rumah.Shahir memandang gadis itu dengan rasa simpati.

“Ya,saya bukan Aqso,”

Kata-kata Shahir mengejutkan Doktor Farish dan Datuk Noorman.Kedua mereka saling berpandangan.

“Habis,kenapa kau ada kat sini?”

“Saya cuma ingin menemani awak,”

“Abang Aqso dah mati!Abang Aqso dah tinggalkan Ija!Kau siapa?Kenapa kau datang dengan bertopengkan wajah Abang Aqso?Kenapa?”

“Saya pun tak tahu..demi Allah,saya tak tahu apa hikmahnya saya diminta untuk bertemu dengan awak,”

“Kau tahu aku sayangkan Abang Aqso kan?”

“Ye,saya tahu,”

“Kau tak tahu.Kau bukannya pengantin lelaki yang terkorban pada hari pernikahannya.Kau bukan suami aku yang mampu mengubat penderitaan yang aku tanggung.Aku separuh gila kau tahu tak?”Air mata mula bercucuran di pipi Heliza.Dia mula mundar-mandir tanpa tentu arah.

“Saya mungkin tak dapat menyelami apa yang Cik Heliza rasa tapi saya simpati..”

“Simpati!Simpati!Itu je yang kau tahu?Aku yang naik gila!Kau tahu tak?”

Datuk Noorman cuba mendapatkan Heliza tetapi Doktor Farish menahannya.Lelaki itu bimbang jika anak perempuannya mencederakan Shahir.

“Cik Heliza,Tuhan tu Maha Pengasih.Sebenarnya Cik Heliza antaranya hambaNya yang dikasihi.Sebab itu Dia memberikan dugaan yang begini hebat kepada Cik Heliza.Orang lain cuma kehilangan kekasih atau tunang.Cik Heliza kehilangan suami pada hari pernikahan.Masya Allah,Tuhan sayang Cik Heliza..sebab itu Dia menguji Cik Heliza sebegini dahsyat,”

Heliza terdiam.Nafasnya turun naik menahan jiwanya yang kacau.Berserabut otaknya dengan degupan jantungnya yang berdegup pantas.

Tangannya menggigil menahan perasaannya yang bercampur baur.Marah,geram,bengang,kecewa,benci dan semuanya bercampur aduk menambah gejolak jiwanya yang serba tak kena.

Matanya meliar sebaik melihat lelaki seiras Aqso itu menghampirinya.Pantas dia mencapai pisau pemotong buah di atas meja.Pisau itu dihunuskan di pergelangan tangannya.Kaget dengan keadaan itu Shahir pantas menghampiri Heliza.

Berlaku sedikit pergelutan antara Shahir dan Heliza menyebabkan Datuk Noorman dan Doktor Farish turut campur tangan.Suasana yang cemas itu berakhir apabila pisau itu terjatuh ke lantai dengan titisan darah menitis laju.

Shahir panik melihat darah yang memancut keluar dari pergelangan tangannya.Dia memandang wajah Doktor Farish yang kelam kabut cuba menutup luka di pergelangan tangannya dengan kain.Datuk Noorman segera menelefon ambulans.

Heliza tergamam melihat kejadian yang pantas berlaku di hadapan matanya.

Ya Allah,apa yang telah aku lakukan?

*****

Adira memandang telefon bimbit yang baru saja diteleknya beberapa minit yang lalu.Sudah 3 hari Shahir pergi ke Bangkok.Cuma sekali Shahir menelefonnya ketika sampai di airport.Selepas itu langsung tiada khabar berita.

Hati isteri mana yang tidak risau apabila suaminya tidak menitipkan khabar berita buat dirinya di sini.Entahkan sihat,entahkan sakit.

Dia cuba berfikiran positif.Sejauh ini perjalanan ceritanya dengan Shahir,tak mungkin Shahir akan melupakannya kerana wanita-wanita Thai di Bangkok.Secara negatifnya,memanglah hatinya terkandung sejuta kegusaran dan cemburu seorang wanita.Ya lah,mana tahu tiba-tiba iman suaminya tipis tatkala memandang gadis-gadis Thai yang putih gebu dan sentiasa murah hati.

(Arghhhhhh...geramnyaaaaaaa!!!!)

Adira menepuk-nepuk kepalanya sendiri cuba memadamkan fikiran negatifnya terhadap suaminya yang tercinta.(Kuang asam betul!)

“Assalammualaikum!”

Suara wanita yang melaung salam di halaman rumah mengusik jiwanya.(Rasa macam tahu saja,tapi,takkanlah?)

Adira pantas bangun menjenguk ke luar jendela.Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja terlihat kelibat..Nad,Iwan dan Anum!

“Oh...my...God...kau dah jadi bini orang!”Jeritan Nad menyebabkan Adira pantas membuka pintu rumahnya sebelum memeluk sahabat baiknya itu.

“Nad!”

“Adira!”

“Nad!”

“Adira!”

“Nad!”

“Oi,bila nak habis nih???”(Aku tau la kau rindu aku,minah!)

“Nad..”

Adira memeluk erat Nad dengan linangan air mata kegembiraan.Nad menyapu-nyapu air mata yang membasahi pipi sahabat baiknya itu.Dicium pipi sahabatnya bertalu-talu seperti mencium teddy bear yang diberi pakwe sempena Hari Valentine.

Adira yang tidak mampu berkata apa-apa dengan kunjungan istimewa ini memeluk pula Anum yang sebelum ini tidak pernah dipeluk dan dirinduinya.

“Anum!”

“Dira,kitaorang rindu kau!”

Iwan yang tersengih-sengih di sebelah mereka berdua cuba untuk memeluk Adira dan Anum.

“Hoi!Geli la giler!”(Adira)

“Kau gatal ke?”(Anum)

“Ambil kesempatan!”(Nad)

Iwan bersiul-siul kecil sambil mengundur setapak ke belakang.(Eleh,ngengade minah tiga orang nih...nak peluk-peluk sikit pun tak boleh?Bukannya luak pun!).

“Ooooo..Dira,abis tu kau tak rindu kat aku lah?Tak pe...tak pe..”

“Kau kenapa doe?Aku rindulah kau tapi takkan aku nak peluk kau?”

Iwan menggaru-garu lehernya yang tidak gatal sebenarnya.Tapi lebih kepada usaha untuk coverline apa yang sudah tidak boleh di cover.

“Kau jangan peduli si Iwan ni.Ya Allah,Dira!Kitaorang memang respect gila Abang Shahir tarik tangan kau macam Shah Rukh Khan tarik Kajol dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge!”Terlompat-lompat Nad bercerita menambahkan bengang di hati Iwan.(Apa daaa hindustan?).

“Aku tau,aku tau..yang ada lagi Tujhe Dekha tu kan?”Anum yang menambah perisa cerita membuatkan Iwan terasa muntah darah dengan kisah fantasia Bollywood.

“Korang boleh tak?Stop it!Orang cerita la G.I Joe ke?Prince of Persians ke?Ini citer dilwale dol dol amenda..geli tekak aku tau!”

“Kau kenapa Iwan?Kalau kau tak puas hati kau jangan ikut kitaorang lain kali!”Pantas tangan Nad menonjol dahi Iwan.Toink!Toink!Dua kali tonjolan sakti dan satria.

“Kau suka tonjol dahi aku kan?Mentang-mentang kau tahu aku sayang kau,kau buat dahi aku tempat kau menonjol!”

“Aik,korang dah ada apa-apa ke?”Adira tersenyum nakal memandang Nad dan Iwan yang bergaduh manja di hadapannya.

“Tak taulah,Dira.Tiba-tiba je diorang nih ber’couple’.Anehnya,aku tak marah pulak.Agaknya diorang dah mandrem aku dalam mi kari favorite aku kot,”Anum tertunduk ke bumi seolah-olah dipermainkan.Padahal tak ada mendanya pun.Nan ado!

“Kau yang suka makan mi kari Kak Aniz tu,kau tuduh aku main mandrem kau.Ini sudah lebih Anum!Tapi aku tau kau buat lawak hujung minggu.Entahlah Dira,aku pun tak tau bila masa Iwan Chew ni jadi boyfriend aku.Bukankah cinta itu buta?”

“Sebenarnya aku yang buta sebab suka kau.Nad,you always be my baby,okay?”

“Okay,okay..aku hargai sangat korang banyakkkkkk cerita nak sampaikan kat aku.Sampai hard disk dalam kepala aku tak cukup nak simpan kisah korang.Korang datang dengan siapa ni?”

Ketiga-tiga mereka tergamam sebaik pertanyaan itu dilontar oleh Adira.Nad perlhan-lahan mengangkat jari telunjuknya ke arah sebuah kereta Mercedes berwarna hitam.

Adira cuma mampu tersenyum tawar tatkala melihat Daus berdiri di sana sambil melambai tangan perlahan dengan wajah yang sayu.

Mengapa dia yang hadir membawa semangat satrianya pada saat aku merindu kesaktiaan kasih lelaki yang aku lebih cintai?

*****

Shahir memandang balutan di tangan kanannya.Dia mengeluh kecil.Masuk kali ini sudah 2 kali dia terpaksa masuk hospital.Tahun berdarah!Mula-mula semasa ditikam kutu samseng di Sungai Muda,sekarang dah masuk hospital kerana berebut pisau dengan anak Datuk Noorman.Hospital di Bangkok pulak tu.Amik kau!

` Hai,apalah yang Adira buat sekarang?Dia tak sempat menelefon isterinya.Hampir tiga hari dia pengsan tak sedarkan diri.Mujurlah nyawanya masih panjang,kalau tidak alamatnya tinggal batu nisan yang bertatah namanya sahaja.

Bunyi pintu ditolak mengejutkan lamunannya.Disebalik tabir pintu itu wajah Heliza muncul memberikan senyuman manis buatnya.Nampaknya wajah itu sedikit berseri berbanding sebelumnya.

(Berseri tak berseri..boleh mati aku berebut pisau dengan minah ni!)

“Hai,awak.Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam warahmatullahhi wabarakatuh...”

Heliza menarik kerusi yang terletak di sebelah katil Shahir.Melabuhkan punggungnya di situ sambil memandang wajah lelaki di hadapannya dengan seribu simpati.

“Saya minta maaf..”

“Okay..”

“Saya tak bermaksud pun untuk mencederakan awak,”

“Err..saya nak tanya soalan,”

“Apanya?”

“Dalam handbag awak ada pisau tak?”

“Kenapa?Awak ingat saya gila ke?”

“Bukan.Tak,tak..saya cuma nak buat lawak saja,”

“Saya ni kelakar ke bagi awak?”

“Ya Allah,bukan..saya cuma nak bagi awak ketawa,”Shahir menepuk dahinya sendiri.(Alamak!Silap susun ayat ke?)

“Awak tak faham..”

“Saya memang tak faham,tapi,saya sudi mendengar,”

“Saya sayang dia,sampai bila-bila pun saya akan tetap sayang dia dan awak...”

“Kenapa dengan saya?”

“Kenapalah awak seiras dengan dia?”

“Saya pun tak tahu..hanya Yang Di Atas saja yang tahu,”

“Awak berikan saya sedikit kegembiraan walaupun saya tahu awak bukan dia,”

Shahir terdiam.Dia memandang wajah yang mula kelihatan sayu itu.Air mata jernih yang membasahi pipi yang putih mulus itu menyentuh hatinya.Bukan bermakna dia jatuh cinta dengan gadis di hadapannya.Mustahil untuk dirinya jatuh cinta terhadap Heliza.Dia baru saja menjadi suami kepada Adira.Cuma perasaan simpati terhadap sesama insan menguasai dirinya.

“Saya bukan dia,tetapi sebagai seorang sahabat,saudara sesama Islam,saya sedia menerima sedikit bebanan yang awak tanggung,”

Heliza tidak memberi sebarang tindak balas dengan pernyataan yang baru dilafazkan Shahir.Hati wanitanya sedikit tersentuh dengan keikhlasan lelaki di hadapannya.Seorang lelaki asing yang ingin dikenalinya.Yang bisa merubah warna hidupnya yang gelap menjadi sedikit bercahaya.

Atau apakah hatinya sudah dicuri?

*****

Daus memandang Iwan,Nad dan Anum yang asyik bergembira bermain air di tepian Pantai Merdeka.Ketiga-tiganya bergembira seperti murid sekolah yang mendapat cuti percuma.Di sebelahnya Adira sudah kelihatan lebih dewasa berbanding dahulu.Agak pendiam dan selalu mengelamun.

“SIhat?”

Sebaik sahaja soalan itu terpacul keluar daripada mulutnya,pelayan kedai makanan di tepi pantai itu sudah membawakan dua biji kelapa muda yang diletakkan di atas meja.

“Terima kasih,”Adira tersenyum memandang wajah lelaki berkulit gelap itu.DIpandangnya pula Daus yang setia menanti jawapannya.“Dira sihat,Alhamdulillah Abang Daus,”

“Shahir macam mana?”

“Sekarang Abang Shahir ada kat Bangkok,”

“Bangkok?”

“Ya,Abang Shahir ada urusan kerja dengan Pak Man.Dah tiga hari Abang Shahir di sana.Langsung tak ada khabar berita..”

“Dia langsung tak menelefon Adira?”

“Tak...tak apalah..dia sibuk kot.Abang Daus macam mana?”

“Abang Daus?”

“Ya,Abang Daus..err..Dira minta maaf pasal..”

“Oh,tak perlulah Dira nak minta maaf pasal hal pertunangan tu,”Daus cuba mengukirkan senyuman.“Salah Abang Daus juga,abang patut dah tahu yang Dira hanya mencintai Abang Shahir,kan?”

“Kenapa Abang Daus ada kat sini?”

“Setiap hari abang ada kat sini,”

“Abang Daus jangan macam ni,”

“Abang Daus macam mana?Abang tak ganggu Dira pun,abang cuma nak pastikan Adira selamat.Sebenarnya,abang tahu soal Abang Shahir ke Bangkok..abang cuma risaukan keselamatan Dira,”

“Abang Daus..tolonglah,jangan macam ni.Abang Daus patut fikirkan hal Abang Daus juga,”

“Maksud Dira?”

“Adira pasti di luar sana akan ada seorang wanita yang menyayangi Abang Daus lebih daripada dirinya sendiri.Abang Daus jangan persiakan wanita tu dengan menemani Adira yang sudah pun menjadi milik Abang Shahir,”

“Abang tak pernah terlintas untuk memiliki Adira.Abang cuma ingin menjaga Adira.Salahkah?”

“DIra dah jadi isteri orang,Abang Daus.Apa pula orang kata?Keluar begini tanpa kebenaran Abang Shahir pun tak boleh,Abang Daus,”

“Sebab tu Abang Daus bawa kawan-kawan Adira,”

Adira terdiam.DIa sudah keputusan kata untuk mematahkan ayat-ayat Daus.Dia cukup menghargai keikhlasan Daus menemaninya.Kerana itu dia tidak mahu lelaki sebaik Daus mempersia-siakan kehidupannya sendiri demi dirinya yang tak mungkin menjadi milik Daus.

“Kita ke Bangkok,”

“Hem?”

“Ya,kita ke Bangkok..kita cari Abang Shahir di sana,”

Adira tergamam mendengar kata-kata Daus.Air liurnya ditelan pahit.Ke Bangkok mencari Abang Shahir?

Wajah lelaki di sebelahnya mengharapkan ucapan ‘ya’ daripadanya.Bagi Daus,kebahagiaan Adira yang dia dambakan melebihi sejuta kebahagiaan yang ingin dimilikinya.Mencintai seseorang bukan bererti memilikinya!

Ombak itu terus memukul pantai.Seiring dengan pukulan di hati Adira.Dia sememangnya merindui Shahir,tapi patutkah dia ke Bangkok?

JAKET DAN BLACKBERRY

Alhamdulillah..akhirnya hadiah drp SHAHIRATICS untuk SHAHIRA selamat diberi diberikan kepada kedua-duanya, tetapi pada tarikh dan tempat yang berlainan. Kenangan yang manis dpt jumpe mereka walaupun mase agak pendek dan rushing.

PLAZA ALAM SENTRAL(17 Julai 2010)
~ Terima kasih ahli keluarga SHAHIRATICS ~

LCCT (9 Julai 2010)
~ Luv U SHAHIRATICS ~

MAJALAH REMAJA : SHAHIR DAN ADIRA

Shahiratics..korang dah dapatkan blm Majalah Remaja keluaran 15 Julai.. Jom kita tambah lagi koleksi shahira dalam simpanan. Hanya RM5.00 satu nashkah...


credit photo : azhanee abd. samad

Sunday, July 18, 2010

HARAP MAAF DTKL ARI RABU..:(

Assalammualaikum WBT shahiratics dan pembaca DTKL.Weekend nih kc turun KL utk projek shahiratics ngan shahiratics yg lain(widy,run,haniz,scha,chikuyo,izah n yaya..:D..)dan kc juga ada deadline kerja yg perlu siap pada 21 Julai nih..kc menyusun 10 jari harap maaf DTKL lambat untuk update..mungkin hari Rabu..harap maaf..=(

Tuesday, July 13, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 16

Gadis itu memandang ke arah wajah yang dirinduinya dengan sepenuh jiwa.Sesekali titisan air mata yang membasahi pipinya berlinangan.

Shahir hanya mampu melayan karenah si cantik di hadapannya dengan hati yang serba salah.Keliru sudah pasti.

“Abang Aqso,abang janji takkan tinggalkan Ija lagi,”

“Aaa..err..,”Lidahnya kelu untuk meneruskan kata.

“Kenapa abang tinggalkan Ija?Kenapa?”

Tiba-tiba gadis itu memukul lengannya bertalu-talu.Shahir sedikit kaget.Menahan dirinya daripada terus dipukul.Itu yang mampu dilakukannya.Doktor Farish segera mendapatkan gadis itu yang mula bertindak agresif.

“Heliza,awak dah janji awak akan tak marah Aqso kan?”

“Tapi dia dah tipu.Dia tinggalkan Ija,isteri dia sendiri!Dia tipu!”

Tindakan yang semakin agresif itu disambut dengan pegangan tangan dan kaki daripada Datuk Noorman dan Doktor Farish.Shahir semakin runsing.(Isteri?).

Satu suntikan daripada Doktor Farish di lengan Heliza menyebabkan gadis itu longlai.Matanya hampir terpejam.Tangannya dihulurkan lemah kepada Shahir.Bingkai gambar yang selama ini erat dipegangnya jatuh ke lantai.Akhirnya,dia lemah longlai dalam pangkuan Datuk Noorman.Lelaki itu langsung tidak berbicara ketika mengangkat anak gadisnya keluar dari kantor itu.Doktor Farish mengesat peluh dingin yang membasahi dahinya.Dia mengeluh kecil sebelum tersenyum memandang Shahir yang sudah kelihatan pucat lesi.

Bingkai gambar yang terjatuh itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir tergamam melihat gambar sepasang pengantin berbaju putih sedondon di hadapannya.Wajah pengantin lelaki itu hampir seiras wajahnya.Sama tapi tak serupa.Hatinya berdegup kencang.Masalah apa pula kali ini?Apa punca sebenar Heliza bersikap begitu dengan suaminya yang bernama Aqso?Kenapa dia pula disangka Aqso sekalipun mereka seiras.

“Itu Heliza,anak perempuan tunggal Datuk Noorman.Salah seorang pemegang saham dalam syarikat ini.Bakal mewarisi harta ayahnya,”

Doktor Farish menunjukkan pula wajah lelaki di sebelah pengantin perempuan.Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk bingkai gambar itu.

“Ini Aqso,suami kepada Heliza.Mereka baru je melangsungkan akad nikah sebelum berlaku satu tragedi,”

“Tragedi?”

Kerutan di dahi Shahir menunjukkan satu tanda tanya yang membingungkannya.Doktor Farish Cuma tersenyum.

******

Pancaran flash kamera bertalu-talu menyinari wajah kedua pengantin baru yang baru melafazkan akad di masjid yang tersergam indah itu.Sanak saudara dan rakan taulan memenuhi perkarangan masjid.

“Okay,terima kasih kawan-kawan yang sudi menyibukkan diri pada hari ini,”Gurauan Aqso disambut dengan cubitan manja Heliza.

Datuk Noorman hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah menantunya yang gila-gila.Itulah Ahmad Aqso yang dikenalinya sejak kecil lagi.Anak kepada pembantu rumahnya,arwah Mak Siti.Tapi kasih sayangnya kepada Aqso tidak berbelah bahagi.Apa yang Heliza dapat,Aqso juga akan dapat.Apatah lagi dia tiada anak lelaki.Selepas kematian isteri tercinta ketika melahirkan Heliza,tiada wanita yang mampu menambat hatinya lagi.

Aqso dan Heliza membesar bersama.Mendapat pendidikan yang sama rata.Betapa sucinya perhubungan itu apabila mereka menginjak remaja hanya Heliza yang bertakhta di hati Aqso dan hanya seraut wajah tulus yang menerangi jiwa Heliza..Aqso!

“Okay,Pak Din sila keluar,”

Terpinga-pinga pemandu kereta itu apabila Aqso menjemputnya keluar daripada kereta.Datuk Noorman dan Heliza saling berpandangan.Tetamu yang memenuhi perkarangan masjid juga tertanya-tanya.Apa masalah pula?

“Okay semua!Saya nak bawa isteri saya naik kereta yang saya drive sendiri.Tata!”

Hadirin yang hadir hanya tersenyum sipu melihat kenakalan pengantin lelaki.Aqso menunduk hormat kepada gadis yang sangat dicintainya.Mempersilakan isteri kesayangannya yang baru saja diijab kabulkannya masuk ke dalam kereta.

Heliza hanya mampu tersipu malu tatkala Aqso berlari-lari anak sambil melambaikan tangannya kepada tetamu.Wajahnya kelihatan ceria dengan senyuman yang manis.

Datuk Noorman hanya memandang sayu melihat kereta itu meninggalkan perkarangan masjid.Bukannya ke mana pun,destinasi yang dituju tetap tempat yang sama.Ke hotel yang sama untuk meraikan majlis resepsi.Entah kenapa hatinya berdebar-debar.Nalurinya sebagai seorang bapa mengatakan bakal berlaku sesuatu yang tidak enak.Tetapi dia segera beristighfar.Mohon itu semua mainan fikirannya.

Aqso memandu kereta Lamborghini berwarna merah itu dengan laju.Heliza mencubit lagi lengannya.

“Aduh,kenapa ni?Lebam-lebam abang nanti,”

“Kenapa abang suka buat kerja gila?”

“Abang memang suka buat kerja gila.Tapi dalam banyak-banyak kerja gila abang,berkahwin dengan Ija yang paling gila sekali,”

“Amboi,menyesal lah ni!”

“Tak..bukan menyesal..paling gila kerana abang terlalu gilakan Ija,”

Heliza menggelengkan kepalanya.Tali pinggang keselamatan ditariknya dan dipakai.Aqso hanya tersenyum manja.Direnungnya wajah ayu itu dengan tatapan yang penuh rasa cinta.

“Abang!”

Heliza separuh menjerit apabila kereta itu ke tengah dan hampir melanggar kereta lain yang datang dari arah hadapan.Aqso cepat-cepat memusing stering sebelum terbabas.

“Nasib baik..”

“Nasib baik?Yang abang tak tengok depan siapa suruh?”

“Buat apa abang nak tengok depan kalau isteri abang yang cantik manis ni ada kat sebelah?”

“Abang jangan mengada,”

Jari telunjuknya pantas mencucuk mata suaminya yang nakal mengenyit.Aqso mengaduh kecil sambil menggosok-gosok matanya.Dia mengeluh perlahan.Dipandangnya sayu wajah isterinya yang cantik berbusana pengantin serba putih.

“Ija..”

“Ehem?”

“Katalah abang yang pergi dulu..”

“Apa yang abang merepek ni?”

“Bukan.Jodoh dan ajal kan di tangan Tuhan,”

“Ija tak mahu dengar,apa yang abang merepek ni?”

“Ija..sayang,dengar apa yang abang nak cakap,”

“Hem,apa?”Heliza memandang wajah suaminya dengan perasaan malas.Entah apa masalah Aqso membangkitkan soal ajal pada hari perkahwinan.Langsung tak berkaitan.

“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik daripada abang,boleh?”

“Ya Allah abang ni..kita baru dijabkan,abang.Kenapa?Abang ada yang lain ek?”

“Abang hanya ada Ija seorang.Sampai mati abang hanya sayang Ija seorang,”

“Abang kenapa?Abang nak tinggalkan Ija?”

“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”

“Abang janji?”

“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”Aqso tersenyum nakal sambil menunjukkan jari manisnya yang tersarung cincin perak perkahwinan mereka.

Heliza menggelengkan kepalanya.Tak habis-habis dengan usikan nakalnya.Sejak kecil lagi Heliza mengenali Aqso,dia sendiri tidak pasti bila waktunya Aqso serius.Bunyi decitan tayar mengejutkan keduanya.

Sebuah lori trailer dari arah berlawananan menuju dengan pantas seolah-olah seperti sedang berlumba.Diikuti bunyi hon bertalu-talu dan ditamatkan dengan dentuman yang paling kuat bagai letupan bom.Kejadian berlaku sesaat cuma namun kesannya amat memilukan.

Kaca berderai memenuhi ruang jalan.Orang ramai kaget melihat pengantin baru yang longlai dan terkulai layu.Heliza dapat merasakan cecair pekat mengalir di dahinya.Matanya membulat saat terpadang cincin perak Aqso di hadapan matanya yang masih tersarung di jari manisnya.Cuma jari manisnya sahaja.Tanpa suaminya.

“Abanggggg!!!”

Jeritan sayu wanita itu mengundang hiba mata yang memandang.Heliza cuma mampu menjerit.Nafasnya turun naik menahan hiba.Dia cuba mampu melihat tubuh layu Aqso diangkat oleh orang ramai yang membantu mereka.Pemandu lori trailer yang ketakutan itu menepuk dahinya sambil terjelepuk lemah.Beberapa orang lelaki mengelilinginya.Salah seorang daripada mereka kelihatannya seperti ingin membelasah lelaki itu sebelum dihalang yang lain.Lelaki yang mengusung tubuh Aqso itu memandang kepada Heliza sambil menggelengkan kepala.

“Abang Aqso,abang..jangan tinggalkan Ija..abang...abang!!”

Cincin perak yang tersarung di jari manis itu masih di hadapan matanya.

“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”

“Abang janji?”

“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”

******

Doktor Farish memandu keretanya menuju ke rumah Datuk Noorman.Trafik di sekitar kota Bangkok sesak dengan kenderaan orang ramai yang baru pulang setelah selesai waktu pejabat.Shahir yang berada di sebelahnya hanya melepaskan pandangan jauh.Wajah Adira bermain-main di mindanya pada saat itu.Entah kenapa hati sang suami yang gundah memikirkan kehadiran Heliza yang mungkin menimbulkan curiga pada hati isterinya.

“Selepas kejadian tu,Heliza mengalami gangguan jiwa yang amat teruk.You bayangkan apa yang dia nampak.Nak naik kereta pun dia fobia kecuali diberikan pelali.Dia mengalami kemurungan yang amat teruk.Over depressed.Tiada lagi Heliza yang bubbly sebelum kejadian tu,”

Shahir mengelap dahinya yang dibasahi peluh walaupun pendingin hawa dibuka semaksima mungkin.

“Pertama kali Datuk jumpa you masa di R&R hari tu,dia sendiri terkejut melihat wajah you yang hampir seiras Aqso.Bila dia ceritakan pada I,I sendiri tak percaya sampailah hari I tengok muka you sendiri.”

Apa saja yang keluar daripada mulut Doktor Farish bagai angin lalu yang masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kirinya.

Ya.Dia simpati dengan nasib Heliza.Malangnya gadis secantik itu sudah kehilangan suami pada usia yang muda.Ya,dia akui sesiapa pun di tempat Heliza akan mengalamai perkara yang sama.Tetapi mengapa dia?Tuhan ingin menduganya memberikannya wajah seiras Aqso.Mungkin juga ini balasannya kerana menderhaka kepada daddy.Segalanya berkemungkinan.

“Shahir,you hanya perlu berada di sisi Heliza.I faham,I pun tak akan paksa you buat lebih daripada sekadar menemaninya.Biarlah dia pulih perlahan-lahan dan menerima hakikat,Aqso sudah tiada.Dia masih percaya Aqso masih hidup,”

“Tak bolehkah saya hadir dalam hidupnya sebagai saya sendiri?Kenapa saya perlu membiarkan dia menganggap saya sebagai Aqso?Suaminya?”

“Bagi dia masa.Tapi kalau Shahir tak nak bantu,kami tak boleh paksa,”

Kereta itu membelok masuk ke sebuah banglo yang tersergam indah.Binaannya ala istana maharaja siam dahulu kala.Semuanya serba kekuningan dan keemasan.

“Buat masa ni,kami tempatkan Heliza di sini,kami tak mahu ingatannya terhadap tragedi itu semakin memuncak jika dia masih di Malaysia.Masuklah,”

Kedua-dua lelaki itu membuka sepatu masing-masing.Datuk Noorman berada di ruang tamu cuba menyuapkan makanan untuk anak perempuan kesayangannya.Gadis itu langsung tidak mengendahkan ayahnya.Matanya lebam.Wajahnya pucat lesi.

“Makanlah sikit..kesian susah-susah ni ayah buat spaghetti favorite Ija?Atau Ija nak chocolate?”

Tangan lemah itu menolak sudu yang disuakan ayahnya.Berdeting bunyi sudu itu jatuh ke lantai.Datuk Noorman hanya mengeluh kecil.

Doktor Farish mencuit lengan Shahir.Shahir menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan.Dia cuba mengukirkan senyuman sebelum menghampiri gadis itu.Sudu yang dibuang tadi dikutipnya.Mangkuk yang berisi spaghetti itu dihulurkan Datuk Noorman kepadanya.Lelaki itu bangun dan mempersilakan Shahir duduk menggantikan tempatnya.Shahir menunduk hormat kepada Pak Man sebelum melabuhkan punggungnya ke atas sofa.

Shahir duduk berhadapan dengan Heliza.Dia memgambil sedikit untaian spaghetti itu sebelum disuakan kepada gadis di hadapannya.

“Emm..Ija..nak makan?”

“Kenapa abang tinggalkan Ija?”Heliza pantas bertanya dengan jelingan matanya yang tajam.

“Abang bukan tinggal Ija selama-lamanya.Abang tinggal sekejappppp je..”Shahir bersuara lembut.Cuba memujuk.

“Abang janji takkan tinggalkan Ija lagi?”Air mata jernih bergenangan di kelopak matanya.Wajahnya yang pucat tadi sudah kelihatan kemerahan.

“Abang...”Shahir terhenti seketika.Dia cuba untuk mengukir senyuman.“Abang janji..Ija makan ye?”

Suapan spaghetti yang diberi Shahir mendapat tindak balas yang baik daripada Heliza.Suapan demi suapan diberi Shahir seperti melayan anak kecil.Datuk Noorman menarik nafas lega.Air mata yang mengalir dikesatnya.Terharu melihat perubahan anak gadisnya.Doktor Farish tersenyum sambil menepuk bahu Datuk Noorman.Heliza memandang Shahir dengan mata yang tidak berkelip.Wajahnya itu dipandangnya dengan sejuta kerinduan.Bukan kepada Shahir tapi terhadap Aqso.Baginya pada saat itu jejaka kacak yang berada di hadapannya itu ialah Aqso.

Kerana Aqso telah berjanji untuk tidak meninggalkan Ija.

******

Hujan lebat yang menyimbahi bumi Alor Setar tidak berhenti sejak petang tadi.Adira menutup payung berwarna belang putih dan merah jambu itu.Diletakkannya di tepi tangga.Tangannya menyeluk saku baju hujannya.Telefon bimbit yang diberikan Pak Man di hospital tempoh hari ditenungnya dalam kegelapan.(Alahai,tak ada signal lagi!)

Langit gelap dengan awan yang hitam itu dipandangnya dengan keluh kesah.

(Macam mana nak tengok 3 bintang lurus di langit jika awan gelap?Macam mana abang nak sampaikan 3 perkataan ABANG CINTA AYANG?Aduhhhhhh...)

Adira memeluk tubuhnya sendiri.Menggigil kesejukan.Sengaja dia belum masuk ke dalam rumah lagi.Melayani titis hujan yang jatuh ke bumi bagai irama yang menyentuh jiwanya.Cuma sahutan katak yang memotong sedikit buaian jiwanya.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 10 malam.Dia baru saja selesai mendaftar kelas malam dengan ditemani Kak Dib,anak tuan rumah sewanya.Apapun yang berlaku,peperiksaan SPM harus diambil.Walaupun itu bererti dia terpaksa pulang ke Rawang untuk menduduki peperiksaan.

Risau juga dia memikirkan keadaan suaminya.Shahir hanya sempat menelefonnya ketika sampai di lapangan kapal terbang.Shahir sudah berjanji akan pulang pada hujung minggu ini.

Mujurlah ada Pak Man.Kalau tak ada Pak Man,tak tahu bagaimana nasib mereka.Adira tak kisah tinggal seorang diri.Kalau takut sangat,dia akan panggil Kak Dib.Selepas selesai SPM,dia akan mengikut Shahir ke Bangkok jika itu sememangnya tuntutan kerja suaminya.Mereka akan membina semula kehidupan baru perlahan-lahan.Memang terdesak pada mulanya,kereta Peugot pun sudah dijual Shahir untuk biaya dirinya buat sementara waktu.Lebih daripada cukup.Tapi tak perlulah membazir sampai nak beli rumah baru.

Yang penting,memohon kemaafan daddy.( Ayang rindu daddy..)

Kepalanya didongak lagi.Ruang angkasa masih gelap.Awan hitam lagi memintal-mintal.Tiada kelihatan 3 kejora lurus nun jauh di sana.Petir yang memancar mengejutkan Adira.Dadanya diurut-urut.Istighfar.

(Apa yang abang buat sekarang?Ayang rindu sangat..sangat..pada abang..)

Dia pasrah.Langkahnya menuju naik ke atas anak tangga.Masuk ke dalam rumah dan daun pintu dirapatkan.Dikunci.

Tidak jauh dari rumah itu,seorang lelaki memakai kot labuh dengan payung di tangan kanannya setia menanti sehingga Adira lenyap daripada pandangannya.Titis hujan yang terkena di bahunya tidak dipedulikan.Kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang hitam juga tidak terasa.

Cermin kereta Mercedes Benz berwarna hitam itu diturunkan.Pemandu keretanya menjengah sedikit kepalanya.

“Flight ke KL pukul 11 ada lagi,encik.Jomlah kita,esok Encik Daus ada meeting,”

Daus tidak menjawab.Dia memandang sayu ke arah rumah kayu dihadapannya.

Aku akan setia menemanimu seperti malam yang setia menemani siang biarpun tidak dapat bersua.Aku akan pasti melindungimu biar patah sayap namun masih bertongkat paruh.

Selamat malam,Adira...

Sunday, July 4, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 15

Pukulan demi pukulan daripada kayu golf menghentak badan bola bulat berwarna putih itu.Mulanya tepat memasuki lubang,semakin lama semakin tersasar.Fokusnya sudah mula terganggu walaupun sekadar bermain di dalam ruang kecil di dalam pejabatnya.Seiring dengan perasaannya,bola yang terakhir itu berakhir dengan pecahan lampu kecil di atas mejanya.Serpihan kaca berderai bertaburan di atas meja dan lantai.Menggambarkan keretakan hatinya.

“Marah lagi?”Suara seorang gadis menyapa telinganya sambil menghulurkan lagi sebiji bola Winston.Dia hanya memandang lemah sambil melepaskan kayu golf itu.Duduk melutut sambil memejamkan matanya.Geram.

“I tak boleh tipu diri I,Ema,”

Ema duduk di sebelahnya.Meneleku dagunya di bahu lelaki itu.Empati.

“Daus,apa yang you rasa,I pun rasa.Jika you sakit di hati,I pun turut terasa sakitnya,”

“Kenapa hati I sakit sangat?”

“Sebab you terlalu cintakan dia,”

“Kenapa I tak boleh memiliki dia?”

“Sebab,”Ema memandang wajah sahabat baiknya itu.“You adalah angel,you melebarkan sayap you yang besar untuk melindungi Adira.You akan mencintai dan menjaganya.Kebahagiaan Adira lebih penting daripada kebahagiaan you sendiri,”

“You ingat I percaya cerita fairy tale you?”

“Kedengarannya fairy tale tapi kita tak boleh menolak itulah konsep kehidupan.Jika you terus membiarkan perasaan negatif itu menguasai diri you,maka itu yang you rasa.Jika you berfikiran positif,sampah pun bisa jadi permata,”

Daus melepaskan nafasnya dengan nada seolah-olah melepaskan beban yang maha hebat.Ya,Tuhan!Aku ini cuma insan yang lemah.Saat-saat pernikahan Shahir dan Adira masih bermain-main di mindanya.Saat Shahir menyambut goncangan tangan Tok Kadi.Ketika cincin disarungkan ke jari manis gadis pujaannya.Tuhan sahaja yang tahu betapa hebat gelora di hatinya kala singgahnya kucupan mesra Shahir di dahi Adira tanda tersimpulnya ikatan halal suami isteri.Dia merasakan dirinya tersisih walaupun bibirnya masih bisa tersenyum.

Daus memeluk lututnya sendiri.Kepalanya disembam di lututnya.Nafasnya turun naik menahan sebak.Akhirnya dia kalah juga,air mata lelaki itu hadir juga.Dia tak mahu menangis tetapi di dadanya sudah tersimpan seribu kesedihan.Dia mungkin bisa menjadi singa yang garang dalam dunia perniagaan tetapi dalam gelanggang percintaan dia cuma singa yang terluka ditembak pemburu.Peluru yang dilepaskan itu masuk terus ke jantungnya meninggalkan lubang besar yang tak bisa sembuh.Esakan lelaki itu semakin tidak dapat ditahan.

“Daus...”Ema memeluknya dari belakang.Merasai kesedihan sahabatnya.Air matanya turut mengalir tanpa paksaan.

Apa yang perlu Ema lakukan untuk memastikan Daus tersenyum semula?Simpati dan empati Ema menemani lara Daus sepanjang malam itu.

*****

Shahir memandang sekeliling rumah yang baru dihuni mereka.Sebuah rumah kampung dengan bilik air masih lagi di bawah.Betul-betul di bahagian hadapan bumbung zink itu terdapat sebatang pokok kelapa yang condong sebelah.Rasanya kalau gugur buah kelapa mahu juga terkejut melatah ingat bumbung nak runtuh.

Dagunya digaru-garu.Janggut halus sudah mula tumbuh di dagunya.Dia mula mencongak bila kali terakhir janggutnya dicukur?Dia pun sudah tak ingat.Banyak perkara bermain di fikirannya selain soal remeh seperti janggut.Pening juga dia memikirkan sama ada bisakah Adira hidup sebegini setelah lama disaluti kemewahan semenjak kecil.Namun dia tekad,dia akan berusaha untuk memastikan mereka kembali hidup dalam keselesaan seperti sebelumnya.Dia tidak boleh lagi kembali kepada Farina atau daddy.Sekurang-kurangnya buat masa ini,dia tidak mampu berhadapan dengan insan-insan itu.Yang penting Adira harus juga mengambil SPM walaupun terpaksa belajar malam.Adira harus mencapai lebih daripada itu dalam soal pendidikan.

Daus.Nama itu muncul kembali.Ingatannya terhadap Daus kembali bermain semula mencucuk-cucuk jiwanya.Selesai majlis akad nikahnya,dia tekad untuk bertentang mata dengan Daus.Niatnya Cuma menjernihkan kembali persahabatan mereka.Andai tidak diterima Daus dia redha.

Kedua mereka duduk di atas bangku sambil menghadap Masjid Zahir yang tersergam indah sekian lamanya di bandaraya Alor Setar.Walaupun duduk sebelah-menyebelah namun kelihatan canggung dan janggal.

Masing-masing dengan wajah yang sedikit tegang dan menyimpan rahsia yang terpendam di dalam sanubari.

“Tahniah,”

Ucapan pendek Daus disambut dengan anggukan Shahir.

“Kau balik KL bila?”

“Lepas ni aku balik..sekali ngan mummy kau,”

“Naik apa?”

“Flight,”

Shahir mengangguk lagi.Masih perbualan asas yang tidak ada kena mengena langsung dengan hal yang sepatunya diluahkan.Ego.

“Aku..”

“Aku rasa aku patut belasah kau,”

“Hem?”Shahir memandang Daus.

“Tapi ni kawasan masjid,jadi aku simpan buku lima aku untuk kau,”

“Kita..kita boleh pergi luar,”

“Jom,”

Daus pantas bangun sambil dituruti Shahir.Shahir pasrah untuk apa saja yang berlaku pada dirinya.Dia sudah membuat kerja gila melarikan Adira dari tangan Daus.Dia sudah menjatuhkan air muka sahabat baiknya.

Sampai di satu kawasan berhampiran sebuah kompleks yang terkenal dengan jualan telefon bimbit dan komputer,satu penumbuk melekat di bibirnya.

Shahir terjatuh rebah di tepi jalan.Darah merah mengalir pekat di bibirnya.

“Kau memang kawan tak guna!”Jerit Daus.Dia menggosok-gosok buku limanya.Sakit juga tangannya walaupun hanya memberi satu pukulan.

Shahir meraba-raba bibir pecahnya.Membengkak semasa itu juga.Diludahnya darah pekat yang memenuhi mulutnya.Namun dia percaya sesakit bibirnya yang pecah,sesakit itu juga rasanya hati Daus terhadapnya.

“Aku minta maaf..boleh kau maafkan aku?”

Daus mengeluh keras.Dia menghulurkan tangannya kepada Shahir.Shahir menyambut huluran tangan itu membiarkan dirinya ditarik Daus.Bahagian siku baju melayunya sudah terkoyak ketika bergeseran dengan jalan tar.Dia menepuk-nepuk kain sampin yang dipenuhi debu.

“Kau dah pun berkahwin dengan Adira.Apa aku nak cakap?”

“Daus..”

“Aku baru teringat,aku ada benda nak cakap.Kau jangan lukakan hati dia.Sikit pun jangan Shahir.Kau patut bersyukur kau yang menjadi pilihan dia.Kalau aku tahu kau lukakan hati dia,kau tahulah nasib kau!”

Daus meninggalkannya berdiri seorang diri di situ.Meninggalkannya dengan pesanan dan amaran yang terakhir.Jangan lukakan hati Adira!

Shahir meraba-raba bibirnya.Membengkak.Besar sebelah.Bagaimana dia nak jumpa Pak Man esok?

“Sakit?’

Tuaman telur rebus panas yang dibalut dengan kain menyebabkan Shahir menjerit kecil.Tak sanggup pula menolak tangan halus dan putih itu.

“Kenapalah abang biarkan diri jadi punching bag Abang Daus?”

“Dah abang yang salah kan?”

“Buruk betul muka abang,”Adira ketawa kecil sambil memperkemaskan duduknya di sebelah suaminya.Di atas tangga yang memiliki 3 anak tangga.

“Buruk-buruk pun suami ayang jugak,”

“Eew,siapa suruh abang panggil ayang balik?”

“Eh,ikut suka abanglah,abang nak panggil ayang ke,baby ke,honey ke,darling ke dan sewaktunya..ikut suka abanglah,”

“Belasah karang,”

“Uish,tak baik jadi isteri yang nusyuz,”

“Dira rasa pelik abang panggil ayang,masa kecik-kecik dulu rasa okay juga,masa sekarang Dira rasa geli la pulak..hehe.Dira rasa..”

“Bukan Dira,ayang..”

“Dira,”

“Ayang,”

“Dira lah!”

“Ayang lah!”

“Dira la orang kata..abang ni gatal kenapa?”

“Sayang,”

“Sayang?”

“Sayang lah,”Shahir merenung wajah Adira yang merah padam.“Abang sayanggggg sayang.Terima kasih sebab sayang sudi juga menemani abang dalam pondok kita yang lagi lawa dari pondok Pak Pandir..aduh..”

Shahir memegang bibirnya.Sakit pula bibirnya jika bercakap banyak.

“Haha..tu lah cakap banyak lagi.Lusa abang pergi jumpa Pak Man?”

Tuaman telur rebus panas itu dituam lagi ke bibir Shahir.Shahir memejamkan matanya menahan sakit.

“A’ah,Pak Man cakap dia ada nak offer abang job kat sana,”

“Abang pergi Bangkok ek?”

“Ehemm..kenapa?”

“Abang jangan bengkok ek,ikut jalan yang lurus,”

“Kalau abang bengkok juga?”

“Ni bengkok abang,”Tuaman telur rebus itu ditonyoh ke bibir Shahir.Mahu juga satu kampung terdengar jeritan suara jantan Shahir.Menggegar dunia.

“Sakitlah,”

“Tau tak pe,”

“Sayang,”

Di cuitnya dagu Adira dan ditunjukkan ke arah langit yang dihiasi berjuta bintang.Isterinya memandang ke arah yang ditunjuk suaminya.

“Tengok tu,dalam banyak-banyak bintang yang menghuni di langit,hanya ada tiga bintang yang selari dan lurus.Yang lain semua berterabur dan tidak tersusun,sayang nampak tak?”

“Ye sayang nampak,maksud abang?”

“Semasa abang di Bangkok nanti,andai kata sayang ada rasa sangsi pada abang.Tengok di langit.Tiga kejora yang lurus itu adalah hati abang yang juga lurus dan jujur terhadap sayang.Tiga bintang itu juga mengungkap rasa tiga perkataan..1,abang..2,cinta..3,sayang..abang cinta sayang,”

“Betul?”

“Betul,”

“Abang pandai bermain kata ek?”

"Abang tak bermain..sumpah abang janji,”

“Jangan termakan sumpah nanti,”

“Tak.Betul.Janji.Sayang,sayang abang?”

“Sayang...”

Purnama mula berselindung di sebalik awan.Sama ada ingin melarikan diri daripada pungguk yang asyik merindu atau ia juga bisa malu melihat gurau senda pengantin baru itu.Bintang setia menemani malam terutamanya 3 bintang yang berbaris di langit.Berkelip-kelip di atas sana.Abang cinta sayang.

*****

Datuk Maulana memandang gambar-gambar pernikahan Shahir dan Adira yang diletak Datin Ainul di atas meja.Perlahan-lahan senyuman terukir di wajahnya.Diusapnya gambar itu.Jari jemarinya bermain-main wajah Shahir dan Adira.Rindu hatinya pada mereka,hanya Tuhan saja yang tahu.

Biarpun egonya menidakkan rasa itu,namun dia tidak mampu menipu dirinya.Bukannya dia tidak mahu kedua-dua mereka melangsungkan perkahwinan secara adat dan adab tetapi masanya tidak kena.Semuanya pantas berlaku pada saat hatinya masih terguris.Shahir sepatutnya menghormati perasaannya sebagai ayah.Mana mungkin dia bisa menerima kemaafan sekadar melalui telefon.Mengapa Shahir sendiri tidak bertemu dengannya secara bertentang dua mata?

Kesepian terus mencengkam suasana di dalam rumah besar ini.Selalunya akan ada tawa manja Adira kedengaran di segenap sudut.Kalau tidak mengusik mummy nya,akan ada jeritan kecilnya mengganggu Mbak Seena di dapur.

“Kenapa tengok kalau dah benci?’

Suara Datin Ainul menerjah telinganya.Gambar itu diletakkan semula dan air mata yang bergenang di kelopak matanya segera dikesatnya.

Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepalanya.Belakang badan suaminya digosok perlahan-lahan.

“Daddy,janganlah keras hati.Bawa balik budak berdua tu ke rumah ini,”

Permintaan itu tidak mendapat sambutan.Lelaki itu terus melangkah menaiki tangga meninggalkan isterinya.Membawa sekeping hatinya yang benci dan bertautan rasa rindu.

Datin Ainul hanya memandang tingkah suaminya.Dia terduduk lemah di atas sofa.Sudah 11 tahun mereka bersama,dia sudah masak dengan sikap suaminya.Semoga Tuhan melembutkan hati suaminya.Itu doanya setiap hari.

******

Pejabat yang terletak di World Trade Centre,Bangkok itu kelihatan kemas dan cantik.Jenama Megah Jati Architechture itu tersergam indah di dinding pejabat.Walaupun sekadar cawangan tapi nampaknya seperti ibu pejabat layaknya.

Shahir menyandar badannya ke sofa yang lembut itu.Melepaskan penatnya setelah menaiki tut tut selesai pendaratan di Bangkok International Suvarnabhumi Airport.Dia hampir memejamkan matanya sebelum seorang gadis memakai tudung menghampirinya dengan secawan kopi panas.

“Encik,silakan minum,”

“Eh,orang Melayu ke?Ingat orang Thai,”Shahir tersengih-sengih.

“Tak..saya memang orang Melayu pun,”

“Err..cik..?”

“Cik Syazana,”

“Oo..okay,Cik Syazana lambat lagi ke saya nak jumpa datuk?”

“Sekejap je,dia ada urusan sekejap,”

“Saya..”

Belum sempat Shahir menghabiskan ayatnya.Interkom di meja sudah berbunyi,gadis penyambut tetamu itu meletakkan cawan kopi di atas meja kecil bersebelahan Shahir.Shahir mengeluh kecil.Datuk?Dia baru tahu Pak Man yang membantunya itu rupanya seorang jutawan bergelar Datuk.Datuk Noorman.Hatinya mula berasa tak sedap.Kenapa Pak Man tidak memperkenalkan dirinya yang sebenar?Apa muslihatnya?

Apapun Shahir segera memadamkan syak wasangkanya.Sepatutnya dia bersyukur kerana Pak Man sudi membantunya untuk menguruskan perkahwinannya dengan Adira.

“Encik Shahir,”

“Ya,saya,”Shahir bingkas bangun apabila namanya dipanggil gadis tadi.

“Encik boleh jumpa Datuk sekarang.Silakan,”

Gadis itu tersenyum sambil membuka kamar pejabat Datuk Noorman untuk Shahir.Shahir membalas senyuman gadis itu sambil kakinya melangkah masuk ke dalam kamar Pengarah Menara Jati.

Di hadapannya,Datuk Noorman tersenyum manis sambil berjabat tangan dengannya.Seorang lelaki berkemeja putih turut berada di situ.Matanya membulat seolah-olah melihat hantu tatkala memandang Shahir.

“Macam mana flight ke Bangkok?”

“Okay..terima kasih atas sponsor Pak..err..Datuk,”

“Haha..kalau Shahir dah selesa panggil Pak Man,panggil je Pak Man.Lupa nak kenalkan,ini Doktor Farish,”Datuk Noorman menepuk-nepuk bahu pemuda di sebelahnya.

“Nice to meet you,”Farish menggenggam tangan Shahir.Ada kejutan di wajah lelaki itu menyebabkan Shahir tidak selesa.

“Nice to meet you too,doctor,”

“Eh,duduk dulu..silakan,”Datuk Noorman melabuhkan punggungnya di atas sofa.Langkahnya dituruti Shahir dan Farish.

“Shahir sihat?”

“Sihat,err..Pak Man..baru dua hari lepas kita jumpa kan?”

“Adira sihat?’

“Alhamdulillah,Pak Man,”

“Dia tinggal dengan siapa sekarang?Maksud Pak Man,Shahir di Bangkok ni,Adira bagaimana?”

“Tak pe Pak Man,ada anak tuan rumah yang saya sewa tu selalu menemani dia.Budak perempuan lepas SPM.Macam kakak buat isteri saya.Kenapa Pak Man?”

“Oh,tak de apa..emm,Pak Man nak offer job Pembantu Peribadi untuk Shahir,”

“Oh ye ke?Alhamdulillah,”Shahir menyapu kedua belah tangan di wajahnya.“Saya memang ada experience sebagai PA.Tapi saya rasa Pak Man bukannya dah ada PA?”

“Bukan untuk saya,untuk anak saya,”

“Anak Pak Man?”

“Ya,Encik Shahir.Untuk anak Datuk Noorman.Selain bertugas sebagai PA,you juga merupakan terapi terbaik buatnya.Sama tak serupa,”Doktor Farish tersenyum puas.Datuk Noorman cuma mendiamkan diri.

“Terapi?Sama tak serupa?Apa maksud doktor?”

Belum sempat jawapan terungkai,seorang gadis memakai tudung sambil menggenggam sebuah bingkai gambar meluru masuk ke dalam kamar Datuk Noorman.Wajahnya pucat dan matanya membengkak.Namun kulitnya yang halus putih dengan bulu mata yang lentik menghiasi anak matanya yang berwarna coklat tidak menidakkan kejelitaannya.Matanya membulat saat terpandang Shahir.

“Abang Aqso?Abang Aqso..Abang Aqso..,”

Seiring dengan nama yang dilafazkan itu,Shahir hanya tergamam melihat gadis itu memeluk kakinya.Terpinga-pinga.Dipandangnya wajah Datuk Noorman dan Doktor Farish yang hanya tunduk ke bawah.

Siapa Aqso?Siapa gadis yang menangis tersedu-sedan di kakinya ini?Shahir keliru.Hatinya berdebar-debar.Dunianya berasa berpusing seligat gasing.

Friday, July 2, 2010

MAJALAH SENSASI : SHAHIRA

SALAM ALL....
KEPADA SHAHIRATICS, JOM DAPATKAN MAJALAH SENSASI EDISI JULAI, MAJALAH INI SUDAH BERADA DIPASARAN.




HANYA RM3.90 DAN BOLEH DIDAPATI DIMANE2 KEDAI BUKU. CEPAT..NANTI KEHABISAN..MELEPAS LA KORANG....:DDD

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)