THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Friday, October 22, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 19

Heliza merenung ke luar jendela.Langit kota Bangkok yang selalunya gelap dan berkabut agak berlainan pada malam ni.Anehnya ada sebutir bintang berkelip perlahan tetapi terang.Yang pasti bukan satelit.Satu-satunya kejora di langit ketika itu.Dia tersenyum sendirian.Apakah itu tandanya ada dewata raya yang akan mengait bintang menjadi keronsang di dadanya?

Ku anyam buih menjadi ranjang tidurmu?Kebetulan atau takdir lelaki itu memiliki minat yang sama dengannya.Dia bisa saja meminati sajak Chairil Anwar atau Lim Swee Tin,tetapi minda dan hatinya melekat kepada Tongkat Warrant.Melihat gaya yang sedikit urban itu paling kuat barangkali menjiwai A Lover’s Complaint daripada Shakespeare tapi telahannya salah.

Sesaat cuma dia terkilan.Kesal dan kecewa kerana di dalam ruang hatinya yang sudah bertatah nama Aqso sepantas kilat sahaja nama Shahir menjelma di setiap sudut.Apakah dia curang?Tidak setia?Mengkhianati akad nikah berdarah dengan suaminya?

Kepalanya kembali berdenyut.Seiring dengan degupan jantungnya.Dup..dup..dup..seperti bom jangka yang tidak mengenal simpati.Badannya lemah.Terjelepok di atas ranjang berbaldu putih.

Sumpah!Ija masih sayang Abang Aqso.Hatinya sakit.Seperti dicucuk berjuta-juta jarum peniti.Satu esakan penuh keperitan berbunyi setelah beban di jiwanya tidak tertanggung.Lima saat kemudian berbunyi lagi.Mata yang terpejam itu menitiskan air mata yang mengalir perlahan membasahi pipinya.Tangannya digenggam erat.Ya Tuhan kenapa ada nama Shahir di dalam setiap aliran darah ini?Hatinya masih dihuni Aqso namun Shahir juga sudah mula menghantuinya.

“Ija..”

Suara lembut ayahnya mencuri gegendang telinganya.Tetapi dia lemah terbaring di atas katil.Mata yang dipejam tadi terbuka perlahan-lahan.Membulat memandang neon yang berwarna-warni di dinding.

“Ija masih...sayang..Abang..Aqso..”

“Hmm..”Dato Noorman duduk di bucu katil.Memandang sayu anak gadisnya.Hilang punca dan arah dalam lautan kesepian dan kehancuran sebuah kematian.Kematian cinta dan kekasih.

“Sampai mati..Ija takkan lupa..Abang Aqso..”

Mata itu masih membulat memandang siling.Tanpa sebarang riak.Sedih tidak.Gembira jauh sekali.Yang kedengaran hanya esakan dan air mata yang tak henti mengalir.

Pedihya jiwa Datuk Noorman hanya Allah Yang Maha Besar yang tahu.Kalaulah dia tidak mempunyai pegangan agama lebih baik dia tamatkan saja nyawa anaknya daripada membiarkannya terus menderita.Dia fikirkan setelah kehadiran Shahir,Ija mampu melupakan arwah menantunya tetapi sangkaan sedikit meleset.

“Tapi...kenapa Ija ingatkan Shahir juga?”

Datuk Noorman tersentak.Dia menghampiri Heliza.Apakah itu bererti masih ada sinar harapan buat anaknya?

“Maksud Ija?”

“Ija..Ija rasa berdosa..”

“Kenapa pula?”

“Ija ingatkan Shahir..Ija berdosa pada Abang Aqso,”

“Ija,Abang Aqso dah tak ada..”

“Ayah!”

Jeritan Heliza memenuhi ruang kamarnya.Bukan dia memarahi ayahnya.Tetapi secara spontan reaksi itu yang mampu diterjemahkan.

“Tak bolehkah Ija redha dengan pemergian Aqso?”

Heliza membisu.Ingatannya terhadap Aqso masih melekat di mindanya.

“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik daripada abang,boleh?”

“Ya Allah abang ni..kita baru dijabkan,abang.Kenapa?Abang ada yang lain ek?”

“Abang hanya ada Ija seorang.Sampai mati abang hanya sayang Ija seorang,”

“Abang kenapa?Abang nak tinggalkan Ija?”

“Abang janji selagi abang hidup,abang tak akan tinggalkan Ija.”

“Abang janji?”

“Abang janji,potong jari manis kalau abang tipu,”

“Secara mudahnya ayah boleh cakap,jodoh Ija dan Aqso singkat.Tapi ayah hormat hati dan perasaan Ija.Sebab itu selama sebulan lebih ini ayah sabar dengan apa yang berlaku.Ija memang berhak untuk bersedih...tetapi sampai bila?Sudah tiba masanya Ija bangkit dan mencari kebahagiaan Ija.Ayah sentiasa berdoa semasa Ija koma dan..jiwa Ija yang kacau ketika itu..”

Datuk Noorman terdiam seketika.Menelan air liurnya.Sebak.

“Ayah memohon Allah ampunkan dosa ayah jika dosa ayah yang membuat Ija menjadi hilang arah.Biar derita Ija,ayah yang tanggung.Kemudian,setelah dipertemukan dengan Shahir,Ija semakin sembuh.Apa yang terjadi ini menyedarkan ayah bahawa Ija kuat.Allah menguji Ija dengan ujian yang maha berat dan anak ayah kuat..kesanggupan Ija memikul ujian Allah ini ada seribu hikmahnya.”

“Ayah..bagaimana kalau takdirnya memang begini?Takdirnya Ija akan bersendirian?Baik Abang Aqso ataupun Shahir...kedua-duanya bukan untuk Ija?”

“Sama ada Shahir atau sesiapa pun..Ija masih berhak..untuk bahagia..”

Datuk Noorman mengesat air mata dengan hujung baju melayunya.Dia bingkas bangun meninggalkan Heliza yang masih terbaring lemah dengan mata yang tidak berkelip dan air mata yang tiada henti mengalir laju.Masih kaku.

“Katalah abang yang pergi dulu..abang nak,Ija cari pengganti yang lebih baik daripada abang,boleh?”

*****

Ombak bergelora memukul sampan kayu yang dinaiki ketiga-tiga mereka.Entah di lautan mana mereka tersesat hanya Tuhan yang tahu.Shahir panik.Panik mengemudi sampan kecil yang hampir karam.Panik juga melihat ketakutan Adira dan Heliza.

“Abang janji akan jaga ayang sampai mati..Heliza,saya juga akan pastikan awak selamat..saya akan pastikan!”

Shahir menjerit sekuat hatinya membungakan janjinya kepada isterinya dan gadis yang baru dikenalinya.Suaranya ditelenggami bunyi halilintar yang membelah bumi.Kilat sabung menyabung bercahaya di mega yang kelam.Sampan yang terumbang-ambing itu akhirnya tidak dapat bertahan lagi.Ombak besar yang menggulung tinggi terus menterbalikkan sampan itu dan pecah.

Dalam kekalutan itu Shahir sempat mencapai Heliza.Dalam keadaan tercungap-cungap dia mencari isterinya.Mana ayang?Di mana isterinya?

“Adira!!!”

Matanya terbeliak melihat Adira yang tenggelam timbul di dalam lautan yang kian galak menelannya.Tangannya terkapai-kapai meminta tolong.

Kakinya kejang dan tidak mampu berbuat apa-apa.Dia cuma mampu bertaut pada serpihan kayu sampan yang pecah.Disisinya Heliza yang diselamatkan hanya membisu.

“Adira!!”

Dia sedih melihat Adira hilang dimamah gelora.Langsung tiada bayang lagi.

“Adira!!!!”

Jeritan Shahir mengejutkan Doktor Farish yang lantas menepuk-nepuk bahunya.Shahir memandang di sekelilingnya.Masih di dalam wad.Baju t putih yang dipakainya bermandikan peluh.(Astaghfirullahalazim...aku bermimpi..Masya Allah..)

“Rindukan isteri ya?”

Shahir tidak menjawab.Dahinya berkerut.Kepalanya pusing.

“Shahir berehat dulu.Nanti I minta nurse berikan pil penenang.”

Shahir hanya mengangguk.Biar benar mimpinya kali ini?Ada air jernih mengalir di pipinya?Aku menangis?

Cepat-cepat air matanya dikesat sebelum keadaan itu dihidu Doktor Farish.Malu pula rasanya jika ada yang tahu dia bermimpi sehingga menangis.Dadanya berdebar-debar.Demi Tuhan dia benar-benar takut akan kehilangan Adira.Tubuhnya menggeletar dan kesejukan.Diambilnya selimut menyelubungi tubuhnya yang dingin.

Tidak jauh dari situ Doktor Farish sedang bercakap-cakap dengan jururawat berbangsa Thai.Jururawat itu memberikan beberapa butir pil sebelum dia masuk semula ke bilik Shahir.Dia cuma mampu menggelengkan kepala apabila melihat Shahir kembali tidur.Pil-pil tadi diletakkan di atas piring.

Ketika itu telefon bimbit Shahir bergetar tanpa sebarang bunyi deringan.Doktor Farish bingkas mencapai telefon bimbit itu.

“Hello..ya..waalaikumussalam..oh..kat mana?Airport?Oh..panjang cerita..I akan ambil you all..ok..”

Doktor muda itu berlari pantas keluar dari bilik itu.Tanpa disedarinya telefon bimbit Shahir itu dimasukkan ke dalam saku seluarnya.

******

“Keadaan Abang Shahir terukkah?”

Bersungguh-sungguh Adira bertanya.Terpancar sejuta kerisauan di wajahnya.Doktor Farish yang sedang memandu kereta cuma tersenyum.

“Tak..dia dah okay.Dia mimpikan Adira tadi,”

“Mimpikan saya?”

Daus tidak mempedulikan perbualan Adira dan Doktor Farish.Pada saat itu dia mula terfikirkan Ema dan Ryan.Hatinya risau jika Emma bertemu semula dengan lelaki gila yang panas baran itu.Bagaimana Ema boleh kembali bersama dengan Ryan?Sedangkan Ema sudah berjanji tidak akan kembali kepada lelaki yang mudah mengangkat tangannya itu?

Bukannya Ema tidak tahu yang dia bergaduh besar dengan Ryan semasa di bangku sekolah selepas lelaki itu mematahkan tangan gadis itu.Kerana Ryan juga Ema ke New York untuk melupakan sejarah silamnya.Tiba-tiba dia kembali bertaut dengan lelaki keparat itu.

Dirinya pun pelik.Berdekatan dengan Ema tidak pula dia terkenangkan gadis itu.Hanya Adira yang bermain di hatinya.Kini jauh dari Kuala Lumpur,nun di Kota Bangkok dia berdekatan dengan Adira.Tapi mindanya pula membayangkan Ema.Risau akan gadis itu.

(Hai,apa-apa sajalah..).Daus mengeluh kecil membuangkan pandangannya ke luar tingkap memandang Baiyoke Tower II yang tersergam di tengah metropolitan Bangkok.

“Kenapa anak Pak Man jadi macam tu?”Adira masih galak bertanya seperti anak kecil yang ingin tahu segalanya.

“Suaminya meninggal kerana kemalangan jalanraya selepas diijabkabulkan.Itu yang menjadi trauma buatnya,”

“Oh..,”Adira berasa empati yang amat dalam buat anak gadis Pak Man itu.Kalaulah dia tempat anak Pak Man belum tentu dia mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup.Dia tidak boleh membayangkan Shahir meninggalkannya.Setiap degupan jantungnya dan hembusan nafasnya hanya untuk Shahir.Tak tahulah bagaimana hidupnya jika dia berada di tempat anak Pak Man.

“Doktor..”

“Ya..”

“Saya nak jumpa anak Pak Man..”

Daus yang hampir terlelap kembali membuka matanya mendengar permintaan Adira.(Aduh Adira..kita kan baru saja sampai..sekurang-kurangnya biarlah berehat dulu..)

Doktor Farish sedikit gementar dengan permintaan Adira.Dia memandang Adira seolah-olah memohon penjelasan.

“Kenapa doktor?”

“Tak..ke..kenapa..Adira nak jumpa?”

“Oh..tak de apa.Pak Man dah banyak membantu saya dan Abang Shahir.Jadi,saya rasa saya perlu membantu Pak Man kali ni,”

“Saya rasa lebih elok kita ke hotel.Esok baru kita jumpa anak Datuk Noorman dan juga Shahir,”

“Please doktor..saya nak jumpa dia sekarang..saya minta belas kasihan doktor.Saya nak jumpa anak Pak Man,”

Doktor Farish mengangguk-angguk perlahan sebelum keretanya memandu menyusuri Ratchadamri Road.

Adira bersandar lelah di kerusi penumpang belakang.Dia risaukan keadaan Shahir.Pada masa yang sama dia juga simpati akan nasib anak Pak Man.

Semoga Allah melindungi gadis malang itu.Dengan sejuta dugaan dan musibah yang ditanggung dibahu,gadis itu layak mendapat sejuta nikmat dan kebahagiaan kelak.

*****

Heliza sudah melelapkan matanya apabila deringan The Rest Of My Life berbunyi dari telefon BlackBerry Torch berwarna hitam itu.Dalam keadaan lemah dia mengangkat telefonnya.

“Hello..”

“Assalammualaikum..”

Heliza membuka matanya.(Eh suara..)

“Waalaikumussalam..Shahir?”

“Aha..saya..”

“Kenapa ..kenapa..awak telefon?”

“Saya pakai telefon hospital ni..”

“Aha?”

“Handphone saya tah ke mana..”

“Hilang?”

“Saya bangun-bangun dah tak de..kebetulan dekat lavender awak kan ada kad awak..ada nombor awak..”

“Oh..saya lupa..oh..patutlah..”Heliza mengeluh.Sedikit kecewa. “Oh,awak telefon saya nak bagitau handphone awak hilang?”

“Emm..tak juga..”

“Tak juga?”

“Ya..saya risau keadaan awak?Awak dah okay?”

“Saya?Awak risau saya?”

“Ye lah.Awak kan sahabat saya.Sahabat yang banyak chemistry..hehe..”

“Ye..sahabat yang banyak chemistry..”Heliza tersenyum manis.Dia yang tadi cuma terbaring kini duduk bersimpuh di atas lantai.Tangannya galak bermain-main dengan hujung bantal.

“Awak okay kan?”

“Okay kot..”

“Eh,jangan kot kot..nanti saya dah tak ada partner nak bersajak,”

“Eh,Shahir..kejap,”

Kata-kata Shahir mengingatkan Heliza tentang sesuatu.

“Apa?Senyap?”

“Bukanlah..kejapppp..”

“Oh,kejap..saya dengar senyap..ingatkan library ke tadi..hehe..”

Kata-kata Shahir mencuit hati Heliza.Dia tersenyum sendirian sambil membuka tas tangan Coach.Diambilnya sekeping kad.

“Okay..awak nak bersajak kan?”

“Eh,mestilah..saya memang aktif masa kolej dulu.Walaupun kat Christchurch.Kitaorang ada Malay Poets Society..Kelab Tun Sri Lanang,”

“Okay,Tun Sri Lanang.Saya ada jemputan khas ke majlis Bacaan Puisi Persatuan Melayu Thai..nak join?Kita partner?”

“Eh..on!”

“Apa?Ju On?”Heliza cuba bergurau.

“Takk..Jaafar Onn,”

“Awak memang kelakar la,Shahir,”

“Saya memang badut sarkis sikit.Bila tu?”

“Emm..dua malam lagi,”

“Okay..esok saya dah boleh keluar hospital,”

“Oh,tahniah,”

“Ye..ye..jangan tikam saya lagi,hehe..”

“Tak baiklah awak ni..”

“Okay,Heliza..nurse ni dah bebel-bebel dalam Bahasa Siam.Ntah mantera apa ntah.Ok..selamat malam..”Suara Shahir sedikit tergopoh-gapah.Ya,Heliza dapat mendengar suara wanita berleter dalam bahasa siam di sebalik corong telefon.

“Selamat malam..”

“Assalammualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

Talian diputuskan.Heliza memegang pipinya sendiri.Merah.Panas.Malu.Semuanya ada.

Dia pun tak tahu mengapa.Bangun menghadap cermin.Refleksi menunjukkan senyuman yang menguntum di wajahnya bukannya pura-pura.Asli.

Hatinya berbunga-bunga dengan panggilan daripada Shahir.Aduh,boleh gila dia dibuatnya.Seperti gadis remaja yang dilamun cinta.Jarinya pantas menghidupkan pemain cd.Berkumandang lagu ‘You Mean Everything To Me’ dari penyanyi legenda Neil Sedaka.

Daun pintu ditolaknya.

Dia turut menyanyi-nyanyi lagu itu ketika menuruni anak tangga.

“You are the answer to my lonely pray..you are the angel from above..I was so lonely till you came to me..with a wonder of your love..”

Terkejut orang gaji berbangsa Filipina itu apabila Heliza menariknya untuk menari.Matanya bercahaya-cahaya.

“I don’t how I ever lived before..you are my life my destiny..”

Datuk Noorman yang sedang membaca buku terkejut melihat telatah anak gadisnya.Heliza lantas datang memeluknya ayahnya dari belakang.

“Oh my darling..I love you so..you mean everything...to me...”

Datuk Noorman menepuk-nepuk kepala anaknya.Begitulah Heliza,sabar dia melayan karenah anak tunggalnya.Tiap kali Heliza gembira dia amat bersyukur dan berdoa semoga kegembiraan itu kekal.

“Heliza..”

Doktor Farish memanggil namanya sambil diiringi seorang lelaki dan seorang perempuan muda.Perempuan muda itu tersenyum kepadanya.Dia membalas senyuman itu walaupun sedikit kehairanan melihat kehadiran dua insan asing di hadapannya.

Datuk Noorman kelu lidahnya melihat tetamu lewat malam ke rumahnya.

“Somebody want to meet you,”

Perempuan muda itu menghampiri dirinya dan menghulurkan tangannya sebagai tanda salam perkenalan.

“Saya Adira..isteri Shahir..”

Isteri Shahir?

Shahir sudah beristeri?Tetapi dia kan masih muda?

Dunianya yang berwarna-warni sebelum ini menjadi gelap secara tiba-tiba.

Ya Allah,ujian apakah pula ini?

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)