THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Sunday, January 23, 2011

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 25

Shahir memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut.Walaupun pendingin hawa dipasang tahap maksima namun rasa sejuk langsung tak melekat di kulitnya.Mungkin cuaca panas yang mencecah 36 darjah celcius atau sememangnya ada yang tak kena dengan dirinya sendiri sejak pulang ke Malaysia.

Sepatutnya dia cuti hari ini.Tetapi dia berasa bosan terkurung di dalam rumah.Lebih baik dia mencari udara luar yang lebih menenangkan jiwa.Malangnya,cuaca tengah hari ini panas pula.

Perhubungannya dengan Heliza berjalan dengan lancar.Sekurang-kurangnya bagi dirinya semuanya lancar.Datuk Noorman masih berada di Bangkok.Khabarnya bulan hadapan baru bakal bapa mertuanya itu akan datang ke Malaysia.Cuma Doktor Farish yang masih setia menemani mereka.Kasihan pula dia melihat Doktor Farish yang masih setia berkhidmat untuk mereka demi kepentingan kesihatan tunangannya,Heliza.Sampaikan tiada masa untuk bersosial demi dirinya sendiri.

Bukannya dia tidak teringatkan daddy dan mummy tapi ada satu keegoan yang tersembunyi dalam dirinya.Keegoan yang bercampur dengan rasa bersalah.Perasaan itu mematikan hasratnya untuk mencari daddy dan mummy.Cuma kerinduan itu semakin membuak apabila dia bertemu semula dengan Adira di LCCT tempoh hari.Rindu untuk bertemu daddy,mummy dan..Adira?Entahlah,apakah perlu baginya untuk merindui bekas isterinya itu.

Dia akui ada getaran saat terpandang raut wajah yang semakin manis dan ayu itu.Iyalah,gadis itu pernah mencuri hatinya.Tetapi bila dia mengenangkan peristiwa pahit di Bangkok,semuanya musnah.Hatinya bagai dituris sembilu.Ngilu.

Sampai di sebuah perhentian bas.Shahir menekan brek mengejut.Dahinya berkerut melihat anak gadis comel yang duduk di bangku berwarna merah jambu itu.

“Yaya?”

Kenapa pula anak kecil ini bersendirian?

*****

Doktor Farish merenung gambar wanita berbaju kebaya dengan seorang budak lelaki.Gambar itu kelihatan lusuh kerana dilipat berkali-kali.Dia merenung jauh ke hadapan.Pandangannya melangkau ke destinasi yang tak pasti seolah-olah cuba mencari jawapan dan konklusi terhadap bebanan yang ditanggung ke dalam jiwanya.

“Doktor!”

Panggilan Heliza mematikan lamunannya.Gambar tadi dilipatkannya semula dan dimasukkan ke dalam dompet.Dia menguntumkan senyuman apabila Heliza duduk di hadapannya.Gadis itu kelihatan risau.

“Kenapa Eja?”

“Sepatutnya pagi ini Shahir off kan?”

“Saya tak pasti Eja,kenapa?”

“Entahlah..”

Ayat itu tergantung.Wajah Adira bermain di dalam fikiran Heliza.Sejak pertemuan semula Shahir dan Adira,jejaka itu sudah mula kurang memberi perhatian kepadanya.Berbeza dengan sebelum ini.Shahir ada sahaja masa untuknya.Tetapi sekarang?

“Kenapa Eja?Ada yang ingin diluahkan kepada saya?Jangan pendam,saya ada,”

“Shahir..”

“Kenapa Shahir?”

“Emm..dia tak beritahu doktor tentang Adira?”

“Adira?Tak pula.Kenapa?”

“Kami terserempak Adira semasa di LCCT,”

“Ye?Tak ada pula dia bagitahu saya,”Doktor Farish memberi sepenuh perhatian kepada Heliza.Sudah menjadi kebiasaannya menjadi pendengar yang setia.

“Budak perempuan tu..”

“Budak perempuan dengan Shahir tu?Ye?”

“Aha..itu anak Adira,”

“Oh..”

Doktor Farish mengurut-ngurut dagunya yang dihiasi janggut nipis.Sudah pasti dia terlepas pandang tentang kehadiran Adira semasa dia mengambil kereta di parkir.Kalau Shahir tahu anak itu memang anaknya,sudah pasti menimbulkan masalah yang besar.

“Sekarang..Shahir agak berubah..dia..,”

“Eja..saya ada..jangan risau..,”

“Entahlah doktor.Adira kan sudah melukai hati Shahir dengan perbuatan curangnya.Shahir pun tahu anak tu bukan anaknya,tapi saya masih risau..cinta bisa membutakan hati kan doktor?”

“Eja jangan fikirkan,jaga kesihatan dan emosi Eja.Saya tak mahu Eja kembali tertekan seperti dahulu.Saya dah janji dengan Datuk Noorman akan memastikan Eja dan Shahir akan bersama.Okay?”

Doktor Farish tersenyum.Cuba memujuk.

“Terima kasih doktor kerana menyedapkan hati saya.Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar.Saya harap sangat..,”

Suara Heliza tersekat.Ada sesuatu yang tersangkut di tengah-tengah tekaknya.Kerisauan akan kehilangan Shahir.Kehilangan buat kali kedua setelah kehilangan Aqso,suaminya.Begitu jerih payah dia melupakan Aqso,kini dia tidak rela untuk kehilangan Shahir pula.

Doktor Farish memandang Heliza dengan perasaan simpati.Dia sudah melihat bagaimana merananya Heliza melalui episod duka ketika kematian Aqso.Tidak sanggup dia membiarkan Heliza melalui episod yang sama lagi.

Dalam pada masa yang sama,dia juga ada soal peribadi yang perlu diselesaikan.Sudah lama dia tidak menjejak kaki di Malaysia.Kenangan silam itu menjelma semula.Apakah perlu dia mencari ibunya semula?Mahukah ibunya bertemu semula dengannya?Pembunuh ayahnya sendiri.Itu fahaman ibunya.

Terasa berat bebanan di jiwanya.

******

Suasana di taman permainan itu riuh dengan suara anak-anak kecil bermain buaian dan geluncur.Di hujung taman seorang lelaki dewasa dan seorang anak kecil naik turun menaiki jongkang jongket.Shahir tersenyum melihat calitan aiskrim coklat di pipi Yaya.Diambilnya sapu tangan dari dalam koceknya.Perlahan-lahan dia bangun dari papan jongkang jongket itu dan dibersihkan pipi Yaya.

“Uncle perangai macam Mama,”Yaya membebel sambil menolak tangan Shahir yang membersihkan pipinya.

“Uncle macam mama,kenapa?”

“Mama macam uncle la,tak boleh tengok langsung pipi Yaya comot dengan aiskrim.Nak dilapkan saja.Hiiii..”Yaya menyeringai menunjukkan giginya yang bertompok coklat.

“Cakap banyak.Jom!Uncle hantar pulang,”

“Tak nak!”Yaya membulatkan matanya merenung Shahir.

“Eh,kenapa pula?”

“Biar mama risau.Biar mama marah Uncle Iwan kerana lupa jemput Yaya dari tadika,”

(Huh,Uncle Iwan.Masih terbayang rupa Si Iwan dengan uniform sekolah sambil membonceng motosikal besar ala Awie Sembilu.Ingatkan dah lupakan Si Adira,rupanya ku tunggu jandamu..hampeh..)

“Mama memang sayang Uncle Iwan ye?”

“Mama kata dia akan kahwin dengan Uncle Iwan.Hemm..sayanglah kot..”Yaya memeluk tubuhnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Ek?Mama dengan Uncle Iwan nak kahwin?”

“Kenapa muka uncle macam tu?”

“Muka uncle macam mana?”

“Macam ni,”Yaya mengerutkan dahinya. “Muka macam mama nampak Yaya pakai lipstick dia hari tu.Macam naga,”

“Haha..muka mama macam naga ye?”

“Aha..macam uncle la juga.Uncle pun dah jadi muka naga tadi,”

(Eh,eh..ada juga nak kena jentik anak si Adira nih!)

“Tapi uncle naga kesayangan Yaya,”Yaya pantas mengucup pipi Shahir.Melekat lebihan aiskrim di pipi Shahir.

Shahir tersenyum melihat keletah Yaya.Disapunya rambut anak kecil itu.

“Betul uncle naga kesayangan Yaya?”

“Betul lah!”

“Jom,naik belakang uncle!Uncle bawak Yaya terbang!”Shahir membongkok badannya di hadapan Yaya.

“Yeah!Yeah!Naik dragon!”

Yaya pantas menaiki belakang Shahir.

“Okay,pakai tali pinggang keselamatan,”

“Okay uncle!”

“Topi keledar?”

“Check!”

“Sedia?”

“Sedia!”

“Okay!Terbang!”

Shahir berlari pantas mengelilingi taman permainan itu.Yaya ketawa mengekek setiap kali Shahir mengejar kanak-kanak lain yang turut berada di taman permainan itu.

Bagi Yaya,itu pengalaman pertamanya terbang bersama ‘naga’.Belum pernah permainan itu dimainkan olehnya.Mama sering menyogok dengan Dora The Explorer atau Wonder Pets.Uncle Iwan pula sekadar menyanyikan lagu ‘Humpty Dumpty’ setiap kali menghantar atau menjemputnya dari tadika.Rasanya permainan gila-gila seperti itu hanya pernah dilihat olehnya setiap kali Damak bermain dengan Uncle Daus.Dengan seorang papa.Seorang insan yang tidak pernah hadir di dalam hidupnya sebelum ini.

“Opps,naga kena tembak..dush,dush,dush!”

Shahir meniarap di atas padang hijau itu sambil memejamkan mata seolah-olah mati.Yaya mula risau.Dia bingkas bangun dari belakang Shahir dan menepuk-nepuk pipi Shahir.

“Uncle..bangun!”

Tiada tindak balas.

“Uncle..janganlah mati,bangun!”

Yaya menggoncang-goncang bahu Shahir.Masih tidak ada tindak balas.Dipandangnya orang sekelilingnya.Dia sudah mula rasa takut dan risau.Mukanya mencebik.Mula menangis.Ditampar-tamparnya lengan Shahir.

“Bangun..jangan mati..papa bangun..bangun..jangan tinggal Yaya,”

“Hah!”Shahir bingkas bangun dan menangkap Yaya yang menjerit terkejut.Dia ketawa mengekek apabila Shahir menggeletek perutnya.

“Okay..uncle..stop!Yaya kalah!”

Shahir tersenyum.Menyapu rumput yang melekat di rambut Yaya.

“Tadi Yaya panggil uncle..papa?”

“Aha..sorry uncle..”

“Kenapa?”

“Bila uncle berlakon mati tadi..Yaya rasa sedih.Yaya rasa macam papa Yaya yang mati.Kenapa Yaya rasa macam tu?”

“Entahlah..”Perasaan sebak hadir menguasai jiwa Shahir.Dia kematian kata-kata berhadapan dengan tiap baris perkataan yang dilafaz Yaya.Setiap keletah dan apa saja yang dilakukan Yaya semua menyentuh hatinya.

“Uncle..”

“Hem?”

Yaya menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata Shahir.

“Uncle jangan menangis.Yaya tahu uncle masih hidup,”

Shahir tersenyum manis.Dia memeluk anak kecil di hadapannya itu.Ada satu hubungan yang misteri yang mebuatkannya begitu sayang akan Yaya.Air mata lelaki itu mengalir juga di saat tangan kecil itu memeluknya kembali.

Pelukan itu dilepaskan.Diusap pipi anak kecil itu.

“Jom,uncle hantar Yaya balik,”

“Nanti,”

Jari kecil itu membetulkan rambut Shahir yang kusut.Dia mencekakkan pinggangnya.Kepalanya digelengkan.Sekali lagi jari kecil itu membetulkan rambut Shahir.Ditolak rambut itu ke belakang.

“Okay!Handsome!Nak jumpa mama mesti handsome!”Yaya menaikkan ibu jarinya.

“Okay!Jom,kita jumpa mama!”Shahir pantas mendukung Yaya.Sudah lewat petang,dia tidak mahu Adira membebel kepada Yaya kerana pulang lewat semata-mata keluar dengannya.

******

“Macam mana you boleh lupa Yaya?Mana tanggungjawab you?”

“I’m sorry sayang.PA I betul-betul lupa nak ingatkan.Tiba-tiba Datuk Zack datang mengejut nak adakan meeting pasal join venture filem tu..”

“I tak nak dengar pasal hal filem you.Ni pasal Yaya.Bakal anak you jugak!”

“I’m really sorry.Ni I tengah drive ke hulu hilir nak mencari Yaya,okay?”

“Yaya bukan anak kucing Iwan!”

Telefon bimbit itu dimatikan.Bateri juga dikeluarkan.Pusing kepalanya.Sampai hati Iwan terlupa menjemput Yaya dari tadika.Sudahlah tidak dimaklumkan kepadanya.Kalaulah dia tidak pulang awal hari ini dan pulang malam seperti biasa,sudah tentu malam nanti baru dia tahu Yaya hilang!

“I tak nak you risau,sebab tu I cuba cari Yaya dulu.I lewat setengah jam saja,tengok-tengok Yaya dah tak de!”

Senangnya Iwan meluahkan kata-kata.Yang hilang itu anak perempuannya.Pelbagai perkara bermain di minda Adira.Zaman sekarang jangankan anak perempuan,anak lelaki pun dikhuatiri keselamatannya.Ini Yaya.Anak perempuan tunggalnya.Satu-satu mahkota hatinya.

Lagi 10 minit,dia tekad untuk menghubungi pihak polis.Dia tidak peduli alasan berapa jam baru perlu dilaporkan.Ini soal keselamatan Yaya!

Sekejap berjalan dan sekejap duduk.Sudah seperti orang gila jadinya.Kunci kereta diambil.Dia tidak boleh mendiamkan diri.Dia harus mencari Yaya.Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka,dia terperanjat melihat Shahir berdiri di hadapan rumahnya sambil mendukung Yaya.Tangannya ke udara seperti hendak menekan loceng rumah.Shahir tersengih seperti kerang busuk di hadapannya.Entah kenapa telinga Adira terasa panas melihat senyuman Shahir.

Pang!

Satu penampar hinggap di pipi Shahir.Yaya menutupkan matanya dengan tangan.Shahir pula terasa pijar di pipinya.Adira terasa tapak tangannya pedih.

(Macam kena tulah raja pula menampar bekas suami!)

******

“Terima kasih,”

Shahir mengambil kain berbalut yang berisi telur rebus daripada Adira.Adira duduk di sofa paling hujung sambil memandang keluar tingkap.Shahir menuam pipinya sendiri.Yaya menghampirinya.Dipautnya lengan Shahir.

“Uncle nak Yaya tolong tuamkan?”

“Yaya!”Adira menjerit.Terkejut Shahir dan Yaya dibuatnya.Mata Adira membulat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.”Sini!”

Yaya menelan air liurnya.Perlahan-lahan dia melangkah longlai dan duduk di sebelah mamanya.Adira memeluk Yaya.Pandangannya dialih semula ke luar tingkap.

“Sorrylah kalau..Dira marah..abang bawa Yaya jalan..”

“Lepas tuam pipi tu abang letak atas meja.Abang boleh balik,”

“Bukan salah abang..,”

“Kalau abang nak makan telur rebus tu,abang boleh bawa balik,”

Shahir menjelir lidahnya.(Angin je!)

“Abang jangan ingat saya tak nampak lidah abang dekat cermin tingkap,”

Shahir menarik lidahnya kembali.(Alamak!)

“Kenapa Dira ni?Yang tinggalkan Yaya ni boyfriend Dira,Iwan.Abang yang selamatkan Yaya.Kalau abang yang tak jumpa Yaya?Agak-agak siapa nak jumpa Yaya?Sang Kancil?Upin dan Ipin?”

Yaya ketawa mengekek sebaik mendengar perkataan Upin dan Ipin.Adira mencuit lengan anaknya.(Amboi,suka pulak dia!)

“Yaya naik atas mandi dulu.Bye bye mama.Love you!”Yaya mengucup pipi mamanya.Dia tahu mama kalau marah,lebih baik jangan diganggu.

Yaya berlari menghampiri Shahir dan mengucup pipi Shahir.Semakin membulat mata Adira melihat telatah Yaya.

“Bye bye uncle,I love you too!”

“I love you 2,3,4,5,6,7,8,9 and 10!”Shahir membalas ciuman Yaya.Adira mendengus kecil.(Love you 2,3 konon..bapak dengan anak sama saja!Kaki bodek!)

Yaya berlari-lari anak menaiki tangga menuju ke biliknya.Shahir memandang Adira yang masih dingin dan membeku di hujung sofa.Dia cuba menghampiri bekas isterinya.

“Cukup!Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi,”

Shahir merenung tajam.Geram.Diundurnya dua tapak ke belakang.Seperti perbualan telepati Shahir membulatkan matanya.(Puas hati?)

Adira memusingkan anak matanya.(Ikut sukalah!)

“Okay,abang cuma bawa Yaya jalan-jalan.Iwan yang tak menjemputnya.Salah abang ke kerana risaukan keselamatan Yaya?”

“Terima kasihlah sangat Encik Shahir!”Adira berpura-pura tersenyum.Wajahnya dimasamkam kembali sesaat kemudian. “Yaya tu anak Dira,bukan anak abang.So tak payahlah abang susah-susahkan diri.Okay?”

Shahir menyapu rambutnya ke belakang.Nafasnya dihela.

“Yaya tu anak abang kan?”

“Hello!Excuse me!Sejak bila?”Adira bangun mencekakkan pinggangnya.

“Abang dapat rasakan..,”

“Hei!Abang susah payah naik turun mahkamah kerana percaya anak yang Dira kandung bukan anak abang!Apa yang abang merepek ni?Rasakan apa?Instinct dari mana?”

“Habis tu?Anak siapa?Daus dah berkahwin dengan Ema!”

“Yang pasti bukan anak abang!”Adira melangkah ke hadapan menghampiri Shahir.Jari telunjuknya menuding-nuding muka Shahir. “Bukan anak Encik Shahir!”

“Betul?”

“Betullah!”

“Anda pasti?”

“Pastilah!Bukan anak Encik Shahir!”

Jari itu ditudingnya lagi.Shahir menggenggam tangan Adira.Adira tersentak apabila wajah Shahir menghampirinya.Hembusan nafas Shahir dapat dirasakan.Anehnya dia tidak bergerak apabila diperlakukan demikian.Berdiri pasrah menunggu apa sahaja yang bakal berlaku.Jantungnya berdegup kencang apabila Shahir semakin erat memegang tangannya.Matanya dipejamkan apabila wajah Shahir semakin menghampirinya.Pegangan tangan tadi dilepaskan perlahan-lahan.Redha.

“Undur dua tapak ke belakang.Kita bukan suami isteri lagi..”

Bisikan Shahir membuatkan Adira membuka matanya.Sakit hatinya melihat Shahir tersengih menyeringai sambil memakan telur rebus yang digunakan untuk menuam pipi yang ditampar Adira tadi.

“Keluar!!!!!!!!”

Jeritan Adira memenuhi ruang tamu.

(Benci!Benci!)

0 comments:

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)