Sejak dia mengumumkan Iwan sebagai buah hati tanpa rela,Iwan mula bertukar daripada mamat skateboard yang cool kepada kekasih awal dan akhir yang amat merimaskan Adira.Apa tidaknya,kerja rumah yang baru 10 minit diumumkan cikgu sudah Si Iwan sudah siapkan.Tiap-tiap hari ada bunga atas mejanya ala-ala sekebun cinta yang berbunga.Itu belum masuk adegan waktu rehat,Iwan dan kawan-kawannya akan ‘mencepuk’ kepala murid-murid yang beratur supaya memberi laluan Adira membeli makanan di kantin.Adoyai,memang sengaja dia mencari masalah.Mana mungkin dia bisa menduga Iwan akan berubah karaktor ala-ala romantika macam hero Bollywood.Hero Bollywood?Nasib baik Iwan belum ke tahap menari dan menyanyi lagi.Kalau tak mahu juga Adira bertukar pakaian macam Kajol selang 30 saat untuk satu lagu.
Hari ini pula Iwan beriya-iya hendak menjemputnya ke sekolah.Matilah kalau mummy dan daddy nampak Iwan tersengih-sengih dengan Viragonya di luar halaman nanti.Lebih baik dia cari alasan.Menggunakan akal bijaksana seperti daddy nya Datuk Maulana,semalam sengaja Adira memancitkan tayarnya.Keempat-empat sekali.
“Mummy,”
“Hmm..”
“Tayar kereta Ayang pancit la,semua sekali”
“Iye?Kenapa?”Datin Ainul membulatkan matanya.Datuk Maulana yang sedang asyik menikmati sarapan paginya juga menumpukan perhatian kepada Adira.
“Entahlah,mummy.Ayang tau bawa je,ayang mana tau ayang langgar apa..kan?Kan?”Matanya berkelip-kelip memohon simpati mummy dan daddy.Pandangan meminta belas kasihan yang maha tinggi.
“Tak cakap awal-awal.Nak pergi dengan siapa?Daddy ada flight ke Singapore hari ni,”Datuk Maulana menggeleng-gelengkan kepalanya.(Hang Jebat Hang Tuah,anak bertuah!)
“That’s not a big problem at all,daddy..ayang boleh pergi dengan kawan,”(Tettt..jarum dah masuk!)
“Apa pulak?Abang kan ada,”Shahir tersenyum sambil duduk di sebelah Adira.Adira mencebik bibirnya.(Eleh,tetibe je datang boyfriend si perempuan kaya nih..)
“Tak payah..kawan Adira ada,tak payah la abang nak susah-susah pasal Dira pun.Siapalah Dira kan?”Adira bingkas bangun dan menggalas beg sekolahnya.Dia mencium tangan mummy dan daddy sebelum berlalu pergi dari situ.
Shahir cepat-cepat menghirup teh sebelum dia juga turut bingkas bangun dari meja makan.Mujurlah teh itu pun sudah suam,jika tidak mahu melecur lidahnya.Datuk Maulana dan Datin Ainul saling berpandangan antara satu sama lain.Macam-macam hal budak-budak dua orang ni.
Tergopoh-gapah Shahir memakai selipar jepun sebelum mengejar Adira yang berlari cepat seperti lipas kudung.Dia menarik beg sekolah yang dipakai Adira.Hampir terjatuh Adira dibuatnya.Adira mencebik bibirnya.(Sibuk!)
“Dira nak pergi dengan siapa?”Shahir bertanya dengan nada suara yang lembut.Senyuman manis terukir di bibirnya.
“Dira pergi dengan boyfriend Dira la,abang sibuk kenapa?”
“Oh,ada boyfriend sekarang,siapa ye?”Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Reaksinya yang seolah-olah menyindir Adira menambahkan lagi kegeraman di hati adik tirinya.
“Iwan la,siapa lagi?Bwek!”Adira menjelir lidahnya.
Jawapan Adira membuat Shahir ketawa terbahak-bahak.Geli perut seperti menonton Raja Lawak.Adira menampar bahunya.
“Abang kenapa?Dengki la tu!”
“Tak de..sorry,tak de apa-apa,”Shahir masih menahan ketawanya.Entah mengapa dia dapat merasakan Adira hanya suka-suka berpacaran dengan Si Iwan.Barangkali Adira ingin membikinnya cemburu.Ketawanya dimatikan apabila melihat wajah anak gadis itu merah menahan bengang.Shahir tidak dapat menidakkan sedikit tak banyak dia memang cemburu apabila Adira mengatakan Iwan kekasihnya.Walaupun kebarangkalian tidak benar amatlah tinggi.
Adira masih mencekak pinggangnya.Matanya merenung tajam ke arah Shahir.
“Abang minta maaf pasal ketawakan Dira.Settle okay?Jom abang hantar,”
“Tak payah,Dira nak pergi dengan Iwan,”
“Janganlah jadi budak degil,abang hantarkan,”
“Dira bukan budak-budaklah,abang ni..”
Kata-kata Adira terhenti apabila mendengar bunyi hon motor.Iwan tersenyum di luar rumah sambil menghulurkan helmet.Lagak gayanya ala Awie dalam cerita Sembilu.Macho tak agak-agak.
Adira menjeling ke arah Shahir sebelum menuju ke arah Iwan.Shahir mengikut dan memotong langkah Adira.Dia terlebih dahulu sampai kepada Iwan.Tanpa Adira duga,Shahir mencekak kolar uniform sekolah Iwan.
“Siapa nama kau?”Sengaja Shahir mengangkat keningnya seolah-olah marah dengan kehadiran Iwan.Jari telunjuknya ditunjal ke dahi Iwan.
“I..I..Iwan..”
“Iwan apa?”
“I..Iwan Chew,”
“Dengar sini Iwan Chew,”Shahir memperkemaskan cekakan tangannya,”Mulai sekarang,aku Ahmad Shahir,abang Adira tak mau kau jadi boyfriend adik aku lagi,boleh?”
“Err..kalau jadi juga bang?He..he..”
“Kalau jadi juga,itu maknanya kau tak sayang leher kau,”
“A..dehh...dehhh..okay..okay..”Iwan menjerit perlahan apabila Shahir mencekak kuat lehernya.(Abang dia ni bekas komunis ke apa?)
Iwan membetul-betulkan kolar bajunya.Berair matanya dibuat dek Shahir.Namun sedaya upaya Iwan cuba maintain cute di hadapan Adira yang terpaku melihat kejadian yang tidak diingini pada awal pagi.
“Dira,sorry ye?Aku..aku..aku lupa aa..emak aku cakap tak baik bawak budak perempuan bonceng motor..err..bawah u..umur,”Iwan terus memecut Virago berwarna merah itu meninggalkan asap yang berkepul-kepul.Adira terbatuk-batuk kecil sambil menutup hidungnya.(Vunguks betul!)
“Tengok,macam tu lelaki yang boleh menjaga Adira?Ish..ish..”Shahir menggeleng-gelengkan kepalanya.“Kalau ya pun carilah yang bertanggungjawab sikit adik sayang oi.”
“Kenapa abang peduli sangat siapa boyfriend Dira?”
“Sebab abang nak Adira habiskan sekolah dulu..cemerlang dalam SPM.Sekarang masuk kereta,abang hantar,”
“Tak nak!”Adira memeluk tubuhnya.Sengaja menunjukkan sikap degil dan keras kepala.
“Betul tak nak masuk?”
“Tak nak!”
“Abang dukung karang..”Shahir cuba mengugut sambil tersenyum nakal.
“Dukunglah kalau berani!”
“Meh sini..”Shahir mebongkok badannya seolah-olah hendak mengangkat Adira.
“Stop!”Adira memejamkan matanya.Serentak dengan itu dia menahan nafasnya.Degup jantungnya berdebar kuat.Nafasnya dilepaskan perlahan.Wajahnya sudah kemerah-merahan menahan malu. “Okay,orang naik kereta,”
“Tau pun takut,”
“Bukan takutlah,malu!”Adira masih membebel di dalam kereta.Shahir hanya mendengar leteran adik tirinya tanpa mempedulikannya.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
Adira sendiri tidak mengerti dengan tindakan Shahir.Apakah tindakan itu di atas sifat melindungi seorang adik atau Shahir juga mempunyai perasaan sepertinya?Dia benar-benar keliru.Mengganggu fikiran betul.
Yang pasti buat masa ini,Adira ingin sangat menendang Shahir keluar dari kereta.Geram!
******
Nad mengetuk-ngetuk kepalanya dengan sebatang pensel 2B.Dia memandang Adira yang asyik menghisap coklat Choki Choki sambil membuat kerja sekolah.
“Pelik kan?”
“Apa yang pelik Nad?”
“Sikap abang tiri kau tu la,”
“Kan,macam dia cemburu je dengan Iwan..hehehe..”Adira menyeringai seperti kerang busuk.Walaupun sakit hati dengan tindakan Shahir tetapi dalam hatinya berbunga-bunga juga apabila abang tiri kesayangannya itu tidak senang dengan kehadiran Iwan.Dalam senyuman tak sedar diri itu Nad terkebil-kebil melihat tompok coklat di celah gigi kawan baiknya.
“Engkau ni muka cun tapi coklat menepek je kat gigi,”Nad ketawa kecil.Mendengar komen Nad,Adira segera menutup mulutnya.Berusaha membuang sisa Choki Choki dengan lidahnya.
“Tapi kan,kiranya Si Iwan tu single la ye..hehehehe..”Nad menyambung kata-katanya sambil tersengih.Adira memandang kawannya dengan pandangan yang sinis.
“Patutlah..kau syok kat dia ek?ayok..tak tahu..tak tahu,”
“Kau boleh tak perlahankan volume tu?”Nad masih tersenyum seperti orang mabuk cinta. “Kau kan tahu taste aku mamat jambu,tapi kau tengoklah sekarang dia syik duk menghimpit Anum pulak,awek rock yang cun tu”
“Alah kesiannya,kau nak aku arrange kan?”Adira mencuit nakal pipi Nad.
“Tak payah,biar cinta itu datang sendiri.Sekarang kita belajar dulu,okay?”
“Okay,make sure 17 A1 eh?”
“Emak aih,apasal kau tak ambik 30 subjek terus?”Nad membeliakkan matanya.(Bila minah ni daftar sampai 17 subjek?)
Perbualan mereka terhenti apabila seorang junior datang tergopoh-gapah.Budak lelaki berbadan kecil itu termengah-mengah di hadapan pintu kelas 5A.
“Ada promosi talian free Comm Holdings kat kantin.Siapa cepat,dia dapat!”
Adira dan Nad saling memandang sesama mereka.(Eh,Comm Holdings??).Kedua-duanya pantas mengimbau kenangan pahit waitress tak halal di Hotel Hilton.Seram.
*****
Promosi pra bayar percuma oleh Comm Holdings mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pelajar Sekolah Menengah Queen Isabelle.
Terjerit-jerit promoter berbaju merah itu memohon para pelajar supaya beratur dan berdisiplin.CEO Comm Holdings yang turut hadir untuk promosi percuma itu mengeluh kecil melihat suasana yang sesak itu.Lelaki itu menanggalkan kot Versace yang dipakainya.Tali lehernya dilonggarkan.Kemeja lengan panjang DKNY berwarna putih itu dilipas ke paras lengan.Memori di mindanya berputar-putar ligat.
Nama penuh Siti Adira.Nama manja Ayang.Anak tiri Datuk Maulana.Ada seorang abang tiri tetapi tak dapat dipastikan.Peminat setia Stacy dan Datuk Siti Nurhaliza.
Daus tersenyum sendirian mengingatkan fakta-fakta yang diberi oleh setiausahanya.Lagaknya seperti murid Tahun 2 mengahafal sifir.Sesekali dia menjauhkan pandangan matanya.Tak nampak pula kelibat budak perempuan comel persis bintang Korea itu.
Tidak jauh dari situ,Nad sedang menarik tangan Adira menuju ke kantin.Nad menjeling-jeling ke arah pelajar yang tak dikenalinya lebih banyak daripada yang dia kenal.Motif sangat sekolah lain pun boleh masuk kawasan sekolahnya.Kebarangkalian pak guard tertidur amatlah tinggi.
Adira pula hanya membiarkan sahabat baiknya mengheretnya ke mana sahaja.Cuaca yang panas dan keadaan yang berhimpit-himpit di antara satu sama lain membuatkan Adira berasa tidak selesa.Pandangan matanya berpinar-pinar.Kepalanya mula berasa pusing.Suara manusia di sekelilingnya menjadi perlahan dan lambat seperti pita kaset lama yang rosak.Adira tak pasti sama ada hari cepat berlalu atau malam sudah menjelma.Gelap.
Di luar jangkaannya,dia rebah pada saat itu juga.
******
“Dira..Dira..Siti Adira..waaaa..kau jangan tinggal aku..Dira..”
Dalam keadaan separuh sedar,Adira dapat merasakan tangan seseorang menepuk pipinya seiring dengan suara ala Patrick Starfish dalam Spongebob’s Squarepants.Kepalanya masih berdenyut tetapi semakin stabil.Setelah diamatinya dengan bersungguh-sungguh,suara yang disangka suara Patrick tadi perlahan-lahan menjadi lemak merdu seperti suara sahabatnya,Nad.Matamya dibuka perlahan-lahan.
“Waa..kau hidup lagi,”
Nad memeluk Adira sepenuh jiwa.Hampir lemas Adira dalam pelukannya.(Ni nak bagi aku pengsan kali kedua ke apa?)
“Bawak bertenang,karang pengsan lagi kawan awak tu,”
Suara seorang lelaki menangkap pendengaran Adira.Dalam keadaan mamai,dia sedikit terkejut melihat dirinya berada di dalam sebuah kereta mewah dan besar.
“Aaaa...kereta siapa ni?”Adira mula rasa nak menangis.Bimbang dirinya dan Nad diculik.Nanti mesti penculik minta duit tebusan yang nilainya tak masuk dek akal.Kalau mummy dan daddy tak dapat sediakan mungkin kaki dan tangannya akan dipotong.Ngeri.
“Ni Encik Daus,ingat tak?”
“Encik Daus?”Adira terkebil-kebil.Tak faham.
“CEO Comm Holdings,”Bisik Nad perlahan.
“O..M..G..,”Pantas kenangan kantoi dengan CEO syarikat komunikasi terkenal kembali mewarnai minda Adira.Malunya.
“Dah okay ke?Tak nak ke hospital?”
“Err..tak payah la..sa..saya balik rumah..rumah aje..”Adira terkemut-kemut malu.
“Nasib baik saya sempat sambut awak,”Daus tersenyum sambil terus memandu kereta.Pandangan matanya cuma dijeling melalui cermin pandang belakang.
“Sam..sambut?”
“Ye,saya sambut awak daripada terus terjatuh dan dukung awak masuk dalam kereta,”
“Sambut dan dukung?Aaaaa..,”Bunyi ‘aaa’ yang dikeluarkan Adira kdengaran seperti bunyi angin keluar dari tayar yang bocor.Daus ketawa kecil mendengar bunyi lucu yang dikeluarkan gadis secomel Adira.Wajah Adira sudah kemerah-merahan.
“Err..aku bukanlah nak bagi kau tension,tapi nasib baik ada Encik Daus ni.Kot tak azab la aku yang nak angkat kau kan?”Nad tersengih-sengih di sebelahnya memberi penjelasan.
Entah kenapa dia tak dapat mengingatkan langsung adegan sambut dan dukung itu.Kenapalah sistem badannya lemah sangat sampai suka-suki ke nak pengsan tak kira mana-mana tempat pun.Adira menepuk dahinya.(Senget la kau Dira!)
Daus masih mencuri pandangan melalui cermin pandang belakang keretanya.Seraut wajah yang comel itu ternyata sudah meragut degupan jantungnya.Kelihatannya seperti dia bernafas tapi dia tak pasti kapasiti oksigennya cukup atau tidak.
******
Shahir sudah ulang alik hampir 50 kali di halaman rumah.Datin Ainul hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Shahir.Dia pula risau akan keadaan Adira lebih daripada ibu kandung Adira sendiri.
Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang Adira jatuh pengsan,Shahir memang tak senang duduk.Mahu dijemputnya,pihak sekolah mengatakan Adira sudah pun dihantar pulang oleh wakil syarikat tekomunikasi Comm Holdings.Mahu tak mahu dia terpaksa berpusing-pusing di halaman rumah menanti kepulangan Adira.Dahinya berpeluh mengalahkan peserta larian merentas desa.
“Ahmad Shahir,cuba bawa duduk,”Rimas Datin Ainul melihat gelagat susah hati Shahir.Kata-kata mummy dibalas dengan sedikit senyuman.Senyuman yang tidak nampak berseri.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepas.Kalaulah jadi apa-apa kepada Adira,seumur hayat dia akan menyesal tak sudah.
Sebuah kereta R2 yang berwarna kuning masuk ke halaman banglo 3 tingkat itu menarik perhatian Shahir dan Datin Ainur.Shahir segera berlari ke arah kereta itu sebaik sahaja enjin kereta itu dimatikan.Dahinya berkerut kerisauan.Pintu penumpang belakang dibuka dan Nad sedang memimpin Adira yang masih kelihatan lemah dan pucat.Kepalanya masih pusing-pusing dan hampir-hampir terjatuh sebelum disambut Shahir.Dia sendiri tak tahu mengapa badannya lemah sangat hari itu.Barangkali dia keletihan kerana rutin diet yang tidak kena.Harap telahannya benar.Tanpa sepatah bicara dan tanpa mempedulikan mata yang memandang.Shahir mengangkat Adira dengan iringan mata Nad yang terkebil-kebil.(Alamak,habislah kawan aku dilanda perasaan nanti!).
Adira hanya membisukan dirinya.Pertama,dia akui dia sendiri tak terdaya nak berjalan.Kedua,dia tidak dapat melindungi rasa bahagianya apabila Shahir melayannya seperti menatang minyak yang penuh.Didukung abang tirinya bagaikan Cinderella didukung putera yang tampan.
“Shahir!”
Langkah Shahir terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.Shahir mengerut dahinya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.Perlahan-lahan Adira turun dari rangkulan abang tirinya,tapi Shahir masih memapah tangannya yang masih tidak mampu berdiri dengan betul.
“Daus?”Soalan yang terpacul dari mulut Shahir menambahkan kebingungan Adira.Apa pulak hubungan abang dengan mamat CEO ni?
“Oh..jadi kaulah abang tiri Adira?”Daus ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Suratan atau kebetulan,Daus sendiri tidak menduga sahabat baiknya ketika di Lincoln University ini adalah abang tiri gadis yang telah mencuri hatinya.Jodoh yang kuat barangkali.
“Selamat bertemu kembali,abang..eh,Shahir,”Daus tersenyum nakal sambil bersalaman dengan Shahir.Entah mengapa,Shahir berasa tidak begitu gembira dengan pertemuan semula dirinya dan Daus.Dia cuba untuk tersenyum.Tetapi senyumannya tawar seperti biskut kosong tidak bergula.
Adira berdiri di tengah antara Shahir dan Daus tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku terhadap ketiga-tiga mereka pada masa hadapan.Mungkinkah manis ataupun pahit hanya Yang Esa bisa mencorak.Cuaca yang panas tadi mula didatangi mega mendung.Awan yang biru tadi seolahnya telah ditelan oleh garuda hitam.
Suratan atau kebetulan,ternyata semuanya sudah tertulis.
0 comments:
Post a Comment