THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Sunday, May 30, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 7

PHOTO CREDIT:ABDUL MA'MANG DAN JANNA

Gerai mamak yang terletak di Jalan Chow Kit itu baru saja dibuka lewat kedatangan Shahir dan Daus di situ.Kedua-dua mereka menarik kerusi yang berwarna merah dan melabuhkan punggung ke atasnya.Mamak bermisai kontot ala Hitler itu tersengih-sengih sambil menebar roti canai.

Warga kota Kuala Lumpur masing-masing sibuk bergegas ke destinasi tempat mereka mencari rezeki.Berbeza dengan dua sahabat baik ini mereka masing-masing asyik mengisi perut yang keroncong dengan roti telur banjir dan teh tarik gelas besar.

“Punyalah jauh kau jemput aku dari Rawang,kedai mamak aje.Kata CEO,tapi belanja kedai mamak..apa barang,”

“Oit..suka suki aku la,memang aku CEO..kau ada?Kau tak de..aku ada,”

“Banyak la kau punya ada..aku ada Adira,kau ada..”Shahir terdiam seketika dan matanya terkebil-kebil memuhasabah kembali apa punya ayat yang terpacul dari mulutnya.Apakah relevannya ayat itu dengan topik CEO ini?

“Alah,adik tiri..masa depan entah-entah kau jadi abang ipar aku..hehe..”Daus yang tidak mengerti kata-kata Shahir membalas semula dengan senyuman nakalnya.Shahir cuba tersenyum tetapi tawar.Mujurlah Daus tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-katanya.Kalau tak tujuh enam tujuh enam..terjunam.

“Aku pun tak nak jadi CEO..tapi terpaksa,”Daus mengeluh kecil.Topik yang dibangkitkan ternyata mencuri perhatian Shahir.Dia memberi sepenuh perhatian kepada Daus.

“Sebab?”

“Kau ingat abang aku,Shah?”

“Asal pulak tak ingat,dia kan selalu chill dengan kita kat restoran Datuk Khaty kat Christchurch dulu.Kenapa dengan abang kau?”

“Sepatutnya Abang Shah yang jadi CEO..tapi..macam mana nak cerita ek?Dipendekkan cerita,dia gaduh besar dengan bapak aku,”

“Aik,bergaduh macam mana?”

“Abang Shah lebih suka ikut kehendak hatinya.Dia lebih berminat dengan kerjaya musician dia.Bapak aku angin satu badan la,bergaduh besar sampai sekarang Abang Shah pergi mana pun aku tak tahu.Mangsanya,aku,”Daus mengetap bibirnya sedikit geram.Kesal dengan sikap abangnya yang melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

“Sorry la..aku tak tahu,”Riak simpati terukir di wajah Shahir.“Kau okay ke?”

“Sekarang aku ada okay sikitlah.Eh,aku dengar kau ada affair dengan janda kaya tu ye?”Daus cuba mengubah topik yang tidak menyenangkannya.Sengaja mengenakan Shahir.Alang-alang lama tidak berjumpa,lebih baik mengorek rahsia.

“Kau ni affair la pulak.Bukan..”Kata-kata Shahir terhenti.Dia cuba menyusun ayat agar tidak menimbulkan sebarang pandangan tidak enak sahabat baiknya terhadap Farina. “Aku memang cuba meniti hubungan dengan dia,dia bukannya apa yang seperti tabloid gembar gemburkan.Dia wanita yang baik pada pandangan aku,”

“Tettt..jawapan anda tak diterima.Kau tak jawab pun soalan aku,ada atau tidak?”

“Aku bagi statement teman tapi mesra boleh?”Shahir mengangkat keningnya.Nakal.

“Pada firasat aku,bolehlah kot.Lagipun kau kan bakal abang ipar aku,”

“Kau tak habis-habis bakal abang ipar.Adik aku tu baru 17 tahun,baru nak ambil SPM.Takkan budak sekolah pun kau nak?”Shahir tersengih-sengih.

“Aku tunggu la dia habiskan sekolah.Tak boleh ke?”Daus memandang tepat ke mata Shahir dengan senyuman manis terukir di bibirnya.Shahir tidak menjawab soalan yang dilontarkan oleh Daus.Cuma sedikit senyuman dan cuba menghabiskan sisa baki teh tarik yang tinggal.

Bukankah dia sendiri sudah mengungkapkan Adira cuma adiknya.Adik tirinya.Dia harus melenyapkan apa sahaja perasaan yang melebihi kasih seorang abang.Itu janjinya.Tetapi mengapa tangannya sejuk walaupun dia meneguk teh tarik yang panas?

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang ketika Shahir sampai di rumah.Langkahnya longlai seperti tidak bermaya.Bukan kerana letih badan sahaja malahan letih minda juga.Usikan nakal Daus dengan status ‘bakal abang ipar’ membuatkan Shahir kurang selesa.Secara logiknya,tak ada apa yang perlu dirunsingkan.Ya,jika benar pun Daus menyukai adiknya siapa pula dia untuk menghalang?Lelaki itu datang dari keluarga yang baik,berharta dan berpendidikan tinggi.Jika benar Daus sanggup menunggu Adira sehingga habis persekolahannya,sepatutnya dia bahagia jika Adira mendapat lelaki seperti Daus.Bukan orang lain pun,sahabat baiknya sendiri.

Sebaik sahaja ‘sliding door’ itu ditolak.Wajah manis Adira menyambut kepulangannya dengan senyuman yang manja.

“Abang pergi mana?Satu hari Dira tunggu abang,”Bunyi nada suaranya sedikit merajuk.

Shahir cuma tersenyum.Membiarkan soalan itu tidak terjawab.Sebaliknya dia cuma menepuk kepala Adira perlahan dan berlalu pergi.

“Dira tanya ni,abang pergi mana?”Adira cuba bertanya lagi.Nada suara yang rajuk tadi sudah mula bertukar.Ada sedikit rasa sebak.Langkah Shahir terhenti.Terpaku seketika di hadapan tangga.

“Kenapa ni?”Shahir tidak memandang wajah yang melontarkan soalan.“Abang nak ke mana pun,Dira tak perlu peduli kan?Dira siapa?Girlfriend abang?Bukan kan?Dira ni Farina ke?”

Walaupun Shahir bertanya dengan suara yang lembut tapi kata-kata ini menghiris hati Adira bagaikan sembilu tajam.Pedih dan ngilu.Tanpa dipinta matanya mula digenangi air mata.

“Di..Dira tanya je..”Sedaya upaya Adira cuba menyembunyikan perasaan sedihnya tetapi sedannya tetap berbunyi.Dia mengelap air matanya kerana tidak mahu kelihatan cengeng dan keanak-anakan di hadapan abangnya.Teruk menahan air matanya namun sedu sedan itu masih berbunyi.

Shahir menarik nafasnya panjang dan terus menaiki anak tangga ke atas.Mana mungkin jiwanya tidak meruntun mendengar tangisan Adira.Hatinya cuba dicekalkan sedaya mampu.Jika dilayan esakan Adira,mungkin keadaan bertambah sulit.Mungkin janggal jika dilihat mummy dan daddy.Pantas dia menolak pintu kamarnya.Matanya menangkap sebiji kek coklat yang terletak di atas katilnya dan sekeping kad berwarna merah jambu.

Kad itu diambil dan dibacanya.

Abang yang Dira sayang,hari ni 13 Mac ulangtahun perkahwinan mummy dan daddy.Mummy dan daddy awal-awal lagi dah spent time together pergi dating.Bagi chance la kan?And...secara tak langsung,hari ini juga ulangtahun Dira menjadi adik abang.Balik sekolah,Dira try la buat kek ni dengan bantuan bibik.Sorry ye kalau tak sedap.Thanks sebab jadi abang Dira!

Tak suka abang panggil Ayang,

Dira

Shahir terduduk lemah di atas lantai.Sejuta penyesalan timbul dalam perasaannya.Mengapalah lancang sangat dia mengeluarkan kata-kata?Susah payah Adira mebuat kek ini untuknya,dia boleh pula tidak menghiraukan pertanyaan Adira.Kek yang siap dipotong dan diisi di dalam tupperware itu diambilnya dan dengan pantas Shahir turun semula ke bawah.Matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari adiknya.

Tiada langsung bayang Adira di ruang tamu rumah.Dia berlari ke hulu hilir seperti ibu ayam kehilangan anaknya.Destinasi akhirnya di luar rumah.Shahir berasa lega melihat Adira sedang duduk di atas pangkin di bawah pokok mangga sambil memeluk lutut.Hidung dan matanya kelihatan kemerah-merahan.Matanya bengkak seperti lepas menangis.

Perlahan-lahan Shahir menghampirinya dan duduk di sebelahnya.

“Abang..abang minta maaf,”Suaranya perlahan persis berbisik.Adira tidak memandang wajah Shahir.Kata-kata itu membuatnya kembali sebak.

“Buat..buat apa abang..abang nak minta..maaf?”Patah perkataannya tersekat-sekat.

“Sebab..sebab..sebab abang rasa bodoh sangat kerana tidak menghargai kek coklat comel yang macam Dira ni,”Shahir cuba bergurau.Senyuman manis terukir di bibir nipisnya.

“Memang..memang abang bodoh,”Akhirnya Adira memandang wajah Shahir.

“Abang memang bodoh,”

“Abang ingat rambut serabut abang tu lawa sangat?”

“Rambut serabut abang memang tak lawa,”Shahir mengiyakan kata-kata Adira sambil tersenyum.

“Mata coklat abang tu paling hodoh sekali,”

“Mata coklat abang memang hodoh,”Sengaja Shahir mengecilkan suaranya.Mengikut nada suara Adira.

“Abang ngajuk cakap Dira lagi bodoh,”

“Abang memang suka ngajuk Dira pun,”Shahir mencalit krim coklat di pipi Adira.“Terima kasih sebab menghargai kehadiran abang dalam hidup Dira,”

“Kek tu untuk makanlah,bukan main calit-calit pipi,”Adira mengesat krim coklat di pipinya.Air mata yang bergenang dikelopak matanya juga dikesat.

“Okay..meh abang suap,”Shahir menyuapkan kek coklat itu ke mulut Adira.Sengaja diambil potongan yang paling besar.

“Tak sedap,”Adira mengomel dengan mulutnya yang masih dipenuhi kek.

“Tak sedap?”

“Keras kejung macam terlebih gula,”Kata Adira sambil mengambil sepotong kek dan menyumbat ke mulut Shahir yang terpinga-pinga.Shahir terdiam seketika cuba merasa kesedapan kek itu.Tapi.

“Huh..memang tak sedap,fail!”

“Memang Dira fail kan?Ha!Ha!Ha!”

“Fail tahap tak boleh jadi hokage macam Naruto,”

“Abang ni lebih-lebih pulak.Sikit-sikit dah lah,”

“Okay..okay..abang minta maaf sekali lagi.Kita keluar makan malam nanti?”

“Kita pergi mana?”

“Kita keluar makan kat sini aje,,kat bawah pokok ni.Abang masak special untuk Adira,”

“Eii,kedekut!”

Suara nyaring Adira memenuhi halaman rumah.Bertempiaran burung-burung yang tumpang bertenggek di pohon mangga itu.

******

Christchurch,4.00 petang.

Farina menikmati pai strawberri sebagai dessert selepas menikmati spaghetti lasagna di sebuah restoran masakan Itali.Datin Linda Jasmine yang merupakan rakan kongsi syarikatnya turut menemaninya.

“After the big achievement dalam pelaburan hospital swasta itu.I think kita patut juga do the same thing dengan our branch kat Malaysia.Bak kata orang,at least berbudi di tempat kita,”Datin Linda cuba memberi cadangan secara lisan.

“I ada fikir juga pasal tu.Lagipun I dah lama tak balik Malaysia,”

“Gossip sikit,boyfriend you pun dah lama kat sana.Tak balik-balik lagi?Ada orang baru apa?”

“You jangan,Shahir bukan womaniser okay?He’s a one man woman,”

“I tak percayalah,dia handsome and still young kan?I bukan nak cuit you.Just a wild guess,”

“You nak suruh I jaga branch kat Malaysia ke ni?”

“Kawan I memang bijak,dapat meneka hint yang I berikan.Farina,gurau tu gurau juga.But when did the last time he called you?”

Farina tidak menjawab soalan yang dilontarkan rakan kongsinya itu.Ya,bila kali terakhir Shahir menelefonnya?Satu hari selepas pemergiannya barangkali.Dek kesibukan menumpukan kepada projek hospital itu,Farina tidak begitu kisahkan sangat sama ada Shahir ada menelefonnya atau menghantar pesanan ringkas melalui telefon,YM atau Blackberry Messenger.

Tetapi selepas ditanya dengan soalan sebegitu,hati Farina mulai curiga.Apakah Shahir sudah mempunyai gadis lain?Dia mengeluh perlahan.Dia harus pulang ke Malaysia dengan segera.

*****

Suasana di halaman rumah Datuk Maulana dan Datin Ainul agak ceria dengan gurauan Shahir dan Adira.Mbak Seena yang merupakan bibik di situ turut membantu menyediakan meja dan kerusi .

“Mbak Seena,jom join,”Adira menarik tangan Mbak Seena yang kelihatannya mahu segera bergegas masuk semula ke dalam rumah.

“Oh,ngak bisa Cik Adira,saya ada hal yang lebih penting di dalam,”

“Penting?Apa yang pentingnya?Mbak nak masak apa lagi?Kan saya dah masak special menu ni.Mummy dan daddy pun makan kat luar kan?”Sampuk Shahir pula.

“Bukan..bukan mahu memasak.Mbak mahu menonton sinetron.Mbak udah kangen sama Dude Harlino.Orangnya ganteng,”Mbak Seena tersipu-sipu malu.

“Okay..saya faham,”Adira melepaskan pegangan sambil mengukir senyuman.Shahir sekadar menggeleng-gelengkan kepala.(Gatal juga mbak ni..fanatik si hero Aqso Madina).

Sebelum sempat Adira duduk,Shahir bingkas bangun dan menarik kerusi buatnya.

“Sila duduk dan bersedia untuk menikmati hidangan yang paling marvellous daripada Chef Che Amat,”

Adira hanya tersenyum ceria melihat telatah abangnya pada malam itu.Pinggan berbunga-bunga itu didekatkan kepada Adira.

“Mi Sedap goreng yang abang gorengkan dengan penuh kasih sayang dan penghargaan untuk adik abang,Siti Adira..candle please,”Shahir menggores mancis dan menyalakan tiga batang lilin di atas meja.

“Ini special menu abang,Mi Sedap?”

“Aik,no komen.Rasanya lagi sedap daripada kek coklat keras kejung tadi,”

“Setakat Mi Sedap,budak kecik pun boleh,”

Shahir tidak lagi membalas kata-kata Adira.Dia duduk berhadapan dengan gadis itu dan merenung tepat ke matanya.Mata redupnya yang disinari cahaya lilin membuatkan Adira berasa tidak selesa direnung sedemikian.

“Terima kasih kerana menyayangi abang dan menerima abang dan daddy dalam hidup Dira dan mummy.Abang sangat-sangat hargai dan abang pun sayang Dira,”

Adira hanya mampu tersenyum.Dia tidak peduli jika Shahir sekadar menyayanginya sebagai adik,hatinya sudah pun berbunga-bunga.

“Kenapa Dira terdiam?”

“Dira terdiam sebab Dira tak tahu nak cakap apalah,”Adira menggosok-gosok hidungnya cuba melindungi rasa malu.

“Abang suka bila Dira gosok hidung macam tu,”

“Abang suka Dira gosok hidung?”

“Memanglah,sebab abang suka hidung Dira,”

“Abang suka hidung Dira?Dira pun suka hidung abang,”

“Dira suka hidung abang juga?Abang suka bulu mata Dira,”Sengaja Shahir menambah lagi usikan nakalnya.

“Abang suka bulu mata Dira?”

“Ye,”

“Abang suka bulu mata Dira?”

“Ye,abang suka,”

“Abang suka bulu mata Dira?”

“Yee..abang suka bulu mata Dira.Boleh tak kita makan?Sebab nanti sejuk pula Mi Sedap ni,”Wajah Shahir sudah kemerah-merahan menahan rasa malu.Suara manja Adira bisa membikinnya serba tak kena.

“Okay,”Adira hanya ketawa kecil melihat reaksi abang tirinya.Sekalipun dia tidak pasti apa perasaan Shahir terhadapnya tapi kenangan malam ini akan sentiasa tersemat di dalam hatinya.Sekurang-kurangnya abang sudah mula melayannya dengan baik dan mesra.

Senyuman manis Adira memberi seribu kekuatan buat Shahir.

(Abang cuba untuk tidak melukakan hati Adira lagi.Jika abang tak bisa menjadi lelaki yang mencintai Adira pun,abang sudah cukup bahagia menjadi ‘guardian angel’ buat Adira)

When I see your smile
Tears roll down my face I can't replace
And now that I'm strong I have figured out
How this world turns cold and it breaks through my soul
And I know I'll find deep inside me I can be the one

I will never let you fall
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all
Even if saving you sends me to heaven

It's okay. It's okay. It's okay.
Seasons are changing
And waves are crashing
And stars are falling all for us
Days grow longer and nights grow shorter
I can show you I'll be the one

Tiada yang lebih bahagia buat Shahir daripada melihat Adira bahagia.Biarlah malam ini memberi kebahagiaan buat mereka berdua.Kerana hari esok dan esoknya hanya Dia yang tahu apa yang bakal berlaku.Sama ada langit akan selalu cerah atau sebaliknya.

Friday, May 28, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 6


Sejak dia mengumumkan Iwan sebagai buah hati tanpa rela,Iwan mula bertukar daripada mamat skateboard yang cool kepada kekasih awal dan akhir yang amat merimaskan Adira.Apa tidaknya,kerja rumah yang baru 10 minit diumumkan cikgu sudah Si Iwan sudah siapkan.Tiap-tiap hari ada bunga atas mejanya ala-ala sekebun cinta yang berbunga.Itu belum masuk adegan waktu rehat,Iwan dan kawan-kawannya akan ‘mencepuk’ kepala murid-murid yang beratur supaya memberi laluan Adira membeli makanan di kantin.Adoyai,memang sengaja dia mencari masalah.Mana mungkin dia bisa menduga Iwan akan berubah karaktor ala-ala romantika macam hero Bollywood.Hero Bollywood?Nasib baik Iwan belum ke tahap menari dan menyanyi lagi.Kalau tak mahu juga Adira bertukar pakaian macam Kajol selang 30 saat untuk satu lagu.

Hari ini pula Iwan beriya-iya hendak menjemputnya ke sekolah.Matilah kalau mummy dan daddy nampak Iwan tersengih-sengih dengan Viragonya di luar halaman nanti.Lebih baik dia cari alasan.Menggunakan akal bijaksana seperti daddy nya Datuk Maulana,semalam sengaja Adira memancitkan tayarnya.Keempat-empat sekali.

“Mummy,”

“Hmm..”

“Tayar kereta Ayang pancit la,semua sekali”

“Iye?Kenapa?”Datin Ainul membulatkan matanya.Datuk Maulana yang sedang asyik menikmati sarapan paginya juga menumpukan perhatian kepada Adira.

“Entahlah,mummy.Ayang tau bawa je,ayang mana tau ayang langgar apa..kan?Kan?”Matanya berkelip-kelip memohon simpati mummy dan daddy.Pandangan meminta belas kasihan yang maha tinggi.

“Tak cakap awal-awal.Nak pergi dengan siapa?Daddy ada flight ke Singapore hari ni,”Datuk Maulana menggeleng-gelengkan kepalanya.(Hang Jebat Hang Tuah,anak bertuah!)

“That’s not a big problem at all,daddy..ayang boleh pergi dengan kawan,”(Tettt..jarum dah masuk!)

“Apa pulak?Abang kan ada,”Shahir tersenyum sambil duduk di sebelah Adira.Adira mencebik bibirnya.(Eleh,tetibe je datang boyfriend si perempuan kaya nih..)

“Tak payah..kawan Adira ada,tak payah la abang nak susah-susah pasal Dira pun.Siapalah Dira kan?”Adira bingkas bangun dan menggalas beg sekolahnya.Dia mencium tangan mummy dan daddy sebelum berlalu pergi dari situ.

Shahir cepat-cepat menghirup teh sebelum dia juga turut bingkas bangun dari meja makan.Mujurlah teh itu pun sudah suam,jika tidak mahu melecur lidahnya.Datuk Maulana dan Datin Ainul saling berpandangan antara satu sama lain.Macam-macam hal budak-budak dua orang ni.

Tergopoh-gapah Shahir memakai selipar jepun sebelum mengejar Adira yang berlari cepat seperti lipas kudung.Dia menarik beg sekolah yang dipakai Adira.Hampir terjatuh Adira dibuatnya.Adira mencebik bibirnya.(Sibuk!)

“Dira nak pergi dengan siapa?”Shahir bertanya dengan nada suara yang lembut.Senyuman manis terukir di bibirnya.

“Dira pergi dengan boyfriend Dira la,abang sibuk kenapa?”

“Oh,ada boyfriend sekarang,siapa ye?”Shahir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Reaksinya yang seolah-olah menyindir Adira menambahkan lagi kegeraman di hati adik tirinya.

“Iwan la,siapa lagi?Bwek!”Adira menjelir lidahnya.

Jawapan Adira membuat Shahir ketawa terbahak-bahak.Geli perut seperti menonton Raja Lawak.Adira menampar bahunya.

“Abang kenapa?Dengki la tu!”

“Tak de..sorry,tak de apa-apa,”Shahir masih menahan ketawanya.Entah mengapa dia dapat merasakan Adira hanya suka-suka berpacaran dengan Si Iwan.Barangkali Adira ingin membikinnya cemburu.Ketawanya dimatikan apabila melihat wajah anak gadis itu merah menahan bengang.Shahir tidak dapat menidakkan sedikit tak banyak dia memang cemburu apabila Adira mengatakan Iwan kekasihnya.Walaupun kebarangkalian tidak benar amatlah tinggi.

Adira masih mencekak pinggangnya.Matanya merenung tajam ke arah Shahir.

“Abang minta maaf pasal ketawakan Dira.Settle okay?Jom abang hantar,”

“Tak payah,Dira nak pergi dengan Iwan,”

“Janganlah jadi budak degil,abang hantarkan,”

“Dira bukan budak-budaklah,abang ni..”

Kata-kata Adira terhenti apabila mendengar bunyi hon motor.Iwan tersenyum di luar rumah sambil menghulurkan helmet.Lagak gayanya ala Awie dalam cerita Sembilu.Macho tak agak-agak.

Adira menjeling ke arah Shahir sebelum menuju ke arah Iwan.Shahir mengikut dan memotong langkah Adira.Dia terlebih dahulu sampai kepada Iwan.Tanpa Adira duga,Shahir mencekak kolar uniform sekolah Iwan.

“Siapa nama kau?”Sengaja Shahir mengangkat keningnya seolah-olah marah dengan kehadiran Iwan.Jari telunjuknya ditunjal ke dahi Iwan.

“I..I..Iwan..”

“Iwan apa?”

“I..Iwan Chew,”

“Dengar sini Iwan Chew,”Shahir memperkemaskan cekakan tangannya,”Mulai sekarang,aku Ahmad Shahir,abang Adira tak mau kau jadi boyfriend adik aku lagi,boleh?”

“Err..kalau jadi juga bang?He..he..”

“Kalau jadi juga,itu maknanya kau tak sayang leher kau,”

“A..dehh...dehhh..okay..okay..”Iwan menjerit perlahan apabila Shahir mencekak kuat lehernya.(Abang dia ni bekas komunis ke apa?)

Iwan membetul-betulkan kolar bajunya.Berair matanya dibuat dek Shahir.Namun sedaya upaya Iwan cuba maintain cute di hadapan Adira yang terpaku melihat kejadian yang tidak diingini pada awal pagi.

“Dira,sorry ye?Aku..aku..aku lupa aa..emak aku cakap tak baik bawak budak perempuan bonceng motor..err..bawah u..umur,”Iwan terus memecut Virago berwarna merah itu meninggalkan asap yang berkepul-kepul.Adira terbatuk-batuk kecil sambil menutup hidungnya.(Vunguks betul!)

“Tengok,macam tu lelaki yang boleh menjaga Adira?Ish..ish..”Shahir menggeleng-gelengkan kepalanya.“Kalau ya pun carilah yang bertanggungjawab sikit adik sayang oi.”

“Kenapa abang peduli sangat siapa boyfriend Dira?”

“Sebab abang nak Adira habiskan sekolah dulu..cemerlang dalam SPM.Sekarang masuk kereta,abang hantar,”

“Tak nak!”Adira memeluk tubuhnya.Sengaja menunjukkan sikap degil dan keras kepala.

“Betul tak nak masuk?”

“Tak nak!”

“Abang dukung karang..”Shahir cuba mengugut sambil tersenyum nakal.

“Dukunglah kalau berani!”

“Meh sini..”Shahir mebongkok badannya seolah-olah hendak mengangkat Adira.

“Stop!”Adira memejamkan matanya.Serentak dengan itu dia menahan nafasnya.Degup jantungnya berdebar kuat.Nafasnya dilepaskan perlahan.Wajahnya sudah kemerah-merahan menahan malu. “Okay,orang naik kereta,”

“Tau pun takut,”

“Bukan takutlah,malu!”Adira masih membebel di dalam kereta.Shahir hanya mendengar leteran adik tirinya tanpa mempedulikannya.Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

Adira sendiri tidak mengerti dengan tindakan Shahir.Apakah tindakan itu di atas sifat melindungi seorang adik atau Shahir juga mempunyai perasaan sepertinya?Dia benar-benar keliru.Mengganggu fikiran betul.

Yang pasti buat masa ini,Adira ingin sangat menendang Shahir keluar dari kereta.Geram!

******

Nad mengetuk-ngetuk kepalanya dengan sebatang pensel 2B.Dia memandang Adira yang asyik menghisap coklat Choki Choki sambil membuat kerja sekolah.

“Pelik kan?”

“Apa yang pelik Nad?”

“Sikap abang tiri kau tu la,”

“Kan,macam dia cemburu je dengan Iwan..hehehe..”Adira menyeringai seperti kerang busuk.Walaupun sakit hati dengan tindakan Shahir tetapi dalam hatinya berbunga-bunga juga apabila abang tiri kesayangannya itu tidak senang dengan kehadiran Iwan.Dalam senyuman tak sedar diri itu Nad terkebil-kebil melihat tompok coklat di celah gigi kawan baiknya.

“Engkau ni muka cun tapi coklat menepek je kat gigi,”Nad ketawa kecil.Mendengar komen Nad,Adira segera menutup mulutnya.Berusaha membuang sisa Choki Choki dengan lidahnya.

“Tapi kan,kiranya Si Iwan tu single la ye..hehehehe..”Nad menyambung kata-katanya sambil tersengih.Adira memandang kawannya dengan pandangan yang sinis.

“Patutlah..kau syok kat dia ek?ayok..tak tahu..tak tahu,”

“Kau boleh tak perlahankan volume tu?”Nad masih tersenyum seperti orang mabuk cinta. “Kau kan tahu taste aku mamat jambu,tapi kau tengoklah sekarang dia syik duk menghimpit Anum pulak,awek rock yang cun tu”

“Alah kesiannya,kau nak aku arrange kan?”Adira mencuit nakal pipi Nad.

“Tak payah,biar cinta itu datang sendiri.Sekarang kita belajar dulu,okay?”

“Okay,make sure 17 A1 eh?”

“Emak aih,apasal kau tak ambik 30 subjek terus?”Nad membeliakkan matanya.(Bila minah ni daftar sampai 17 subjek?)

Perbualan mereka terhenti apabila seorang junior datang tergopoh-gapah.Budak lelaki berbadan kecil itu termengah-mengah di hadapan pintu kelas 5A.

“Ada promosi talian free Comm Holdings kat kantin.Siapa cepat,dia dapat!”

Adira dan Nad saling memandang sesama mereka.(Eh,Comm Holdings??).Kedua-duanya pantas mengimbau kenangan pahit waitress tak halal di Hotel Hilton.Seram.

*****

Promosi pra bayar percuma oleh Comm Holdings mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pelajar Sekolah Menengah Queen Isabelle.

Terjerit-jerit promoter berbaju merah itu memohon para pelajar supaya beratur dan berdisiplin.CEO Comm Holdings yang turut hadir untuk promosi percuma itu mengeluh kecil melihat suasana yang sesak itu.Lelaki itu menanggalkan kot Versace yang dipakainya.Tali lehernya dilonggarkan.Kemeja lengan panjang DKNY berwarna putih itu dilipas ke paras lengan.Memori di mindanya berputar-putar ligat.

Nama penuh Siti Adira.Nama manja Ayang.Anak tiri Datuk Maulana.Ada seorang abang tiri tetapi tak dapat dipastikan.Peminat setia Stacy dan Datuk Siti Nurhaliza.

Daus tersenyum sendirian mengingatkan fakta-fakta yang diberi oleh setiausahanya.Lagaknya seperti murid Tahun 2 mengahafal sifir.Sesekali dia menjauhkan pandangan matanya.Tak nampak pula kelibat budak perempuan comel persis bintang Korea itu.

Tidak jauh dari situ,Nad sedang menarik tangan Adira menuju ke kantin.Nad menjeling-jeling ke arah pelajar yang tak dikenalinya lebih banyak daripada yang dia kenal.Motif sangat sekolah lain pun boleh masuk kawasan sekolahnya.Kebarangkalian pak guard tertidur amatlah tinggi.

Adira pula hanya membiarkan sahabat baiknya mengheretnya ke mana sahaja.Cuaca yang panas dan keadaan yang berhimpit-himpit di antara satu sama lain membuatkan Adira berasa tidak selesa.Pandangan matanya berpinar-pinar.Kepalanya mula berasa pusing.Suara manusia di sekelilingnya menjadi perlahan dan lambat seperti pita kaset lama yang rosak.Adira tak pasti sama ada hari cepat berlalu atau malam sudah menjelma.Gelap.

Di luar jangkaannya,dia rebah pada saat itu juga.

******

“Dira..Dira..Siti Adira..waaaa..kau jangan tinggal aku..Dira..”

Dalam keadaan separuh sedar,Adira dapat merasakan tangan seseorang menepuk pipinya seiring dengan suara ala Patrick Starfish dalam Spongebob’s Squarepants.Kepalanya masih berdenyut tetapi semakin stabil.Setelah diamatinya dengan bersungguh-sungguh,suara yang disangka suara Patrick tadi perlahan-lahan menjadi lemak merdu seperti suara sahabatnya,Nad.Matamya dibuka perlahan-lahan.

“Waa..kau hidup lagi,”

Nad memeluk Adira sepenuh jiwa.Hampir lemas Adira dalam pelukannya.(Ni nak bagi aku pengsan kali kedua ke apa?)

“Bawak bertenang,karang pengsan lagi kawan awak tu,”

Suara seorang lelaki menangkap pendengaran Adira.Dalam keadaan mamai,dia sedikit terkejut melihat dirinya berada di dalam sebuah kereta mewah dan besar.

“Aaaa...kereta siapa ni?”Adira mula rasa nak menangis.Bimbang dirinya dan Nad diculik.Nanti mesti penculik minta duit tebusan yang nilainya tak masuk dek akal.Kalau mummy dan daddy tak dapat sediakan mungkin kaki dan tangannya akan dipotong.Ngeri.

“Ni Encik Daus,ingat tak?”

“Encik Daus?”Adira terkebil-kebil.Tak faham.

“CEO Comm Holdings,”Bisik Nad perlahan.

“O..M..G..,”Pantas kenangan kantoi dengan CEO syarikat komunikasi terkenal kembali mewarnai minda Adira.Malunya.

“Dah okay ke?Tak nak ke hospital?”

“Err..tak payah la..sa..saya balik rumah..rumah aje..”Adira terkemut-kemut malu.

“Nasib baik saya sempat sambut awak,”Daus tersenyum sambil terus memandu kereta.Pandangan matanya cuma dijeling melalui cermin pandang belakang.

“Sam..sambut?”

“Ye,saya sambut awak daripada terus terjatuh dan dukung awak masuk dalam kereta,”

“Sambut dan dukung?Aaaaa..,”Bunyi ‘aaa’ yang dikeluarkan Adira kdengaran seperti bunyi angin keluar dari tayar yang bocor.Daus ketawa kecil mendengar bunyi lucu yang dikeluarkan gadis secomel Adira.Wajah Adira sudah kemerah-merahan.

“Err..aku bukanlah nak bagi kau tension,tapi nasib baik ada Encik Daus ni.Kot tak azab la aku yang nak angkat kau kan?”Nad tersengih-sengih di sebelahnya memberi penjelasan.

Entah kenapa dia tak dapat mengingatkan langsung adegan sambut dan dukung itu.Kenapalah sistem badannya lemah sangat sampai suka-suki ke nak pengsan tak kira mana-mana tempat pun.Adira menepuk dahinya.(Senget la kau Dira!)

Daus masih mencuri pandangan melalui cermin pandang belakang keretanya.Seraut wajah yang comel itu ternyata sudah meragut degupan jantungnya.Kelihatannya seperti dia bernafas tapi dia tak pasti kapasiti oksigennya cukup atau tidak.

******

Shahir sudah ulang alik hampir 50 kali di halaman rumah.Datin Ainul hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Shahir.Dia pula risau akan keadaan Adira lebih daripada ibu kandung Adira sendiri.

Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang Adira jatuh pengsan,Shahir memang tak senang duduk.Mahu dijemputnya,pihak sekolah mengatakan Adira sudah pun dihantar pulang oleh wakil syarikat tekomunikasi Comm Holdings.Mahu tak mahu dia terpaksa berpusing-pusing di halaman rumah menanti kepulangan Adira.Dahinya berpeluh mengalahkan peserta larian merentas desa.

“Ahmad Shahir,cuba bawa duduk,”Rimas Datin Ainul melihat gelagat susah hati Shahir.Kata-kata mummy dibalas dengan sedikit senyuman.Senyuman yang tidak nampak berseri.Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dilepas.Kalaulah jadi apa-apa kepada Adira,seumur hayat dia akan menyesal tak sudah.

Sebuah kereta R2 yang berwarna kuning masuk ke halaman banglo 3 tingkat itu menarik perhatian Shahir dan Datin Ainur.Shahir segera berlari ke arah kereta itu sebaik sahaja enjin kereta itu dimatikan.Dahinya berkerut kerisauan.Pintu penumpang belakang dibuka dan Nad sedang memimpin Adira yang masih kelihatan lemah dan pucat.Kepalanya masih pusing-pusing dan hampir-hampir terjatuh sebelum disambut Shahir.Dia sendiri tak tahu mengapa badannya lemah sangat hari itu.Barangkali dia keletihan kerana rutin diet yang tidak kena.Harap telahannya benar.Tanpa sepatah bicara dan tanpa mempedulikan mata yang memandang.Shahir mengangkat Adira dengan iringan mata Nad yang terkebil-kebil.(Alamak,habislah kawan aku dilanda perasaan nanti!).

Adira hanya membisukan dirinya.Pertama,dia akui dia sendiri tak terdaya nak berjalan.Kedua,dia tidak dapat melindungi rasa bahagianya apabila Shahir melayannya seperti menatang minyak yang penuh.Didukung abang tirinya bagaikan Cinderella didukung putera yang tampan.

“Shahir!”

Langkah Shahir terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.Shahir mengerut dahinya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.Perlahan-lahan Adira turun dari rangkulan abang tirinya,tapi Shahir masih memapah tangannya yang masih tidak mampu berdiri dengan betul.

“Daus?”Soalan yang terpacul dari mulut Shahir menambahkan kebingungan Adira.Apa pulak hubungan abang dengan mamat CEO ni?

“Oh..jadi kaulah abang tiri Adira?”Daus ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Suratan atau kebetulan,Daus sendiri tidak menduga sahabat baiknya ketika di Lincoln University ini adalah abang tiri gadis yang telah mencuri hatinya.Jodoh yang kuat barangkali.

“Selamat bertemu kembali,abang..eh,Shahir,”Daus tersenyum nakal sambil bersalaman dengan Shahir.Entah mengapa,Shahir berasa tidak begitu gembira dengan pertemuan semula dirinya dan Daus.Dia cuba untuk tersenyum.Tetapi senyumannya tawar seperti biskut kosong tidak bergula.

Adira berdiri di tengah antara Shahir dan Daus tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku terhadap ketiga-tiga mereka pada masa hadapan.Mungkinkah manis ataupun pahit hanya Yang Esa bisa mencorak.Cuaca yang panas tadi mula didatangi mega mendung.Awan yang biru tadi seolahnya telah ditelan oleh garuda hitam.

Suratan atau kebetulan,ternyata semuanya sudah tertulis.

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 5


Adira dan Nad terbaring di atas padang menghijau yang terbentang luas.Sorak-sorai dan jeritan rakan-rakan perempuan lain yang asyik bermain bola jaring seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Hujung kepala mereka bertentangan seperti kembar siam.Kena pula dengan cuaca petang itu yang indah dengan awan biru yang terpotret di dada langit.Hembusan angin meniup lembut dan memberikan satu rasa yang cukup aman dan tenteram.

“Dira..,”

“Hmm?”

“Kau suka Abang Shahir ek?”

“Hmm..”

“Sejak bila?”

“Sejak aku darjah tiga,”

“Gatallah kau!”

Kata Nad itu disambut dengan cubitan Adira ke pipinya.

“Sakitlah Senah!”Nad menyapu-nyapu pipinya.

“Sampai bila kau nak ‘Senah’kan aku ni?”

“Kelakar la kau..Senah dan Budin..poyo tak agak,”

“Diamlah vunguks,”

Nad mengalihkan badannya.Meniarap sambil jarinya bermain-main dengan rambut sahabat baiknya.

“Dira,kau tak rasa janggal?”

“Sebab?”

“Memanglah dia abang tiri kau tapi entahlah..kalau aku dalam situasi kau,aku rasa macam sumbang mahram je,”

Nad menarik rambut gatal Adira.Adira mengaduh kecil sambil menggosok-gosok kepalanya.(Dah tak de kerja lain daripada cabut rambut aku?)

“Inilah manusia.Tuhan dah halalkan,manusia pula haramkan,”Adira mengeluh perlahan sambil memejamkan matanya.

“Tak ada la..bagi aku,peliklah kau.Banyak-banyak lelaki,dalam rumah kau sendiri yang kau berkenan.Macam budak AF,pusing-pusing couple sesama sendiri,”

“Ikut suka hati kaulah Nad.Bagi aku,ku percaya ada cinta,”

“Ceh!Motif sangatlah tu lagu Datuk Siti.Oi,aku serius ni babe,”

Nad menunjal perlahan dahi Adira.

“Aku lagilah serius.Dalam hati aku hanya ada abang.Salah ke?”Adira bingkas bangun dan memandang tepat ke mata Nad.

“Entahlah,aku takut kau yang kecewa.Kau sendiri pernah cakap kat aku yang abang kau dah ada girlfriend.Lagipun,kau yakin ke abang tiri kau pun ada perasaan yang sama?Wake up Siti Adira!”Hujah Nad dengan tegas dan suara yang agak tinggi.

“Bukan cinta namanya kalau tak ada badai,gelora dan lautan api.Sudahlah Nad,aku harap kawan baik aku dapat memberi sokongan kepada aku.Tapi kalau kau pun menghalang perasaan aku.Aku tak tahu apa erti persahabatan kita,”Adira mencapai beg sekolahnya dan meninggakan Nad yang terdiam terpaku di situ.

Nad menghela nafasnya.Tiada sekelumit niatnya untuk menghalang perasaan cinta Adira,tetapi dia Cuma berharap Adira dapat menimbang semula rasa cintanya kepada abang tirinya.Buat apa mengharapkan kepada sesuatu yang tak pasti.Tambahan pula lelaki itu sudah pun berpunya.Lebih daripada itu dianggap sebagai keluarga sendiri.

“Peduli kaulah Senah!”

Jeritan Nad memenuhi ruang padang sekolah.Adira tidak mempedulikan jeritan Nad.Langkahnya terus teratur ke hadapan.Dia tidak peduli kata-kata Nad atau bagaimana Nad hendak pulang ke rumah.Geram hatinya apabila perasaannya terhadap abang dipandang remeh oleh sahabat baiknya.

Adira tekad dengan rasa hatinya.Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan!

*****

Daus meneliti kertas kerja Projek Mesra Sekolah Comm.Dia memandang wajah pengurus pemasaran yang sedia menanti arahannya.Projek promosi talian prabayar untuk murid sekolah secara besar-besaran.Menarik.Cincin di tangannya diputar-putar.

“Sekolah mana dulu?”

“Kita fokus KL dulu,Encik Daus,”

“Ye ke?”Daus mengerutkan dahinya.Seolah-olah memikirkan sesuatu.Interkom di atas meja ditekan.

“Suzy,I need your help,”

“Yes,Mr.Daus?”Suara setiausahanya kedengaran melalui corong interkom.

“I nak you cari sekolah di mana Siti Adira anak Datuk Maulana belajar,”

“Excuse me,sir.Macam mana I nak cari?”

“Alah you ni,you Google la,FB ke..takkan tu pun I nak ajar,”

“I’m sorry,Mr.Daus.Okay,err..I cari..”

“Pandai pun,”Daus tersenyum memandang pengurus pemasarannya yang masih tegak berdiri di hadapannya. “You ada apa-apa lagi ke,Badrul?”

“Tak,tuan.Tuan approved ke?”

“Apa pulak tak approved?Kecil tapak tangan,planet Marikh saya bagi awak,”

“Terima kasih tuan,”

“Oh..sama-sama.Pasal sekolah biar saya yang tentukan,okay?”

Badrul mengangguk.Daus memberi syarat supaya keluar.Lelaki itu mengangguk-angguk sambil keluar dari bilik Pengarah Comm Holdings.

Daus tersenyum sendirian.Dadanya dipegang.Setiap kali terbayangkan Adira,debaran jantungnya semakin kencang.Walaupun gadis itu baru berusia 17 tahun,ada satu pesona yang menarik perhatiannya.Keletah naif bercampur nakal yang mencuit hatinya.Sejak pertemuan kali pertama di Hilton,Daus tidak dapat melupakan seraut wajah comel yang membikinnya serba tak kena.Jika tidak kerana dirinya menjadi tetamu yang penting pada malam itu,tak ingin dia lepaskan gadis itu.

Interkom di meja ditekan lagi.

“Suzy,you dah jumpa?”

“I tengah cuba Mr.Daus.Server down sikit hari ni,”

“Okay,you cari semua maklumat pasal dia sama.Faham?”

“Yes,Mr.Daus,”

Daus menarik nafasnya dan melepaskannya perlahan-lahan.(Hai Adira..kau buat aku makan roti rasa ketupat dan mandi pun masih rasa panas..).

******

Shahir duduk sendirian di atas pangkin di bawah pokok mangga.Menikmati alam indah ciptaan Tuhan dengan berjuta bintang bagai keronsang menghiasi dada angkasa.Dia memandang jam di tangannya.Sudah pukul 12 tengah malam.

Matanya masih terbuka luas dan sukar untuk dilelapkan.Suasana dalam rumah sudah gelap dan sunyi.Barangkali daddy,mummy dan Adira sudah dibuai mimpi.

Shahir mengambil BlackBerry Bold 9700 dari dalam sakunya.Jarinya menekan-nekan kekunci sebelum video Adira sedang membuat pelbagai aksi wajah terpapar di skrin telefon.Shahir tersenyum melihat telatah nakal Adira semasa mereka di Kuala Lumpur.

Tiba-tiba pandangan Shahir gelap apabila sepasang tapak tangan menutup matanya.

“Buat apa nak tengok video jika orang yang sebenar ada di depan mata?”Suara lembut berbisik ke telinganya.

“Dira..”Shahir meleraikan tangan yang menutupi pandangannya.

Video di telefon bimbitnya cepat-cepat dimatikan.Senyuman sengetnya terukir sebaik melihat Adira di sebelahnya dengan memakai pijama Power Puff Girls separuh lutut.Comelnya adik abang!

“Esok kan sekolah?Kenapa tak tidur lagi?”

“Saja Dira nak temankan abang,tak boleh?”

“Bukan tak boleh,abang berjaga sebab abang tak boleh tidur.Abang bukan nak pergi sekolah macam Dira.Tak ada hal kalau abang tidur lewat,”Shahir bersuara lembut.

“Malam-malam lain pun Dira tidur lewat,”

“Okaylah adik sayang,teman abang sampai esok pun tak apa.Biar mata lebam macam Kung Fu Panda,”

Senyuman tawar terukir di wajah Adira sebaik mendengar perkataan ‘adik’ yang diungkap Shahir.Shahir memandang hairan wajah yang sedikit mencuka itu.

“Kenapa ni?”

“Kenapa apa?”

“Masam je,”

“Tak de apalah,abang..ni Dira dah senyum,”Adira menarik pipinya supaya kelihatan senyumannya lebar.Shahir hanya ketawa kecil.

“Itu dah macam badut..haha..”

“Banyaklah abang punya badut,”Adira terdiam seketika.Mulutnya terkumat-kamit seolah-olah ingin menyusun ayat.“Siapa nama girlfriend abang?”

“Girlfriend abang?Kenapa pulak Dira nak tahu?”

“Jawablah,Dira tanya,”

“Okay,abang jawab.Hmm,namanya Farina,kenapa?”

“Oh,Farina.Cantikkan nama?Nama ajelah.Pada pandangan abang,orangnya cantik ke?”Ada nada cemburu dalam pertanyaan yang dilontarkan Adira.Shahir dapat merasakan perasaan iri Adira yang tertera di air mukanya yang tampak tegang.

“Cantik kan subjektif,”

“Itu bukan jawapan,”

“Entahlah,abang tak pandang fizikal atau apa sahaja,Farina hadir di saat abang jatuh.Dia meyakinkan abang masih ada tempat untuk abang bersandar bahu di saat abang sedih.Farina sudah terlalu banyak membantu abang.Abang amat menghargai dia,”

Adira terdiam.Ada genangan air mata di kelopak matanya.Geram bercampur cemburu.Hati Shahir tersentuh melihat mata yang berkaca itu.Sekilas pandang,dia sudah tahu apa yang bersarang di minda adik tirinya.

“Maksudnya,Farina lebih penting daripada..Dira?”Tanya Adira memandang tepat ke mata Shahir.Pandangan yang mengharapkan jawapan yang jujur.Mata gadis itu semakin dipenuhi air jernih yang tidak dapat dilindung.

“Dira,”Shahir mengesat perlahan air mata di celah mata gadis itu.“Sayang abang untuk Dira dan Farina lain.Dira tetap mendapat tempat yang paling istimewa dalam hati abang..”

“Sebagai adik,”Adira memotong percakapan Shahir dan bingkas bangun meninggalkan lelaki itu.Derap langkahnya deras ternyata membawa rasa duka.Shahir hanya mampu memandang Adira masuk semula ke dalam banglo mewah itu.Hatinya ingin mengejar gadis itu dan menyatakan yang sebenarnya.Namun,akalnya menidakkan kehendak hatinya.Dia tidak berdaya.

Gila!Kalau ikutkan perasaan,abang menyayangi Adira lebih daripada seorang adik.Abang sendiri tak tahu sejak bila Adira mula menguasai hati abang.Abang tak boleh mengecewakan Farina,daddy atau mummy.Adira mungkin tidak dapat mengawal rasa itu kerana naluri remaja Adira.Abang mampu melenyapkan rasa itu atas sifat-sifat matang seorang lelaki dewasa.

Adira masih muda,masih banyak pilihan yang pada hari mendatang.Abang pasti Adira dapat lupakan abang.Apa yang mampu abang buat,menjaga dan melindungi Adira seadanya sebelum kehadiran lelaki yang bakal membahagiakan Adira seumur hidup.

Tanpa paksaan,air mata lelaki Shahir membasahi pipinya.Hatinya sendiri terluka kerana melukai perasaan Adira tanpa rela.

Di dalam kamarnya,Adira menangis tersedu-sedan.Habis basah bantalnya.Dia menyesal kerana tidak mendengar kata-kata Nad siang tadi.Abang tidak pernah menganggapnya sebagai wanita dewasa.Balik-balik hanya Farina.Abang tidak pernah menyedari betapa tulus dan ikhlasnya dia menyayangi abang.Itulah anggapan Adira.Anggapan yang memberinya sejuta tamparan dalam menangani cinta pertamanya.Sayangnya,dia tidak bisa melupakan abang walaupun sekejap.

******

Nad menjenguk-jenguk ke dalam kelas.Di tangannya terdapat sekotak coklat.Tak pernah dia dan Adira berenggang sepanjang persahabatan mereka.Kalau ada yang tidak setuju pun biasanya sekejap saja mereka sudah berbaik.Kali ini hampir sehari mereka tidak bertegur sapa.Masing-masing dengan keegoan masing-masing.Jangankan bercakap secara realiti,hendak menegur di YM,Facebook atau Twitter pun jauh sekali.Nad tahu Adira benar-benar marahkannya kerana mempertikaikan perasaannya terhadap Shahir.Sepatutnya dia bersama-sama dengan Adira dalam hal ini.Lagipun Ustaz Rashid sendiri menegaskan tiada masalah dalam hubungan sebegini.Apalah haknya hendak menghalang?

Nad cuma risau jika Adira akan patah hati jika perasaannya ditolak Shahir dan masyarakat.Dia menarik nafas lega apabila melihat Adira sudah ada di kelas.Berseorangan tanpa rakan sekelas yang lain.Bagaimanapun dia sedikit cuak melihat mata Adira yang merah dan bengkak.Perlahan-lahan dia menghampiri sahabat baiknya.

“Aku..”Nad menolak kotak coklat yang dibawanya.“Aku minta maaf,babe,aku..”

Belum sempat Nad menghabiskan kata-katanya,Adira terus memeluk Nad.Air matanya mengalir tanpa henti.

“Aku menyesal tak dengar cakap..ca..cakap kau..”Suara Adira teresak-esak menahan sebak.Nad meleraikan pelukan Adira dan menyapu air mata di pipi Adira.

“Okay..aku tak tahu apa yang dah terjadi.Tapi kau kuat babe,kau mana layan nangis-nangis ni.Kau jangan cepat down,”

“Abang cuma anggap macam adik saja,”

“Kau..kau luah perasaan kat dia?”Nad kelihatan terkejut.

“Aku tak..tak luah..aku cuma..hint,”

“Kau jangan..Adira,kau lupakan abang kau.Kau kan banyak secret admirer,ambil je sesiapa jadi pakwe kau.Lupakanlah abang kau tu,”Bersungguh-sungguh Nad memberi nasihat.Pakar kaunseling yang tidak bertauliah lagaknya.

Adira cuba menahan tangisannya.Terhenjut-henjut bahunya.

“Dira,kau nangis nape?Nad kau pukul dia ye?”Iwan yang entah muncul dari mana sibuk menjenguk-jenguk Adira yang sedang menangis.

“Hotak kau,kau kan kelas sebelah,pergi sebelah lah!”Nad mencekak pinggangnya lalu duduk di atas kerusi.(Sibuk aje dia!)

“Tak de lah,aku prihatin bro.Dira,kalau kau ada masalah kau cerita dengan aku.Mana tahu aku boleh tolong kau,"

“Iwan..”Adira mengesat air matanya.“Iwan kau suka kat aku kan?”

“Gila apa kalau aku tak suka kat kau.Cinta lagi ada,”Iwan tersengih-sengih.Nad menggeleng-gelengkan kepalanya.(Sengal mamat nih!)

“Kau jadi boyfriend aku,”

Iwan ternganga dan pula Nad hampir terjatuh dari kerusi mendengar kata-kata Adira.(Aduh,memanglah aku suruh kau cari pakwe tapi bukanlah Si Iwan nih..memanglah aku layan Iwan macam menyampah.Tapi,dalam hati ada taman!)

Adira bagaikan dalam mimpi.Dia sendiri tak pasti dengan apa yang keluar dari mulutnya.Dia cuma ingin memadamkan wajah abang dalam fikirannya.Mampukah dia?

Lelaki itu sudah lama bertakhta dalam hatinya.

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 4


Daus memandang kedua-dua gadis di hadapannya.Baik Nad mahupun Adira duduk termonyok seperti hendak dijatuhkan hukuman gantung layaknya.Daus memandang Adira atas dan bawah.Dia mencuit lengan gadis itu.

“Tisu,”Dia menghulurkan Kleenex kepada Adira.Adira mengambilnya dengan air mata yang masih bergenang di kelopak mata.Daus menarik nafasnya.(Alah,kesiannya..)

“Jangan risau,kami tak akan ambil apa-apa tindakan kepada kamu berdua.Tapi lain kali jangan buat lagi benda macam ni.Tumpukan pada pelajaran.Nak kata kamu dua orang ni dari keluarga susah,tak juga.Faham?”

“Fa..fa..ham..”Tergagap-gagap Nad dan Adira menjawab soalan Daus.

“Sam,kau tunggu budak-budak ni sampai abang budak comel ni datang,saya masuk hall balik,”Daus berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala.Dia masih sempat menjeling ke arah Adira.Nafasnya dihela.Ada debaran yang timbul dalam setiap degup jantungnya.

Lelaki yang dipanggil Sam itu menemani mereka berdua sambil membaca suratkhabar The Star.

Sudah satu jam setengah mereka menanti di lobi hotel.Adira dan Nad langsung tidak berbual sesama mereka.Takut.Yang paling kecut tentulah Adira.Terbayang-bayang wajah Shahir yang akan mencepuk kepalanya.Dia cuba berlagak dewasa sebaik mungkin di hadapan abang,tapi sudah tentu tindakannya ini akan dianggap abangnya sebagai tindakan budak remaja yang tak cukup matang.Ada otak tak ada akal.

Bunyi tapak kaki yang amat dikenali Adira membuatkan jantungnya semakin berdebar-debar.Di dongak kepalanya.Shahir memandangnya dengan wajah yang serius dan kemerah-merahan.Adira hanya mampu mengeluh kesal.Habislah.

*****

“Abang tak sangka Dira boleh buat benda macam ni,”

Shahir bersuara tegas sambil memandu pulang ke Rawang.Motosikal Nad diletak di bahagian belakang Storm berwarna hitam itu.Adira duduk di tengah-tengah sambil diapit Shahir dan Nad.Dia memang kesal dengan tindakan Adira.Sudahlah dia belum hafal lagi jalan ke Kuala Lumpur.Jenuh dia bertanya orang di tepi jalan bagai rusa sesat di kampung.

“Saya yang ajak dia,Abang Shahir,”Nad bersuara perlahan.

“Kau diam!Karang aku tinggal kau tepi jalan,”

“Tak nak..”Terkemut-kemut Nad dibuatnya.Baik diam daripada kena menapak balik Rawang.Gilos.Lagi gilos kalau terserempak pontianak.(Tak nakkkkk..)

“Abang nak marah Dira,abang marah Dira sorang lah.Yang abang marah Nad buat apa?”Adira akhirnya bersuara dengan mukanya yang tampak merajuk.

“Menjawab..kalau tahu dek daddy,abang yang kena jawab,”

“Sejak bila abang jadi abang yang bertanggungjawab?Lapan tahun lepas kenapa tidak?”Sindir Adira.Dia cuma ingin mempertahankan diri.

Shahir terdiam mendengar pertanyaan Adira.Adira menelan air liurnya.Dia tahu Shahir pasti terluka dengan pertanyaannya.Dia sudah pening mendengar bebelan Shahir dan Nad yang asyik kena marah.Tanpa perancangan,soalan itu terpacul keluar daripada mulutnya.Tidak berniat menyakiti hati abangnya.

Perlahan-pahan kereta itu berhenti di tepi jalan.Enjin dimatikan.Shahir memandang ke arah Adira.

“Kita keluar sekejap.Abang nak cakap sesuatu,”Shahir cuba bersuara lembut walaupun mukanya sudah kemerahan.

Adira mengikut abangnya keluar dari kereta.Nad hanya terdiam di dalam.Dia tidak mahu mencampuri urusan keluarga orang lain.Tangannya gatal menguatkan suara radio.Mendengar lagu ‘Toyol’ daripada Allahyarham Sudirman Haji Arshad membuatkan Nad cepat-cepat mematikan radio itu.(Dah takde lagu lain?Hoh!)

Di luar cuaca yang dingin mencengkam sehingga ke tulang hitam.Langit di atas gelap tanpa bintang dan cahaya bulan samar-samar kelihatan.Mungkin hendak hujan.

Shahir menyapu rambutnya ke belakang.Dia memandang Adira di hadapannya dengan lembut.Secara spontan,tangannya diletakkan di pipi adiknya.Adira sedikit terkejut apabila tangan abangnya mengusap lembut pipinya.

“Kenapa Dira semakin degil sekarang?”Suara Shahir persis memujuk.

Adira memejamkan matanya.Mengalir air mata jernih di pipinya.Tangan Shahir ditolak perlahan-lahan.Tanpa kawalan,dia menangis tersedu-sedan seperti anak kecil.Ya,memang dia memberontak kerana abang.Abang tinggalkannya tanpa khabar berita selama 8 tahun seolah-olah dia tidak penting buat abang.

“Dira marah abang ye?Abang dah balik,abang janji akan jaga Dira.Abang akan lindungi Dira.Jangan macam ni,ini bukan Adira yang abang kenal,”Shahir masih cuba memujuk.Di matanya terpancar keikhlasan dan kasih sayang.

“Dira benci abang..benci..benci..benci!”

Adira menangis tersedu-sedan di bahu Shahir.Shahir menyapu lembut rambut adik tirinya.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Percayalah,abang akan kotakan janji abang kali ini.Abang akan jaga dan lindungi Dira.

Seiring dengan mega yang kelam,hujan mulai turun.Titis demi titis perlahan-lahan membasahi bumi Tuhan.

Nad memandang tingkah Adira dan abang tirinya denga seribu persoalan.Tidak berniat untuk menyibuk tetapi tertanya-tanya.Apa yang sebenarnya berlaku di antara dua saudara tiri itu?

*****

Sampai di rumah.Shahir terpaksa membohongi mummy dengan mengatakan Adira terpaksa pergi ke rumah Nad untuk menyelesaikan projek sekolah.Sudah tentu mummy berleter tapi hanya sekejap.Adira terpaksa menahan telinganya mendengar bebelan mummy.Dia pasti jika mummy tahu hal yang sebenar silap haribulan dia tidak dibenarkan keluar rumah langsung untuk sepanjang tahun.Shahir hanya tersenyum melihat Adira menerima sahaja leteran mummy.

Selepas menghadap mummy,Adira naik ke biliknya untuk mandi.Walaupun kena sembur dengan mummy,wajahnya masih manis dan ceria.Selesai mandi,dia mengenakan pijama dan memakai masker.Notebook berwarna merah jambu itu dibuka.Malam itu dia tidak mempunyai mood untuk melayan Facebook sebaliknya terus memasuki laman blognya.

Dear B-bot,

Kerja gila sudah dilakukan.Yang berlaku sudah berlaku.Lupakan.Cuma..malam ni aku happy giler sangat.Entahlah.Ada satu rasa di dalam hati ini yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Rasanya manis,khayal dan bagaikan mimpi.Dijagai?Dilindungi?

Aku tak pernah jatuh cinta.Jadi,apakah yang aku rasa ini C.I.N.T.A?

Aku tak pasti sama ada bolehkah aku mencintainya?(Hmmm..)

Yang pasti,dia lah arjuna yang telah memanah hati ini..gilakah aku kerana mencintai dia?

B-bot..tolong aku!

Adira menghela nafasnya.Catatan blog nya kali ini memang agak terbuka.Pedulilah,tiada siapa yang tahu Awek B-bot itu dirinya.Hatta Nad sekalipun.

Abang tetap cinta pertamanya.Sejak berusia 9 tahun lagi dia sudah suka dengan abang.Bila abang kembali ke Malaysia,perasaan itu semakin berkembang seiring dengan usia remajanya.Dia tidak pernah merasai apa yang dirasakan terhadap abang dengan lelaki lain.

Adira melihat dirinya di cermin.Pelbagai aksi dilakukannya.Rasanya aku lagi cantik berbanding girlfriend abang.(Benci betul dengan minah tu!)

Badannya dihempas ke katil.Meniarap dengan kedua kakinya dinaikkan berselang-seli.Kedua tangannya meneleku wajahnya.Masalahnya,apakah abang juga mempunyai perasaan yang sama?

Hujan masih menimpa bumi.Perlahan-lahan kelopak matanya terpejam dengan soalan yang masih tiada jawapan.

*****

“Selamat pagi!”

Jeritan Adira mengejutkan Shahir yang tidur semula selepas solat Subuh.Tanpa mempedulikan abangnya yang mamai,Adira melompat-lompat riang di atas katil itu.

“Dira ni kenapa?Terlebih minum Horlicks?”Shahir menggaru-garu kepalanya.Bingung.Campur dengan matanya yang rasa masih melekat dan sukar untuk dibuka.

“Abang,bangun!”Sengaja Adira menjerit di telinga Shahir.

“Aduh,pekak abang nanti!Okay..abang bangun..”Shahir bingkas bangun sambil mencapai BlackBerry di atas meja.(Baru pukul 9 pagi..agak-agak ah!)

“Abang marah ek?”

“Tak,abang tak marah.Abang gerammmm..”Shahir menarik hidung Adira lalu mengambil tuala di sebalik pintu.“Ni bangunkan abang pagi-pagi ni mesti nak ajak pergi mana-mana..betul tak?”

“Pandai pun,jom pergi KL”

“Aik,kan semalam awak dah pergi?”

Sindir Shahir sambil tersenyum senget.

“Abang jangan mengada-ngada,”

Adira memuncungkan bibirnya.

“Okay..okay..Dira nak pergi mana?”

“Shopping ke,tengok wayang ke..”

“Tengok wayang?Cerita apa?”

“Jumbo Gajah Biru..hhihihi..”

“Ek?Abang pun kena tengok Jumbo Gajah Biru?”

“Abang pergilah mandi,bau busuk!”

Adira menolak Shahir keluar dari kamarnya terus ke bilik air.Datin Ainur hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka berdua.Sudah lama tidak melihat Adira berkelakuan nakal sebegitu.Mujurlah ada Shahir yang sanggup melayan karenah adiknya.

*****

Lama Shahir tidak memandu di Kuala Lumpur.Dari Mid Valley ke Bukit Bintang sampai ke KLCC pun dia sudah pening.Adira bukannya nak membantu,mengacau lagi ada.

Teruk Adira kenakan dia hari ini.Tak cukup tangan dia membawa beg kertas.Kata Adira dia hendak membalas dendam sebab hanya dihadiahkan Barbie oleh Shahir.Sejak bila budak sekolah pandai pakai LV pun Shahir tak pasti.Yang pasti Adira cukup manja dengannya,tangan kecil yang merangkul lengannya seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

Sebagai lelaki,egonya bertambah apabila melihat mata-mata lelaki lain memandangnya dengan rasa dengki dan cemburu.Tetapi sebagai abang,Shahir cuba melayani Adira hanya sebagai adik sebaik mungkin.

“Dira,”

Suara seorang lelaki yang memanggil Adira mengalihkan pandangan Shahir kepada tuan empunya suara.

Seorang budak lelaki sebaya adiknya sedang tersengih-sengih memandang mereka.

“Iwan,”Balas Adira sambil tersenyum.Shahir dapat merasakan Adira semakin merangkul erat lengannya.Shahir tidak pasti mengapa.Tetapi jika untuk membuat budak di hadapannya cemburu,Shahir bangga.Sahamnya lebih tinggi daripada budak lelaki 17 tahun di mata Adira.(Iwan?Eh,ni kan budak yang hantar surat tu?)

“Hai,siapa ni?Bapak kau ke?”Iwan tersenyum sinis.

“Kalau bapak aku macam ni,hensem dan muda gila la bapak aku,”

Shahir hanya tersenyum mendengar jawapan Adira.

“Saya ni..guardian angel Adira.Ada masalah?”Tanya Shahir kepada Iwan yang nampak jaki tak sudah terhadapnya.

“Tak de masalah..cool je,bang,”

“Tengok ‘Jumbo Gajah Biru’ ke?”Tanya Shahir sambil menunjukkan tiket wayang yang dipegang Iwan.

“Ye la..ada masalah besar?Err..aku pergi dulu.Bye Dira!”Telinga Iwan sudah merah dan panas mendengar soalan Shahir yang seolah-olah menganggapnya seperti kanak-kanak.(Pedulik ah aku nak tengok gajah biru ke..gajah kelabu ke..)

Adira mencubit lengan Shahir.Shahir mengaduh kecil.

“Abang ni tak baiklah,Dira pun nak tengok gajah biru,”

“Ye?Kenapa?”

“Sebab Dira minat Akim AF7,”

“Nama gajah tu ek?”Shahir masih mengusik adiknya.

“Bukanlah..dia suara untuk gajah tu,”

“Oh..tak ada muka dia kan?Suara dia aje kan?Tak payahlah tengok,”

“Abang jangan mengada..”

“Kita tengok ‘Clash Of The Titans’ lah,”

“Tak mau..nak gajah biru,”

“Abang tak suka gajah,abang suka semut,”

“Abanggggg..”

Akhirnya Shahir terpaksa juga mengalah demi adik kesayangannya.Bukankah abang berjanji untuk menjaga dan melindungi Adira?Kebahagiaan Adira adalah kebahagiaan abang juga.

*****

Nad memandang Adira yang nampak tidak sabar menanti kelas Pendidikan Islam dengan kehairanan.Keterujaan yang tak dapat dilindung lagi sejak datang ke sekolah.Malah Adira asyik membebel mengapa subjek itu diletakkan di akhir waktu.

Sebaik sahaja Ustaz Rashid melangkah masuk,salam di berikan dan semua murid diam menyepi kerana takut dengan kegarangan Ustaz Rashid.Bagaimanapun Adira dengan selamba mengangkat tangan.Terkejut juga Nad dengan reaksi sahabat baiknya itu.

“Ya,Cik Adira..kenapa?”Suara tegas Ustaz Rashid memenuhi ruang kelas.

“Maafkan saya,ustaz,Saya ada kemusykilan,”

“Baiklah.Apa kemusykilan kamu?”

“Saya bagi ustaz satu masalah.Emm..Sudin seorang duda yang mempunyai anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu..err,namanya..Budin.Timah seorang janda yang ada anak perempuan hasil perkahwinan dulu..emm,namanya Senah.Sudin dan Timah berkahwin.Soalannya boleh tak Budin dan Senah berkahwin.Itu saja.Syukran jazilan,ustaz,”

Adira duduk sambil tersengih.Nad hanya menggelengkan kepala.(Aku dah agak dah..Senah betul kawan aku nih!)

“Afwan.Okay,ustaz terjemahkan kamu ayat Al-Quran dari Surah An-Nisa,ayat ke-23. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu,anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya dan sudah kamu ceraikan maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu yakni menantu dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

Suasana kelas hening.Hanya bunyi kipas yang berpusing kedengaran.Bunyi cengkerik pun ada.

“Tak faham?”Ustaz Rashid menggeleng-gelengkan kepalanya. “Haram lelaki berkahwin dengan ibu kandungnya,anak kandungnya,kakak atau adik kandungnya,kakak atau adik ayah dan ibu kandungnya,anak saudara,ibu susuan,saudara susuan,ibu mertua dan anak tiri kecuali sudah bercerai dengan isteri,menantu dan memadukan kakak dan adik.Faham?”

“Maksudnya saudara tiri yang berlainan ibu dan ayah halallah untuk berkahwin?Sebab dalam ayat Al-Quran mengecualikan golongan ini?”Tanya Adira sambil tersenyum.

Ustaz Rashid menganggukkan kepalanya.

Adira menarik nafas leganya.Kalau agama pun tidak melarang,Adira pasti manusia juga tidak sepatutnya ada halangan.

“Eh,Si Senah tu kau kan?Kau suka abang tiri kau ek?”

Pertanyaan Nad menyebabkan Adira kemerah-merahan.Dia tidak menjawab pertanyaan Nad.Dahinya ditepuk.Habislah kalau makcik ni dah tahu.

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 3


Pagi Jumaat itu seperti biasa Adira memandu kereta ke sekolah.Rutinnya dia akan mengambil Nad dahulu.Tak sempat bertemu abangnya pada pagi ini.Awal-awal lagi Shahir sudah mengikut daddy menunaikan solat jemaah Subuh di masjid.Terasa ada sesuatu yang tak lengkap pada pagi ini.Biasanya dia ke sekolah dengan wajah yang ceria.Tetapi hari ini segalanya sedikit caca marba.Dia pun tak tahu mengapa.Takkanlah kerana tidak sempat bertemu abang sebelum ke sekolah?Adira menggeleng-gelengkan kepalanya.Gila!Takkanlah.

Nad pun tidak mengganggu sahabat baiknya pada pagi itu.Setiap orang ada angin timur,barat,utara dan selatan.Biarlah Adira melayan perasaannya sendiri.

Sebaik sahaja keluar dari kereta,semua mata memandang ke arah mereka berdua.Maklumlah gadis-gadis popular di sekolah.Adira terkenal dengan kecomelan dan sifat yang lemah lembut.Bukan sedikit surat cinta yang diterimanya.Daripada ketua pengawas.ketua darjah,ketua samseng termasuklah cikgu yang cuba menggatal.Nad pula merupakan kapten futsal pasukan wanita .Gabungan sahabat baik yang luar biasa.

Sebaik sahaja melewati Blok A berhampiran dengan gelanggang bola keranjang mereka mendengar sekumpulan murid menjerit satu nama yang tidak asing lagi di sekolah itu.

“Iwan!Iwan!”

Iwan galak melakukan flip kepada papan luncurnya sambil mengenyit mata ke arah gadis-gadis yang menjerit namanya.Keletah nakal jejaka comel itu mengundang keluhan kecil di bibir Nad.Dia kelihatan sedikit tidak selesa.La pulak,penyakit Adira sudah berjangkit.

“Dira!”Iwan berlari mendapatkan Adira sebaik sahaja ternampak gadis itu melintas di hadapannya.Papan luncur tadi diselitkan di celah ketiaknya.

“Kenapa?”Adira menjawab malas.Acuh tak acuh.

“Next week,birthday aku.Aku nak jemput kau.Kau tau la kan birthday aku,sama havoc dengan party MTV,”

“Oh ye ke?Siapa datang?Michael Jackson?”Sindir Adira.

“Kau agak-agak ah orang mati nak datang,”Iwan tersengih mendengar kata-kata Adira.(Bunguks..nasib baik kau comel!).

“Tengoklah kalau aku rajin,”

“Rajin-rajinlah..jangan malas.Bahaya!Eh,Nad..kau pun datanglah,”

“Eh..a..aku?Tengoklah macam mana,”Nad kelihatan sedikit gabra.Adira yang sememangnya tak ada mood pada pagi itu meneruskan perjalanannya ke kelas.Lurus ke hadapan macam zombie.

“Okay Nad..kau pujuk-pujuklah kawan baik kau tu,”Iwan masih berusaha semampu yang boleh.

“InsyaAllah..aku tak janji.Okay bro,aku pergi kelas dulu,”

Iwan mengangguk sambil menggaru-garu bibirnya yang tak gatal.Susah betul aku nak tackle si Adira ni.Jual mahal mengalahkan Maya Karin.Sekali aku tackle Nad baru tau.Comel jugak.Masalahnya,dia macam minat bola lebih daripada lelaki aje.Bahaya tu!

*****

Shahir melihat jam di tangannya.Dia menggelengkan kepala.(Dah pukul 3 petang..mana Adira ni?)

Rumah banglo 3 tingkat itu kelihatan senyap dan sunyi.Daddy menghadiri pilihanraya kecil di Perak sebagai tanda sokongan terhadap parti politiknya.Mummy pula dia tak pasti ke mana perginya.Lewat solat Jumaat tadi,mummy sudah hilang.

Persoalan mengenai Adira yang ditimbulkan daddy masih bermain di fikiran Shahir.Benarkah adik kesayangannya itu sudah bermasalah?Perlahan-lahan Shahir menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua di mana kamar Adira berada di hujung sebelah kanan.

Dia benar berharap Adira tidak mengunci biliknya.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.Senyuman terukir di bibirnya apabila pintu bilik itu bisa dibolos tanpa sebarang masalah.

Bauan lavender jelas terbau sebaik sahaja Shahir menjejakkan kaki ke kamar adiknya.Diperhatikannnya sekeliling bilik.Langsir pink,cadar pink,notebook pink dan dinding pun pink.Gadis dan pink.Rasanya macam tak ada masalah.Normal.

Senyuman nakal menguntum di bibirnya tatkala melihat patung Barbie yang dihadiahkannya diletakkan di atas meja di sisi notebook.Matanya terpandang pula kepingan surat yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Hatinya tercuit untuk melirik isi-isi di dalam surat-surat itu.

Diambilnya sekeping.Pengirim,Iwan.Seterusnya,Iwan,Dan lagi Iwan.Ada juga Cikgu Baha.Shahir mengerutkan dahinya(Apa motif cikgu pun kirim surat?)

Shahir mengeluh kecil.Popular juga adik aku ni.Dia melihat gambar manis Adira yang menghiasi kamar-kamar dinding.Macam-macam aksi comel difotokan dalam setiap bingkai.Shahir tersenyum sendirian.

“Apa yang abang buat dengan surat-surat tu?”

Caught in the act.Shahir tergamam melihat Adira yang masih beruniform sekolah berdiri di kamar pintu.Mati-mati dia tidak mendengar enjin kereta.Yang pasti Adira sudah pun melihat dirinya dengan kepingan surat-surat berbaur peribadi di tangannya.

“Dira ma..marah?”Shahir cuba menduga mood Adira.

“Tak adalah,”Adira pantas duduk di sebelah Shahir. “Bacalah,diorang yang bagi..Dira tak pernah balas pun,”

Walaupun baru pulang sekolah,haruman pewangi Mystique yang dipakai Adira mengganggu emosi.Itu belum termasuk bau rambutnya seperti strawberi.Shahir tak pasti sama ada dia lapar kerana belum makan atau nalurinya sebagai lelaki tergugat.Nafasnya ditarik dalam-dalam.Cuba mengawal keadaan.

“Ini yang nama Iwan ni siapa?Abang tengok banyak surat dia?Romeo ke?”

“Kelakarlah abang ni,Iwan tu memang comel sangat!”

“Jadi ni lah pakwe Dira?”

“Kalau dia pakwe Dira,tak adanya dia nak hantar surat minta jadi awek dia kan?Taste Dira lainlah,bang.”

“Okay,cuba cerita abang,macam mana taste Dira?”

“Hemm..yang kacak,baik hati,tak abaikan solat dan..tua daripada Dira kot,”Adira mengenyit matanya nakal sebelum merebahkan dirinya di atas katil kerana keletihan.Reaksi adik tirinya itu menyebabkan Shahir bertambah tidak selesa.Mulanya nak juga dimarahi Adira kerana pulang lewat tetapi semuanya sudah terbang ke mana-mana.

Dia bingkas bangun sambil meletakkan kembali surat-surat tadi di atas meja.Langkahnya serba tak kena sebelum tergesa-gesa keluar dari kamar Adira.

“Apapun jangan layan lagi surat-surat macam tu.Terutama budak Iwan tu!”

Jerit Shahir sambil menuruni anak tangga.

Adira tersenyum.Dia memeluk anak patung beruang yang dihadiahkan daddy.Hati remajanya tertanya-tanya.Apakah larangan itu kerana abang cemburu?Kalau betul abang cemburu.Baguslah.

Yang pasti Dira sayang abang.Berdosakah Dira kerana menyayangi abang?Adira tak tahu mendefinisikan rasa sayang itu.Yang dia pasti,abang sentiasa bertakhta di hati sejak kecil hingga kini.

Di tingkat satu,Shahir terjelepuk duduk di atas sofa.Bibirnya tidak henti beristighfar.Dia keliru dengan dirinya.Sejak bila dia memandang Adira dengan pandangan yang lain?Dia tidak mahu menjadi pengkhianat dalam keluarga ini.Memang Islam tidak melarang perkahwinan sesama saudara tiri berlainan ibu dan bapa tetapi daddy telah mengamanahkan tugas menjaga Adira seperti seorang abang menjaga adik.Dirinya seperti tidak beretika kerana dia pernah menganggap Adira seperti adik kandungnya sendiri ketika kecil.Kini dia serba tak kena berhadapan gadis remaja itu.

Sebagai orang yang lebih dewasa daripada adiknya,Shahir pasti dia mampu mengawal situasi itu dengan baik.Malangnya dia sendiri hampir rebah dibisik syaitan.Aduhai,dia tidak boleh bersikap begini dengan Adira.Di saat itu seraut wajah muncul di mindanya.

Shahir menekan kekunci di aplikasi BlackBerry Messenger.

SAYANG,BILA YOU NAK DATANG KE SINI?

*****

Farina tersenyum melihat mesej dari Shahir.Kesibukan menguruskan projek bangunan baru di hospital kanak-kanak di Christchurch menghalangnya untuk ke Malaysia buat masa ini.

Walaupun sibuk dengan kerja,dia masih sempat menjemput anak tunggal lelakinya untuk makan tengahari bersama.

“See Aliff,Uncle Shahir hantar mesej.Dia nak kita ke Malaysia,”

“What Uncle Shahir do in Malaysia,mum?”

“Dia jumpa keluarga dia,sayang,”

“I wish he were here,at least he can played PSP better than you,”Aliff kelihatan sedikit merajuk dengan mulut yang memuncung.

Farina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aliff.Walaupun dia berusaha untuk bercakap Melayu,anaknya akan tetap membalas dalam Bahasa Inggeris.

Mesej daripada Shahir dibalasnya.Dengan rasa rindu yang tidak ada penghujungnya.

SABARLAH,SAYANG.AFTER PROJEK NI I DATANG....

*****

Adira sudah bersedia sebaik sahaja terdengar bunyi balingan batu di tingkap kamarnya.Dia menggalas beg dan membuka tingkap kamarnya.

Di bawah Nad setia menanti dengan motosikal cabuknya yang terpaksa ditolak.Nak mati hidupkan enjin?Pecahlah rahsia mereka berdua.Rancangan itu hampir-hampir tidak menjadi kerana mummy tidak mengizinkan Adira tidur di rumah Nad kerana daddy tiada di rumah.Usaha tangga kejayaan,akhirnya idea gila ini yang dicapai mereka.

Dia bukan buat kerja tak senonoh pun.Dia cuma kerja sambilan sebagai pelayan jika ada apa-apa majlis keraian pada hari cuti sekolah.Nak kata tak cukup duit,rasanya tak adalah sangat.Walaupun daddy asyik mengugut nak potong kad kredit,tak ada pun dipotongnya.Cuma Adira rasa lega dan puas dapat melakukan aktiviti luar tanpa daddy atau mummy.

Seperti yang dijanjikan jam 9 malam,mereka akan ke Kuala Lumpur dengan motosikal Nad.Lebih kurang pukul 10 mereka akan sampai KL dan terus ke Hilton.Majlis ulangtahun dan menyambut pengarah baru syarikat komunikasi Comm Holdings bermula pukul 11 malam.Memang sempat.

Adira berhati-hati meniti batang paip sebelum melompat terjun ke bawah.

“Kau ni..patah kaki karang,”Nad berbisik perlahan.

“Kau jangan cakap banyaklah,cepat sikit..nanti abang dengan mummy aku tau.Cepat..”Adira turut berbisik sambil terbongkok-bongkok membantu Nad menolak motosikalnya.

Setelah jauh daripada banglo Datuk Maulana,enjin motosikal itu dihidupkan.Kedua-duanya menyeringai dengan muka sepuluh sen tak rasa berdosa keluar senyap-senyap.

******

Lagu ‘Telephone’ daripada Lady Gaga dan Beyonce memenuhi ruang dewan di Hotel Hilton.Adira dan Nad sudah pun memakai uniform pelayan,bow tie dan skirt pendek berwarna hitam.Adira menyiku Nad di sebelahnya.

“Aku ingat formal party tapi macam private party je,”

“Aku salah maklumat la babe,yang annual tadi pukul 8 malam tu memang formal party.Yang ni sambut director baru tu memang private gila,”

“Kau rasa diorang tau tak kita baru 17 tahun?Sebab aku baru nampak wiski tadi.Nad aku tak nak angkat benda haram tu,”

“Ada ke?Tu sure untuk client non muslims diorang.Err pasal umur..aa..aku bagitau kita 20 tahun..huhu patutlah diaorang bagi kita shift waktu ni.Tapi kau jangan risau,kau sibukkan diri,kau jangan serve benda tu.Kita duk area cocktail je.Cepat,bergerak!”

Terkedek-kedek minah dua orang tu berlari ke arah light drinks.Dalam suasana kelam kabut dan di celah-celah tetamu yang waras dan tak waras,Adira berlanggar dengan seorang jejaka di hadapannya.Habis tertumpah jus oren di atas kemeja putih lelaki itu.Adira memejamkan matanya.(Alamak,matilah aku!)

“So..sorry tuan..saya tak sengaja..”Adira menundukkan wajahnya takut hendak memandang lelaki di hadapannya.

“Apa yang sorry..sorry..sini!”

Lelaki itu menarik tangannya ke belakang dewan.Adira hanya menurut tanpa membantah.Di saat ini dia amat memerlukan Nad tapi nampaknya Nad sudah pun hilang di antara tetamu-tetamu yang asyik menari itu.

“Sorry tuan..saya janji akan bayar balik..”

“Bayar apa?Saya tak nak bayaran,saya nak nombor telefon awak,”

“Tuan nak call daddy saya ke?Huhu..matilah saya..”Adira mula rasa nak menangis.

“Awak ni anak Datuk Maulana ke?”

“Eh?”Adira memandang wajah jejaka di hadapannya.Boleh tahan.Orangnya nampak comel dan sederhana.Berkulit sawo matang.

“Eh?Apa eh?”Jejaka di hadapannya ketawa kecil. “Sejak awak masuk ke dalam hall lagi saya dah tahu awak anak Datuk Maulana,”

“Eh?”

“Luculah awak ni.Saya pernah tengok gambar keluarga awak dalam majalah Bisnes,”

“Alamak..”Adira menepuk dahinya.Bagaimana dia boleh terlupa mereka bergambar untuk majalah itu tahun lepas?Terperangkap.

“Awak dan kawan awak tunggu saya di lobi hotel,saya tahu...awak baru 17 tahun..”bisik lelaki itu perlahan.

“Please..jangan bagitau daddy,”Adira menunjukkan ekspressi wajah yang comel campur kesian.Matanya sedikit berkaca seperti Puss In Boots dalam Shrek.

“Okay..tapi awak kena call seseorang..ambil awak..siapa ye?”

Adira rasa mahu tak mahu dia terpaksa memanggil abangnya.Itu lebih baik daripada memanggil mummy.Mahu ada drama bersiri.

“Sam,dah jumpa awek rambut pendek tu?”Lelaki itu bertanya kepada seorang pemuda berbadan besar di hadapannya.

“Sudah,dah bawa ke lobi pun Encik Daus,”

Daus?Firdaus?Adira memandang kain pemidang di hadapan dewan.WELCOME TO OUR NEW DIRECTOR MR.SHAHRIL FIRDAUS TO COMM HOLDINGS.(Alamak..mamat ni director baru Comm Holdings..anak Tan Sri Ali..memang kawan bapak aku!Matilah kau Adira..)

“Jangan risau,rahsia awak selamat.Awak comellah,berapa nombor telefon awak?”

Reaksi nakal Daus langsung tidak mencuit hati Adira.Dia cuma terbayangkan wajah abang.Aduh,abang pasti kecewa dengan kerja gilanya.

Daus cuma memerhati reaksi gadis di hadapannya.Kesian pun ada.

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)