THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Sunday, June 27, 2010

Adira Rakaman Pencalonan Muzik Muzik Lagu Ku Ada Kamu

Pada 23 Jun 2010,Adira menghadiri rakaman Muzik Muzik di Plaza Alam Sentral 2,Shah Alam untuk pencalonan lagu KU ADA KAMU.
PHOTO CREDIT:KAY,YANNA DAN FATIN.





RAKAMAN PROGRAM RAYA DATUK SITI NURHALIZA,SHAHIR DAN AKIM

PHOTO CREDIT:RUN NYL




Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 14

Hujan renyai-renyai yang membasahi Hospital Besar Alor Setar mulai lebat.Seorang lelaki yang berusia lingkungan pertengahan 40-an kelihatan kemas berkemeja putih dan berseluar slack hitam.Wajahnya nampak tenang dan gayanya sederhana.Payung berwarna hitam yang digunakannya dipegang erat.Menghampiri bangunan bercat putih itu,lelaki itu menutup payungnya.Diletakkan di luar pintu.Ada titis-titis hujan di bahunya.Rambutnya yang sedikit basah,disapu ke belakang.Ketika dia melangkah masuk pekerja-pekerja di hospital itu memberi salam dan tunduk hormat.Atur langkahnya disusun menuju ke sebuah bilik.Menempuhi pelbagai jenis manusia yang merawat dan dirawat.

Sampai ke destinasi yang ingin ditujunya,senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat sepasang uda dan dara saling bergurau mesra dengan jelingan tawa yang tak lekang kedengaran.Adira tersentak melihat kehadiran lelaki itu di hadapan mereka.Wajahnya mulai kemerah-merahan.Shahir hanya memandang terkebil-kebil.Ah,lelaki itu!Lelaki yang menyelamatkannya semasa di hentian Sungai Dua.

“Asssalammualaikum,mengganggu ke?”

“Waalaikumussalam,”Jawab keduanya serentak.Adira memandang ke arah Shahir.Suaranya seperti berbisik.“Pak Man..”

“Oh,Pak Man..”Shahir pantas tersenyum.Tangannya dihulurkan kepada lelaki yang bergelar Pak Man itu.“Tak de mengganggu pun dan terima kasih sebab Pak Man selamatkan saya,”

“Sama-sama.Kamu dah baik?”

“Alhamdulillah Pak Man.Eh,sila duduk.Jangan berdiri pulak,”

Kata-kata Shahir disambut dengan tindakan Adira mengambil kerusi untuk lelaki yang telah banyak berjasa kepada mereka.Ya,jika tiada Pak Man barangkali Shahir akan mengalami komplikasi yang lebih hebat.Mujurlah Pak Man segera menghulurkan bantuan.Pak Man duduk sambil wajahnya tenang memandang Shahir.

“Jadi?”Terpacul soalan mudah yang membikin kedua anak muda di hadapannya kaget.

“Jadi?Jadi apa Pak Man?”Shahir memandang dengan riak yang memohon pengertian.Pak Man menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa kecl.

“Pak Man tahu apa yang berlaku,Adira dah pun bagitau Pak Man.Jadi,apa yang Shahir nak lakukan sekarang?”

Shahir terdiam.Sesaat kemudian dipandangnya Adira yang tunduk membisu.Memeluk tubuhnya sendiri dan menyandar ke dinding.Bunyi kipas yang berpusing rasanya terlalu kuat kedengaran untuk situasi yang sepi begini.

“Kamu tak payahlah malu-malu dengan Pak Man.Anggaplah Pak Man pun macam bapa kamu juga.Apa tindakan kamu sekarang?”

“Kami..kami dah tekad..kami..nak kahwin,”Jawapan yang terpacul dari mulut Shahir mendapat reaksi yang agak terkejut dari Pak Man.Lelaki itu menarik nafasnya sebelum mengatur bicara.

“Kamu pasti?Kamu tak nak pulang kepada bapa dan emak kamu?”

“Saya..”Kata-kata Shahir terhenti seketika.Anak matanya memandang ke bawah.Gentar melihat wajah lelaki yang patut dia hormati.“Saya dah terlalu jauh melukakan hati mereka.Saya tak fikir mereka akan memaafkan saya.Saya akan kahwin dengan Adira cepat atau lambat.Saya harus bertanggungjawab atas tindakan saya dan...”

Shahir memandang Adira.Gadis itu memandangnya kembali.Seraut wajah yang manis itu menguntumkan senyuman.

“Saya tak mahu kehilangan dia lagi..”

Pak Man hanya tersenyum simpul memandang gelagat dua anak muda di hadapannya.(Macam-macam style anak-anak muda sekarang!)

“Shahir..”

“Ya,saya,”

Pak Man mengeluarkan sebuah telefon bimbit dari kocek kemejanya.Sebuah telefon bimbit biasa jenama Nokia 3310.Warnanya juga sudah pudar.

“Pak Man tinggalkan telefon ni,sebab Pak Man tahu kamu pun lari sehelai sepinggang.Telefon emak bapa kamu.Kalau betul kamu nak kahwin dengan Adira,pohon restu emak bapa kamu.Jangan belakangkan mereka.Semarah-marah mana pun mereka,mereka pasti akan maafkan kamu..cuma cepat atau lambat sahaja,”

Telefon bimbit itu diletakkan di atas tapak tangan Shahir.Tangan anak muda itu digenggamnya kuat-kuat.Digoncangnya.

“Apa-apa hal nanti,hubungi Pak Man,”Di berikannya secebis kertas yang tertera nombor telefonnya.“Pak Man akan tolong kamu,”

Shahir hanya memandang kehairanan ke arah lelaki asing di hadapannya.Ya,dia berasa aneh.Kenapa lelaki yang baru mereka kenali itu beriya-iya ingin membantunya dan Adira.Bantuan yang terlalu luarbiasa pula.

“Pak Man permisi dulu.Assalammualaikum,”Lelaki itu berjabat tangan dengan Shahir.Dipandangnya Adira sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam..”Jawab Shahir perlahan sambil diikuti Adira.Kedua-duanya saling memandang.Tidak mengerti.Namun dari segi yang lain,mereka amat bersyukur dipertemukan dengan lelaki itu.Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka mengadu.

Tanpa sepatah bicara lanjutan,Pak Man menyusun langkahnya keluar dari bilik itu.Seperti biasa ketika dia mencelah di antara orang ramai akan ada wajah-wajah yang memberi hormat kepadanya.Sampai di luar bangunan,seorang lelaki menghampirinya sambil membuka payung yang ditinggalkannya tadi.

“Kenapa Datuk tak bagitau saya Datuk hendak ke sini?”

Pertanyaan Pembantu Peribadinya tidak dijawab.Namun wajahnya masih manis seperti biasa.Lelaki muda itu memegang payung untuknya sambil megekori ke arah kereta.

“Saya dapat panggilan daripada Doktor Farish,”

Wajah yang manis tadi bertukar hambar.Ada riak kerisauan di wajahnya.

“Apa yang terjadi?”

“Situasi emosi anak Datuk semakin kritikal,”

Lelaki itu pantas memasuki kereta Mercedes berwarna hitam itu.Pembantu peribadinya di belakangnya tergopoh-gapah masuk ke dalam kereta lain mengekorinya.Kerutan dahinya semakin banyak kelihatan.Nafasnya ditarik dalam dan dilepaskan dengan segera.Seolah-olah melepas beban yang amat berat.Pemandu kereta yang setia bersamanya sejak kecil lagi,memandang melalui cermin pandang belakang.

“Datuk,jangan susah hati,”

Kata-kata pemandunya hanya disambut dengan senyuman yang tawar.

“Datuk jangan risau,InsyaAllah semuanya selamat,”

“Harapnya begitu la Pak Haji,”Dahinya dipicit.Runsing.

“Datuk betul-betul nak tolong budak-budak tu?”

“Ya,saya ikhlas nak bantu budak-budak tu,”Foto yang setia menemaninya ditenungnya sedalam-dalam.Ada air mata bergenang di kelopak matanya.Pak Man atau Datuk Noorman adalah orang yang sama.Sengaja dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Man kepada budak berdua yang baru dikenalinya.Takut pula mereka menjauhinya jika keduanya tahu status sebenar dirinya.Dia tahu siapa Datuk Maulana,tapi sekadar tahu nama dan bukan orangnya.Pada mulanya dia terkejut mendengar kisah pelarian adik-beradik tiri ini.Kemudian,dia tekad untuk membantu kedua-duanya.Yang pasti dia tak akan membiarkan Shahir dan Adira tidak bersatu seperti mana anak gadisnya.

Memandang wajah polos dan naif Adira mengingatkannya kepada anak gadisnya.Pertama kali melihat wajah Shahir pula?Bagaikan tak percaya tapi begitulah kekuasaan Tuhan.Sama tapi tak serupa.Dia mahu kebahagiaan dikembalikan kepada anak gadisnya tetapi sukar.Semoga masih ada sinar cahaya buat anak gadisnya.

Kereta Mercedez itu meluncur laju ke arah utara Thailand.

******

Daus melihat Tag Heuer di tangannya.Tepat menunjukkan jam 12 tengahari.Suasana di Starbucks Mid Valley itu seperti biasa dipenuhi road warriors dengan notebook masing-masing dan tak kurang juga dengan Iphone dan BlackBerry.Kebanyakannya pelajar dari kawasan sekitar terutamanya dari Universiti Malaya.Hendak diikutkan,dia tiada masa untuk berehat seketika di sini tetapi dia datang juga demi permintaan Farina.Kata-kata permintaan terakhir dibilangnya berkali-kali di corong telefon memohon Daus berjumpa dengannya.

“Dah lama tunggu?”

Farina tersenyum sambil meletakkan cermin mata hitam Marc Jacobs berwarna merah jambu di atas meja.Daus cuma menggeleng.

“Baru je.Kenapa you nak jumpa I?”

Farina melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Berdehem membetulkan kerongkongnya sebelum memulakan bicara.Daus menanti jawapan daripada wanita itu dengan sabar.Matanya berkedip-kedip.

“I nak pulang ke Christchurch,”

“You nak give up?Mengaku kalah?”

“This is not a game,”Farina mengeluh perlahan.“I bukan anak gadis remaja lagi Daus,I need someone yang boleh jaga I dan paling penting cinta.Paling tertinggi sekali dalam senarai I,sayang anak I,”

“Ya,I tahu,”Daus melepaskan nafas lelahnya.Hatinya masih terluka dengan apa yang telah terjadi.Anehnya,dia tak tahu nak marahkan siapa.Shahir atau Adira?

Bodoh betul!Macam mana dia boleh terperangkap antara kasih sahabat baik dan cintanya terhadap gadis idaman.Dia berusaha mencari ke mana perginya mereka berdua.Maklumat terkini yang diterima kedua-duanya sudah berada di utara.Entah Perak,Pulau Pinang,Kedah atau Perlis..dia pun tak pasti.Datuk Maulana berkeras tidak mahu melaporkan kepada pihak polis.Secara logikanya,bukannya Adira di bawa lari pun tapi rela hati untuk lari bersama-sama Shahir.

“Daus,”

“Hem?”Daus seolah-olah tersedar daripada lamunan.

“I harap one day,you pun akan lepaskan Adira sepertimana I lepaskan Shahir,”

Kata-kata Farina bagaikan angin lalu yang memasuki telinga kanannya dan keluar melalui telinga kiri.Dia bukannya degil.Dia sudah berusaha untuk memadamkan seraut wajah yang ayu itu tetapi segalanya masih segar dalam ingatannya.

Pertama kali dia melihat Adira bersama Nad di Hotel Hilton,hatinya sudah tercuit.Kalau tidak,masakan dia sanggup meminta setiausahanya mencari maklumat Adira.Saat Adira jatuh pengsan di sekolah,adegan lumba basikal di Port Dickson dan kenangan Adira dan Bibah di ladang kudanya.Semuanya bermain di mindanya seperti filem yang diputarkan di pawagam.

Aku mahu membencimu.Tapi aku sudah berjanji untuk mencintaimu.Mana mungkin aku bisa melupakanmu sekelip mata.Salahkah aku mencintaimu?

Bunyi mesej daripada telefon bimbitnya membuatkannya tersentak.Matanya membulat ketika membaca mesej yang tertera.

“Daus,kenapa?”

Pertanyaan Farina tidak dijawabnya.Dia bingkas bangun meninggalkan wanita itu dengan seribu persoalan.Farina memandang Daus yang semakin jauh dari pandangan matanya.(Kenapa pulak?Apa yang berlaku?)

*****

“Kenapa daddy kejam sangat?”

Datuk Maulana hanya membatukan diri di sofa.Menghisap dan menghembus asap daripada paipnya.Datin Ainul mengeluh melihat sikap suaminya.Sakit hatinya.Air mata yang bergenang di kelopak matanya dikesatnya dengan tisu.Memang segalanya serba tak kena dalam kehidupan mereka sekarang.Sunyi dan sepi semenjak kehilangan Adira dan Shahir.Farina juga telah meminta izin untuk pulang semula ke Christchurch.Ya lah,kalau dia di tempat Farina pun dia akan mengambil tindakan yang sama.Lebih baik pulang ke New Zealand daripada menderita mengenangkan nasib cinta yang tak berkesampaian di Malaysia.

Lewat sore tadi,Datuk Maulana sendiri tidak menyangka akan mendapat panggilan daripada Shahir.Dia terperangkap antara perasaan kasih dan marah seorang bapa.Mendengar suara Shahir menyebabkan dia mendidih dan terharu pada masa yang sama.Suara itu masih terngiang-ngiang di telinganya.Jelas.

“Hello,”

“Assalammualaikum,daddy,”

(Ketika itu jantung daddy berdebar laju.Daddy rindukan suara itu.Namun,hati daddy juga remuk redam .Retak yang tidak akan bercantum lagi)

“Daddy?”

“Hem..”

“Daddy...daddy jangan marahkan..jangan marahkan Adira,”

“Hem..”

“Daddy..semuanya salah abang..abang..”Suara Shahir tersekat-sekat.Ada sedu sedan dalam nafasnya.“Abang yang salah..daddy ampunkan..ampunkan abang..daddy halalkan darah yang mengalir dan nafas yang abang hembus atas..atas nama daddy..”

“Apa yang kau nak?”

Shahir terdiam.(Daddy tahu saat ini abang pantas terkejut kerana belum pernah daddy menggunakan perkataan ‘kau’ terhadap abang..).

“Aku tanya,apa yang kau nak?”Suara Datuk Maulana mulai meninggi.Tangannya menggigil menahan marah.Kecewa dan sedih yang bercampur baur.

“Kami..kami akan kahwin,”Nada suara Shahir gagap dan menggeletar.Pada saat itu jantung Datuk Maulana bagaikan direntap.Apa maksudnya berkahwin?Sudahlah dia melarikan adik tirinya dan kini mahu berkahwin?Biadap.

“Hei,dengar sini!Kau bukan anak aku lagi dan aku tak peduli satu zarah pun apa yang bakal kau buat.Kalau kau rasa nak kahwin dengan adik tiri kau,kau buatlah!Kau nak lingkup,kau punya pasal!Aku haramkan nafas kau dekat dengan aku pun!”

Telefon bimbitnya dimatikan pada saat itu juga.

Mana bisa dia duga isterinya berdiri di belakangnya ketika itu.Hati ibu yang lembut dan mudah tersentuh sudah tentu tidak rela anaknya disumpah sedemikian.Walaupun sekadar anak tiri.

“Kenapa mulut daddy lancang sangat?Kalau apa-apa jadi pada budak-budak tu?Daddy yang akan menyesal,”Datin Ainul menekup wajahnya.Badannya terhenjut-henjut menahan tangisan.

Datuk Maulana masih membisu.Suratkhabar yang dibacanya diselak satu persatu tanpa memandang wajah isterinya.Hatinya seolah diperbuat daripada konkrit.

“Mummy akan pergi restui perkahwinan mereka..walaupun mereka kahwin merempat,mummy tetap akan pergi,”

Kata-kata Datin Ainul tidak dijawab suaminya.Tidak berkata ya ataupun tidak.Jauh sekali menggalakkan mahupun menegah.Pandangannya hanya terus memandang ke arah suratkhabar.

Mbak Seena yang terdiam di dapur selama ini,perlahan-lahan menghampiri Datin Ainul.Digosok bahu wanita itu persis memujuk.

“Usah khuatir Datin..maafin saya Datuk,saya rasa saya patut temanin Datin,”

“Daus pun,”

Kemunculan Daus di hadapan pintu langsung tidak diberi tindak balas oleh Datuk Maulana.Lelaki itu menghampiri Datin Ainul.Duduk melutut di hadapan wanita itu.

“Daus akan bawa auntie ke sana.Daus pun dah dapat tahu di mana mereka sekarang.Daus janji akan bawa auntie.Kebahagiaan Adira adalah kebahagiaan Daus juga,”

Daus tidak pasti apakah yang terucap di bibirnya adalah satu kejujuran.Yang pasti,dia tidak sabar untuk bertemu dengan Adira.Seandainya benar Shahir dan Adira akan berkahwin,biarlah dirinya yang menjadi saksi.

******

Suasana pagi di Masjid Zahir kelihatan tenang dan sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Ketenangan itu tercuit sedikit dengan pertemuan tragis antara Datin Ainul dan Adira dan Shahir di luar masjid.Seolahnya bagaikan pertemuan yang amat mustahil namun berjaya direalitikan.Peluk cium Datin Ainul bertalu-talu ke pipi Adira.Mbak Seena yang berada di sebelah Datin Ainul turut berasa sebak.Hilang sudah marahnya terhadap anak gadisnya dan Shahir.Yang ada cuma rasa rindu dan kasih sayang yang meluap-luap.

“Mummy..Dira..”Air mata Adira yang berlinangan menyukarkan pertuturannya.Air matanya bisa menghapuskan mekap pengantin yang menghiasi wajahnya.

“Mummy dah maafkan Dira..abang..mummy sayang kamu berdua,”

Kedua beranak yang pertama kali berjumpa semula itu berpelukan seolah-olah tidak mampu dipisahkan kembali.Daus yang turut berada di situ cuma mendiamkan diri.Terukir sedikit senyuman yang kelat.Shahir berundur setapak demi setapak ke belakang.Air matanya sudah tidak tertahan lagi.Bisa berhamburan keluar bila-bila masa sahaja.

Lidahnya tidak henti menyebut nama Maha Pencipta Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Ada gentar dalam hatinya.Bukan gentar kerana setelah seminggu melarikan diri dia akan diijab kabul dengan Adira tetapi gerun memikirkan dosanya terhadap daddy.Walaupun mummy hadir merestui tetapi tidak kehadiran daddy menyentuh hatinya.

(Ya Allah..demi nama Mu,abang tak bermaksud nak melukai hati daddy)

Air mata jernih yang mengalir ke pipinya cepat-cepat dikesat dengan hujung baju melayunya.Dia tak terfikir untuk lari sehelai sepinggang dengan adik tirinya.Memang gila tetapi itulah yang berlaku apabila cinta membutai mata.Sepanjang seminggu ini hanya mummy yang menghubungi mereka.Mummy juga yang sedikit demi sedikit menghantar dokumen penting dan pakaian buat mereka.Semuanya melalui orang-orang Pak Man.

Shahir sendiri tak tahu latar belakang Pak Man,yang pasti lelaki ini walaupun kelihatan sederhana tetapi berpengaruh.Memang aneh,apabila lelaki ini bersungguh-sungguh mahu membantunya dan Adira.Namun wajahnya yang ikhlas mematikan keraguan Shahir terhadapnya.Mummy sudah berjanji untuk datang memberi restu kepada mereka.Adira akan diwalikan hakim kerana bapanya pun sudah tiada.Itu tidak menjadi masalah.Masalahnya tiada restu daripada daddy dan kenyataan ini memberi sejuta penyeksaan buat Shahir.Hatinya sebak.

“Shahir sedih?Kenapa nak?”Pak Man menepuk-nepuk belakangnya.Suaranya lembut.

“Saya rasa berdosa,Pak Man,”Shahir cuba menahan sendunya.Berkali-kali air matanya dikesat.

“Hati daddy Shahir mungkin terluka tapi dia tidak melarang mummy ke sini kan?Pak Man pasti dia merestui perkahwinan kamu cuma dia masih marahkan Shahir,”

Shahir menyapu-nyapu wajahnya.Hidungnya sudah kemerah-merahan kerana esak tangisnya. “Kenapa Pak Man bantu kami?”

“Panjang ceritanya,”Pak Man mengeluarkan sekeping kad daripada dompetnya.“Esok lusa jumpa Pak Man di sini,”

“Menara Jati Architechture..Bangkok?”

“Branch..buat masa ni Pak Man di Bangkok,”

“Kenapa?Kenapa Bangkok?Thailand?Kenapa tidak Malaysia?”

“Yang penting kamu datang,kamu nak tanggung anak orang makan apa?Kamu pun dah tak ada pekerjaan kan?”

Shahir mengangguk perlahan.Kasihan pula Pak Man melihat gelagat anak muda di hadapannya.Shahir melepaskan pandangannya ke arah Daus.Sahabat baiknya itu langsung tidak memandangnya apalagi menghulurkan salam kepadanya.Shahir pasrah.Barangkali jika dia di tempat Daus dia akan menghadiahkan sebiji penumbuk berbanding mendiamkan diri.Shahir berasa malu dengan dirinya sendiri.

“Apa lagi yang dimenungkan,jom masuk dalam masjid,”

Pak Man menepuk bahunya sekali lagi sambil masuk ke dalam masjid.Seiring dengan bakal pengantin baru yang memakai baju sedondon berwarna ungu,Imam yang merangkap Tok Kadi yang baru sampai turut masuk ke dalam masjid.Datin Ainul menggenggam erat tangan Adira.Daus menelan air liurnya berkali-kali.Dia mohon dirinya dikurniakan ketabahan untuk menyaksikan pernikahan ini.

Shahir duduk bersila di hadapan Tok Kadi.Hatinya sedikit berdebar-debar mendengar khutbah nikah.Di dengarnya dengan tenang walaupun jiwanya masih ada rasa gundah.Pak Man yang duduk di sebelahnya sesekali memegang bahunya.

Segala puji milik Allah, kami memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya kami berlindung kepada Allah dari segala keburukan kami dan dari segenap kesalahan perbuatan kami. Barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka tak seorangpun yang dapat menyesatkannya. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tak seorangpun yang memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah yang patut diibadahi kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya.”

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu meninggal dunia melainkan dalam keadaan beragama Islam."(Ali Imran:102).

"Hai sekalian manusia bertakwalah kepada Robbimu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan darinya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembangbikkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya, Allah memperbaiki bagimu adalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar

“Amma ba’du.Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitabullah petunjuk yang paling baik adalah petunjuk dari Muhammad saw, dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang diada-adakan. Setiap sesuatu yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan di nerakalah tempatnya “

Tok Kadi mengakhiri khutbahnya dengan doa dan amin para saksi di dalam masjid.Pada saat tangannya digoncang Tok Kadi,Shahir tahu dia sudah memikul tanggungjawab yang besar di bahunya.Bukan bererti dia melupakan kesalahannya terhadap daddy tetapi ada satu perasaan lain menyelinap di dalam jiwanya.Perasaan seorang suami.

Selesai menyebut lafaz ‘aku terima nikahnya’ bererti dia sudah meletakkan Siti Adira di bawah lindungan hatinya.Kerana wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki yang dekat dengan hati untuk disayangi dan dibimbing.Bukan di kepala untuk dijunjung dan tidak juga di kaki untuk diperhambakan.

Para saksi yang menghadiri akad nikah itu mengaminkan mereka.Senyuman jelas terukir di wajah Datin Ainul walaupun hatinya sedikit kecewa tanpa restu Datuk Maulana.Alangkah indahnya,jika majlis sebegini berlangsung dengan serba sempurna.Namun dia redha dengan ketentuan-Nya.Daus cuba untuk tersenyum walaupun dia akui hatinya masih terluka,dia mengangkat ibu jarinya kepada Shahir dan Adira.

Bagi Shahir,dia berjanji setitis air mata isterinya menjadi lara di hatinya jika kerana berduka dan menjadi penawar di hatinya jika kerana bersuka.


Friday, June 18, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 13

PHOTO CREDIT:ABDUL MA'MANG DAN JANNA

Perjalanan hampir 6 jam ke utara dan tanpa arah tuju diteruskan oleh Shahir.Cuma sekali mereka berhenti di Tapah,Perak untuk menunaikan kewajipan pada Yang Esa.Mega sudah tidak kelihatan di ruang angkasa,jam di tangannya pula sudah menunjukkan pukul 7 malam.Cepat benar cuaca gelap pada malam itu.Lebuhraya yang panjang dan sunyi itu hanya menyaksikan pelarian mereka yang belum tentu arah destinasinya.

“Abang,apa yang kita buat salah kan?”Adira kelihatan runsing.Masih berbaju kurung yang sama pada majlis pertunangannya.Cuma mekap di wajahnya sudah tiada.Nafas kesal dilepaskan.

“Ya,”Jawab Shahir pendek.Wajahnya kelihatan lebih tenang berbanding saat dia menarik tangan Adira di tengah medan pertunangan tadi.

Tidak terfikir dek akal warasnya untuk melakukan perkara segila ini.Benarkah cinta itu buta?Atau manusia yang buta apabila terkena panahan cinta?Yang pasti dia tak dapat bayangkan bagaimana jadinya jika melepaskan Adira kepada Daus.Ya,daddy,mummy mahupun arwah mama tidak pernah mengajarnya untuk bersikap kurang manis dan membelakangkan keluarga.Malang baginya situasi dirinya dan Adira terlalu sulit untuk dia kekal dalam keadaan logika.

“Abang akan fikirkan apa yang patut kita lakukan bila kita dah sampai di tempat yang lebih selesa nanti,”Kereta Peugot itu memasuki hentian Sungai Muda.Tidak banyak kereta yang diparkir di situ,adalah dalam tiga buah kereta.Kawasannya pula gelap dan sunyi.Cuma ada tandas dan pondok berehat.

“Dira tak sempat nak ucap terima kasih,”

“Terima kasih?Sebab?”

“Tak tahulah..rasa pelik pun ada..tapi,rasa dihargai pun ada,”

“Iye?Abang harap daddy tak letak muka kita di hadapan suratkhabar esok pagi,”Shahir mengeluh perlahan.Jari jemarinya memicit dahinya sendiri.(Nak sangat bawa lari anak dara orang..ambik!).

“Apapun abang tetap hero di hati Dira,Spiderrman,”

“Hero?Spiderman?”Tiba-tiba terkeluar ketawa kecil dari mulut Shahir.(Dira..Dira..di sebalik rasa cinta yang mendalam itu masih ada keletah anak kecil!)

“Spiderman sebab Spiderman rendah diri dan terlalu cinta akan Mary Jane walaupun dia jarang mengaku dan meluang masa untuk Mary Jane”

“Jadi abang ni macam Spiderman lah ye?”

“Spiderman yang sanggup buat apa saja untuk Dira,”

“Dira,”Shahir bersuara lembut.Dipandangnya gadis di sebelahnya dengan perasaan yang jujur dan penuh dengan rasa sayang.

“Ye?”

“Abang sayang Dira,tulus daripada hati abang.Abang minta maaf untuk apa yang berlaku pada hari ini.Abang janji tak akan melukai hati Dira lagi,”

“Abang dah berjanji banyak kali dengan Dira dari tadi.Dira percaya abang,”

“Dengan ini,abang,”Shahir mengangkat tangan kanannya seperti istiadat mengangkat sumpah.“Akan menjadi Spiderman di hati Dira yang akan menjaga Dira seperti Spiderman menjaga Mary Jane.Betul,tak bohong,”

“Okay..okay..Dira pun sayang abang,”Jawab Adira sambil tersenyum malu.Mukanya kemerah-merahan ketika mengungkap ungkapan ‘sayang’.Masih menebal perasaan segannya.

“Kita asyik sayang menyayang macam lagu cerita Azura ni,bila nak keluar dari kereta ni?”

“Keluarlah,siapa yang larang?”Adira menjelir lidahnya.Nakal.

Shahir ketawa kecil sambil keluar dari kereta.Dia hampir melanggar seorang lelaki ketika membuka pintu kereta.

“Maaf encik,saya tak sengaja,”

Lelaki yang memakai jaket biru itu tersenyum sinis memandangnya.Dilihatnya Shahir dari atas ke bawah.Pandangan yang jelek.

“Kau kenapa bro,mata letak mana?”

“Sorry bang,saya dah minta maaf tadi kan?”

Lelaki tadi mengerling ke dalam kereta.Matanya memandang nakal ke arah Adira yang tercengang-cengang di dalam kereta.

“Abang tengok apa?”

“Aik,marah?Aku pun tak sengaja tengok girlfriend kau,ada masalah?”Lelaki tadi menolak Shahir sehingga terjatuh ke bawah.

Adira yang pada mulanya sekadar memerhati sudah keluar dari kereta dan menghampiri Shahir.Shahir bangun sambil menepuk-nepuk seluarnya yang melekat dengan kotoran tanah.

“Dira,masuk dalam,”Bisik Shahir perlahan.Belum sempat Adira bergerak seorang lelaki lain muncul di belakangnya.

“Nak ke mana cik adik?Lepak dengan kitaorang sudahlah,”Lelaki yang baru muncul dan berambut panjang paras bahu mencuit pipi Adira.Shahir pantas menarik Adira ke belakangnya.

“Relaks bro..kita boleh kawtim,nak apa?”Shahir bersuara lembut,masih cuba untuk berbincang.Adira hampir menangis di belakangnya.Menahan air mata yang bergenang di kelopak matanya.(Apahal pulak ni?)

“Eddy,dia tanya kita nak apa?”Lelaki yang dilanggar Shahir tadi bersuara.Lelaki yang bernama Eddy itu ketawa kecil sambil menghampiri Shahir dan Adira.

“Joe,kau nak apa?”

“Kereta Peugot,hebat ni.Aku nak kereta kau boleh brader?”Lelaki yang bernama Joe tadi menepuk-nepuk kereta Shahir sambil menepuk-nepuk kereta berwarna perak itu.

“Kau nak kereta?Aku tak nak kereta,”Eddy menggelengkan kepalanya.

“Kau tak nak kereta?Kau nak apa Joe?Aku excited ni!”Joe melompat-lompat seolah mempermainkan pasangan kekasih di hadapan mereka.Adira yang bersembunyi di belakang Shahir memegang erat lengan abang tirinya.Shahir cuma memerhati gelagat dua lelaki banjingan di hadapannya.Bersedia menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.

“Aku?Aku?Kau tanya aku Joe?”

“Ye la bengong takkan aku tanya mamat suci ni pulak,”

“Aku?”Eddy menghampiri Shahir sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dipandangnya Adira dengan pandangan yang kotor.“Gua tak tahanlah tengok awek lu yang halus mulus ni.Kita kongsi boleh tak,bro?”

“Kurang ajar!”

Shahir menendang kakinya tepat di celah kelangkang Eddy.Eddy terus rebah dengan wajah yang terkemut-kemut seperti tidak cukup oksigen.Riak peritnya menunjuk azab yang amat sangat.Joe yang melihat keadaan sahabatnya terus memukul Shahir dari arah belakang.Hampir terjatuh Shahir dibuatnya.

Berpinar juga kepalanya dipukul curi.Geram yang amat Shahir melepaskan tumbukan sulung ke mata lelaki itu.Melekat buku limanya di mata hitam samseng jalanan itu.

“Dira cepat masuk,”Shahir menarik tangan Adira dan cepat-cepat menolak gadis itu masuk ke dalam kereta.Belum sempat dia menutup pintu ,Shahir berasa panik apabila terasa pedih dan ngilu di tepi pinggang kanannya.Dia bertambah kaget melihat sebilah pisau tertusuk di pinggang kanannya.Darah mula mengalir membasahi kemeja kotak berwarna biru yang dipakainya.Dia menoleh ke belakang dan dilihatnya lelaki yang bernama Eddy memandangnya dengan wayah yang pucat.

“Hoi!”Satu sergahan suara sayup-sayup kedengaran oleh Shahir.Samseng taik kucing dua orang tadi telah menghilangkan diri entah ke mana apabila mendengar sergahan itu.Shahir mula berasa pusing.Dia terus rebah dengan nafasnya yang mula lemah.Dalam samar-samar dia dapat melihat wajah Adira yang cemas dengan air mata yang tiada putusnya.Dia juga melihat wajah lelaki yang agak berusia di sebelah Adira dan cuba membantunya.

Darah semakin membuak.Wajahnya mula pucat dan lesi.Suara Adira semakin sayup kedengaran.Nafasnya naik dan turun.Lemah

******

Suasana di banglo mewah Datuk Maulana disirami cahaya lampu yang samar.Jam di dinding berbunyi 8 kali menandakan sudah pukul 8 malam.

“Sampai bila-bila saya akan tunggu Adira!”

Kata-kata tegas Daus memenuhi ruang tamu rumah Datuk Maulana.Daus tidak peduli jika keputusannya tidak dipersetujui ayahnya.Selepas kejadian yang mengaibkan petang tadi,angkara ego yang tinggi,ayahnya terus membawa diri dan memaksa rombongan meminang pulang tanpa mengambil kira kemaafan yang dipohon Datuk Maulana dan Datin Ainul.

“Saya tak peduli dengan ayah,uncle.Kalau Shahir boleh buat gila larikan Adira di hadapan orang ramai,saya pun boleh buat gila cari Adira sampai hujung dunia,”Daus bersuara lagi.Datuk Maulana berdiri kaku memandang ke luar tingkap.Datin Ainul cuba ditenangkan Farina.Tak putus-putus tangisannya sejak tadi.Terluka hati seorang ibu diperlakukan demikian oleh anak-anaknya.Kalaulah dia tahu Shahir dan Adira menyulam rasa cinta sudah pasti dia mempersetujui ikatan mereka berdua.Kenapa kedua-duanya tidak memberitahunya apa yang mereka pendam.Atau mungkin salahnya kerana tidak mampu menduga kemurungan Adira berpunca daripada Shahir?

“Daus,cuba you bawa bertenang dulu,”Ema yang setia bersamanya sejak petang tadi akhirnya bersuara.Drama betul apa yang berlaku pada hari ini.Memang tak terjangka dek akal.

Kasihan pula rasanya melihat apa yang berlaku kepada Daus.Itu baru majlis pertunangan,kalau majlis perkahwinan?Alamatnya ada pula yang lawan tembak-menembak nanti.Ema menggelengkan kepalanya.(Macam-macam hal!)

“Bagi I..I..I biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka sendiri,”Farina memberanikan dirinya menyatakan keputusannya.Daus sekadar menjeling ke arah wanita itu.

“Jodoh dan pertemuan dah ditentukan Tuhan.Tiada siapa yang boleh halang kalau dah itu ketentuannya.I bukannya baik hati.Tapi I rasa sebesar mana pun cinta I pada dia,tak ada gunanya kalau dia tak cinta I balik.Mungkin salah I jugak,I dah tahu ayang sukakan Shahir..tapi I teruskan juga niat untuk bertunang dengan Shahir,”

“Farina,I pun tahu,”Daus membulatkan matanya.“I tahu apa yang ada di antara mereka.I rasa apa yang Dira rasa semasa Shahir tidak pedulikannya.I ada di sisi Dira semasa Shahir menolak perasaan dia.I nak bahagiakan Dira dan tiba-tiba..kawan baik I dan bakal tunang you tu datang buat huru-hara.Gila..”

Datin Ainul memicit-micit kepalanya.(Ya Allah..apa bala yang menimpa keluarga bahagia kami hari ini?).

Satu demi satu penjelasan Daus dan Farina bukannya menyenangkan hatinya.Menambahkan beban lagi ada.Bertuahnya budak dua orang ni,dah tahu hal yang sebenar bukannya nak diberitahu.Masing-masing cuba menyembunyikan antara satu sama lain dan akhirnya seperti bom jangka,apa yang berlaku hari ini bagaikan letupan yang tak terduga.

Paling kasihan tentulah suaminya.Datuk Maulana seorang politikus yang dihormati dan disegani.Entah apa tanggapan masyarakat kelak.Barangkali mereka dianggap tidak pandai menjaga akhlak anak-anak.Pilu hatinya melihat permohonan maaf suaminya tidak dipedulikan Tan Sri Ali.Itu belum termasuk suaminya terpaksa memohon jasa baik pihak akhbar hari ini untuk tidak melaporkan berita ini di dalam akhbar.Lelaki yang cekal itu terpaksa pula berhadapan dengan orang kampung.Bukan semuanya yang simpati,yang mencemuh pun ada.

“Hati uncle dah retak,”Datuk Maulana berbicara sambil masih memandang ke luar tingkap.“Uncle tak salahkan Dira,dia masih tak matang.Uncle cuma kesal akan Shahir.Uncle tak akan maafkan Shahir.Uncle tak akan benarkan dia memijak rumah ini lagi.Dia bukan anak uncle lagi.Apa yang jadi padanya nanti.Biarlah..”

Suara lelaki itu kelihatan tenang.Tetapi peperangan di dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu.Ada nada kecewa di sebalik suara tenang lelaki itu.Daus,Farina dan Ema cuma tertunduk bisu.Datin Ainul yang kehilangan kata-katanya cuma mampu mengesat air matanya.

*****

Matanya dibuka perlahan-lahan.Cahaya lampu kalimantang menyilau pandangan matanya.Pedih.Shahir cuba bergerak tetapi masih terasa ngilu di bahagian pinggangnya.Bau ubat yang menusuk-nusuk hidungnya begitu kuat.Cuba diluaskan matanya.(Rumah mayat?Takkanlah..hospital nih..).

Tangan kanannya cuba digerakkan.Berat.Gelabah juga Shahir,takkanlah kena tikam di pinggang,doktor boleh salah pertimbangan potong tangannya pula?Dialih pandangannya ke kanan.Senyuman manis terukir di bibirnya tatkala melihat Adira sedang tidur di atas tangan kanannya.Bajunya masih belum bertukar sejak petang tadi.Kasihan pula Shahir melihatnya.Tampak sangat gadis itu keletihan.

Hidungnya yang kemerah-merahan pastinya kerana tangisan yang tiada hentinya.Bukannya Shahir tak tahu,Adira kalau sudah menangis,susah benar air mata itu hendak berhenti.

Shahir menggunakan jari telunjuknya untuk mencuit hidung Adira.Tiada tindak balas.Dicuitnya sekali lagi.Dua kali berturut-turut.Adira menggosok-gosok hidungnya dan bangun terpinga-pinga.Shahir segera memejamkan matanya.

Adira memandang kanan dan kiri.Di hadapannya Shahir masih tidak sedarkan diri.(Siapa pula yang main hidung aku ni?Erk..takkanlah hospital ni berhantu?).

Shahir membuka matanya sebelah.Lucu pula dia melihat aksi gelabah Adira.Gadis itu memusing ke belakang mencari-cari siapa yang mengganggu tidurnya.Tangan Shahir pantas menarik rambut Adira dan cepat-cepat berpura-pura pengsan semula.

Adira memegang rambutnya.Ada riak ketakutan di wajahnya.(Hah,sudah!Dah main tarik-tarik rambut pula!).Cuak dia seketika.(Jangan-jangan ada sesuatu kat bawah katil?).

Dia memberanikan diri menjenguk ke bawah.Tangannya dipegang di hujung katil.Perlahan-lahan dia tunduk ke bawah.(Ya Allah,janganlah muncul pocong ke pontianak..mahu aku pengsan sekali dengan abang..).

Shahir tersenyum sambil membangunkan dirinya.Pinggangnya masih terasa sakit tetapi kenakalan buat masa ini memang tak dapat dibendung.Tangannya lantas memegang tangan Adira yang memegang hujung katilnya.

“Opocot!”

Jeritan Adira seiring dengan tangannya yang menampar apa sahaja di hadapannya.Nasib tak baik bagi Shahir apabila tamparan itu tepat-tepat terkena mata kanannnya.

“Aduhhhh..”Shahir menekup matanya.Mahu buta sebelah matanya dek tamparan Adira.

“Padan muka!Oh,abang yang kacau Dira ye?”Adira menunjal dahi Shahir perlahan.Jantungnya sendiri berdebar-debar.Dalam fikirannya memang spesies seram sahaja,tak pocong,pontianak,toyol,Ju On dan apa sahaja yang sewaktu dengannya.Mana mungkin diduganya Shahir yang sedang terkejung di atas katil cuba bermain-main dengannya.

“Tangan cepat naik betul!”Bebel Shahir.Tangannya masih menekup matanya.“Buta mata abang karang,”

“Alah,kesiannya..meh Dira tengok,”

“Merah mata abang..huhu,cepat tiup,”Shahir cuba bermanja.Tampak mengada-ngada.

“Meh sini Dira tiup,”

Adira meniup mata Shahir yang kemerah-merahan.

“Tiup dekat lagi boleh tak?”Shahir tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya.

“Penampar lagi mahu tak?”

“Tak..tak..garangnya..aduhh..”Shahir mengeluh kecil apabila jahitan di pinggangnya terasa ngilu.Kerutan di dahi Adira menunjukkan kerisauan yang amat ketara.

“Abang okay ke?”

“Sikit je..tu pun patut abang yang menang kalau malaun tu tak tikam curi.Siapa yang bawa kita ke sini?”

“Ada seorang pak cik,namanya Pak Man.Baik sangat,dia yang bawa abang dan Dira ke hospital.Nanti keluar hospital,abang jumpa dia,”

“Pak Man?”Shahir tertanya-tanya di dalam hatinya.Siapa lelaki yang baik hati dan menyelamatkannya itu?Dia masih ingat lagi wajah lelaki itu walaupun pandangan sudah samar akibat kehilangan darah yang banyak.

“Kesian abang..tak pasal-pasal jadi mangsa samseng tak guna tu,”Adira menuang air kosong ke dalam gelas dan menyuakan kepada Shahir.

“Abang kan Spiderman yang akan menyelamatkan Mary Jane,”Ujar Shahir seraya meminum air kosong yang diserah Adira.

“Terima kasih Abang Spiderman”Sindir Adira dalam nada gurauan.

Namun jauh di sudut hatinya.Kejadian Shahir ditikam itu benar-benar membuatkannya ketakutan.Dia takut akan kehilangan Shahir.Mujurlah semangat untuk hidup itu kuat dan keadaan Shahir juga stabil.Jika tidak,tak tahulah apa yang bakal terjadi kepadanya jika dia kehilangan Shahir.

“Tapi dulu abang umpama Kent untuk Barbie,”

“Alah,tu masa budak-budak,”

“Oh,sekarang tak budak-budak lagi?”

“Dira bukan budak kecil lagi la,”

“Betul Dira bukan budak-budak lagi?”

“Memanglah Dira bukan budak kecil lagi,”

“Kalau macam tu..jom,kita kahwin!”

Ungkapan Shahir menyebabkan Adira terdiam.Dia tak tahu sama ada Shahir serius atau bergurau.Dia memandang wajah jejaka itu dengan wajah yang keliru.

“Apa abang cakap tadi?”

“Jom,kita kahwin!”

“Ta..ta..pi..Adira nak ambil..S..P..M..”

Tergagap-gagap Adira dibuatnya.

“Ambillah..tapi,jom kita kahwin jugak!”

Adira masih terkebil-kebil.Shahir menarik nafasnya.Dipandangnya seraut wajah yang comel itu dengan pandangan yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

“Jom,kita kahwin..Adira,sudi tak jadi isteri abang?Temani abang pada masa yang suka dan duka?”

Adira masih lagu keliru tapi perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibirnya.Seiring dengan wajahnya yang kemerah-merahan menahan segan dan air mata yang bergenang di kelopak mata.

Shahir membalas senyuman itu semula dengan anggukan kepalanya.Senyuman yang diukirkan khas untuk perempuan yang ingin disunting menjadi suri hidupnya.

Biarkan aku di sini untukmu

Aku hanya ingin menghibur malam ini

Malam yang pasti menyenangkan untukmu

Dan tentu untukku

Biarkan di sini aku bernyanyi

Hanya untukku dan untuk menghibur kamu

Dan aku yakin senyum mu tulus dan jujur

Hanya untuk ku

Perempuanku

Engkau cintaku

Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu

Bisa gila ku pasti sedih

Ku cinta engkau

Cinta pada perempuanku

Semakin lama semakin ku tahu

Maksud hati tak hanya mencintaimu

Ku ingin habiskan hidupku

Hanya untukmu

Perempuanku

Engkau cintaku

Tak mungkin bisa bila aku jauh dari mu

Bisa gila ku pasti sedih

Ku cinta engkau perempuanku

Perempuanku...


(Irwansyah,Perempuanku)

Thursday, June 17, 2010

Adira dan rakan-rakan AF8 di Majlis Pelancaran Pameran Ghaza

Pada 16 Jun 2010,Adira dan rakan-rakan AF8(kecuali Shahir yang mempunyai program lain)terlibat dengan Majlis Pelancaran Pameran Ghaza.Turut terlibat mantan Pengetua AF8,Norman Abdul Halim.Shahiratics yang turut serta pada hari itu turut berjaya mendapatkan autograf Adira untuk semua Shahiratics yang menyokong kejayaan Shahira.(Shahiratics at KL Sentral credit:RUN,HANIZ,NANI,AYA,SCHA,SARAH DAN SUMER YG TERLIBAT..:)..).
SMS GAZA KE 32928..SAMA2 MEMBANTU PALESTINE!








Tuesday, June 15, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 12

PHOTO CREDIT:ABDUL MA'MANG DAN JANNA

Suasana di rumah Tan Sri Ali agak sibuk,maklumlah hari ini merupakan hari pertunangan anak bongsunya.Memandangkan arwah isterinya sudah meninggalkan mereka sejak Daus masih kecil,semua urusan dilakukan sendiri dengan bantuan adiknya,Datin Seri Paduka Hajar.Isteri kepada salah seorang menteri kabinet dan juga ibu saudara Daus itu bertungkus lumus memastikan semua persiapan berlangsung dengan lancar.Walaupun sekadar majlis pertunangan,sebanyak 30 hantaran disiapkan termasuk tepak sirih junjung yang dihias cantik.Di dalam kamarnya,Daus tersenyum di hadapan cermin.Membetulkan baju melayu berwarna putih yang dipakainya.Sesekali membetulkan songkoknya.Haruman BOSS sudah beberapa kali disemburnya.Tangannya diletakkan ke dadanya.(Eh,ada rasa berdebar-debar!)

“Hai,awak bukan nak kahwin,bertunang aje,”

Daus tersenyum melihat Ema yang muncul di belakangnya.Sahabat baiknya itu memakai kebaya pendek berwarna putih dan kain batik singkat.Gadis itu menyapu kedutan di baju Melayunya di bahagian bahu.Kedua mereka memandang ke arah cermin.Berdiri sama tinggi dan sama cantik.

“Handsome juga kawan baik I ni ye?”

“Gila tak handsome?Nak tengok cincin?”Daus tersenyum nakal.

“Boleh jugak!”

Daus maju ke hadapan membuka laci dan mengambil sebuah kotak kecil berwarna putih.Dia membuka kotak itu dan mengambil cincin itu lantas menunjukkan kepada Ema.

“Tiffany?Cantiknya!”

“Special design tu,kalau you tengok betul-betul dalam diamond ada dua huruf bergabung,”

“Dua huruf?Let me see,”Ema merenung ke arah cincin itu.Matanya dikecilkan untuk memastikan huruf-huruf yang dimaksudkan Daus.“DD?What’s the meaning of that?Diana Danielle?”

“Huish Diana Danielle pulak.Daus dan Dira lah,”

“Daus dan Dira,romantiknya.Daus,sarungkan cincin ni untuk I,”

Ema menghulurkan jari jemarinya yang runcing.Daus menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Ema.Dia menyarung cincin itu di jari manis sahabat baiknya.Ema tersenyum nakal sambil melihat cincin platinum bertatah berlian itu di jari manisnya.

“Padan dengan I,kira jadi hakmilik I lah ye?”

“Mana boleh,”Daus tersenyum sambil memegang lembut tangan Ema.Perlahan-lahan cincin itu ditariknya dari jari sahabat baiknya.“Kalau untuk you nanti I design khas,DE BFF 4EVER,”

“Ye la,siapalah I nak pakai cincin bakal tunang you,”Ema menjungkit bahunya sambil mengenyit matanya.

“Eleh,merajuk!”Daus mencuit pipi Ema.“Sampai mati pun you tetap menjadi kawan baik I dan soulmate I..eternally,”

“I jadi second wife pun okay,”Usik Ema sambil mengambil songkok Daus dan meletakkan di kepalanya.Dia mengundur ke belakang seolah-olah mengacah Daus supaya mengambil semula songkok itu.Daus menggaru dagunya sambil tersenyum.

“You terlalu special untuk I.I tak sanggup nak jadikan you second,third or fourth.Kalau I tak jumpa Dira,may be I propose you sebab you best friend I,”

“That means,I’m your last resort.Poyo la you Daus,”Ema menjelirkan lidahnya sambil cuba mengelak apabila Daus ingin mengambil semula songkoknya.Gadis cantik itu ketawa kecil dapat mempermainkan rakannya.

“Dira wanita pertama yang I paling cinta dan you wanita pertama yang bertakhta sebagai kawan baik I.Tiada kompromi.“Ema bak lah songkok I,”

“Okay,”Ema meletakkan songkok itu semula di atas kepala Daus.Dia tersenyum sambil membetulkan songkok itu.“I harap you akan happy dengan Dira,all the best.Nanti cepat-cepat kahwin dan ada anak banyak-banyak,”

“That’s my girl,”Daus mengangkat ibu jarinya sebagai tanda bagus.Dia pantas melihat jam tangannya.“Dah nak dekat pukul 1.Jom,cepat!”

Daus tergopoh-gapah keluar dari bilik.Sesaat kemudian dia masuk semula.

“Babe,you tolong bawa kotak cincin,okay.Love you,”

Sebaik menghabiskan kata-katanya,Daus pantas keluar semula.Ema menggelengkan kepalanya melihat gelagat Daus yang kelam kabut.Dia mengeluh perlahan.Kotak cincin itu dibukanya.Lama dia memandang cincin itu sebelum menutupnya semula.Ema membetulkan kebaya yang dipakainya sebelum mengangkat kotak cincin itu yang diletak di atas dulang hiasan.Berlari-lari anak dia turun ke bawah.

******

Tidak seperti Daus yang ceria dan ingin terlibat bersama di dalam majlis pertunangan ini,Shahir pula berlainan.Tiada kewajipan agama yang menetapkan si lelaki wajib terlibat bersama dalam urusan pertunangan,cuma keluarga.Shahir tekad untuk mengelak daripada terlibat secara langsung dengan majlis pertunangannya merangkap pertunangan adik tirinya juga.Cuma berbaju kemeja kotak berwarna biru dan berseluar jeans lusuh,dia duduk di tengah sawah sambil memetik gitar.Cuaca matahari yang terik itu langsung tidak dihiraukannya.Panorama keindahan suasana di sawah sikit tak banyak mengurangkan tekanan di dalam hatinya.

Ingatannya masih melangkau peristiwa minggu lepas.Dipegang pipinya.Tamparan Adira masih terasa di pipinya.Seolah-olah baru semalam semuanya berlaku.Peritnya bukan terasa di pipi tetapi di hatinya.Selepas kejadian itu,Adira meminta kebenaran daddy untuk ke sekolah dengan Nad.Di rumah,Adira memang tidak mahu melihatnya langsung.Seboleh-bolehnya gadis itu mengelak daripada bertemu dengannya.Adira berhak membencinya sampai bila-bila.Benar kata Adira,dia dayus dan penakut untuk mempertahankan apa yang dirasakannya.Mempertahankan gadis yang dia cintai.

“Bodohnya kau Shahir!”

Jeritannya menyebabkan burung-burung yang cuba memakan bunga padi berterbangan bertempiaran.Shahir merebahkan badannya di atas tanah.Tangannya diletakkan di atas dahinya.Tangan kirinya memeluk gitar kapok yang berwarna hitam itu.Gitar daddy itu dipegang dengan erat.Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan masalah itu ditambah cuaca yang panas terik.

“Anak kenapa?”

Suara seorang wanita berusia separuh abad mengejutkannya.Shahir bingkas bangun sambil menyapu bajunya yang melekat dengan tanah.Wanita tua bertudung yang memakai baju kurung Kedah dengan seluar berwarna hitam itu tersenyum.Kasut bot yang dipakainya berselut dengan tanah.Walaupun bekerja di bawah panas mentari,kulitnya putih kemerah-merahan.Orangnya masih cantik walaupun sudah berusia.

“Maaf makcik,saya ganggu makcik buat kerja ke?”Shahir bertanya.Kaget.

“Taklah,makcik tengok kamu macam runsing saja.Makcik datang tengok kamu,”

“Tak ada lah makcik.Ada masalah sikit-sikit aje,”

“Panggil je mak cik,Mak Timah.Janganlah duduk di denai ni,jom kita ke pondok,”

Wanita tua itu bangun sambil tersenyum kepadanya.Tanpa membantah Shahir menuruti langkah wanita yang membahasakan dia sebagai Mak Timah.Dia mengambil sapu tangan dan mengelap peluh yang mengalir di lehernya.

“Anak ini namanya siapa?”

“Shahir,Mak Timah,”Shahir menjawab sambil mengemaskan silanya di atas pondok kecil di tengah sawah itu.

“Memang orang Tanjung Karang?”

“Tak,saya orang Rawang,”

“Jauhnya datang,kenapa?”

“Tak de apa Mak Timah..mencari ketenangan,”

“Masalah cinta?Tak berani mempertahankan cinta?”

“Eh?”

“Kamu hairan?Mak Timah dah banyak makan garam.Tengok muka kamu Mak Timah dah tahu apa yang bermain di fikiran kamu.Apa yang berlaku hari ini?”Mak Timah menuangkan air kopi daripada termos ke dalam cawan.Cawan itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir terangguk-angguk sambil menyambut cawan itu.Ditiup kopi yang panas itu sebelum menghirup perlahan.

“Saya..saya..akan bertunang,”

“Dengan perempuan yang kamu suka?”

“Perempuan yang saya suka akan bertunang dengan orang lain,”Shahir bersuara perlahan sambil menundukkan kepala ke bawah.

“Kenapa kamu biarkan?”

“Sebab saya tak boleh hidup dengannya.Walaupun adik beradik tiri,tak mungkin kami boleh bersama.Saya tak mahu jadi munafik,saya dah berjanji dengan orang lain,”

“Sebenarnya Shahir,kamu sengaja memberi seribu alasan.Sedangkan hakikatnya,jika kamu benar-benar cinta perempuan tu,kamu takkan sanggup serahkan dia kepada orang lain atas apa alasan pun,”Mak Timah tersenyum memandang anak muda di hadapannya.

Shahir terdiam.Tali gitar itu dipetiknya perlahan.

“Walaupun baru pertama kali bertemu tapi InsyaAllah sekilas ikan di kolam,Mak Timah tahu yang mana jantan dan yang mana betina.Begitu juga sikap manusia daripada raut wajahnya.Mak Timah tengok muka kamu,Mak Timah rasa kamu budak baik.Shahir,jangan biarkan sesuatu yang paling berharga dalam hidup kamu pergi begitu sahaja kerana kamu sendiri yang mengalah dan tidak berusaha,”

Shahir tersenyum ke arah wanita berusia separuh abad itu.Senyumannya tawar bersama hatinya yang gundah.

“Mak Timah ada kerja lagi,kalau kamu nak terus duduk di sini,silalah.Tapi kalau Mak Timah di tempat kamu,Mak Timah akan menyesal seumur hidup kerana membiarkan orang yang Mak Timah sayang pergi begitu sahaja,”Mak Timah bangun sambil mengambil sabit di bawah tangga.“Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”Shahir menunduk hormat kepada Mak Timah yang berlalu meninggalkannya di dalam pondok itu.

Tali gitar itu dipetik perlahan.Bunyinya sumbang dengan nota muzik yang bertaburan.

Apa yang harus aku lakukan?Membiarkan simpulan pertunangan terus dilangsungkan antara Daus dan Adira?Menghukum dirinya untuk bersama Farina?

Shahir memejamkan matanya.Mindanya berputar-putar mencari penyelesaian.Semakin lama difikirkan,semakin pening kepalanya.

******

Lima buah khemah didirikan di luar halaman rumah Datuk Maulana.Penduduk kampung ramai yang hadir mengalahkan kenduri kahwin layaknya.Maklumlah yang bertunang bukannya seorang tapi dua orang anaknya.Pasukan kompang sudah pun bersedia menunggu kehadiran keluarga Daus.

Farina yang sememangnya tidak mempunyai keluarga di Malaysia ditemani para pekerjanya di sebuah bilik.Datin Ainul tidak cukup tangan menyiapkan pelbagai persiapan untuk hantaran kedua-dua anaknya Shahir dan Adira.Itu tak termasuk,persiapan majlis kenduri.Boleh migrain dia dibuatnya.Mujurlah suami tercinta sentiasa membantu pada saat-saat genting.

Di dalam kamar yang lain,Adira yang sudah sedia dimekap sedang duduk membatu di dalam kamarnya.Jari jemarinya yang berinai merah menguis-nguis cadar baldu berwarna putih.Putih ialah tema yang ditetapkan keluarga Daus.

Pandangannya kosong ke hadapan.Jiwanya sifar tanpa sebarang rasa.Sunyi dan sepi sehinggakan dia bisa mendengar bunyi jarum jam yang berdetik di dinding.

Bunyi pintu yang dibuka mengalih pandangannya.Nad berdiri di hadapan pintu sambil memandang sayu ke arah sahabatnya.Adira membalas pandangan itu dengan pandangan yang sama.Dia cuba memaksa dirinya untuk tersenyum buat sahabatnya.Terketar-ketar.

“Dira,”Nad pantas menutup pintu lalu memeluk Adira.Tanpa paksaan,air mata berjujuran mengalir di pipi kedua-dua gadis itu.Teresak-esak.Terlalu sebak sampai kedua-duanya tidak mampu berbicara.Secara emosi,Nad seolah-olahnya berkongsi rahsia hati sahabatnya.

“Ja..jangan menangis..nanti..tak..cantik,”Nad mengesat air mata yang mengalir di pipi Adira.Suaranya tersekat-sekat menahan tangisan.

Kata-kata Nad menambah sedu-sedan Adira.Air mata itu seperti tidak mampu dihentikan.Hanya Nad yang memahami duka di hatinya.Kegembiran dikongsi bersama seiring dengan kesedihan.Tidak perlu berkata-kata kedua-duanya bisa memahami antara satu sama lain.

“Apa pun yang berlaku..kita tetap kawan baik..sampai mati kita kawan baik.Okay?”Nad mencium pipi Adira bertalu-talu.Dikesatnya air matanya sendiri.Dia bingkas bangun dan menunjukkan ibu jarinya tanda memberi semangat.“Aku tahu kau kuat!”

Adira cuma mampu mengangguk.Lidahnya tidak mampu mengucap sebarang kata.Hanya raut wajahnya terkandung sejuta kedukaan.Dia juga mengesat air matanya segera.Mujurlah maskara yang dipakainya kalis air dan tidak meleleh.Nad segera keluar dari kamar Adira.Tak sanggup rasanya dia memandang wajah pilu Adira.Bagaimana Adira mampu menghadapi semua ini?Dia pun tak tahu.Dia sendiri tidak menyangka di sebalik tubuh kecil itu,Adira mempunyai semangat yang kuat.

“Dira macam mana?”Suara Iwan menerjah ke telinga Nad sebaik sahaja dia berada di halaman.Wajah lelaki berkulit cerah itu kelihatan risau.Anum yang berdiri di sebelah Iwan juga kelihatan risau.

“Aku pun tak..tahu nak cakap apa..”Nad menutup matanya dengan tangan.Cuba menahan kesedihan yang masih lagi melanda hatinya.

“Aku kesian dengan dia.Kalau aku jadi dia,dah lama aku cabut ikut tingkap,”Anum menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kau rock,tapi hindustan.Hindustan bolehlah cabut ikut tingkap.Itupun kalau Shahir bengong tu sanggup tunggu kat luar tingkap,”Iwan menempelak Anum yang menjeling kepadanya.

“Korang boleh tak jangan buat lawak?Aku tengah emosi ni,”Nad mengesat air matanya.

“Betul apa dia bengong?Kalau aku jadi Si Shahir tu,tak ada maknanya aku nak baik hati nak bagi orang yang aku suka kat orang lain.Mengabihkan boreh jo,”Iwan melepaskan geramnya.Kelmarin barulah dia tahu kisah sebenar yang berlaku antara Adira dan abang tirinya.Itupun setelah disoalnya bertubi-tubi terhadap Nad yang kelihatan macam hilang semangat.Patutlah Si Shahir tu hampir-hampir mematahkan tengkuknya,rupanya dalam hati ada taman dengan si adik tiri.Mujurlah sekarang dia pun sudah menganggap Adira sekadar teman biasa.

Kedatangan rombongan kereta Rolls Royce sebanyak 6 buah semuanya menarik perhatian orang ramai di halaman rumah.Kompang terus dipalu sebaik sahaja rombongan meminang daripada keluarga Daus itu memijak tanah.Ketiga-tiga sahabat tadi saling memandang sesama mereka.

Farina sekadar menjenguk di luar tingkap,hati wanitanya sedikit cemburu dengan persiapan yang dilakukan oleh Daus terhadap Adira.Berlainan dengan Shahir yang mahukan semuanya serba sederhana.Sehinggakan dia merasakan menjadi pilihan kedua dalam majlis pertunangan ini.Semua orang lebih menumpukan Adira daripadanya.Namun dari sudut lain,dia bersyukur kerana setelah sekian lama mengharungi suka duka bersama Shahir,akhirnya ikatan antara mereka bakal tersimpul sebagai pasangan yang bertunang.Tapi emosinya berlainan pada hari ini.Entah mengapa seperti Shahir,dia sendiri seolahnya tidak gembira dengan soal pertunangan ini.Ya,pada mulanya memang dia beriya-iya.Kemudiannya setelah peristiwa demi peristiwa yang menggoyahkan hatinya berlaku satu demi satu.Dia mula terasa kelatnya.

Bunyi paluan kompang itu pula bagaikan panggilan ‘kematian’ buat Adira.Bukan ‘kematian’ yang menghapuskan nyawa tetapi ‘kematian’ yang mematikan jiwanya.Kosong dan tidak lagi bermakna.Dia hanya memandang jam di dinding berjalan.Menanti saat ‘jiwanya’ diragut dan akan diganti dengan 'jiwa' yang tiada maknanya.

Tan Sri Ali bersalaman sambil berpelukan dengan Datuk Maulana.Kedua bakal bisan itu tampak mesra.Datin Seri Paduka Hajar juga saling berciuman pipi ke pipi dengan Datin Ainul.Daus menarik nafasnya dalam-dalam.Kalaulah Abang Shah juga ada bersama dengannya hari ini,pasti bertambah ceria.Mujurlah ada Ema yang setia di sebelahnya sambil memegang dulang hantaran yang diisi kotak cincin.Hatinya berdebar-debar.Perasaan gembira yang tak tertahan bagaikan mahu pecah dadanya.

Datuk Maulana mempersilakan semua tetamu duduk.Wajahnya kelihatan manis dan berseri-seri.Maklumlah rakan sendiri yang bakal menjadi bakal bisan.

“Anak lelaki kami pun nak bertunang hari ini.Tapi kita mulakan yang si adik dulu.Atas permintaan abangnya,”Datuk Maulana memohon pengertian.

“Oh,anak lelaki you dengan first wife dulu kan?Yang anak I gila-gilakan sangat ni anak tiri you kan?”Tan Sri Ali ketawa terbahak-bahak.Daus hanya tersenyum dan menunduk malu.Sempat Ema mencuit pinggangnya.Daus membulatkan matanya kepada Ema yang tersenyum nakal.(Nasib baik aku tak melatah!).

“Tan Sri,I dah anggap Adira macam anak kandung I sendiri.Silakan duduk,”Datuk Maulana tersenyum manis sambil duduk bersila bersama isterinya.Semua hadirin yang datang mengemaskan sila dan simpuh.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh,”Seorang lelaki berkulit putih dan kurus memulakan bicara setelah semua yang datang sudah bersedia.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,”

Semua hadirin yang hadir menjawab salam.Ada yang mengangguk-angguk.Ada yang tersenyum simpul.Nad,Iwan dan Anum sekadar menjenguk melalui tingkap.Segan hendak berkumpul dengan insan-insan yang berstatus dan berdarjat tinggi.

“Segala puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW,semoga majlis pertunangan yang berlangsung pada hari ini diberi barakah dan rahmat daripada Yang Maha Esa.Saya Tengku Haidar,merangkap abang saudara Shahril Firdaus dan juga wakil keluarga Tan Sri Ali.InsyaAllah pada hari ini saya dan bonda akan cuba mempercepatkan majlis dan jutaan kemaafan kerana terlewat.Minta maaflah juga,sebab keluarga kami ni masih mengamalkan lagi adat berpantun.Dalam soal ini saya serahkan majlis ini kepada bonda saya,Datin Seri Paduka Hajar Ismail.Silakan bonda,”

Wanita yang bertudung dan memiliki seraut wajah yang tegas itu tersenyum memandang Datuk Maulana dan Datin Ainul.Datin Ainul memicit-micit kepalanya sambil cuba tersenyum.(Dah nak berpantunlah pulak..)

“Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,memandangkan anakanda saya pun dah bagi warning nak cepatkan majlis yang sudah terlewat ini,maka saya pun nak cepatkanlah adat.Pantun ini saya tujukan khas untuk Datuk Maulana dan Datin Ainul,”Datin Seri Paduka Hajar tersenyum sambil membetulkan tudungnya.

Anak cina si ibu nyonya,

Memotong padi dengan parang,

Bunga di sana harum mekarnya,

Sudahkan menjadi hakmilik orang?

“Terima kasih,cantik pantun Datin Seri.Saya pun tak pandai nak jawab pantun.Saya serahkan saja kepada isteri,”Gurau Datuk Maulana sambil disambut ketawa Tan Sri Ali dan hadirin yang hadir.

Datun Ainul menjeling manja terhadap suaminya.Nampak sangat nak lepaskan beban kepada isterinya.Dia memikirkan seketika sebelum membuka bicaranya.

Ulam pegaga tidak melingkar,

Ditepi perigi berbaja tiada,

Bunga dijaga wangi nan mekar,

Cuma dimiliki ayahanda dan bonda,

Hadirin yang hadir mengangguk-angguk sambil tersenyum mendengar jawapan Datin Ainul.

“Alhamdulillah,senang cerita anak gadis Datuk dan Datin belum berpunya kan?Saya nak sambung lagi Pesta Pantun ni,tapi kasihan pula adik saudara saya yang dah kepingin nak bertunang,”Tengku Haidar cuba mengusik Daus yang sudah berwajah pucat.Daus cuma tersenyum apabila orang ramai tersenyum sinis kepadanya.

“Bagi pihak Tan Sri Ali,jika pihak Datuk Maulana setuju,pertunangan ini akan dilangsungkan sehingga setahun.Tapi apapun tempohnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui kerana jodoh dan pertemuan ditentukan olehNya,”

“Bagi pihak kami,Alhamdulillah,kami cuma menurut saja apa yang pihak keluarga Tan Sri tentukan.Jika dah takdir,anak kami bertemu jodoh dalam usia yang muda Alhamdulillah,”

“Sebelum tepak sirih ini diserahkan,saya mewakili Allahyarhamah ibu Daus untuk menyarung cincin pertunangan ini ke jari manis anak Datuk,Adira kan?”Datin Seri Paduka Hajar pula menyampuk sambil tersenyum.

“Ya Datin Seri,Adira namanya..err panggil Adira,”

Arahan Datuk Maulana disambut dengan anggukan Datin Ainul.Daus menanti kehadiran Adira dengan hati yang berdebar-debar.Ema ke hadapan duduk bersimpuh di sebelah Datin Seri Paduka Hajar.Kedua-dua mereka saling memandang dan tersenyum.

Sepasang kaki putih turun daripada tangga dengan berhati-hati.Daus semakin terpesona melihat kecantikan Adira yang mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna putih dan selendang di atas kepala.Bukan sahaja Daus,orang ramai yang datang turut memuji kecantikan gadis sunti itu.Adira cuma tertunduk dan membisu ketika duduk di hadapan ibu saudara Daus.Dalam keterpaksaan dia mencium tangan wanita korporat di hadapannya.Nad,Iwan dan Anum memandang situasi di hadapan mereka dengan jantung yang berdebar-debar.

Datin Seri Paduka Hajar mengambil sebentuk cincin yang dihulurkan Ema.Jurugambar-jurugambar yang datang bersedia dengan kamera masing-masing.Rakaman melalui video sahaja sudah melibatkan 5 orang jurukamera.Tangan halus Adira dipegangnya.Cincin itu bersedia untuk disarungkan bila-bila masa.Bersedia untuk disarungkan ke jari manisnya.Adira pasrah dan memejamkan matanya.

“Adira!Ikut abang!”

Hadirin yang datang tersentak melihat Shahir yang tiba-tiba datang dan menarik tangan Adira.Kedua adik-beradik tiri itu berjalan menyusuri orang ramai.Datuk Maulana terdiam kaku menyaksikan kejadian yang tak disangkanya.Datin Ainul sudah rebah ke lantai.Kelam-kabut dibuatnya.Semua tetamu yang datang berbisik sesama mereka.

“Tahan dia!”Daus bangun dengan diikuti beberapa orang pemuda di belakangnya.

“Jangan!”Farina keluar daripada biliknya dengan selendang dan jarinya yang berinai merah.Dia menahan Daus daripada meluru ke arah Shahir dan Adira.Matanya digenangi air yang jernih.Nafasnya turun naik.Kepalanya digeleng-gelengkan.

“Jangan..biarkan mereka..,”Bisik Farina perlahan.Daus menggigit bibirnya.Menahan amarah di dalam hatinya.Tangannya menggenggam buku limanya.

Ema hanya mampu tertunduk.Berlainan dengan tiga sahabat di luar rumah.Nad,Iwan dan Anum pula saling tersenyum di antara mereka.Biarpun suasana semakin kecoh,Shahir terus menarik tangan Adira yang menurutinya tanpa bantahan.Kereta Peugot itu dihidupkan.Shahir pasrah.Apa yang terjadi telah pun terjadi.Dia tidak mungkin berpaling lagi.

Dia memandang Adira yang turut memandang ke arahnya.Adira ternyata keliru dengan tindakan drastiknya.Walaupun air mata berlinangan di pipinya.Namun wajah itu tiada lagi muram dan kosong.Seraut wajah yang manis itu dipenuhi dengan rasa kasih dan sayang.Shahir tersenyum sambil mengesat air mata yang membasahi pipi adik tirinya.

“Abang berjanji,abang tak akan lukai hati Dira lagi..abang janji..”

Adira tidak mampu membalas ungkapan itu,hanya mampu menangis di atas tapak tangan Shahir sebagai alasnya.Kereta itu menderu tanpa arah.Ya,dia berjanji akan menjaga Adira.Menjaga dan melindungi gadis itu.Wajah daddy dan mummy terbayang-bayang di mindanya.Rasa berdosa menebal di sanubarinya.Ya,dia sudah mengaibkan mummy dan daddy.Dia sudah pun melakukan perbuatan ini.Membawa Adira bersamanya ke suatu destinasi yang masih samar.Sebagai lelaki dewasa,dia akan bertanggungjawab atas apa yang sudah dilakukannya.

Harapannya cuma ada sinar bahagia buatnya dan Adira.Perjalanan masih jauh dan panjang.Janji Shahir dia akan hanya mencintai Adira.Apakah esok masih sama?

Monday, June 14, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 11

PHOTO CREDIT:ABDUL MA'MANG DAN JANNA

Adira turun dari kereta Daus dengan kakinya yang terhenjut-henjut.Daus cuba memimpinnya tetapi ditolaknya secara baik.Lelaki beraut wajah comel itu cuma mampu menggelengkan kepalanya.Basikal yang diletak di bahagian bonet belakang kereta itu diturunkan.

Adira mengerutkan dahi cuba menahan keperitan luka di kakinya.Ngilunya mencengkam jauh sehingga ke hati.Bercampur dengan perasaan geram,marah dan sedih.Susun langkahnya serba tak kena sehingga hampir-hampir dia terjatuh.Mujur Daus segera memaut lengannya.Segera tangan lelaki itu ditolaknya.Secara lembut dan baik.

“Dira,jangan degil,bagi Abang Daus pimpin,”

“Dira bukan budak kecil lagi.Kenapa semua orang perlu nak beritahu itu dan ini kepada Dira?”Air mata itu masih lagi berlinangan di pipinya.Segera dikesatkan.

“Dira memang bukan budak kecil.Abang Daus bukan memperkecilkan Dira.Abang Daus cuma mahu memimpin Dira.Jom,masuk,”

“Abang Daus..nanti mummy..”Tiba-tiba bimbang kegusaran dalam hatinya.

“Abang Daus berjanji akan mempertahankan Adira daripada dimarahi mummy,”

“Pasal abang..”

“Pasal Shahir,tetap akan Abang Daus simpan rahsia itu dalam hati Abang Daus.Jom,kita masuk ye Dira?”Daus tersenyum manis.Cuba memujuk Adira.(Kalaulah Dira tahu betapa tulus dan ikhlas hati Abang Daus.Abang takkan melukai hati Dira seperti yang dilakukan Abang Shahir terhadap Dira..).

Adira tidak mampu membantah lagi.Dia membiarkan Daus memimpinnya sehingga ke muka pintu.Belum sempat loceng pintu ditekan,Datin Ainul segera menyambut anaknya.Wajahnya tergambar rasa risau dan terkejut.

“Kenapa ni?Ya Allah!Macam mana boleh luka ini?”

Adira tidak menjawab.Dia hanya tertunduk membisu.

“Adira terjatuh basikal,auntie,”

“Macam mana boleh terjatuh ni?Masuklah dulu,Daus,”Pelawa Datin Ainul sambil mengerling Adira yang masih membatukan diri.Serba resah hati Datin Ainul dibuatnya.Apalah yang tidak kena dengan anak gadisnya?Kenapa naluri keibuannya tidak mampu mengesan masalah anaknya kali ini?

“Tak pe lah,auntie.Daus memang nak hantarkan Dira.Dira tak ada apalah,auntie.Dia naik basikal dan terjatuh.Biasalah hari-hari orang jatuh basikal,”Daus cuba menenangkan hati Datin Ainul.

“Kalau ya pun,masuklah dulu Daus,”Datuk Maulana muncul di hadapan pintu sambil memimpin Adira masuk ke dalam rumah.Walaupun tidak membebel seperti Datin Ainul,kerutan di dahinya sudah menggambarkan seribu kerisauan di dalam hatinya.Datin Ainul menuruti suaminya sambil menjinjing kotak kecemasan.

“Tak pe lah uncle,auntie..saya..”

Belum sempat Daus menghabiskan ayatnya bunyi deruan enjin kereta mematikan ungkapannya.Kereta Peugot berwarna perak itu berhenti betul-betul di sebelah kereta R2 miliknya.Sebaik kereta itu dimatikan,Shahir turun dari kereta itu dengan senyuman yang manis.

Reaksi yang ketara berbeza daripada Adira yang bagai kehilangan semangat.Entah mengapa reaksi Shahir itu menyebabkan Daus berasa sakit hati.Aneh betul lelaki ini!Sedangkan dia orang luar bisa berkongsi kepiluan di hati Adira,di hadapannya lelaki yang dicintai gadis itu mampu tersenyum lebar seolah-olah tiada apa masalah.

“Assalammualaikum.Selamat pagi Daus.Bila sampai?”Shahir bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu Daus.Wajahnya kelihatan agak letih tapi masih kelihatan sedikit ceria.

“Ni lagi seorang anak bertuah,abang ke mana semalam?”Datin Ainul menggeleng-gelengkan kepala sambil mencuci luka di lutut anak gadisnya.Shahir mengerling ke arah Adira yang terdiam bagaikan patung yang bernyawa.Ada rasa sebak di hatinya melihat keadaan Adira tetapi cuba disembunyikan.

“Abang siapkan kerja di pejabat,mummy.Eh,jom masuk Daus!”Pintas dia memotong isu yang ingin dibangkitkan mummy.

“Kau kenapa?”Daus memegang lengan Shahir.Pegangan yang agak kuat.

“Aku?Kenapa?”

“Macam menang loteri je?”Sindir Daus sambil tersenyum sinis.

Datin Ainul dan Datuk Maulana saling berpandangan.Apa pula masalahnya dua sahabat baik ini?Jangan pula pagi ini mereka bertegang leher lagi.Tak sudah-sudah.

“Aku menang loteri?Oh,mungkin seri manis sebab aku bakal bertunang barangkali,”Tanpa perancangan,Shahir sendiri tidak menduga jawapan itu yang keluar dari mulutnya.Adira memejamkan matanya,kata-kata Shahir bagaikan sembilu yang merobek hatinya.Pedih.

“Kau nak bertunang?Dengan Farina?Tahniah.Bila ye?”Sengaja Daus menyoal bertalu-talu.Mahu dilihat reaksi Shahir di mana baginya agak keterlaluan.

“Bulan depan,eh,mana kau tahu dengan Farina?”

“Dengan siapa lagi kan?Takkan dengan Dira?Aku pun nak bertunang.Boleh ucap tahniah?”

“Kau pun nak bertunang?Dengan siapa?”

Daus tidak menjawab.Dia cuma tersenyum sinis sebelum membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah.Shahir hanya memerhati tingkah laku Daus.

Daus menarik nafasnya.Fikirannya berpusing-pusing memikirkan kewarasan keputusan yang bakal dilakukannya.Gila atau spontan?Dia pasrah.Sesaat kemudian dia melutut di hadapan Adira yang diapit Datuk Maulana dan Datin Ainul.Membulat mata Shahir melihat gelagat Daus.

“Uncle,auntie..saya tahu kerja saya yang bakal saya buat bagai tak beradat,”Daus terhenti seketika.Menyelesakan kerongkongnya yang tersekat.Menarik nafas dan melepaskannya.“Tapi tulus dan ikhlas daripada saya,izinkan saya bertunang dengan Adira pada hari yang sama Shahir bertunang dengan Farina,”

Shahir terpaku mendengar kata-kata Daus.Dipandang kedua wajah orang tuanya yang turut kaget dengan kata-kata itu.Adira?Gadis itu tidak memberi apa tindak balas.Wajahnya kosong dan tidak lagi bermakna.

Kata-kata Daus bagaikan suara yang tidak memberi apa erti kepadanya.Jika sememangnya takdirnya untuk Daus.Dia terima jika itu sudah suratan takdir.Tapi perasaan cintanya hanya untuk Shahir.Bagaimana dia bisa merubah semua itu?

******

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.Shahir masih belum mampu melelapkan mata.Sudah bercawan air kopi dibancuh dan diminumnya.Fikirannya buntu dan runsing.

Daus akan bertunang dengan Adira pada hari yang sama dia bertunang dengan Farina?Apa masalah Daus yang sebenarnya?Mengapa daddy tidak melarang?Walaupun Daus berjanji cuma bertunang tetapi Adira tetap dan masih budak sekolah.Tidak bolehkah Daus bersabar?

Apa sebenar isunya di sini?Daus yang terlalu awal untuk bertunang dengan Adira?Atau dirinya sendiri yang tidak mampu melepaskan Adira kepada lelaki lain?Kenapa hatinya tidak mampu jujur dengan dirinya sendiri?Kenapa dengan kau Shahir?

Pelbagai soalan bermain di fikirannya.Persoalan yang cuma menambah semak di dadanya.Semalaman dia cuba membalut luka di hatinya.Siang tadi dia kembali dengan akal yang waras dari seorang lelaki dewasa.Tetapi kejutan siang tadi ternyata membuatnya kembali hilang ajal.Mug yang berwarna merah jambu itu diketuk berkali-kali di kepalanya.

Shahir tersenyum melihat mug berwarna merah jambu dengan hiasan kartun Barbie dan Kent.Difikir-fikir balik tak sangka mug itu masih ada sehingga kini.Ingatannya melangkaui 8 tahun lepas ketika mereka sekeluarga ke Taman Tema Genting.Ketika dia masih belum lagi ke Christchurch.Semasa mereka keluarga bahagia yang terdiri daripada daddy,mummy,abang dan ayang.Mug itu menjadi kegilaan ayang sejak kali pertama dia melihat mug itu.

Bersungguh-sungguh ayang meminta mummy membelikannya mug itu.Sudah mendapatnya,bukan main megah lagi ayang dengan mug Barbie dan Kent.

“Hanya abang dan ayang yang boleh minum mug ni sebab ayang Barbie dan abang jadi Kent,”

Suara kecil itu masih bermain-main di corong telinganya.Fantasi kanak-kanak,ayang ialah Barbie dan abang ialah Kent.Adik kecilnya itu terlalu pantas membesar.Senyuman yang dahulunya dihiasi gigi yang rongak kini dibarisi gigi yang putih dan senyuman manis.Raut wajah yang comel,polos dan sedikit degil itu masih ada cuma dewasa dengan peredaran masa.Sedar tak sedar adik kecilnya itu bakal dilepaskan kepada jejaka lain.Cepatnya masa berlalu.

Shahir menyapu wajahnya.Hatinya sebak dan pilu.Air mata lelaki itu mengalir lagi kerana seorang gadis bernama Siti Adira.Dia cuba untuk tersenyum tapi air mata itu mengalir lagi.Dikesatnya dan masih lagi mencurah.Sampai kemerahan hidungnya.Mengapa dia perlu menangis apabila dia sendiri yang memohon supaya Adira melupakannya?Melupakan rasa cintanya kerana realitinya kelak banyak yang bakal menghalang.

“Menangis jika tangisan itu mampu melegakan hati you,”

Shahir mengesat air matanya dengan tapak tangannya.Dia tersenyum memandang Farina yang entah bila muncul di hadapannya.Wanita itu memandangnya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“I dah lama wujud kat depan you,”

“Dah lama?”

“I tengok je you melayan perasaan,kenapa?Ada apa yang I boleh bantu?”Farina menarik kerusinya mendekati Shahir sambil tersenyum.

“I okay,cuma I teringat arwah mama,”

Menggunakan arwah mama untuk melindungi perasaannya.Satu tindakan yang tidak jujur pernah dilakukannya.Ya,teruskan jika itu mampu untuk mengawal keadaan.

“Ye ke?I’m sorry for asking,”Farina terdiam sesaat.Menelan air liurnya.Riak wajahnya seolah-olah ingin berkata sesuatu.“Shahir,I nak bagitau you sesuatu,”

“Ehem..apa?”Shahir cuba tersenyum.Hidungnya semakin kemerahan apabila digosok.

“Masa you kat sini dan I kat Christchurch,ada guys yang datang proposed I,”

“Ye?Siapa?”

“Ada dua,tiga orang termasuk mat salleh yang tak beriman,”

“Mat salleh memang tak beriman kecuali yang mualaf,”

“Memanglah,I saja nak bagi you ketawa,”

“Okay,”Shahir ketawa kecil.“Misi you dah berjaya,”

“Back to my story,one of them ex-boyfriend I masa sekolah dulu,”

“Siapa?You ada cerita kat I?”

“I pernah cerita kat you dulu,Fahrin namanya.You ingat?”

“Fahrin?I tak ingat sangatlah.Kenapa you cerita semua ni kat I?”

“Entahlah,I rasa macam I akan terima proposal Fahrin dan bukan you,”

“Eh,janganlah.Kita kan dah janji,”

“You cintakan I,Shahir?”

“I dah janji dengan you dan I akan tunaikan janji I,”

Farina tersenyum tawar.Sekian lamanya mereka menyusuri musim cinta,barangkali hanya dia yang menuai rasa kasih itu kerana belum pernah mendengar sekali pun Shahir melafazkan kata cinta.Sebaliknya hanya ungkapan janji yang akan dilunaskan seolah-olah Shahir telah memajak dirinya buat Farina.

“Shahir,siapa nama ex-boyfriend yang I mention kat you?”

“Adam..Adam kan?”

Farina cuma mengangguk walaupun jawapan yang diberikan salah.Ternyata apa yang dibualkan bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.Dia cuma memandang Shahir yang terus meneguk kopi yang hitam dan pekat itu sambil fikirannya menerawang entah ke mana.

*****

Nad memandang Adira yang nampak lebih kurus daripada biasa.Wajahnya mencengkung dan lebam hitam mula melingkari matanya.Pucat lesi bagaikan tak cukup cahaya matahari.Dari pagi tadi dia cuba berbual dengan Adira.Tapi sahabat baiknya itu bagaikan sedang bermimpi.Dia bagaikan berbual dengan mayat hidup.Difikirnya sebaik sahaja sekolah dibuka semula banyak gossip yang bakal mereka bualkan tetapi tidak.Dia tahu soal Adira akan bertunang dengan Daus melalui Mbak Seena yang dijumpanya di pasar.Bertambah terkejut apabila Shahir dan teman wanita kaya-rayanya juga akan bertunang pada hari yang sama.Hati Nad mula berasa tidak enak jika sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada sahabat baiknya.Telahannya nyata benar apabila melihat Adira sekarang amat berbeza dengan Adira yang dikenalinya dulu.

“Aku dengar kau nak bertunang dengan mamat CEO tu ye?”Nad cuba memberanikan diri menyoal soalan yang panas buat Adira.

“Ya,”Jawapan yang pendek.Tangannya masih bekerja menyiapkan kerja yang diberi Cikgu Baha,guru matapelajaran Geografi yang pernah mengirimkan surat cinta kepadanya dulu.

“Habis..sekolah macam mana?Kau masih sekolah?”

“Ya,”

“Kau tak suka abang tiri kau lagi?”

Adira tidak menjawab.Dia cuma meneruskan latihan soalan objektif kertas 1 Geografi.Dihitamnya ruang bulat berisi huruf A,B,C,D dan E itu sehitam-hitamnya.Pensel 2B yang digunakannya ditekannya dengan kuat menyebabkan mata pensel itu patah.Emosi yang tampak terganggu.

“Dira..mana Dira kawan baik aku yang dulu?”Hampir sebak Nad dibuatnya pada saat dia melontarkan soalan itu kepada Adira.

Nad mengeluh apabila Adira tidak menjawab persoalannya.Bunyi loceng menandakan waktu kelas berakhir berbunyi dengan nyaring.Nad hanya memerhati tingkah Adira yang bangun daripada kerusi tanpa mempedulikannya.

Iwan masuk dari belakang dan mencuit bahu Nad.Beg silang Adidas disangkut di kepala dengan baju sekolah yang tidak tuck in.Papan luncur setia dikepit di celah ketiaknya.

“Kenapa dengan Dira?”

Nad tidak menjawab.Dia cuma menggelengkan kepala.

Adira berjalan lemah menuju ke luar pagar sekolah.Selera makannya sudah hilang sejak sekian lamanya.Jiwanya kosong dan kehidupannya sudah lagi tidak memberi apa erti melainkan mengikut sahaja arusnya.Dia tidak pernah menduga betapa bahananya kecundang dalam menangani perasaan cintanya terhadap abang tirinya.Dia sentiasa berdoa supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi masalah ini.

Peritnya menelan realiti yang menidakkan hubungan itu supaya diteruskan.Lewat semalam mummy mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena kepadanya.Walaupun mummy memohon kejujuran daripadanya,Adira cuma menerangkan yang dia tertekan dengan peperiksaan SPM yang bakal menjelang.Noktah.Dia tak mahu lagi membabitkan nama abang dengan dirinya.Malahan dia akan mengelak daripada berjumpa abang semasa di rumah.Lelaki dayus yang tidak berani mempertahankan cintanya.Frasa itu tersemat di dalam hatinya.

Langkah Adira terhenti apabila sesusuk tubuh yang tegap berdiri di hadapannya.Wajah yang tidak ingin dilihatnya buat masa ini.

“Jom balik,hari pun macam nak hujan”

Shahir menunjukkan langit yang gelap sambil cuba tersenyum tetapi senyumannya tidak dibalas.Shahir membuka pintu keretanya dan Adira perlahan-lahan masuk ke dalam kereta.

Sebaik sahaja kereta itu melewati pos pengawal,Shahir mengangkat tangannya kepada pengawal bermisai lebat itu.Dia memandang Adira yang mendiamkan diri di sebelahnya.

“Macam mana sekolah?”

“Okay,”

“Kawan-kawan?”

“Okay,”

Pada saat kereta Peugot itu melewati ladang pokok kelapa sawit,hujan mula turun dengan lebat.Mencurah-curah air hujan turun ke muka bumi.Memberi seribu rahmat kepada makhluk Allah di alam ini.Seiringan dengan itu bunyi guruh berdentum dengan kilat menyambar saling bermain di atas langit.

Shahir cuba meneruskan pemanduannya dalam keadaan hujan lebat dan ribut yang hadir tanpa diduga.Walaupun pemandu lain membantunya dengan menyalakan lampu hadapan,tetapi Shahir tidak mampu melihat apa-apa lagi di hadapannya kecuali samar cahaya lampu kereta.Kereta Peugot itu berhenti di bahu jalan di tepi ladang kelapa sawit.Ramai kenderaan yang menuruti jejak langkahnya kerana bimbang kemalangan bakal berlaku jika pemanduan diteruskan.

Shahir memeluk tubuhnya.Menahan kedinginan pendingin hawa dan cuaca di luar yang ternyata lebih menggila sejuknya.Dijelingnya Adira di sebelahnya yang melemparkan pandangan ke luar tingkap.Sesekali dipandang pula wiper yang bergerak ke kanan dan kiri mencuci air hujan yang memenuhi cermin kereta.

“Minggu depan,Dira dah nak bertunang kan?”Shahir cuba berbual.Memecah kesunyian yang maha aneh baginya.

“Abang pun,”Jawab Adira pantas.Wajahnya masih tidak memandang Shahir.

“Dira marah abang?”

“Perlu ke?”

“Kalau Dira marah abang,luahkan perasaan marah tu sekarang,”

“Tak perlu,”

“Dira..”Pujuk Shahir lembut.

“Boleh tak kita teruskan kehidupan masing-masing?Abang dengan Farina dan Dira akan sesuaikan diri Dira dengan Abang Daus nanti.Boleh tak abang jangan pedulikan Dira lagi?Abang yang pinta Dira lupakan abang dan apa yang abang pernah rasakan?”

Adira memandang geram ke arah Shahir.Mempersoalkan soalan yang tak masuk dek akal.Hanya orang yang tidak waras yang tidak akan marah dengan apa yang dilaluinya kerana Shahir.

“Jadi Dira betul-betul marahkan abang?”

“Ya!Memang Dira marah dengan abang!Abang lelaki dayus dan bacul yang tak sanggup mempertahankan apa yang abang rasa dan apa yang Dira rasa!Abang pernah cakap yang abang akan lindungi Dira tapi abang penipu!Pengecut!Dira benci abang!”

Adira pantas membuka pintu kereta dan berlari di tengah hujan yang lebat.Shahir tersentak dengan tindakan Adira.Cepat-cepat dicapainya payung di tempat duduk belakang dan mengejar gadis itu sambil berusaha membuka payung yang pada mulanya tersangkut untuk dibuka.

Langkahnya terhenti di hadapan sebatang pokok kelapa sawit yang sudah mati.Adira melutut di hadapan pokok itu sambil menangis teresak-esak.Shahir menghampirinya sambil memegang payung cuba melindungi Adira daripada titisan air hujan.

“Dira..jom..kita..kita balik,”

“Dira benci abang!”

“Ya,Dira memang patut bencikan abang,”

“Pergi!”Adira pantas bangun dan menolak Shahir.Payung yang dipegang Shahir jatuh ke atas tanah yang lembik dan becak.

“Dira boleh pukul abang,benci abang dan marah abang..luahkan apa yang Dira simpan.Dira boleh tampar abang jika itu memuaskan hati Dira,”Pinta Shahir sambil memandang Adira.

“Memang!Kau patut kena tampar!Aku benci tengok muka kau!”Adira menampar pipi Shahir.Kiri dan kanan,Walaupun bertalu-talu tetapi tamparan yang lemah dan tidak berdaya. “Benci gila!Benci sangat!Pengecut!”

Shahir hanya membiarkan dirinya ditampar Adira.Membiarkan Adira melepaskan apa yang dipendamnya.Tamparan itu semakin lemah dan lemah.Adira terduduk ke bawah sambil memaut kaki abang tirinya.Seperti hilang akal dia menangis tersedu-sedu di situ.

“Dira benci abang..tapi..semakin Dira benci..semakin rasa sayang itu menebal dalam hati Dira..kenapa?Kenapa Dira tak mampu lupakan abang?Kenapa?”

Hujan yang semakin lebat mencurah ke bumi melindungi air mata yang turut mengalir di pipi Shahir.Seribu kelukaan di hati Adira,sejuta yang mengguris di hati Shahir.Guruh masih berdentum di langit gelap.Shahir masih berdiri kaku di situ.Ingin dia memujuk tetapi apalah gunanya jika pujukannya hanya akan menambah luka di hati Adira.Tuhan tahu betapa dia menyayangi gadis ini.

Adira,ingin ku hidupkan semula jiwa mu yang kosong dgn nafas cintaku,biar sejuta pedang yang menghunus sedikit luka takkanku biarkan terguris di hatimu lagi..tapi mampukah aku?

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)