THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text


BIODATA SHAHIRA

BIODATA SHAHIRA

KONSERT REUNION AF8:SHAHIRA(BILA CINTA)

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

DTKL ARTWORK BY PUTERI NURHIDAYAH MEGAT NOH

Thursday, November 25, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 21

“Farish pergi mengaji Al-Quran dulu mak,”

Budak lelaki berusia 12 tahun itu segera mencapai songkok lusuh dan lampu suluh.Sudah menjadi kebiasaannya selepas Isyak dia akan segera ke surau berdekatan untuk mengaji Al-Quran bersama Ustaz Hassan.

“Nanti terus pulang Farish.Ada tetamu nak jumpa,”

“Tetamu?Siapa mak?”

“Adalah,”Wanita yang dipanggil emak itu kelihatan masih muda dan bergetah.Baru berusia 29 tahun.Ketika dia melahirkan Farish dia baru berusia 18 tahun.Farish tidak tahu siapa ayahnya.Kata nenek ayahnya seorang nelayan.Dia hilang di laut ketika usianya baru setahun.Keluarga mereka susah.Gambar ayahnya pun tiada buat bekalan kenangan.Nenek yang tinggal bersebelahan rumahnya suruh Farish lupakan saja ayahnya.Emaknya pula tidak memberi apa-apa tindakbalas.Selalu juga dia melihat emaknya menangis.Mungkin emaknya merindukan ayahnya.

Paling dia tidak tahan apabila pemuda-pemuda di kampung ini suka mengganggu emaknya.Bukan saja pemuda malahan pakcik tua pun.Angin satu badan dia dibuatnya.

Langkahnya di atur ke surau Kampung Ketapang.Melalui kawasan kubur lama laju saja langkahnya.Dia cuma ingin cepat sampai ke surau.

Malam ini dia akan habiskan juzuk 30.Ustaz Hassan pun berjanji akan mengadakan majlis khatam Al-Quran buatnya.Jadi memang semangat sikit malam ini.

Sessi mengaji Al-Quran dengan Ustaz Hassan memang tidak menentu.Kalau ada yang tergagap-gagap memang berlanjutan ke dua atau tiga jam jawabnya.Selesai mengaji sudah tergagap-gagap hendak menghafal huruf-huruf ihfa’ hakiki dan idzhar halqi pula.Bagi Farish,memang tiada masalah.Yang lain-lain memang trouble maker.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam baru selesai.Dia memang ingin segera pulang ke rumah tetapi kawan-kawannya beriya-iya mengajaknya menonton gusti di gerai kopi Pak Abu.Diumpannya pula perlawanan antara Ultimate Warrior dan Hulk Hogan.Mana tahan.Dua orang penggusti yang memang terkenal pada era 90-an.Tanduk setan tumbuh juga di kepalanya.Tersengih-sengih dia mengikut rakan-rakannya.Di rumahnya mana ada televisyen.

Sampai di gerai Pak Abu.Semuanya sudah bising-bising sambil menumbuk meja.Maklumlah esok hari Ahad.Tak ada yang sekolah mahupun bekerja.

Farish cuba menyelit di antara lelaki-lelaki dewasa itu sebelum kolar bajunya dicekak.

“Kau buat apa kat sini?”

Man Gasing memandangnya dengan perasaan yang jaki.Seminggu yang lalu Man Gasing cuba mengganggu emaknya di perhentian bas.Apa lagi dibalingnya batu tepat kena kepala lelaki kacang hantu itu.Kena enam jahitan.Padan muka.

“Saya tengok wrestling,”Jawabnya tenang.

“Kau pergi baliklah.Tadi aku nampak ada jantan masuk rumah kau!”

Seraya lelaki itu menolaknya jatuh ke tanah.Orang ramai yang berada di situ terdiam seketika.Namun penangan Ultimate Warrior dan Hulk Hogan melebihi segalanya.Masing-masing malas nak masuk campur.Semua orang tahu Man Gasing tergila-gilakan emak si Farish.Farish pula memang cukup menyampah jika orang mengganggu ibunya.Mereka semua menganggap masalah enteng.

“Apa Abang Man cakap ni?”

“Kau kan sayang emak kau.Dahi aku pun berjahit kau kerjakan.Kalau betul kau anak jantan,kau pergilah tengok apa yang mak kau buat.Kau ingat emak kau baik sangat?”

Farish mengetap bibirnya.Air matanya mengalir kerana geram dan marah.Segera dia berlari pantas pulang ke rumah.Dia memang pantang orang suka hati membuat cerita mengenai emaknya.

Sampai di rumah dia terdiam.Selipar asing dan bersaiz besar di hadapan anak tangga menyebabkan degupan jantungnya semakin rancak.Itu bukan seliparnya.Jauh sekali selipar emak atau nenek.Parang yang berada di tepi tangga diambilnya.

Langkahnya di atur perlahan.Daun pintu ditolaknya berhati-hati.Ruang tamu gelap.Peluh dingin mula mengalir di dahinya.Cuma bilik emaknya yang bercahaya.Dia menapak dengan berhati-hati merapati pintu kamar ibunya.

Belum sempat dia mendekati kamar emaknya.Pintu sudah terkuak.Seorang lelaki yang cuma berkain pelikat terkejut melihatnya.Lelaki itu cuba tersenyum sebelum..

Libasan parang hinggap di lehernya.Darahnya memancut ke wajah Farish.Dia betul-betul bermandikan darah.Jeritan emaknya memenuhi ruang rumah seiring dengan lelaki itu menggelupur kesakitan.Terdiam.Menggelupur sekali lagi.Tidak bernyawa.

“Farish!Itu ayah kau!”

Ayah?Selepas kejadian itu baru dia tahu ayahnya dipenjarakan kerana tuduhan mengedar dadah.Ayahnya tidak bersalah,semuanya dirancang oleh rakan niaganya yang tamak.Kerana malu,neneknya yang memang tidak menyukai ayahnya menyuruh emaknya pulang semula ke kampung.Apatah lagi keluarga mereka sudah bankrupt.Selepas kes dibuka semula.Ternyata ayahnya tidak bersalah.Ayah sudah pun dibebaskan seminggu yang lalu dan sering berjumpa emaknya di luar secara senyap-senyap kerana bimbang ditahu nenek.Malam ini baru ayahnya pulang untuk menemuinya dan memohon restu neneknya.Mana dia tahu.Dia fikir lelaki itu sialan berhidung belang yang membuat onar dengan emaknya.Darah mudanya melebihi akal warasnya ketika dia melibas parang tajam itu tepat ke leher ayahnya sendiri.

Bermulalah episod lukanya di Henry Gurney.Lebih malang,emaknya enggan menerimanya.

*****

Datin Ainul menghampiri suaminya.Dipicit-picit bahu Datuk Maulana.Terukir senyuman manis di bibirnya.

“Kenapa awak gembira sangat?”

“Mestilah mummy gembira sebab daddy sedia memaafkan abang dan ayang,”

Datuk Maulana memandang sayu isterinya.

Bagaimana daddy tak akan memaafkan mereka?Mereka pengarang jantung hati daddy.Marah daddy cuma seketika.Mana mungkin daddy menyisihkan abang dan ayang dalam hati daddy.Lagipun penghalangnya cuma ego daddy.

Daddy kecewa kerana abang melarikan ayang.Daddy malu kerana tidak tahu bila abang dan ayang saling mempunyai perasaan.Daddy malu kerana skandal seperti ini berlaku di dalam rumah daddy sendiri.Itu sahaja.

Penghujungnya?Apapun yang berlaku.Daddy tetap sayangkan abang dan ayang.Melalui Daus,daddy dapat tahu kesusahan abang dan ayang.

Semasa abang ditikam,daddy masih bertahan.Ketika abang dan ayang berkahwin pun,daddy cekalkan hati tetapi daddy tetap membawa restu melalui mummy.Remuk hati daddy melihat rumah sewa abang dan ayang.Daddy mungkin silap kerana mengarahkan semua kontak untuk tidak menerima abang bekerja sehinggakan akhirnya abang ke Thailand.Namun berita terkini daripada Daus tidak memungkinkan daddy menidakkan abang dan ayang lagi.Terutamanya ayang.

“Daddy sudah memaafkan abang dan ayang?Bagaimana mummy?”

“Mummy?”

“Mummy sudah lupa dia?Anak mummy cuma ayang dan abang?”

“Mummy cuma ada ayang dan abang,”

Jawapannya tenang tetapi tegas.Datin Ainul memandang serius ke arah Datuk Maulana.

*****

“Comelnya baju baby color pink ni?”

“Nak beli juga?”Daus menunjukkan kedua belah tangannya yang penuh dengan beg kertas berisi pakaian bayi.

“Sorry lah Abang Daus.Dah menyusahkan Abang Daus dah,”

Adira tersenyum malu sambil tertunduk.

“Tak ada hal lah.Cuma abang risau takut plane terhempas kea pa sebab banyak sangat baju baby ni.Tapi tak ada hal lah,hem..dah bagitau Abang Shahir?”

“Baju kat sini comel-comel sangat Abang Daus.Pasal Abang Shahir,hmm..belum lagi.Tak sempat nak beritahu.Asal nak cakap Abang Shahir asyik merapu bersajak.Buang tabiat betul!”

Daus tersenyum memandang wajah Adira yang berseri-seri.Pagi sebelum mereka ke hospital berjumpa Shahir,gelabah juga dia apabila Adira tiba-tiba muntah ketika sarapan pagi.Manalah tahu keracunan makanan atau disantau bomoh Siam.Itu saja yang bermain di dalam fikirannya.Doktor Farish yang turut menemani mereka pagi itu segera membawa Adira ke klinik berdekatan.Mujurlah ada doktor psikologi itu.Kalau tidak,hilang punca juga Daus.

Rupa-rupanya Adira bakal menjadi ibu.Cepatnya.Yang penting,patutlah kuat cemburu.Daus tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepala.

“Abang Daus ni kenapa tersenyum sorang-sorang?”

“Abang tak boleh ingatlah bila Dira cerita Dira cemburukan Heliza,”

“Mestilah cemburu.Heliza tu cantik dan asyik bercakap pasal Abang Shahir.Shahir tu pandai bersajak..suka bunga lavender..suka sajak ‘Kekasih’..haish!”

“Cemburulah lebih-lebih nanti baby dalam perut Dira tu kuat cemburu macam ibu dia,”

“Baru seminggu.Dia tak tahu apa-apa lagi,”

“Ye la tu,”Daus tersenyum memandang Adira.Gadis yang mencuri hatinya.Sehingga kini hati itu masih belum dikembalikan.

“Terima kasih Abang Daus,”Adira memegang bahu Daus.Terukir senyuman ikhlas di bibirnya.

“Untuk?”

“Untuk sentiasa menyokong dan bersama Dira dalam apa jua keadaan.Untuk daddy yang sudi menerima kami kembali.Abang Daus kan yang beritahu daddy tentang Dira?”

“Dira,”

Daus meletakkan beg-beg kertas yang dipegangnya ke bawah.Tangan kanannya diletakkan di atas kepala Adira.Tangan kirinya ke dadanya sendiri.

“Abang dah janji yang abang akan jaga Adira setakat yang abang mampu.Abang kan guardian angel Dira.I’m flying without wings,”

Air mata jernih mengalir di pipi Adira.Terharu dengan kata-kata Daus.Walaupun ucapan itu acapkali didengar daripada bibir Daus tapi kali ini menyentuh emosinya.Mungkin penangan menjadi seorang ibu.

“Abang Daus.Dira sentiasakan Abang Daus bertemu jodoh dengan wanita yang paling terbaik kerana Abang Daus lelaki paling budiman pernah Dira kenal,”

“InsyaAllah,”Daus mengeluh perlahan.Dia cuba untuk tersenyum.”Wah,besarnya Hello Kitty tu!Jom kita beli!Baby Dira lelaki ke perempuan?”

“Ish mana Dira tahu.Mana boleh scan lagi,”

“Tak boleh scan ke?Mana abang tahu.Ini bukan bidang abang,”

“Bidang abang komunikasi dan cellphone,”

“Hah..tahu tak pe,”

“Dan Bibah,”

“Nanti anak Bibah abang hadiahkan untuk baby Dira,”

Kedua mereka saling mengusik antara satu sama lain.Adira cukup selamat berada di sisi Daus.Benarlah Daus dewa pelindungnya..sama ada bersayap ataupun tanpa sayap.

*****

“Assalammualaikum,”

“Waalaikumussalam.Eh,doktor!”

Shahir mengangkat tangannya sambil tersengih.Diintai-intainya belakang Doktor Farish jika Adira turut datang.Tetapi hampa.

“Cari siapa?”

“Tak de lah.Tengok mana misi gemuk tu,”Shahir tersenyum nakal.Cuba melindungi perasaan rindunya yang amat mendalam terhadap isterinya.Ye lah,semalam pun jumpa sekejap saja.

“Isteri you keluar shopping dengan Daus,”

“Oh..o..ok,”(Relaks Shahir.Keluar shopping je..bukan keluar clubbing)

“Tadi I tanya doctor,katanya you dah boleh keluar.Ini yang I datang nak pick up you,”

“Oh ye ke?Nasib baik saya dah siap packing.Macam ahli nujum dah saya ni.Cuma baju belum tukar.Kejap ye,”

“Eh,it’s okay.Duduklah kejap.Kita sembang-sembang,”

“Okay.Kenapa doctor?Heliza ada masalah?”Berkerut dahi Shahir.Kerisauan.

“Heliza okay.Ada masalah sikit-sikit tapi Insya Allah I rasa nanti dia okay,”

“Alhamdulillah.Saya risau juga.Ye lah,Pak Man dah tanggungjawabkan saya untuk pulihkan dia.Saya pun layan saja.Layan sampai cemburu pula isteri saya..hehe..”

“You pun berhak cemburu,”

Doktor Farish bangun daripada kerusi dan menuju ke tingkap.Panorama kesibukan kota Bangkok di waktu pagi mewarnai bingkai kaca itu.

Shahir sedikit cuak mendengar kata-kata Doktor Farish.(Aku berhak cemburu).

“Apa maksud doktor?”

“You percayakan Daus?”

Doktor Farish masih membelakanginya ketika soalan itu dilontarkan.

“Saya tak faham,”

“Minta maaf,”Doktor Farish memalingkan tubuhnya.Memandang Shahir dengan kerutan di dahi.Kelihatan risau. “I minta maaf kalau apa yang I bakal cakap ni akan menyebabkan you kurang selesa,”

“Tak ada apalah doctor.Terus terang saja dengan saya,”

“I’m sorry to say this...tapi I tengok Daus dan isteri you rapat sangat,”

“Oh..diorang memang rapat pun..”

“I tahu kisah you dan Daus.You berdua best friend yang kemudiannya renggang kerana Adira.Apatah lagi apabila Adira sepatutnya bertunang dengan Daus dan you melarikan dia.Kan?”

“Pak Man yang ceritakan?Alah doktor,ini kisah lama,”

“I bukan nak mengadu domba,tapi..sepanjang I lihat,mereka memang mesra,”

“Apa ni doktor?Saya tak mahu syak apa-apa pasal isteri saya dan Daus,”

“Daus selalu ke rumah sewa awak di Alor Setar semasa awak di Bangkok,”

“Mana doktor tahu?”Shahir kelihatan agak tegang.

“Daus sendiri yang ceritakan pada I dan I tak tahu kenapa,”

“Saya percaya Adira,”

“Dia bagitahu you yang dia pregnant?”

“Dia pregnant?”

“Ye..you tak tahu?Daus yang bagitau I”

Shahir terdiam.Kuping telinganya terasa panas.Membara.

“You baru saja kahwin dengan dia.Selepas 3 hari you datang ke Bangkok.Anak siapa?”

Shahir pantas menarik tali leher Doktor Farish.Wajahnya kemerah-merahan menahan marah.Tangannya menggenggam buku limanya.Hampir sejengkal mengenai wajah doktor muda itu.Dengan perasaan amarah dia melepaskan leher lelaki itu.

“I minta maaf kalau buat you marah.Tapi I cuma kesian kat you.I tunggu you di luar,”Doktor Farish membetulkan tali lehernya sebelum berlalu pergi.Wajahn ya selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Shahir masih membatu di situ.Genggaman tangannya masih belum terbuka.Menggigil.Darahnya menyirap sehingga ke kepala.

Adira mengandung?Benarkah?Kenapa dia tak beritahu aku?Kenapa beritahu Daus?Apa motif Daus memberitahu Doktor Farish?Anak siapa?Ya Allah,mungkinkah?Anak siapa?Anak aku?Anak Daus?Anak siapa?

Pertanyaan itu bermain-main di mindanya seperti racun yang membarahkan akal warasnya.Kemarahan dan api cemburu mula memenuhi setiap urat sarafnya.Daus pergi ke rumah sewanya semasa ketiadaannya.Daus juga yang beriya-iya membawa Adira ke Bangkok untuk berjumpa dengannya.Apa yang kelam kabutnya?Apa yang ingin disegerakan?Orang lain yang makan nangka,aku yang terkena getahnya?

Di luar wad,Doktor Farish membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.Cermin matanya juga dikenakan kemas semula terletak di atas di hidungnya.Bunyi deringan nada Iphone 4gs segera disambutnya.

“Bagaimana doktor muda?”

“Semuanya berjalan lancar,”

Tutt.Panggilan itu dimatikannya.

(Cakap banyak pula orang tua ni!Aku juga yang kena bersihkan ‘sampah sarap’ daripada niat tak gunanya.Sial!)

Telefon Iphone itu dimasukkan semula ke dalam saku kanannya.Diseluknya saku kiri seluar Prada berwarna putih itu.Telefon lusuh Shahir itu dihidupkan.Jari-jemarinya pantas menekan sesuatu di pad kekunci.Tetapan waktu Nokia 3310 itu diubah.

(Mujurlah aku ada telefon dia.Sebentar lagi telefon ini akan dikembalikan kepada tuannya yang sebenar.)

*****

Jam di dinding menunjukkan jam 6 petang.Heliza terbangun apabila bunyi gelas pecah menangkap gegendang telinganya.Rupanya kucing kesayangannya yang melanggar gelas yang di letak di atas rak kecil di sebelah ranjangnya.

“Tiger,kenapa nakal sangat ni?”

Kucing jantan itu dipeluknya erat.Kucing berwarna kelabu kehitaman berbelang-belang itu mengiau manja.

Matanya menangkap kelipan merah yang menyala-nyala di sel BlackBerry.Pesanan mesej ringkas.Dibukanya.(Shahir?)

Eja,saya sudah sembuh.Tak sabar berlatih sajak untuk Malam Puisi.Rasanya saya tak sabar untuk berjumpa awak lebih daripada isteri saya.Kenapa ya?

Heliza tergamam.Hatinya berbelah bahagi.Sebelah gembira.Sebelah lagi sedih.Mengapa pula dia harus sedih?Semulajadi perasaan sedih itu hadir di dalam dirinya.Bukankah dia patut gembira menerima mesej seperti ini daripada Shahir?

Tangannya mengusap-usap kepala Tiger.Kucing itu memejamkan mata sambil mengiau manja.

Tuesday, November 23, 2010

TAHNIAH SHAHIRA DAN EDRY KRU KE FINAL JUARA LAGU

Tahniah kepada Shahir,Adira dan Edry KRU kerana berjaya terpilih ke final Juara Lagu.Berikut adalah gambar-gambar semasa pengumuman lagu ke final yang sempat diambil oleh Shahiratics.Untuk lebih gambar sila ke fanpage Shahiratics.Semoga kedua-duanya berjaya memberi persembahan yang terbaik di pentas final nanti.Shahiratics sentiasa menyokong kejayaan Shahira.

Monday, November 22, 2010

Dia Tidak Kecil Lagi:Bab 20

“Sleep sir!Sleep!”

“No!No!No!”

“Gaen!(Degil!)Please sir..go to sleep,”

Jururawat berbadan gempal itu menolak Shahir masuk ke dalam bilik.Ditepuk-tepuknya katil bercadar putih itu seperti ibu yang mengajar anak nakalnya tidur.Yok bobo yok!

“Sleep sir,”Terkedip-kedip mata si jururawat.

“Sleep..sleep..dia ingat aku sleeping beauty ke a pa?”(Ceh!)

“Thuuhr phuut a rai,suuhr?”(Apa encik cakap?)

“Nothing..khap khun khrab!(Terima kasih!)Good night!”Shahir tersenyum nakal sambil membeliakkan matanya.Dia mendengus sebaik sahaja bayang jururawat itu hilang.

(Tidur?Dah satu hari aku tidur..hmm..mana la perginya handphone aku ni?)

Shahir memeluk lututnya di atas katil.Sejak berkahwin dengan Adira rasanya sikapnya yang dingin semasa bujang berubah menjadi riang dan hyper seperti Chris Brown terlebih pil ecstasy.Anehnya sikap dinginnya beralih pula kepada isterinya.Masih dia ingat lagi betapa seriusnya Adira merajuk apabila dia bergurau untuk mengahwini gadis Thai.Mahu juga tak dilepaskannya ke Bangkok.(Huhu..)

“Abang harap ayang jaga diri ayang sepanjang abang di Bangkok nanti,”

“Jangan risau..ayang boleh jaga diri.Kan ada Kak Dib,anak tuan rumah kita,”

“Ye la..abang risau sebab abang mungkin pergi lama,”

“Ye ke?”

“Ye la..ingat kejap ke?”

“Kenapa lama?”

“Habis tu..bini muda abang di Thailand?”(Tadaaa!)

“Benci betul!”

Adira berlalu pergi meninggalkan Shahir yang terkejut melihat muka merah isterinya.Terpaksa dia berlari mengejar isterinya.

“Ayang..eh..”

Tangan yang dicapai itu meronta minta dilepaskan.

“Janganlah macam ni..”Shahir menarik Adira dan memalingkan bahu isterinya menghadapnya.Dicuit dagu isterinya mendongak sebelum dia terkesima melihat air mata yang bergenang di kelopak mata wanita yang dicintainya itu.

“Lorr..abang gurau je..”

“Benci tau gurau macam tu,”

“Takkanlah abang..”

“Abang..perempuan mana pun tak suka gurauan macam tu,”

“Abang minta maaf..tapi nakal-nakal abang,hanya ayang di hati abang.Mulut abang ni memang tak cover insurans,”Shahir menampar-nampar mulutnya sendiri.(Ish..ish..)

“Sakit hati ayang..”

“Abang minta maaf..,”Spontan dia mengucup dahi isterinya.Riak wajahnya kesal. “Abang janji hanya ayang seorang di hati abang..hanya Siti Adira seorang sahaja..I swear..”

“Abang mulalah tu nak buat kelakar..”

“I swear by the moon and the star and the sky and the airport and the airoplane..and the pilot..the steward..see?Abang tak sebut pun stewardess,”(Hehehe..)

“Benci laaaaa..”

“Tak nakkk..sayanggggg laaa..”

“Benci!”

“Sayang!”

“Benci giler abang nih!”

“Sayang giler ayang nih!”

Toink!Di cuit hidung mancung isterinya.Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Abang jaga diri okay?”

“Ye..abang jaga kehormatan diri abang,”Nakal Shahir memeluk tubuhnya sendiri.

“Abang!”(Eeeeee....)

“Okay..ayang pun sama..jaga diri..i love you,sayang..”

“I love you too,abang..”

“Sir!Sleep!”

Seraya jeritan si makcik jururawat itu lampu di kamarnya dipadamkan.Mahu sahaja Shahir kuntau kan jururawat siam itu.Ganggu betul orang mengimbas kenangan.

Dipeluknya bantal sambil matanya berkelip-kelip tidak mampu terlena.

(Abang hanya sayang ayang seorang sahaja...walaupun abang caring Heliza..walaupun abang pernah caring Farina.Abang caring je...caring ke abang?Ke tidak?)

Aku ini lelaki biasa...bisa keliru kerana naluriku.Yang pasti ku ingin lindungi sejuta wanita namun yang ku cinta hanya dikau seorang!

*****

Heliza memandang Adira dari atas hingga ke bawah.Cantik orangnya.Tubuhnya kecil dan Nampak masih muda remaja.Ya,baru berusia 17 tahun.Memang terlalu muda untuk menjadi isteri Shahir.Entah di mana dia mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan wanita ini.Mahu sahaja dia menjerit ketika wanita ini memperkenalkan dirinya sebagai isteri Shahir.Namun,mungkin wajah tenang wanita muda ini menyebabkan dia tenang dalam kekalutan.

Sebagai wanita biasa,dia memang cemburu akan Adira.Sedangkan Siti Aishah pun iri akan Khadijah,itukan isteri-isteri baginda Rasulullah.Inikan dia manusia biasa.Hamba Allah SWT yang serba kerdil dan lemah.Tuhan memang mengurniakan perasaan cemburu untuk wanita.Cuma terpulang pada akal bijaksananya untuk mengendalikan rasa cemburu itu supaya tidak menjadi api membara dek hasutan iblis.

Di dalam rumah,Datuk Noorman sesekali menjeling ke luar tingkap walaupun asyik berbual dengan Doktor Farish dan Daus.Mahu sahaja dia mencekik leher Doktor Farish kerana membawa Adira ke rumahnya.Tapi mana mungkin dia bisa bersikap demikian di hadapan tetamu-tetamunya.Biar mereka pulang nanti,Doktor Farish pasti ada penjelasan yang baik untuknya.

“Berapa lama Adira berkahwin dengan Shahir?”Spontan soalan tersebut keluar daripada mulut Heliza.Matanya membulat memohon penjelasan.

“Baru je..tak sampai sebulan.Terima kasih untuk Pak Man yang banyak membantu kami,”

“Ayah saya membantu?”

“Hmm..ye..perkahwinan kami tidak mendapat restu..kami... adik-beradik tiri berlainan ibu dan bapa..”Adira teragak-agak.Kurang selesa.

“Jadi apa halangannya?”

“Tiada halangan..Cuma..pandangan dan pendirian daddy..”

“Daddy Adira?”

“Secara biologinya daddy Shahir,”Adira tersenyum.

“Oh..banyak halangan ye..”

Suasana sepi seketika.Baik Adira mahupun Heliza kedua-duanya mati akal.Adira yang awalnya tidak sabar bertemu Heliza pun berasa aneh dengan kejanggalan di antara mereka berdua.Ketika mendengar cerita daripada Doktor Farish memang dia berasa simpati terhadap gadis di hadapannya ini.

Tapi kini?Entah kenapa terselit pula perasaan menyampah.Ya Allah!Dia berdoa cepat-cepat dipadamkan perasaan itu.Entah apa-apa yang dirasakannya.

“Shahir suka sajak kan?”

“Sajak?”(Hem..Abang Shahir suka sajak?Tak tahu pun!)

“Oh my God..Adira tak tahu?”

“Hmm..err..ta..tahu..”

“Saya tak percaya dia suka sajak..terutamanya sajak ‘Kekasih’..”

“Kekasih?”(Nanti perang besar you see!)

“Dia bisa menghafal lagi dan mendeklamasi bersama saya,”

(Bisa menghafal?Nanti kau tengok aku punya bisa!Kurang asam punya suami!)

“Saya tak sangka banyak yang Cik Heliza tahu pasal suami saya,”

“Lavender..katanya bunga kegemaran kan,”

(Ya..ah..my favourite..actually..)

“Adira okay?”

Adira memegang pipinya.Panas.Pasti mukanya kelihatan kemerah-merahan di hadapan perempuan berlagak bagus ini.Entahlah mengapa,tapi rasanya suhu badannya meningkat tinggi mendengar kata-kata Heliza mengenai Shahir.

“Maafkan saya..tapi sebenarnya saya rasa...Cik Adira beruntung mendapat..Shahir sebagai suami..”Heliza cuba tersenyum.Suaranya sedikit tersekat-sekat.

“Err..”(Alamak..). “Cik Heliza okay?”

“Saya..”Kepalanya mula berdenyut.Menangkap segala urat saraf otaknya.Seperti besi cair yang mendidih.

“Cik Heliza!”

Adira menjerit sebaik sahaja melihat Heliza terjelepok jatuh di tepi kolam.

*****

Cahaya mentari yang masuk di celah-celah tingkap memberikan silauan ke matanya.Selepas solat Subuh tadi kepalanya terasa berat dengan aspirin yang diberi jururawat lewat jam 3 pagi tadi.Terus sahaja kepalanya kembali tersembam ke bantal.

Rasa sekejap sahaja dia tidur sebelum sang suria mula gatal menyinarkan cahayanya.Di sebalik samar cahaya itu dia dapat melihat seraut wajah bidadari yang indah rupawan sedang tersenyum manis ke arahnya.(Amboi,cantiknya!Dalam syurga ke aku?)

Bila direnung-renung kembali,wajah itu saling tak tumpah wajah isterinya.Jika ini mimpi,inilah mimpi paling mempesonakan sepanjang dia di Bangkok.

(Terima kasih Tuhan untuk mimpi ini!)

“Ayang..ayang masuk dalam mimpi abang?Eeee..abang sukeeee..”

“Abang mimpi ye?”

(Eh..apasal dengar macam real ni?)

“Ayang?Ayang ke ni?Ke Heliza?”

Shahir menggosok-gosok matanya.Mamai.

“Heliza?Banyak abang punya Heliza!”

Satu cubitan hinggap di pergelangan tangannya yang baru sembuh.

(Adoihhhhhh!Ampunkan dosa hamba Allah ini!)

“Ayang?”Shahir masih tergamam.

“Ye..ayang!Amboi,abang..Heliza lah..kekasih lah..lavender!Abang ni memang tak guna!”

Pap!Satu penampar manja hinggap di bahunya pula.

“Adoi,sakitlah!Ni apa jumpa suami pukul-pukul ni?”

“Abang memang kan?Tak sampai seminggu pun,”

“Ya Allah..abang buat apa?”

“Abang dengan Heliza lah!”

“He..he..heliza..Allah,abang memang baik dengan Heliza,”

“Tengok tu!”

“Tapi,bukannya abang ada perasaan pada dia..this is my job..”

“Your job?Apa ni?”

“Abang rindulah kat Ayang..”

Shahir cuba memeluk Adira sebelum ditolak isterinya.

“Abang jangan ubah topik,”

“Alah..peluk sekejap pun tak boleh?”

“Abang!”

“Okay..okay..duduk sini..sebelah abang..”Shahir menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya.Adira mendengus kecil sebelum duduk di sebelahnya.

“Pak Man minta tolong abang dalam memulihkan Heliza secara psikologi,”

“Kenapa abang?Kenapa tak Doktor Farish?”

“Sebab..secara kebetulan dan sememangnya kuasa besar Yang Maha Esa..wajah abang seiras dengan suami Heliza.Wajah ini yang membantu dia melupakan suaminya.Tapi percayalah abang tak ada sebarang hubungan perasaan dengan dia.Sumpah.”

Adira terdiam.Dia tidak pasti pula tentang itu.Tak sempat berbicara lanjut dengan Heliza sebelum gadis itu tiba-tiba pengsan di tepi kolam.

“Abang tak tipu?”

“Buat apa abang nak tipu?Come on lah..abang dah bikin banyak drama nak mengahwini ayang..takkanlah senang-senang abang nak lupa ayang?”

Adira tersenyum sambil memaut lengan suaminya.Kepalanya diletakkan ke bahu Shahir.

“Hmmm..harumnya bau rambut..Head and Shoulder..dandruff control..”Shahir tersenyum nakal sambil mencium rambut isterinya.

“Abang memang suka buat kelakar ye?Kalau dengan Heliza bukan main bersajak lagi,”Adira mencubit manja pipi suaminya.Geram sama.Cemburu pun ada.

“Okay..abang cipta satu sajak buat ayang..simple tapi manja..”

“Okay..ayang nak dengar?”

“Ayang buat abang gila bayang..semakin hari semakin sayang..tanpa ayang,abang melayang-layang..seperti malam rindukan siang..hanya ayang yang abang sayang..buah hati jantung kepayang..intan payung abang seorang.Comel tak sajak abang?”

“Comel sangat macam abang,”

“Abang tau abang memang comel,”

Shahir tersengih seperti kerang busuk sebelum disambut tawa manja Adira.Isteri kesayangannya itu memang kuat merajuk tapi senang dipujuk.

Ketawa Adira terhenti apabila mendengar pintu dikuak.

Daus berdiri di hadapan kedua mereka dengan wajah yang agak tegang.Walaupun dia cuba melupakan Adira dan sanggup bersusah payah membawa Adira berjumpa Shahir di Bangkok..tapi..hatinya masih membengkak menyaksikan karenah pasangan suami isteri itu.

“Aku..aku..aku bukan nak ganggu tapi..ni..”

BlackBerry Bold 9700 itu dihulurkan kepada Shahir.Shahir memandang Daus semula dengan wajah yang cuak.

“Datuk nak cakap dengan kau..”

“Daddy?”

Kedua-dua Shahir dan Adira melontar soalan yang sama.

*****

Wajah Heliza yang pucat lesi itu ditatap dengan wajah yang sayu.Deja vu.Tidak mahu makan,minum dan hanya termenung sepanjang hari.

Datuk Noorman menyapu air mata yang mengalir di pipi anaknya .Bangun dalam keadaan yang lemah.Sebelum menutup pintu kamar anaknya dia memandang lagi si anak yang hanya terbaring kaku.Kecewa.

Di ruang tamu,Doktor Farish berdiri sambil kedua belah tangannya menyeluk saku.Datuk Noorman memandang wajah doktor muda itu dengan pandangan yang serius.

“Kenapa dengan you?Kenapa you bawa Adira ke rumah I?”

“You marah dengan I,Datuk?”

“Soalan apa tu Doktor Farish?”

Farish mengeluh kecil.

“Datuk,I believe this is just temporary shock..”

“Temporary?Anak I collapse tepi kolam semalam!”

“Yes I know,tapi kondisinya tidak seteruk dulu,”

“Hello doc..you yang cakap Shahir boleh membantu anak I,”

“Ya Datuk tapi saya tak member suggestion Shahir harus bercinta dengan Heliza.Can you see Datuk?Lepas dia kenal Shahir,dia sudah mula menerima hakikat kematian Aqso,”

“Sebab dia jatuh cinta dengan Shahir,”

“Saya tak boleh biarkan itu terjadi,”

“Kenapa?”

“Kita tak boleh mengorbankan kebahagiaan orang lain Datuk.Meruntuhkan rumahtangga orang.Itu dah melanggar etika dan moral proffesion saya,”

“Habis?Kebahagiaan anak I?Can’t you see she is suffering?”Datuk Noorman menjegilkan matanya.Membulat dan kemerahan.

“Datuk please..trust me..”

“Farish,”Datuk Noorman memandang Doktor Farish dari atas hingga ke bawah.Mulutnya didekatkan kepada lelaki itu.Persis berbisik.“Jangan lupa siapa yang mengutip you dari Henry Gurney..you..takkan jadi lelaki yang dihormati macam ni tanpa I..jangan lupa..asal usul you..okay?”

Farish terdiam mendengar kata-kata Datuk Noorman.Dia hanya mampu mengetap bibirnya.Datuk Noorman tersenyum sinis sebelum membuka pintu rumah banglonya.Tanpa sebarang bicara,Doktor Farish keluar dari situ.

“Farish,betulkan semula situasi.You tahu siapa you,”Suara Datuk Noorman tenang tetapi tegas.

Farish tidak menghentikan langkahnya.Wajahnya kemerah-merahan menahan amarah.

(Dia mengungkit asal-usul aku?Dia mahu aku kembali menjadi Farish budak samseng Henry Gurney yang membelasah siapa saja daripada budak kecil sampai orang tua?Yang akal iblisnya lebih daripada akal warasnya? )

Bukannya Datuk Noorman tak tahu kenapa dia dimasukkan ke Henry Gurney.Dia bukannya jahat sejahatnya sebelum dia masuk ke situ.Dia cuma menjadi kepala samseng selepas bercampur dengan budak-budak yang memang samseng.Hakikatnya sebelum ke situ,dia murid yang pintar dan mempunyai asas agama yang kukuh.Hasil didikan neneknya.Datuk Noorman juga yang menyelamatkannya dan memberi harapan dan semangat untuknya.Sehingga dia diampunkan Sultan dan keluar dari sekolah neraka itu lebih awal.Lelaki itu mendidiknya dan mengajarnya menjadi manusia yang berguna.Dan sekarang lelaki budiman itu mengungkit semula luka lama itu?Meminta hutang budi baiknya dibalas?

(Kini,demi kepentingannya sendiri dia mahu aku jadi Farish yang jahat?Farish yang membunuh ayahnya sendiri ketika usia 12 tahun?)

Jantungnya berdegup kencang.Dan lelaki itu cukup arif kenapa kejadian itu terjadi.

Sunday, November 21, 2010

Rakaman Dari Studio Adira

Shahiratics dan Adira FC menghadiri rakaman Dari Studio Adira pada 20 November 2010.Adira mempersembahkan lagu Ku Ada Kamu,Kembang Perawan,Hati Yg Kau Sakiti,Salam Untuk Kekasih dan Ilusi.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua.Semoga di hari yang mulia ini kita bertafakur dan mengenang kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.Kita juga mendoakan semoga semua jemaah haji(rakyat Malaysia khususnya)selamat dan sihat sepanjang melakukan ibadat haji.Insya Allah.

Tuesday, November 16, 2010

TAHNIAH SHAHIR DAN ADIRA UNTUK TOP 6 JUARA LAGU

Tahniah kepada Shahir dan Adira kerana berjaya terpilih untuk top 6 bagi separuh akhir melalui lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' dan 'Ku Ada Kamu'.Kedua-dua buah lagu ciptaan sepenuhnya Edry KRU.Kita doakan semua kedua-dua mereka berjaya hingga ke Final Juara Lagu.Terima kasih untuk pasukan Shahiratics yang hadir memberi sokongan kepada Shahir dan Adira.Mungkin berjumpa lagi di minggu ketiga?:)

Saturday, November 6, 2010

Coretan Admin:Fanpage Lama Hilang

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam semua.Saya mewakili pihak admin Shahiratics di fanpage FB memohon maaf di atas 'kehilangan' fan page yang sudah mencecah 10k lebih shahiratics.Saya sendiri sebenarnya jarang masuk kampung(istilah untuk fanpage Shahiratics) kerana mempunyai komitmen luar yang lebih tinggi.Jadi sedar-sedar pukul 5 petang semalam(5/11/2010)wall saya sudah dipenuhi pertanyaan mengapa kampung hilang.Admins terdiri daripada Kc,Widy,Chips,MH serta Shahir dan Adira sendiri sebagai guest admins.Saya sudah cuba memberi report kepada FB namun setakat ini tiada maklumbalas yang bertepatan kecuali memohon menunggu.

Sudah tentu sedih.Bagi saya Shahiratics a.k.a Kampung Fenink Lalat adalah satu inisiatif untuk saya mengenali sahabat-sahabat baru walaupun asalnya sekadar mengumpul fans Shahir dan Adira.Kebanyakkan ahli Shahiratics terdiri daripada mereka yang proffesional dan sudah tentu anda aneh kenapa mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik boleh kelihatan 'gila-gila' di kampung?Shahiratics sebenarnya adalah medium secara maya yang digunakan untuk melepaskan tekanan kerja dan berukhuwah.Atas dasar profesional dan kematangan itu maka tidak ada ayat-ayat atau komen-komen yang berunsur provokasi atau emosi yang dikeluarkan oleh True Shahiratics.Kalau ada yang beremosi cepat-cepat disejukkan.Shahiratics terdiri daripada artis,ustaz,cikgu,pensyarah,peguam,pegawai bank,pegurus syarikat sehinggalah kepada adik-adik di IPT dan sekolah.Apapun latar pekerjaan dan pendidikan masing-masing semuanya bercampur dan bersahabat tanpa prejudis di atas nama Shahiratics.

Soal Shahir dan Adira hanyalah sokongan kepada bakat dan chemistry sebagai rakan artis.Samalah seperti meminati Robert Pattinson dan Kristen Stewart atau pasangan Full House,Rain Bi dan Song Hye Kyo.Cuma sekadar minat.Saya pasti tiada siapa di dalam Shahiratics yang menghalang jodoh Shahir dan Adira dengan orang lain.Shahir sendiri terbuka dalam hal ini.Kalau ada pun cuma segelintir.Namun diucapkan terima kasih kepada media dan pihak pemasaran kerana memahami kelebihan Shahira.Maka Adira adalah duta Innershine dan Shahir adalah duta Brands.Kedua-dua Shahir dan Adira juga memonopoli Top 2 dalam AF8.Sokongan diteruskan juga untuk Juara Lagu.Mereka juga digandingkan untuk Halaman Asmara(Lawaknya Fantasia Raya) dan Bila Cinta(Konsert Reunion).

Gambar edit,cerpen-cerpen pula menimbulkan cemuhan khayalan,fantasi dan 'budak tadika'.Sebenarnya sahabat,medium ini digelar fan art.Fan art adalah hasil seni yang dihasilkan berdasarkan karakter,kostum atau cerita yang dihasilkan oleh amatur.Fan art or fanart is artwork that is based on a character, costume, item, or story that was created by someone other than the artist(Wikipedia).Salah satu cabang seni untuk mencernakan kreativiti masing-masing dan bukannya realiti.Satu bentuk hiburan karya seni.

Kalau ada gambar edit yang keterlaluan memang pihak admins menghalang.Ini melibatkan soal perasaan individu yang dijadikan medium seni itu.

Apapun terpulanglah kepada anda yang bijaksana untuk meluahkan pendapat.Jangan jadi seperi ayam berkokok tetapi tahi berlumuran di punggung.

Mohon maaf jika ada terkasar bahasa kerana yang baik sentiasa daripadaNya dan yang buruk daripada hambaNya.

Secara peribadi,saya menghargai individu-individu Shahiratics yang sentiasa ada dengan nasihatnya,gurauannya dan port rasmi KFC KL Sentral.

InsyaAllah Shahiratics bukanlah insan2 yang bodoh sombong.Jika ada kealpaan,tegurlah secara membina.Yang buruk kita jadikan sempadan,yang baik kita jadikan pesanan.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata:"Untuk siapa?"Baginda bersabda:"Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya."

Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Secara peribadi saya Kc akan menghabiskan cerpen DTKL sahaja dan mengemaskini blog.Soal fanpage saya serahkan kepada admins yang ada.
Wassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY JANNATUL HAZIRAH BOUVIER

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

DTKL ARTWORK BY LYA YAYA

PEMBERITAHUAN

PEMBERITAHUAN

ART WORK BY SHAHIRATICS(CREDIT TO ALL SHAHIRATICS)