Salam dan hai Shahiratics,
DTKL 4 chapter lagi,Nanti abish la ceghite ni..dah siap plot untuk bab2 tu tapi amat sibuk sekarang ni.26 bab buleh tunggu lagi 4 bab apalah sangat kan?:D..(muahaha..erk)
Bermula dari Shahir pulang ke Malaysia dari Christchurch setelah ibunya(omputih) meninggal.Di Christchurch,Shahir telah menjalin hubungan dengan Farina sebab kasihan suami Farina(bossnye) meninggal dunia.Di Malaysia,Shahir dikejutkan dengan ‘tumbesaran’ adik tirinya(yang dahulu berusia 9 tahun),Adira.Adira pula seorang pelajar popular yang turut disukai Iwan dan best fren Shahir,CEO muda Daus.Watak Shahir ni jenis cepat kesian,penyayang,nakal,ego dan mengubah fikiran pada saat-saat akhir.Adira pula degil,manja dan kuat cengeng.Pendek citer,Shahir yang cuba menolak perasaannya terhadap adik tirinya membawa lari Adira pada majlis pertunangannya dengan Daus.Ini bukan ler kebahagiaan sebenar kerana mereka kemudian bernikah dengan rasa ‘marah’ ayahanda Shahir,Datuk Maulana.Pernikahan mereka juga dibantu oleh seorang lelaki tua misteri,Datuk Noorman a.k.a Pak Man.
Wujud lak Heliza si janda muda yang kematian suaminya Aqso pada majlis pernikahannya.Aqso ini mirip nan sama tak serupa dengan Shahir.Terbongkar niat Datuk Noorman yang sebenar untuk menyatukan Shahir dan anaknya,Heliza.Dengan bantuan ‘budak suruhan dari Henry Gurney’ yang dididiknya sehingga menjadi doctor psikologi,Farish.Farish juga mempunyai sejarah hitamnya sendiri.Atas kata fitnah,Shahir menceraikan Adira.Mereka bertemu 5 tahun kemudian dengan status Adira sebagai kekasih Iwan dan Shahir sebagai tunangan Heliza..dan si comel Yaya..
Ending option:
-Shahir,Adira dan Yaya bersama semula..(cliché giler tapi ni yang korang nak kan?Huhu)
-Adira tidak mungkin menerima Shahir kembali dan ke luar negara bersama Iwan dan menyerahkan Yaya kepada Shahir.
-Yaya menghidap kanser hati!Shahir dan Adira bersama demi Yaya.Tetapi..Yaya?
-Apa saja kemungkinan ending...hanya dalam BAB 30
Tunggu....:)..thank you.
Kak Esah
0 comments:
Post a Comment